Archive for February, 2009

Bicara Pagi: Komersilkan Kelebihan Mu Di RTM

(Dikemaskini) Insyaa-Allah pada pagi hari Sabtu 14 Februari 2009, SK akan berbicara secara langsung di Tasik Titiwangsa di dalam program Selamat Pagi Malaysia, RTM1.

Waktu siaran antara 7 hingga 8 pagi, tempoh masa yang diperuntukkan adalah antara 15 hingga 20 minit. Bicara pada kali ini adalah mencari duit lebih mengunakan kebolehan yang ada pada diri sendiri.

Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan boleh turut serta di dalam perbincangan tersebut dengan memberikan pandangan sama ada secara langsung ataupun menghantar emel ke info@shamsuddinkadir.com

Emel Pelawat: Perniagaan Secara MLM

En. Samsuddin, Saya ingin bertanya dalam menjalankan perniagaan MLM, dalam masa kini kita dalam usaha untuk banyakkan penggunaan barangan tempatan untuk menyahut kempen pelanggan bijak, tetapi saya rasa seolah-olah saya jadi pelanggan terpijak kerana saya menjadi ahli kepada satu perniagaan MLM yang membekalkan barangan suci lagi halal.

Terpijaknya kerana haraga barangan tersebut adalah agak mahal, contoh seketul sabun yang kecil sahaja saiznya berharga RM5.00. Untuk kegunaan keluarga saya seketul sabun itu boleh bertahan 4 @ 5 hari sahaja, kalau sabun jenama lain saiz lagi besar tetapi harganya lebih murah dan untuk keluarga saya boleh bertahan 10 @ 12 hari.selama saya menggunakan barangan secara MLM ini kos perbelanjaan saya telah meningkat 200%.

Untuk pengetahuan En. Samsuddin saya memang telah uruskan perbelanjaan secara sampul surat dan saya pastikan simpanan saya mesti 30% setiap bulan. .

Tetapi kini saya telah bersara dan pendapatan saya telah hilang  50%, perbelanjaan saya dari wang pencen memang deficit.

Untuk panduan saya tetapkan satu amaun besar untuk simpanan ASB dan amaun itu tidak akan diusik. Masalah saya sekarang deficit berlaku tiap-tiap bulan dan saya terpaksa guna duit saving lain hinggakan sekarang saving saya telah susut.

Untuk makluman tuan saya tak ada hutang lain. Untuk tambah pendapatan saya sedang usaha untuk menjadi agen Takaful. 

Minta pertolongan tuan bagi memberi pandangan supaya saya tak keliru lagi dalam perniagaan MLM dan mengawal perbelanjaan harian supaya tak lagi deficit.   

Daripada: Puan Zainab

Berita Baik Dari JuruJual Sebenarnya Buruk

Apabila kita didatangi ataupun dihubungi oleh seorang Jurujual yang katanya ada membawa berita baik untuk kita. Dengar dahulu dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan berita baik itu dan jika tidak memahaminya dapatkan jurujual itu menjelaskan dengan lebih lanjut. Jika produk ataupun servis yang ingin dijualkannya itu kita tidak memerlukan sebelum kita bertemu jurujual itu, sudah pasti kita juga masih tidak memerlukan produk ataupun servis berkenaan walaupun jurujual itu datang dengan berita baik. 

Ada yang menghubungi kita bagi menambah pakej yang telah kita sertai sebelum ini, dengan harga bayaran yang jauh lebih baik jika kita pergi mendapatkan diluar. Mereka akan berkata, anda diantara pelanggan ‘@#$%” yang bertuah dan terpilih bagi mendapatkan penjimatan yang berganda dengan tawaran pakej tambahan ini.

Ucapkan terima kasih kepada mereka. Apabila kita bersetuju kita telah membeli sesuatu yang kita tidak perlu dan ini akan menambahkan lagi koleksi produk ataupun servis yang membazir yang ditangung pada setiap bulan.

Pelbagai kata-kata yang menyedapkan akan diluahkan bagi menyakini apa yang mereka kata. Kebanyakan jurujual yang ada di luar sana, mempromosikan produk yang sah, tetapi ianya bukan pilihan terbaik untuk kita.

Banyak jurujual ataupun telemarketing yang menghubungi kita bagi menawarkan pakej Insurans bagi yang memiliki kad kredit, pakej perlancongan, Kad Melancong yang berpakej.

Antara kata-kata yang mereka ucapkan adalah ” Tuan perlu buat keputusan sekarang, pakej ini tidak lagi dapat dinikmati selepas ini”. Ini bagi memastikan kita membuat keputusan terburu-buru sebelum dapat memikirkan secara rasionalnya, sama ada kita perlu ataupun tidak produk tersebut.

Bengkel Kejayaan Sebenar Untuk Pelajar ‘GAGAL’

Insyaa-Allah selaku Trainer yang giat dalam aktiviti ‘kemahiran berfikir’, Shamsuddin Kadir (SK) sedang dalam proses menyiapkan keperluan bagi kursus, bengkel atau Workshop bagi pelajar yang ‘Gagal’.

Bengkel ini menyediakan ruang bagi pelajar yang mendapat UPSR sebagai contohnya 5B ataupun yang lebih rendah dari itu. Bengkel ini tidak bertujuan bagi menjadikan peserta bertambah cemerlang di dalam peperiksaan, sebaliknya menjadikan mereka orang yang berjaya di dalam kehidupan harian sama ada sewaktu mereka masih belajar ataupun bermula apabila mereka tamat SPM ataupun tamat di Universiti.

Sasaran pelangan adalah ibubapa yang inginkan anak mereka benar-benar berjaya di dalam kehidupan realiti iaitu apabila anak mereka tamat belajar, anak mereka berjaya mencipta peluang dan bukannya merebut peluang. Di mana anak-anak tidak akan menjadi penganggur walaupun sehari.

Ibubapa yang memiliki anak-anak yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dan ingin memastikan anak mereka memiliki masa depan yang amat cerah di dunia sebenar, boleh menghantarkan emel ke : info@shamsuddinkadir.com.

Pihak kami akan menghubungi Tuan dan Puan bagi memaklumkan maklumat terkini berkenaan dengan bengkel tersebut dari masa ke semasa.

Insyaa-Allah peserta-peserta yang mempratikkan apa yang mereka lalui dalam bengkel ini, akan membuatkan ibubapa tersenyum dan bersyukur walaupun anak mereka tidak mendapat ‘A’.

Bengkel ini hanya terbuka kepada pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan di peringkat UPSR, PMR DAN SPM.

Mengurus Perbelanjaan Di TV3

Pada pukul 5.30 pagi tadi, siaran ulangan Motivasi Pagi bertajuk ‘Mengurus Perbelanjaan’ di TV3. Ianya membicarakan panjang lebar tentang menyenarai semua perbelanjaan yang kita tangung pada setiap bulan.

Konsep mengurus belanja mengunakan sistem sampul surat seperti yang dinyatakan di dalam buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.

Bisnes Mencari Downline Tumbuh Seperti Cendawan

Apa pandangan tuan tentang skim pembelian barangan dan proses mencari downline yang banyak diperkatakan kini.

Saya ingin mencuba nasib , tetapi takut untuk gagal menjelaskan hutang jika sekiranya syarikat tersebut bankrup atau tidak mendapat downline.

Terima kasih

JA

————————–

Apabila kita menyertai bisnes mencari downline suatu perkara yang kita perlu ketahui adalah kita tidak berkuasa dalam menentukan apa yang akan dilakukan oleh bisnes yang berasaskan konsep MLM itu. Apa yang berlaku kepada kita apabila syarikat itu tutup, bankrap dan hilang?

Bagaimana kita ingin meletakkan muka kita apabila orang-orang dibawah kita telah menabur wang. Hampir semua bisnes mencari downline, kita sebenarnya membuat duit dari duit yang dimiliki oleh downline kita.

Setelah meneliti hampir kebanyak produk dan sistem pemasaran secara MLM, Direct Selling, hampir 90% dari bisnes jenis ini, berakhir separuh jalan. Ramai juga  ahli yang telah diberikan kereta mewah dan dan kini sudah papa. Mengikut satu kajian yang dibuat, seorang ahli MLM yang telah berjaya memiliki downline yang banyak dan aktif sudah memiliki kereta Mercedez Benz pada tahun 1992 dan hanya dapat mengunakan kereta tersebut bagi 2-3 tahun sahaja sebelum pendapatannya jatuh merudum.

Tahun 2009 adalah tahun terbaik bagi mana-mana individu bagi memulakan bisnes sendiri yang kita sendiri yang dapat tentukan hala tujunya. Masuk bisnes menjual produk  ataupun servis yang benar-benar memberikan keuntungan dan kebaikan kepada pembeli.

Cuba cari berapa orang yang menceburi bisnes mencari Downline yang dapat hidup dengan tidak mengharapkan duit dari downlinenya itu ? Dan lihat berapa lama mereka dapat hidup senang. Jika Puan berjumpa dengan orang yang senang melebihi 15 tahun, mungkin Puan boleh mengikuti jejak langkahnya.

Insyaa-Allah jika sempat saya akan bincangkan sedikit di dalam bicara “Komersilkan Kelebihan Mu” di Selamat Pagi Malaysia, 14 Februari 2009 nanti di RTM1.

Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji juga sesuai dengan kakitangan yang ingin terus kekal makan gaji tetapi mempunyai pendapatan tambahan yang tidak menganggu kerja di pejabat. Sumber pendapatan itu kita mempunyai kuasa sepenuhnya. 

Diari SK: Berkampung di Lembah Azwen Hulu Langat

Sejak dari pukul 10.30 pagi saya sudah berada di Pusat Training Azwen Resort yang terletak di Lembah Azwen, Hulu Langat, Selangor.

Ini adalah jemputan kali kedua oleh YM Dr. Tengku Asmadi  bagi menjayakan slot kewangan & bisnes bagi kursus kepimpinan bagi pelajar Kolej MARA Banting dari 7 - 8 Februari 2009.

Saya akan mengendalikan modul Urus Wang dan Menjadi Bakal Hartawan dari pukul 2.30 - 4.30 petang.

Alhamdulilah, secara keseluruhan pelajar Kolej MARA Banting, sangat komited sepanjang bengkel berlangsung dan mereka semua berlumba-lumba bagi turut serta di dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Tahniah juga kepada pelajar Kolej MARA Banting yang menunjukkan komitmen yang tinggi dengan bersedia lebih awal sebelum kelas bermula tepat 2.30 petang.

Terima kasih juga diberikan kepada semua staff MAP Training dan tidak lupa kepada Tuan Suhaimi dan juga kepada Tuan Hafizi dari Kolej MARA Banting yang pandai dalam berkomunikasi dan memiliki ciri-ciri orang yang berjaya.

Belanja Yang Tidak Menguntungkan Malaysia

Banyak barang pada ketika ini diimport dari negara luar terutama negara China. Setiap individu berbelanja dalam kategori yang dinamakan ‘jimat’. Bagi berjimat sudah tentu satu dari usaha yang kita lakukan adalah dengan mengurangkan harga kos bagi barangan yang dibeli. Cara paling mudah adalah dengan membali barangan yang dibawa masuk dari negara China.

Sudah semestinya jika kita hanya memfokus kepada jimat yang sementara, kita akan membeli hampir semua barangan buatan dari negeri China, terutamanya mainan dan hiasan peribadi dan rumah. Apabila banyak orang menyokong produk buatan dari China, sudah pasti aliran wang keluar negara naik. Ini akan membantutkan lagi proses membangun negara kita sendiri terutamanya oleh sektor bisnes. Apabila sektor bisnes terjejas, sudah pasti yang menerima kesan secara langsung adalah pekerja. Pekerja di sektor swasta akan menerima kesan yang lebih awal dan lebih teruk berbanding dengan sektor awam.

Sebagai seorang Muslim kita wajib mengutamakan produk keluaran tempatan terutamanya yang dihasilkan oleh individu Muslim yang lain.

Jika kita ingin membeli produk keluaran luar negara utamakan kepada barangan keperluan sahaja. Bagi barangan hiasan, beli sekadar yang perlu sahaja. Banyak barang hiasan yang bertindak sebagai penambah rasa riak dalam manusia. Riak membuatkan seseorang belanja melebihi kemampuan dan juga merosakkan ekonomi dalam masyarakat kita.

Individu yang memasuki pasaraya tanpa senarai adalah yang banyak terbeli barangan yang tidak diperlukan dan majoritinya adalah produk dari luar negara.

Jika orang Korea cukup meluat melihat orangnya di Korea memandu kereta buatan selain dari hasil orang Korea, mungkin kita boleh bermula dengan gembira menyokong barangan keperluan yang dihasilkan oleh orang tempatan.

Insyaa-Allah bagi yang beragama Islam, bukan sahaja kita menunaikan Fardhu Kifayah, kita juga diberi balasan baik semasa di dunia, di Taman Barzakh dan di Dunia kekal Abadi iaitu Syurga.

Motivasi Kewangan : Perangkap Kewangan Di TV3

Siaran ulangan ‘Perangkap Kewangan’ di TV3 pada pagi tiadi sejak 5.30 pagi tadi. Terima kasih kepada Puan Roszita dari Waiz (Malaysia) Sdn Bhd (www.waizmalaysia.com) yang telah menghubungi saya sebentar tadi.

Ianya adalah sebahagian perangkap kewangan yang ada di luar sana. Contohnya, kenapa pinjaman kereta ditawarkan sehingga 12 tahun? Sedangkan tempoh pinjaman maksimun bagi seseorang mengambil pinjaman adalah 4 tahun sahaja.

Skim ansuran mudah adalah bukan sahaja perangkap kewangan tetapi adalah kanser kewangan. Hidup orang yang dikelilingi skim ansuran mudah tidak akan senang dan tenang semasa di dunia dan juga akan merana di akhirat jika skim yang diambil berlandaskan riba sistem konvensional. Sementara kita masih ada peluang ini, gunakan peluang bagi menjauhi ataupun membebaskan diri dari skim-skim ansuran.

Terima kasih juga kepada Tuan Fasil penerbit motivasi pagi TV3 yang memberikan peluang dan ruang. Tidak dilupakan Dato’ Mustaffa yang memberikan kebenaran rakaman dibuat di halaman luar kediaman beliau.

Tetamu: Terkilan

Salam.

Saya dan suami saya amat terkilan kerana tempoh hari saya mendaftar untuk menghadiri bengkel yang tuan anjurkan tetapi tiada balasan/jawapan daripada pihak tuan. Kemungkinan peserta sudah mencukupi dan pihak tuan tiada masa untuk menjawapnya.
 
Saya juga telah beberapa kali cuba memberi komen di blog tuan tetapi tidak berjaya sedangkan suami saya ada juga memberi komen di blog tuan tetapi berjaya. Saya amat berharap suatu hari nanti saya bisa menghadiri kursus/bengkel yang tuan jaya kan
AM
————————
Salam,
Kami memohon maaf di atas situasi yang di hadapi oleh Puan dan suami. Sebenarnya kami tidak dapat mengesan akan kehadiran emel dari Puan.
Komen di halaman www.shamsuddinkadir.com biasanya akan melalui proses semakan bagi kali pertama sebelum ianya diluluskan. Sehingga kini, pihak kami belum menerima diskusi kuliah yang berdaftar di atas nama Puan. Puan boleh mencuba lagi, kami sudah membuat semakan, sistem blog ini berfungsi dengan baik.
Bagi kursus pada 28 Februari dan 28 Mac ini masih ada kekosongan, Puan dan suami boleh membuat pendaftaran dengan mengemelkan ke info@shamsuddinkadir.com butiran peribadi seperti nama penuh, alamat emel, dan nombor telefon.

Peluang Kita Ditipu Ada Di Mana-Mana

Apabila peluang pekerjaan dan perniagaan semakin berkurangan, banyak individu akan menghadapi masalah mendapat kerja dan berjaya dalam bisnes. Situasi ini mengakibatkan banyak individu yang tidak bertakwa kepada Tuhan menyediakan perangkap bagi mendapat duit mudah.

Peluang bagi memulakan bisnes sendiri bagi individu yang ingin menjadi usahawan adalah terlalu banyak, cuma yang menyebabkan ramai individu kecundang adalah kerana merebut projek.

Bagi individu yang bercita-cita ingin kaya ingin mengubah nasib hidup dan sebagainya, melabur dalam ’skim-skim’ yang ada diluar sana bukan dapat membantu kita sebaliknya membantutkan jiwa kita. Perlaburan yang terbaik bagi dilakukan adalah dengan membaca buku-buku yang berkaitan. Gunakan sekitara RM 50 - RM100 kita sudah dapat membeli beberapa buku-buku yang dapat membuka minda kita dan mengelakkan kita dari termasuk dalam kumpulan orang yang tertipu.

Bagi mengelakkan kita, pasangan, ibubapa, saudara mara dan sahabat kita tertipu adalah sebaiknya celikkan diri kita dengan ilmu kewangan dan pada masa yang sama elak dari membaca flyer yang tidak perlu.

Banyak flyer yang disediakan di luar sana hanya bagi memerangkap kita. Jangan sampai sudah tertipu baru ingin insaf.

Biar Sengkek Janji Sedap

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Di awal tahun 2009 saya  secara tidak sengaja terserempak dengan seorang wanita bersama seorang kanak-kanak berada di dalam sebuah kereta, sedang menunggu suaminya membeli belah di dalam pasaraya. Sebelum saya terpandang wanita dan seorang kanak berumur 8 tahun ++ itu, saya terpandang kereta yang dinaiki oleh mereka iaitu sebuah Proton Iswara yang terlalu daif catnya. Di mana cat terutama di bahagian bonet depan yang menutupi enjin sudah 100% berkarat dan secara 90% body kereta itu telah berkarat seribu.

Rasa simpati kepada wanita tersebut dan keluarganya mula menjalar ke lubuk hati saya, tiba-tiba mata saya terpandang ke arah beberapa bungkus kotak sederhana yang sedang dipegang oleh wanita ini. Saya cukup sedih apabila melihat jenama makanan segera yang tertera pada kotak dan plastik itu. Di tanggan sebelah kanan, beliau sedang memeggang peha ayam yang sudah tinggal separuh isinya.

Dalam keadaan hidup yang terlalu daif dan sengkek itu, beliau memilih hari itu bagi menikmati ’sedap’.

Apabila kita tidak dapat menanguh kepuasaan, semuanya ingin dirasai hari ini sedangkan esok mungkin tiada lagi kesedapan dalam hidup akibat tindakan kita pada hari ini

Shamsuddin Kadir

Teluk Cempedak, Kuantan

Pahang