22 May 2009 Buku Yang Akan Dibeli Bulan Ini
 |  Category: Buku, Keluarga

Insyaa-Allah dalam beberapa hari lagi, kita yang makan gaji bakal menerima gaji dalam masa terdekat. Apakah barangan dan servis yang kita akan beli mengunakan duit gaji bulan ini?

Antara perbelanjaan yang kita akan lakukan adalah melabur untuk buku, melabur untuk sumber inspirasi hidup kita. Saya sudah memilih sebuah buku yang saya sudah lama melihatnya, dan pernah memegangnya, tetapi belum berkesempatan memilikinya. Tajukan ‘Blink’ berkenaan dengan berfikir tanpa berfikir, itu maklumat ringkas yang saya dapat tahu dari bicara buku oleh Ally Iskandar di MHI hari ini.

Buku ini bakal menjadi santapan SK pada hujung minggu ini, jika buku itu dapat diperolehi di Kota Kinabalu, Sabah. Insyaa-Allah SK akan berada di Sabah mulai 23 hingga 27 Mei 2009 bagi menjayakan kursus Dimensi Diri untuk kakitalan Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Sabah.

Tetapkan nama buku yang akan dibeli oleh Tuan dan Puan sebelum duit gaji masuk, dan mulakan satu tabiat membuat perlaburan ilmu dengan membeli buku sebagai satu dari belanja awal apabila mendapat gaji. Semoga tabiat ini menjadikan kita semua sebagai orang yang lebih berjaya dari masa ke semasa.

Kepada Tuan dan Puan yang ada memiliki anak yang berusia 7 tahun ke atas, boleh pilih banyak buku-buku yang bermutu yang ada di pasaran.

Kepada Tuan dan Puan yang belum ada slot membaca di rumah, boleh berbincang dengan pasangan dan mulakan langkah itu secepat mungkin. Sebagai permulaan Tuan dan Puan boleh memulakan waktu membaca iaitu pada pukul 8.25 malam sehingga pukul 9 malam. Ketika itu pastikan ruang membaca itu sunyi ‘seperti di perpustakaan’. Tiada bunyi dari TV, Radio dan sebagainya. Itu akan menganggu kita menerapkan apa yang kita baca.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses

  1. 1
    Pembaca 

    Salam Tuan SK,
    Muga beroleh keberkatan dari Allah hari ini dan seterusnya hari-hari yang mendatang.Selain dari buku2 tulisan tuan,bolehkah Tuan cadangkan buku-buku yang sangat baik dibaca?Terutama bagi menambah nilai dalam hal kewangan ataupun yang baru dalam soal bisnes bermodalkan RM100.Semuga Allah membalas segala kebaikan Tuan itu.

    TK

  2. Ya, benar Tuan. Buku Blink ditulis bagi menjawab buku berjudul Think.

  3. 3
    jedi79 

    Ya saya setuju dengan saranan Tuan tentang permulaan untuk membaca sekitar antara 8.25 hingga 9.00 tu. Apa yang penting jadikannya hingga menjadi sebagai tabiat, walaupun hanya 30 minit sahaja tapi bermakna.

Leave a Reply