Archive for ◊ March, 2009 ◊

31 Mar 2009 Diari SK: Hantar Borang Sambung Belajar Di UIA
 |  Category: Informasi |  10 Comments

Insyaa-Allah pada pagi ini saya akan ke Universiti Islam Antarabangsa, Gombak bagi menghantar permohonan melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam Pendidikan – Kaunseling. Semoga semuanya lengkap dan diterima. Ini adalah di antara matlamat yang tertangguh selama setahun kerana kesibukan.

Jika diberi peluang, saya akan bermula sebagai pelajar separuh masa mulai Jun ini.

31 Mar 2009 Diari SK: Sehari Di Angkasapuri (RTM)

Alhamdulilah pada hari Isnin 30 Mac 2009 saya berada di Angkasapuri bagi menghadiri rakaman rancangan Respons. Dua rakaman yang telah berjaya dibuat adalah bertajuk ‘Letak Di Situ’ dan ‘Keliling Pingang’ yang berkaitan dengan adab-adab ‘kewangan’ masuk ke pasaraya dan Tanda-tanda orang yang berhutang. Ini adalah jemputan kali kedua oleh Puan Norziha yang cukup peramah dan rendah diri. Pihak Puan Norziha juga mengambil gambar sewaktu rakaman bagi mengiklankan di suratkhabar tentang program Respons yang belum diketahui secara meluas oleh umum.

Selepas tamat lebih kurang pukul 2 petang, saya ke Wisma TV bagi berjumpa dengan Kak Mis, Kak Su dan Kak Shima, yang masing-masing sentiasa menyokong dan memberikan semangat yang terlampau tinggi. Mereka adalah individu-individu yang cukup baik hati, baik sangka dan peramah. Saya mengenali mereka sewaktu menjadi tetamu jemputan di Selamat Pagi Malaysia (SPM) yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada bulan Januari yang lalu.

Insyaa-Allah jika tiada aral melintang saya berkemungkinan besar akan menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia untuk kali kedua pada 11 April ini di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur.

Saya pulang ke Shah Alam pada pukul 5 petang dan datang kembali ke Angkasapuri pada pukul 8.00 malam bagi mengikuti rakaman secara langsung isu khas berkenaan pilihanraya kecil. Tuan Sayed Munawar menjadi pengacara yang dihadiri oleh 3 orang tetamu jemputan. Saya berada di sana bagi melihat bagaimana tugas seorang pengacara menjayakannya.

Tepat pukul 11 pagi saya bergerak keluar dari Angkasapuri. Insyaa-Allah saya akan datang lagi.

31 Mar 2009 Graduan Bengkel Berhijrah Siri Kedua

Salam Tuan Shamsuddin, semasa menyemak trafik ke laman web saya terjumpa pula backlink dari web tuan. Terima kasih atas tips yang tuan berikan semasa bengkel tersebut, alhamdulillah kini perniagaan saya berkembang dengan lebih baik dan ramai juga rakan yang hairan dengan perubahan ganti nama tuan & cik puan yang semakin sebati dengan saya.

Saya mula merasa selesa dan dapati penggunaan ganti nama tersebut menjadikan saya lebih low profile tetapi dihormati. Terima kasih sekali lagi.

Sukeri
http://www.sukeri.com |

———————–

Waalaikummusalam Tuan Sukeri,

Tiada apa yang dapat mengembirakan selain dari ilmu yang memberi manfaat kepada semua peserta termasuk Tuan.

Teruskan konsep tersebut dan pada masa yang sama aplikasikan sebanyak yang boleh kemahiran yang telah kita pelajari bersama dalam bengkel pada 28 Februari 2009 itu.

Mula bina network agung dengan membantu orang lain berjaya.

ShamsuddinKadir.com

info@shamsuddinkadir.com

30 Mar 2009 Graduan Bengkel Berhijrah Sesi Pertama Jan 09
 |  Category: Bisnes (Dewasa) |  2 Comments

Salam Tuan Shamsuddin ,

Saya adalah salah seorang peserta bengkel “berhijrah makan gaji” pada bulan Januari 09. Alhamdulillah setelah mempraktikkan 2 tips iaitu :

(1)mempelbagaikan belon cita-cita

 (2) mulakan bisnes dengan apa yang ada ditangan,

saya telah menambah satu lagi sumber pendapatan hasil tips tuan walaupun kini saya bekerja sendiri sebagai wakil takaful sepenuh masa.

Alhamduillah setelah “brainstorming” bersama suami yang juga peserta bengkel, satu perniagaan trading barangan online secara kecil-kecilan telah diwujudkan sebagai tambahan pendapatan.

Alhamdulilah sambutan menggalakan hasil daripada modal permulaan hanya sebanyak RM60 sahaja!. Mungkin rezeki bayi kami yang insya Allah lahir bulan hadapan. Ameen. ;)

Puan Suhaila.

——————-

Tahniah Puan Suhaila, saya sentiasa berdoa semoga semua peserta saya mendapat ilmu yang dapat dimanfaatkan sepanjang hayat. Itu sebagai permulaan. Mungkin Puan boleh emelkan kepada kami alamat website bisnes online itu mungkin saya boleh paparkan dalam entri ini.

Puan Suhaila juga seorang perunding Takaful di mana beliau memiliki halaman website www.suhailaagency.com

Teruskan mempratikkan semua tips-tips agar Puan dan suami menjadi apa yang kita cita-citakan.

27 Mar 2009 Nombor Telefon Ultra Mind Resources
 |  Category: Informasi |  Leave a Comment

Talian telefon di pejabat baru Ultra Mind Resources di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur sudah dipasang. Insyaa-Allah ianya akan mulai aktif padi hari esok.

Pejabat ini hanya akan mula beroperasi sebaik sahaja beberapa ubahsuaian kecil siap.

Nombor telefon bagi pejabat Ultra Mind Resources adalah seperti berikut:

Tel : 03 4142 5300  Fax: 03 4142 7300

25 Mar 2009 Kembalikan Semangat Pekerja Melalui Training

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ketika ekonomi dunia yang dikatakan sedang melalui keadaan yang tidak menyeronokkan, banyak juga syarikat yang telah memotong elaun seperti mileage dan mengurangkan jumlah waktu bekerja dan kebanyakan ini sudah pasti melumpuhkan semangat pekerja bagi meningkatkan prestasi. Majikan yang mendapat kesan yang langsung akibat dari tempah yang berkurangan, terpaksa mengurangkan kos operasi bagi memastikan syarikat terus bertahan.

Ketika ini majoriti pekerja tidak dapat menerima arahan terbaru ini, kerana mereka sedang bertarung dengan komitmen terutama dari pinjaman kereta, rumah, kad kredit dan pinjaman peribadi. Ansuran pinjaman ini tidak dapat dikurangkan kerana ianya telah dipersetujui sewaktu mengambil pinjaman. Apabila sumber pendapatan berkurang akibat gaji bersih termasuk elaun yang dibawa balik semakin sedikit, kadar tekanan pekerja naik mendadak dan ini menjadi punca prestasi pekerja menurun dengan hebat.

Sepatutnya dalam keadaan yang tegang ini, syarikat memerlukan setiap pekerja menghasilkan produktivi yang lebih tinggi bagi memastikan syarikat terus dapat bertahan sehingga keadaan ekonomi pulih. Ianya tidak mungkin berlaku tanpa pekerja diberikan suntikan antibiotik.

Satu-Satunya kos yang perlu ditambah pada ketika gawat adalah kos menjayakan ceramah dan kursus yang berkaitan dengan urus wang gaji dan kemahiran kritikal.

Kami di Ultra Mind Resources sentiasa bersedia bagi memberikan sokongan kepada mana-mana syarikat ataupun agensi kerajaan yang ingin mendapatkan khidmat kami dalam mengembalikan semangat pekerja supaya terus komited bagi mencapai sasaran syarikat ataupun organisasi.

Kami boleh dihubungi  bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan ceramah dan kursus melalui :

  • Pejabat Di Shah Alam, Tel : 03 5548 4348 Fax : 03 5548 8343
  • Pejabat Baru di Kuala Lumpur mula beroperasi pada  1 April Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300
  • Emel : info@shamsuddinkadir.com

Syarikat Oil & Gas antara syarikat yang mendapatkan khidmat kami.

25 Mar 2009 Kaedah Sampul-Pasti Tidak Terbabas Dalam Perbelanjaan Setiap Bulan

Dari Emel yang dihantar ke shamsuddinkadir@yahoo.com pada hari ini 25 Mac 2009.

Kaedah Sampul-Pasti Tidak Terbabas Dalam Perbelanjaan Setiap Bulan

 

 

Salam Tuan Shamsuddin,

 

Saya telah pun membaca buku tuan Makan Gaji Tapi Kaya dan Hidup Tenang Walaupun Berhutang tetapi masa tu belum terlintas untuk saya menghantar email kepada tuan, tetapi hari ini setelah melihat dengan mata saya sesuatu, jadi saya pun ringankan jari ini menulis kepada tuan.

Saya bertugas di Jabatan Kerajaan di W.P.Putrajaya. Hari ini semasa waktu rehat agak lenggang di ofis saya al-maklumlah, Gaji masuk hari ini jadi ramailah berpusu-pusu ke bank, dan shopping complex. Kebetulan hari ini saya tidak berkereta, jadi saya hanya makan di cafetaria pejabat sahaja, jika tidak saya pun akan keluar juga seperti yang lain. Agak janggal makan sorang diri jadi saya pun mengajak staf saya untuk pergi makan sama di cafetaria.

Semasa saya ke meja beliau, saya lihat 3 sampul yang berisi wang di atas meja beliau dan beliau sedang mengira-ngira wang tesebut yang jumlahnya agak banyak juga. Di atas sampul tersebut ada tercatat `Makan di Pejabat (1-31 Mac)’, `Minyak kereta (1-31 Mac)’ dan sampul akhir `Mydin @ Giant (1-31 Mac)’ dan yang paling mengembirakan beliau ada satu surat dari bahagian kewangan yang telah meluluskan tuntutan menanggung tugas dari bulan Januari 2008 lagi. Sebelum ini tuntutan tersebut di KIV oleh Jabatan mungkin kerana peruntukan tiada tetapi tugas tersebut beliau laksanakan tanpa bantahan.

 

 

Bila saya bertanya beliau kenapa mengira-ngira wang tersebut katanya terlalu gembira dengan rezeki yang dikurniakan, katanya duit dalam sampul-sampul ini pun masih banyak lagi dan rezeki lain pula datang, Alhamdulillah katanya.

 

Beliau terus bercerita, beliau telah lama guna kaedah sampul yang Tuan Shamsuddin ajar, dan beliau tak pernah lagi terbabas dalam perbelanjaan setiap bulan malah selalu berlebihan dan kemudian berdoa untuknya (Tuan Shamsuddin) setiap kali solat kerana sesiapa sahaja yang mengajar kita perkara baik dianggap seperti guru kita dan kita wajib berdoa untuknya. Jangan kedekut dengan berdoa, kedekut duit tak ape katanya. Bila kita berdoa untuk guru kita setiap hari, kebaikan mendadak akan sentiasa kita perolehi dari ALLAH, Insya-ALLAH. Cubalah kaedah sampul katanya pasti tidak terbabas dalam perbelanjaan.

AZLINA JAS
Putrajaya

 

 Waalaikummusalam Puan Azlina,

Semoga Allah mengurniakan kepada Puan dan staf Puan tersebut dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Syukur, Alhamdulilah tidak apa yang saya dapat ungkapkan hanya bersyukur kerana ilmu yang dikongsi dimanfaatkan dan peroleh kebebasan dan dapat melakukan tugas kerja tanpa memikirkan ataupun disekat akibat ‘DUIT. Walaupun claimnya KIV beliau terus menjalankan tugas ekstra. Saya cukup berbangga dengan beliau dan semua pembaca, peserta dan tetamu blog ini yang memanfaatkan kaedah tersebut dan kaedah lain yang telah dipelajari.

Satu perkara yang saya selalu lakukan adalah berdoa sebelum menjayakan sebarang kursus ataupun ceramah supaya ilmu yang akan dikongsikan bersama nanti menjadikan para peserta orang yang berjaya dan berjaya mendapat manfaat dari ilmu itu. Saya juga turut mendoakan kesejahteraan kepada semua peserta, pembaca yang mempelajari ilmu melalui Ultra Mind Resources, buku-buku SK dan halaman blog ini dalam solat, kerana itu tanggungjawab bagi seorang trainer dan penulis.

Kepada Puan Azlina terima kasih di atas perkongsian maklumat yang teramat baik ini, semoga ianya juga memberi inspirasi kepada semua tetamu blog ini bagi mempratikkannya.

25 Mar 2009 Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji Sabtu Ini 28 Mac
 |  Category: Bengkel, Peluang |  3 Comments

Kepada semua peserta yang telah mendaftarkan diri, sila berada di lokasi bengkel iaitu di atas Klinik Dr. Noriah, Taman Permata, bersebelahan pasaraya Giant selewat-lewatnya 8.55 pagi. Bengkel akan bermula tepat pukul 9 jika tiada masalah yang tidak dapat dikawal dan akan berakhir pada pukul 4.30 petang.

Laluan paling mudah adalah mengunakan jalan Ampang – Hulu Kelang. Jika Tuan dan Puan datang dari arah Ampang, Taman permata terletak disebelah kiri Tuan dan Puan. Jika Tuan dan Puan datang dari arah Gombak, Taman permata itu terletak disebelah kiri Tuan dan Puan. Landmark yang mudah untuk dicari adalah pasaraya Giant.

Alamat lokasi :

Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas

2755-B Jalan Changkat Permata

Taman Permata, Hulu Kelang

53300 Kuala Lumpur

Bagi yang tidak dapat mencarinya boleh menghubungi 019-3001200.

Jika ada individu yang ingin menyertai boleh sms nama dan emel ke nombor hp di atas dan selepas mendapat pengesahan kekosongan Tuan dan Puan boleh terus membuat pembayaran ke akaun Maybank 562106-200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir.

Jumpa di bengkel sabtu ini, 28 Mac 2009.

24 Mar 2009 Kejayaan Sedang Menanti Anda

bannerhijrah.jpg

(DIKEMASKINI) Kenapa saya beriya-iya bagi menjayakan bengkel yang mungkin julung kali di adakan di Malaysia. Biasanya kita mendengar bengkel memulakan bisnes ataupun berjaya dengan bisnes. Kali ini saya lakukan adalah bagi menarik seberapa ramai individu yang ingin mencipta peluang dengan berhijrah dari kehidupan ‘makan gaji’.

Ada yang masih ragu-ragu dan bertanya adakah bengkel ini sesuai untuk saya?

Bengkel ini adalah sesuai bagi semua individu yang

  • ketika ini makan gaji dan tidak mahu menjadi usahawan
  • ketika ini makan gaji dan pernah bercita-cita menjadi usahawan suatu ketika dahulu
  • Ketika ini makan gaji dan pernah dibuang kerja akibat kilang tutup ataupun syarikat bankrap
  • Ketika ini makan gaji dan pernah menganggur beberapa kali
  • Ketika ini makan gaji dan bercita-cita ingin menjadi usahawan yang berjaya
  • Ketika ini makan gaji dan bercita-cita bagi mendapatkan ‘KEBEBASAN’
  • Ketika ini adalah graduan yang belum mendapat pekerjaan
  • Ketika ini adalah pelajar universiti ataupun kolej
  • Ketika ini adalah usahawan tetapi belum menikmati erti KEBEBASAN
  • Ketika ini makan gaji dan merasakan orang yang berniaga sendiri lebih berisiko dari orang yang makan gaji.
  • Dan banyak lagi sebab yang Tuan dan Puan lebih mengerti

Apabila ekonomi dunia yang gawat dengan ada bank yang di antara terbesar di dunia akan memberhentikan lebih 50,000 kakitangannya di seluruh dunia, bagi mengurangkan bebanan kos operasi. Kita dapat lihat apabila kos petrol yang naik mendadak pada beberapa bulan yang lalu, majoriti individu yang makan gaji menangung bebanan kerana petrol dibayar mengunakan duit wang gaji.

Apakah kelebihan jika kita berjaya berhijrah dari kehidupan Makan Gaji ?

  • Tiada lagi jadual waktu bekerja yang perlu diikuti oleh kita sepanjang hidup
  • Waktu membeli belah di pasaraya dan shopping Mall adalah dari hari Isnin sehingga Jumaat sahaja
  • Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka
  • Tidak terikat dengan ‘BOS’
  • Boleh mendapatkan duit yang lebih pada setiap bulan jika itu yang diinginkan
  • Tidak perlu bergantung kepada orang lain bagi mendapat duit yang banyak
  • Dapat menjelaskan hutang-hutang dengan cepat
  • dan banyak lagi yang akan diketahui dari bengkel ini

Tempat adalah terhad, masih ada kekosongan, dijangka akan diadakan pada bulan Januari 2009 dan di Taman Permata, Hulu Klang. Hari Sabtu.

Maklumat yang dikehendaki bagi tujuan pendaftaran bengkel ini adalah :

  • Nama
  • No. Telefon
  • Alamat Emel

Tarikh telah ditetapkan pada 28 Mac 2009 bersamaan hari Sabtu bertempat di Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas, No. 2755-B Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur (Di atas Klinik Dr. Nooriah).

Yuran yang ditetapkan adalah RM 150 (Bayar sebelum 26 RM 130 sahaja) (Makanan dan minuman tidak disediakan). Bengkel bermula dari 9.00 Pagi sehingga 5 Petang.

Pembayaran boleh di buat ke Akaun Maybank 562106 -200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, bagi pembayaran secara online sila masukan emel info@shamsuddinkadir.com di ruangan third party email. Bagi yang membuat pembayaran secara bank in di mesin ataupun kaunter, sila fak bankslip berserta maklumat seperti nama, no. telefon dan emel ke 03-5548 8343. Tim SK akan memaklumkan kepada Tuan dan Puan setelah mengesahkan penerimaan pembayaran.

24 Mar 2009 Tahun 2009 Adalah Tahun Berhijrah

Kenapa setiap kali Malaysia dilanda gawat, akan lahir banyak jutawan baru? Yang menariknya mereka adalah seorang pekerja sebelum mengambil langkah memasuki dunia bisnes ketika ekonomi negara dikatakan ‘gawat’. Mereka tetap berhijrah walaupun ada di antara mereka ini selesa dengan gaji yang diperolehi pada setiap bulan.

Berhijrah dari Makan Gaji Menjadi Usahawan bukanlah sebab utama kenapa setiap orang perlu berhijrah. Kursus Berhijrah Dari Makan Gaji sesuai bagi :

  • Individu yang sudah puas berada di dalam dunia makan gaji
  • Individu yang bercita-cita ingin menikmati kebebasan waktu, melakukan apa yang disukai
  • Individu yang ingin menjadi bos sendiri
  • Individu yang ingin mencipta pendapatan 9 kali ganda dari gajinya (9/10 dari sumber rezeki)
  • Indvidu yang bercita-cita ingin menjadi usahawan
  • Individu yang ingin menikmati kehidupan baru bergelar usahawan
  • Individu yang ingin menjadikan anak-anak sebagai anak usahawan
  • Individu yang tidak yakin bagi memasuki dunia perniagaan
  • Individu yang ingin memulakan bisnes tetapi tiada duit dan tidak ingin meminjam
  • Individu yang ingin memulakan bisnes yang sukses walaupun ekonomi gawat
  • Individu yang ingin mempunyai pendapatan masuk setiap masa dan tidak hanya pada hujung bulan
  • Individu yang ingin BERUBAH.
  • Indvidu yang tidak ingin melepaskan peluang mengubahkan masa depan diri, pasangan dan keluarga

Daftar sebagai peserta bagi kursus Berhijrah Dari Makan Gaji Menjadi Usahawan Senang hari ini. Yuran RM 150 sahaja. Bayaran sebelum ataupun pada 25 Mac 2009 adalah RM 130 sahaja, bagi yagn datang berdua RM 110 seorang.

Tarikh bengkel adalah pada hari Sabtu 28 Mac 2009, 8.30 – 4. 30 petang di Taman Permata, bersebelahan Giant Taman Permata, Kuala Lumpur berdekatan Taman Melawati dan Zoo Negara. Untuk maklumat lanjut hubungi  03 5548 4348 ataupun 1 700 80 7572 sekarang.

24 Mar 2009 7 Petua Memulakan Bisnes Sendiri
 |  Category: Bisnes (Dewasa) |  One Comment

Petua 1 : Masuk Pasaran yang kita ada Bakat dan bukannya Minat

Perkara pertama apabila kita ingin memulakan bisnes pastikan kita memasuki bidang yang kita ada bakat. Apabila kita memasuki bisnes yang kita tidak ada bakat membuatkan tanggan kita terbakar, di mana duit yang dilabur hangus. Jangan masuk pasaran bisnes dalam bidang yang kita minat tetapi tiada bakat. Apabila kita memasuki dunia bisnes yang kita ada bakat, mutu kerja-kerja kita sangat baik, ini membuatkan pelanggan berpuas hati dan memuji kita. Pujian dari pelanggan yang berterusan menghasilkan minat dalam bisnes yang kita ada bakat.

Masuk bidang yang kita minat tetapi tidak ada bakat, membuatkan pelanggan tidak berpuas hati, kerana mutu kerja kita tidak memuaskan. Contohnya kita minat melukis tetapi tiada bakat, gambar yang dilukis tidak cantik dan menarik, tiada pelanggan yang berpuas hati, asyik komplen hasil kita tidak memuaskan.

Ramai ingin menjadi penyanyi tetapi tidak semua orang ada bakat menyanyi. Bagaimana untuk kita mengenali bakat yang ada pada diri kita ?

  • Tengok keluarga di sebelah ayah dan ibu, apa aktiviti mereka
  • Tengok dan ingat kembali apa pujian  yang ibubapa, isteri, rakan sekerja, jiran ataupun anak kita berikan kepada kita. Contohnya isteri kita memuji kita pandai memberi semangat kepada anak-anak supaya berani bercakap dikhalayak ramai. Itu mungkin bermakna kita ada bakat dalam membantu kanak-kanak berani berkomunikasi.

Insyaa-Allah (Jika diizinkan oleh Tuhan) kita akan bertemu lagi dengan Petua Kedua dan seterusnya.

23 Mar 2009 Dhuha : Menarik Kekayaan & Menolak Kepapaan
 |  Category: dimensi |  6 Comments

Perkara yang terbaik bagi dilakukan pada pagi ini adalah sembahyang Dhuha. Solat Dhuha adalah ibadah yang tidak diwajibkan oleh Allah bagi dilakukan. Walau bagaimanapun orang yang melakukannya diberikan kelebihan yang teramat banyak sehingga boleh membuatkan tiada musibah dapat menghancurkan empayar yang kita bina.

Pernah suatu ketika dahulu ada seorang peniaga yang berniaga di dalam sebuah pasar, pada suatu hari apabila datang ingin membuka kedainya, beliau amat terkejut apabila melihat api sedang membakar seluruh bangunan pasar tersebut. Kedainya ada di dalam pasar tersebut. Api yang besar itu telah memusnahkan seluruh pasar tersebut.

Apabila melihat api yang membakar itu, beliau bersyukur, dan berkata” Selepas ini aku tidak mahu lagi berniaga, kerana sudah tua dan ingin menghabiskan masa di Masjid”. Sebelum ini beliau sudah memikirkan untuk bersara dari berniaga bagi memberi tumpuan kepada ilmu Akhirat.

Apabila api sudah padam beliau sangat terkejut, apabila mendapat hanya kedainya sahaja yang tidak musnah dijilat oleh Api. Amalan yang beliau selalu lakukan adalah solat Dhuha.

Langkah pertama yang kita boleh buat pada pagi ini, sama ada merasa sempit akibat bebanan hutang dan duit yang tidak cukup adalah dengan mengambil air sembahyang dan sembahyang 2 rakaat, solat Dhuha. Doakan selepas solat tersebut “Ya Allah kurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada semua sahabat-sahabat, rakan sekerja, jiran, semua Muslimin dan Muslimat dan bebaskan mereka semua dari bebanan hutang piutang. Amin.

Sembahyang Dhuha boleh dibuat secara asasnya antara jam 8 Pagi sehingga 11.45 tengahari. Saya juga akan menunaikannya sebaik sahaja entri ini siap ditulis.

“Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha, 2 rakaat, kerana Allah….”

23 Mar 2009 Mata Kail Beracun & Bercabang

Apabila sekumpulan individu yang melihat ekonomi negara gawat dan merasakan duit mereka tidak cukup bagi menampung ‘gaya hidup’, mereka mencari mata kail.

Apabila sekumpulan individu yang melihat gelagat kumpulan di atas, mereka menyediakan mata kail beracun bagi menjadikan individu yang ‘gawat’ itu sebagai mangsa bagi mendapat duit. Ini menyebabkan individu yang sedang dihimpit dengan hutang dan beban terpaksa menangung lebih banyak hutang selepas termakan mata kail beracun.

Berhati-hati dengan peluang-peluang menjadi kaya, kerana sebahagian besarnya adalah mata-mata kail beracun.

Jika kita ketika ini sedang dihimpit dengan bebanan kewangan, apa yang kita boleh buat adalah :

  • Baca buku-buku kewangan antaranya adalah ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’, ‘Supaya Poket Tidak Kosong Lagi’ ‘Duit bertambah banyak’, Cukup Wang Hati Tenang’ dan banyak lagi.
  • Jika Tuan dan Puan makan gaji – baca juga buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ Ianya juga membicarakan tentang Bom Jangka. Apabila kita mengetahui tentang bom Jangka, kita dapat menyediakan solusi sebelum ianya meletup.
  • Bagi mengelakkan anak-anak membelanjakan duit secara berlebih-lebihan ataupun membazir, hadiahkan kepada mereka buku ‘Biskut Ajaib RM 11.50, dan buku ‘Garaj Aiman RM 13.50
  • Bagi meningkatkan keyakinan kepada diri, boleh dapatkan buku 55 Petua Orang Berjaya, harganya tidak lebih dari RM 20.

Apabila minda kita dipenuhi dengan ilmu-ilmu terutama dalam kewangan, ianya membantu kita mengurangkan kos yang tidak perlu dan pada masa yang sama menambahkan lagi sumber pendapatan kita.

Antara pembaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang yang terawal, adalah seorang wanita menangung hutang kad kredit sebanyak RM 13,000 pada tahun 2006, beliau tidak percaya bahawa sebuah buku dapat menghilangkan masalahnya itu. Selepas buku itu dicadangkan kepadanya, beliau membeli dan membacanya dan akhirnya dalam masa 6 bulan semua hutangnya itu selesai dibayar. Pada ketika ini beliau bukan sahaja tidak lagi menangung hutang yang tidak perlu, beliau juga telah memiliki 4 buah rumah yang dibeli sejak jatuh cinta dengan buku-buku yang berinspirasi.

23 Mar 2009 Hutang Punca Pejawat Awam Amal Rasuah
 |  Category: Bebanan Hidup |  Leave a Comment

Berita Harian Rabu 18 Mac 2009 Laporan Pelan Integriti Nasional – Penilaian dan Hala Tuju (Tekad 2008) yang diumumkan semalam mendedakah hampir 74 peratus kakitangan awam yagn cenderung menerima suapan berpunca daripada terlalu banyak beban hutang. … berita selanjutnya di akhbar Berita Harian.

Sejak dari awal 2007 Ultra Mind Resources telah memulakan langkah bagi menyediakan keperluan program meningkatkan prestasi melalui ‘kewangan’ yang dikenali modul Dimensi. Kursus yang ditawarkan adalha bagi memenuhi keperluan pekerja sama ada disektor swasta dan awam.

“Apabila Hidup Terdesak, Amanah akan tergugat”

Motif utama pekerja bekerja adalah kerana duit, tidak kira sama ada di sektor swasta dan awam. Oleh itu motivasi melalui pendekatan kewangan dapat menarik menghasilkan kebaikan kepada dua pihak.

Bagi mana-mana organisasi yang ingin menjemput kami bagi menjayakan program ditempat Tuan daan Puan boleh menghantarkan Nama, no. telefon ke info@shamsudddinkadir.com ataupun boleh menghubungi 1 700 80 7572 ataupun 035548 4348.

23 Mar 2009 Pembelian Buku SK Akan Diuruskan Oleh KedaiBukuSK
 |  Category: Buku, Informasi |  Leave a Comment

Apabila semuanya siap seperti yang dijadualkan, Tuan dan Puan yang ingin membeli buku tulisan SK boleh membelinya melalui KedaiBuku SK. Insyaa-Allah setiap belian buku-buku tulisan SK akan terus mendapat autograf dari SK walaupun urusan pembelian telah diambil alih oleh Kedai Buku SK. Kedai Buku SK dimiliki oleh Puan Nor’Aini Mohamed Noor, seorang penulis. Perkataan SK adalah di ambil sempena Shamsuddin Kadir, nama kedai itu adalah idea 100% dari Puan Nor’Aini sendiri.

 

Buku-buku Shamsuddin Kadir termasuk dalam senarai ‘Buku-buku Berinspirasi’ yang dijual oleh KedaiBuku SK. Pada ketika ini KedaiBuku juga sedang mencari ‘Duta-Duta Cilik’ bagi menginspirasikan ahli keluarga, rakan sekerja, jiran, saudara mara dan orang yang masih asing yang ditemui.

Kenapa ada individu yang suka menginspirasikan orang lain? Salah satu ciri kepimpinan adalah meningkatkan semangat orang lain dan juga membantu orang lain supaya berjaya. Orang yang membantu orang lain berjaya, akan lebih berjaya dari orang yang dibantunya itu.

Kepada yang berminat menjadi Duta-Duta boleh mengemelkan ke info@shamsuddinkadir.com, Kedai Buku SK akan mempunyai halaman website dan emelnya sendiri.