Bisnes Mencari Downline Tumbuh Seperti Cendawan

Apa pandangan tuan tentang skim pembelian barangan dan proses mencari downline yang banyak diperkatakan kini.

Saya ingin mencuba nasib , tetapi takut untuk gagal menjelaskan hutang jika sekiranya syarikat tersebut bankrup atau tidak mendapat downline.

Terima kasih

JA

————————–

Apabila kita menyertai bisnes mencari downline suatu perkara yang kita perlu ketahui adalah kita tidak berkuasa dalam menentukan apa yang akan dilakukan oleh bisnes yang berasaskan konsep MLM itu. Apa yang berlaku kepada kita apabila syarikat itu tutup, bankrap dan hilang?

Bagaimana kita ingin meletakkan muka kita apabila orang-orang dibawah kita telah menabur wang. Hampir semua bisnes mencari downline, kita sebenarnya membuat duit dari duit yang dimiliki oleh downline kita.

Setelah meneliti hampir kebanyak produk dan sistem pemasaran secara MLM, Direct Selling, hampir 90% dari bisnes jenis ini, berakhir separuh jalan. Ramai juga  ahli yang telah diberikan kereta mewah dan dan kini sudah papa. Mengikut satu kajian yang dibuat, seorang ahli MLM yang telah berjaya memiliki downline yang banyak dan aktif sudah memiliki kereta Mercedez Benz pada tahun 1992 dan hanya dapat mengunakan kereta tersebut bagi 2-3 tahun sahaja sebelum pendapatannya jatuh merudum.

Tahun 2009 adalah tahun terbaik bagi mana-mana individu bagi memulakan bisnes sendiri yang kita sendiri yang dapat tentukan hala tujunya. Masuk bisnes menjual produk  ataupun servis yang benar-benar memberikan keuntungan dan kebaikan kepada pembeli.

Cuba cari berapa orang yang menceburi bisnes mencari Downline yang dapat hidup dengan tidak mengharapkan duit dari downlinenya itu ? Dan lihat berapa lama mereka dapat hidup senang. Jika Puan berjumpa dengan orang yang senang melebihi 15 tahun, mungkin Puan boleh mengikuti jejak langkahnya.

Insyaa-Allah jika sempat saya akan bincangkan sedikit di dalam bicara “Komersilkan Kelebihan Mu” di Selamat Pagi Malaysia, 14 Februari 2009 nanti di RTM1.

Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji juga sesuai dengan kakitangan yang ingin terus kekal makan gaji tetapi mempunyai pendapatan tambahan yang tidak menganggu kerja di pejabat. Sumber pendapatan itu kita mempunyai kuasa sepenuhnya. 

1 comment on “Bisnes Mencari Downline Tumbuh Seperti Cendawan”

  1. jai@jaigoku Reply

    Salam,
    Saya ada pendapat saya sendiri. Baru2 ini saya ada berdebat dengan salah seorang yang saya ‘rasa’ berjaya dalam bisnes MLM dari syarikat U*****d di laman sosial FB. Cukup tercabar saya ketika itu apabila beliau memberikan satu cabaran, bisnes siapa yg paling meletup! Itu salah satu antara apa yang beliau cakapkan pada saya. Cuma satu yang saya cakap padanya berbunyi lebih kurang begini, ‘Kalau boleh, biarlah saya dan orang lain juga berjaya itu lebih mendatangkan kepuasan walau hasil yang saya dapat itu cuma sedikit…’

    Apa yang saya faham melalui persatuan pengguna P.Pinang CAP, syarikat2 seperti ini telah di haramkan di kebanyakkan negara2 lain kerana salah satu sebabnya adalah bagaimana nasib orang yang ‘terakhir’ itu join… (terakhir itu membawa pelbagai maksud dan kemungkinan. Mungkin salah satunya adalah jika terdapat sebarang penipuan dan syarikat itu ‘bungkus’ maka apa akan jadi pada downline yg baru join…)Itu seingat sayalah, jika terdapat kesilapan, saya minta maaf, harap betulkan…

    http://glowglokal.com/blog

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *