Archive for June, 2009

40% Pekerja Awam Berhutang

Suratkhabar tempatan pada hari ini, 29 Jun 2009, melaporkan 40% daripada 1.2 juta kakitangan awam iaitu 450,000 menangung bebanan hutang.

Lapuran dalam akhbar Utusan Malaysia : Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil skikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40% daripada gaji mereka.

Ahmad Shah berkata, ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi agen jualan langsung dan berniaga  untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah bersetuju bahawa satu daripada faktor yang menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan yang tinggi di bandar.

“Untuk mengatakan mereka ini tidak tahu menguruskan kewangan mereka adalah satu tanggapan salah,” katanya.

Laporan Akbar The Star : 

KUALA LUMPUR: Heads of ministries and departments should be humane in dealing with civil servants who are in debt, Cuepacs secretary-general Ahmad Shah Mohd Zin said Sunday.

He said this group of workers needed “special attention as they may be vulnerable to corruption and moonlighting.”

Cuepacs’ stand was that these officers needed to be “rehabilitated” before any disciplinary action was taken against them, he told Bernama.

“What is happening now is that the heads of department usually find the easy way out by taking disciplinary action, like stopping of increment, denying promotions and suspension from duty, thus aggravating the situation.”

——————————————————————-

SK telah membeli akhbar Utusan Malaysia hari ini selepas mendapat feedback dari pengacara MHI hari ini. Ulasan ini dibuat di halaman ini selepas mendapat satu lagi informasi berguna dari Tuan Firdaus Ariff seorang penulis muda yang berwawasan tinggi dan SK yakin beliau akan menjadi seorang yang berjasa kepada Masyarakat sepanjang usianya.

This message was forwarded to you by ibnu.ariff@gmail.com.

Comment from sender:
Salam

Mungkin tuan boleh ulas artikel (Almost 40% of civil servants in debts: Cuepacs) ini di blog.

Apa pendapat Tuan dan Puan berkenaan dengan isu di atas ?
 

Tetamu SK: Di Mana Tempat Menghantar Soalan?

Salam,

Tuan SK saya terlalu baru dlm dunia blog n forum dan baru mendaftar sebentar tadi. saya banyak membaca soalan-soalan dari pembaca dan tertarik dgn jawapan dalam laman web tuan, dimana tempat yang sesuai untuk saya menghantar soalan?

Terima kasih

Rahmat

From Saya Ingin Menjana Pendapatan Ekstra, 2009/06/29 at 2:07 PM

——————————————-

Salam Tuan Rahmat,

Pertanyaan ataupun cadangan boleh dikemukakan sama ada di diskusi kuliah jika ianya berkaitan dengan isu yang kita sedang bincangkan. Jika ianya tiada kaitan dengan isu terkini di dalam blog ini, Tuan boleh mengemelkan ke info@shamsuddinkadir.com. Sebaiknya Tuan pastikan persoalan Tuan itu bukan dari tajuk yang telah dihuraikan kerana jawapannya ada di dalam salah satu artikel yang sudah lebih 1,000 di simpan dalam arkib blog ini.

Hantarkan emel itu ke info@shamsuddinkadir.com, pihak pentadbir blog ini akan menjawab emel Tuan di www.shamsuddinkadir.com dengan menggunakan nama samaran Tuan.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

 

 

Apa Yang Dimaksudkan Dengan Kebebasan Kewangan?

Ahad, 28 Jun 2009, Putrajaya, selepas tamat bicara buku di atas kerjasamana antara MPH Alamanda dan PTS Marketing. Ada seorang individu bertanya kepada saya apa yang dimaksudkan dengan kebebasan kewangan.

Kebebasan kewangan boleh di bahagikan kepada dua iaitu :

  • Tidak ada hutang, tetapi ada duit bagi menangung keperluan hidup seharian sehinggalah kita mati.
  • Ada hutang, tetapi hutang itu membantu menghasilkan lebih banyak duit bagi menangung keperluan hidup.

Ianya terpulang di atas landasan mana yang kita ingin bina kebebasan. Jika diberikan pilihan sudah pasti ramai memilih pilihan yang pertama kerana, tidak perlu risau tentang hutang apabila malaikat datang untuk mencabut nyawa.

Walau bagaimanapun, cara yang paling cepat membuat duit adalah leveraj. Sama ada mengunakan tenaga orang lain iaitu pekerja ataupun guna duit orang lain iaitu bank bagi menghasilkan lebih banyak duit.

Matlamat dan ilmu yang ada pada kita itu yang mendorong kita membuat langkah pertama ke arah kebebasan kewangan yang kita inginkan.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Bicara Siri Usahawan Cilik Di MPH Alamanda

Informasi ini disalin dari sesawang www.mphonline.com yang memuatkan bicara penulis.

Ceramah Buku: Siri Usahawan Cilik
Ceramah Buku: Siri Usahawan Cilik – Tukang Gunting Terbang, Biskut Ajaib dan Garaj Aiman oleh Shamsuddin Kadir
Ingin tahu aksi hebat bakat-bakat cilik mengusaha kedai dan bisnes sendiri? Jadi jangan ketinggalan untuk bertemu penulis Shamsuddin Kadir, motivator terkenal dan penulis buku Siri Usahawan Cilik di MPH Bookstore.
Date :   28 June 09 (Sunday)
Time :   3:00 – 4:00 pm
Venue:  MPH Alamanda, Putrajaya

Tukang Gunting Terbang (Usahawan Cilik)      Biskut Ajaib (Usahawan Cilik)      Garaj Aiman (Usahawan Cilik)

 

www.KedaiBukuSK.com Beroperasi Secara Rasmi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman kepada semua tetamu www.shamsuddinKadir.com, kedaibuku SK telah dibuka secara rasminya mulai hari Jumaat 26 Jun 2009.

Kedaibuku SK ini hanya menjual buku-buku yang telah disenarai pendekkan oleh beberapa individu yang telah ditugaskan bagi membuat semakan sebelum buku-buku itu diklasifikasikan sebagai buku berinspirasi. Hanya buku-buku yang berinspirasi sahaja di jual di www.kedaibukusk.com.

 

Pembelian adalah secara pukal. Pembelian secara sebuah boleh dibuat melalui pengedar-pengedar kedaibukusk yang akan ditambah dari masa ke semasa. Kepada yang berminat untuk menjadi pengedar boleh menghubungi kami di 03 4142 5300 ataupun emelkan nama, alamat dan nombor telefon yang boleh dihubungi ke info@kedaibukuSK.com.

Pengedar terbaru adalah dari Seksyen 19, Shah Alam. Sehingga kini kami masih mengalu-alukan kepada Tuan dan Puan yang ingin turut serta dalam usaha menginspirasikan masyarakat kita dengan ilmu yang bermanfaat.

Halaman www.kedaibukusk.com masih dalam proses menambahbaikkan dari masa ke semasa. Sehingga kini sudah 2 kempen telah di lakukan. Ini bermakna terdapat dua senarai katalog buku-buku berinspirasi telah dikeluarkan oleh kedaibuku SK.

KEDAIBUKU SK

‘Kini Semua Orang Boleh Berjaya’

SK DI MPH Alamanda Putrajaya Ahad Ini

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

SK akan berada di MPH Alamanda pada hari Ahad 28 Jun 2009 mulai Jam 3 -4 petang di atas jemputan bicara buku dan sesi bual bicara bersama pembaca. Kepada Tuan dan Puan yang ingin berbicara ataupun membeli buku sambil mendapat ‘kata-kata’ dari penulis dilakarkan di atas buku, jumpa di sana nanti.

Insyaa-Allah kad bisnes SK juga akan di berikan kepada semua tetamu selagi masih ada.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Author

Ultra Mind Resources

Zaman Kebijaksanaan ‘Intellingent Age’

“Kini bukan lagi zaman Informasi ‘Information Age’, kini zaman kebijaksanaan’

Make your brain as your hobby, it will reward your tremendously” itu lebih kurang kata-kata Tony Buzan yang saya dapat petik dalam Malaysia Hari Ini (MHI) hari ini.

Apa yang ada di dalam fikiran SK pada ketika ini adalah kini zaman bakat ‘talent’ berdasarkan tip yang diberikan oleh seorang sifu SK baru-baru ini.

Ijazah sudah menjadi bahan komoditi seperti pasir dan batu bata yang diniagakan ketikan ini.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Pembunuh Kualiti Hidup

Apabila kita mengamalkan sambutan harijadi dan hari ulangtahun perkahwinan dengan cara memberi hadiah ataupun meraikan dengan makan secara luarbiasa dari hari biasa, ianya tidak membantu anak, pasangan ataupun diri kita.

Harijadi anak ataupun pasangan kita tetap ada walaupun mereka tidak menunjukkan prestasi yang memenuhi piawaian keluarga kita. Walaupun isteri kita masak tidak sedap, komunikasi beliau tidak bagus, kita mengiktiraf tabiatnya itu dengan meraikan hari jadi yang tepat kujung tiba.

Begitu juga dengan suami kita yang tidak pandai mengambil hati isteri, kita terus menghadiahkan setiap kali kedatangan harijadinya.

Walaupun anak kita itu tidak dengar kata, kita tetap memberi hadiah pada harijadinya.

Apabila kita memberi hadiah ataupun meraikan, ianya bermaksud kita mengiktirafkan perangai mereka yang masih belum kita berpuas hati.

Nabi Muhammad S.A.W juga tidak memberi hadiah yang berjadual iaitu seperti hadiah hari jadi, hari ulangtahun. Nabi memberi ganjaran berdasarkan pencapaian prestasi yang lebih tinggi dari masa ke sama.

Apabila pasangan ataupun anak kita membuat sesuatu yang tersangat baik reward mereka ketika itu, tidak mengapa jika reward ataupun itu diberikan 5 kali setahun. Ianya sudah pasti lebih baik dari sambutan harijadi ataupun ulangtahun, kerana setiap kali kita membelanjakan duit bagi meraikan prestasi ahli keluarga itu, setiap kali itu kualiti hidup kita meningkat.

SK sendiri sudah tidak mengadakan sebagai aktiviti bagi meraikan ulangtahun perkahwinan ataupun hari jadi diri, isteri, anak sejak 2-3 tahun yang lalu. Apa yang kami lakukan adalah sambutan prestasi. Ianya dilakukan secara mengejut, kerana ianya tiada tarikh yang boleh dijangka. Apabila prestasi isteri ataupun anak bertambah baik, kita memberikan kejutan.

Antara kejutan yang saya berikan kepada isteri dan anak pada suatu pagi adalah ” Ain, masukkan pakaian yang diperlukan bagi satu malam”.

“Kenapa abang”? tanya isteri saya.

“Kita akan keluar 1/2 jam lagi, dan malam ini kita tidak akan tidur di rumah, di mana kereta ini berhenti di situlah kita akan tidur”.

Kejutan ini berakhir di sebuah hotel peranginan. Ianya hadiah di atas kejutan prestasi yang dibuat oleh isteri dan anak-anak saya dalam meningkatkan kualiti hidup.

Petang semalam saya memberikan kejutan yang ketiga untuk isteri saya bagi tahun 2009. Isteri saya berkata, “kejutan macam ini lebih ikhlas ‘genuine’ dan saya sukakannya”.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Author

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Diari SK : Mesyuarat Tamrin & Rakaman Motivasi Radio

Khamis, 25 Jun 2009, SK akan menghadiri mesyuarat Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) Di Setiawangsa pada sebelah pagi.

Tepat pukul 2 petang, rakaman motivasi untuk Radio Salam.fm dijadualkan bermula. Sebanyak 15 slot rakaman motivasi selama 5 minit setiap satu bakal dirakamkan dengan izin Allah.

SK tidak dapat membalas beberapa emel penting ketika waktu pejabat esok di atas jadual di atas.

Diari SK : Bijak Mengurus Wang Di UiTM

Sejak pukul 9.00 sehingga pukul 1.30 tengahari. Program motivasi ‘Bijak Mengurus Wang’ diadakan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Puncak Perdana diadakan.

Ianya anjuran Fakulti Pengurusan Maklumat. Jemputan dari Tuan Haji Nurul Hisyam. Berjumpa semula dengan Tuan Mohamed Ali buat kali kedua sejak pertemuan pertama pada pesta buku 2007. Beliau juga memiliki banyak ilmu baru yang dapat SK pelajari.

Buku SK Merupakan Hadiah Yang Paling Berharga

To: info@shamsuddinkadir.com  [Tuesday, June 23, 2009 4:30 PM]

Salam Tuan Shamsuddin.

Saya baru melangsungkan perkahwinan saya pada 20 Jun 2009 yang lalu di Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Yang mengembirakan saya dan suami kami mendapat hadiah perkahwinan dari sahabat saya dari Shah Alam yang berupa 4 buah buku yang kesemuanya adalah hasil penulisan tuan, Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tapi Kaya, Kaya dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah.

Hari ini setelah habis membaca buku pertama Hidup Tenang Walaupun Berhutang, saya merasakan hadiah beliau merupakan Hadiah Yang Paling Berharga untuk saya dan suami. Buku-buku tuan yang lain akan kami baca mengikut turutan yang beliau tulis di atas buku-buku tersebut. Buku kewangan seperti ini jarang orang menghadiahkan kepada pengantin-pengantin. Ini satu langkah yang bijak dan paling baik yang dilakukan oleh sahabat saya.

Syabas Tuan Shamsuddin, buku tuan cukup hebat dan mudah difahami. Ilmu yang tuan sampaikan di dalam buku tersebut tersangatlah baik dan boleh dijadikan pedoman dalam pelayaran hidup ini. Terima kasih tuan.

Shadina Azmi
Permatang Pauh, Pulau Pinang

——————————-

Waalaikummusalam Cik Puan (Gelaran untuk wanita bercita-cita tinggi) Shadina,

Alhamdulilah di atas minat membaca yang amat mendalam dalam diri Cik Puan dan Suami. Semoga ianya berterusan bagi mencari dan membaca buku-buku yang memberi manfaat sepanjang hayat dan diwarisi oleh zuriat keturunan. Amin.

Semoga Puan juga boleh meneruskan amalan mulia ini dengan menghadiahkan buku-buku bermanfaat walaupun senaskah (bergantung kepada bajet) kepada pasangan lain yang baru mendirikan rumahtangga.

SK mendoakan Puan sekeluarga sentiasa mendapat rahmat dari Allah sepanjang hayat.

Pesanan SK hanya satu, jagalah perkahwinan (marriage) itu dengan sebaiknya iaitu dengan banyak membaca buku-buku tentang kekeluargaan, konflik rumahtangga, dan juga banyak bertanya kepada orang yang lebih dahulu makan garam daripada kita. Insyaa-Allah dari ilmu yang diperolehi dari masa ke semasa, Puan akan sentiasa berada di bawah payung Ilahi. Amin.

Untuk maklmuman semua, Puan Shadina adalah pasangan ketiga yang menyatakan bahawa buku-buku itu adalah hadiah yang paling berharga pernah diterima oleh mereka sewaktu melangsungkan perkahwinan.

Saya Ingin Menjana Pendapatan Ekstra

Sehingga kini, SK banyak menerima emel dan juga pertanyaan berkenaan bagaimana untuk menjana pendapatan ekstra. Pertanyaan yang biasanya diterima oleh individu yang ‘makan gaji’.

Adakah kerana gaji mereka kecil ataupun kos sara hidup mereka tinggi ?

Ada ayat yang biasa kita dengar iaitu “Kalau ingin senang, makan gaji, kalau ingin kaya buat bisnes”. Itu kata-kata yagn biasa didengari.

Orang Cina banyak yang berniaga kerana simbol ‘pekerja’ dalam tulisan Cina menunjukkan, satu gari lurus yang melintang yang bermaksud, kita tidak boleh lagi naik kerana ada halangan, kecuali dengan keluar dari makan gaji.

Bagi SK, kedua-dua cara mencari rezeki adalah baik dan bagus. Ianya bergantung kepada cara kita memaksimunkan kemahiran yang kita ada. Apabila kita ada kemahiran kritikal seperti dalam kursus Dimensi Diri & Dimensi Pekerja yang SK anjurkan pasti ianya adalah jalan paling mudah untuk kita menikmati kehidupan semaksimun yang boleh.

Makan gaji dengan cara mengurus wang secara berhemah, aplikasi beberapa kemahiran kritikal membantu kita mencapai apa yang kita inginkan dalam kehidupan, walaupun kita masih kekal sebagai pekerja.

Bisnes bukannya bermaksud kita dapat buat duit banyak apabila kita memasuki dunia bisnes. Orang yang sebenarnya berjaya dalam bisnes adalah orang yang memasuki bisnes bukan kerana duit tetapi kerana kebebasan. Antara individu yang kita dapat lihat yang mencari kebebasan adalah Bill Gate, Michael Dell, dan banyak lagi insan. Ada juga yang memasuki bisnes kerana perjuangan dan semangat untuk memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Ini antara faktor yang menjayakan sesebuah bisnes itu.

Sebagai individu yang makan gaji, kita masih boleh hidup senang dengan :

  • Urus Wang Gagi secara di luar kotak
  • Labur dalam Hartanah guna duit orang lain
  • Labur dalam saham yang berkaitan seperti unit amanah.
  • Menjadi pekerja yang bertaraf ahli bisnes dengan mengikuti kemahiran di luar kotak

Seorang yang bertaraf kerani, dengan usaha yang rajin dan berkat kurniaan Allah, beliau memiliki dividen tahunan sebanyak RM 100,000 +++ . Kini beliau berumur 30 an.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

B

Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan Gaji 5 Julai 2009

Dengan izin Allah satu lagi Kursus berhijrah menjadi usahawan akan di adakan di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) di Batu Pahat, Johor pada hari Ahad 5 Julai 2009.

Yuran kursus adalah RM 150 sahaja. Insyaa-Allah kami akan maklumkan berkenaan dengan maklumat terperinci berkenaan dengan program ini dalam masa terdekat.

Tetamu SK: Rahsia Bebas Daripada Belenggu Hutang

Informasi di bawah di salin dari diskusi kuliah di www.shamsuddinkadir.com di bawah tajuk ‘Duit kita semakin sempat untuk keluar’

Tuan SK… Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada tuan kerana telah membantu ramai orang membebaskan diri daripada belenggu hutang.

Tuan memang hebat dan luar biasa sekali… Didalam lebih 100 buah buku pengurusan kewangan dan motivasi yang saya beli, baca, fahami dan amalkan, buku2 tuan seperti “HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG” dan “MAKAN GAJI TAPI KAYA” adalah antara “best of the best”.

Tuan SK… Disini saya ingin berkongsi beberapa tips kewangan iaitu “RAHSIA BEBAS DARIPADA BELENGGU HUTANG”.

Tips ini saya amalkan sendiri dan ternyata ia berkesan. Mungkin ia boleh membantu ramai orang yang mengalami masalah hutang terutama pengunjung2 blog ini.

: JANGAN SESEKALI menggunakan KAD KREDIT @ MEMBUAT SKIM BAYARAN MUDAH walau anda terdesak, kesempitan atau tiada wang sekalipun. Amalkan perbelanjaan melalui WANG TUNAI sahaja

: TANAMKAN DALAM HATI bahawa kad kredit adalah ‘KAD GANTUNG DIRI’. Apabila anda memilikinya bermakna anda sengaja cari ‘tali gantung’ untuk ‘bunuh’ kewangan anda. Lagi banyak anda memilikinya, lagi banyak anda sediakan ‘tali gantung’ untuk ‘bunuh’ kewangan anda

: TANAMKAN DALAM HATI bahawa skim bayaran mudah bermakna ‘SKIM CEPAT MISKIN’. Apabila anda mula mendaftar dengan skim ini bermakna anda bersetuju untuk memastikan anda menjadi CEPAT MISKIN. Semakin banyak skim ini anda sertai, semakin cepat anda mencapai taraf ‘MISKIN KEWANGAN’

: JANGAN SESEKALI anda meminjam wang dengan along @ ceti sama ada yang ‘halal’ atau yang ‘haram’ walau anda terdesak macam mana sekalipun. Ingat !!! SEKALI anda meminjam wang dengan mereka bermakna anda bersetuju untuk ‘menggadaikan nyawa anda, keluarga dan seluruh hidup anda kepada mereka’ iaitu ibarat ‘anda menjadi tv, mereka menjadi remote control’- bila tiba masanya, anda akan ‘terpadam’.

: Buat simpanan sekurang-kurangnya 40% daripada gaji anda dalam SEKURANG-KURANGNYA 3 AKAUN BANK di mana setiap akaun berkenaan tidak mempunyai kad ATM. Anggap simpanan ini sebagai ’senjata hebat’ yang anda miliki untuk MELAWAN hutang, inflasi dan sama waktu dengannya.

Ingat!!! Jangan amalkan prinsip ‘Sikit-sikit dalam bab menyimpan ini, pasal ia hanya akan jadi bukit’ TAPI amalkan prinsip “BANYAK-BANYAK, pasal LAMA-LAMA simpanan anda akan JADI GUNUNG”.

 Itu pasal MESTI simpan 40% daripada gaji anda, dan BUKANNYA 10%-15% daripada gaji anda. Ok… Itu jer tips kali ini. InsyaAllah… Ada masa, saya bagi lagi tips2 lain.

 Salam hebat dan luar biasa sekali tuan SK… A’KUM

En Khairudin Maliki

From Duit Kita Semakin Sempit Untuk Keluar, 2009/06/21 at 4:18 PM

Bengkel Bijak Mengurus Wang Ahad 21 Jun 2009

Dengan izin Allah, satu bengkel pengurusan wang akan diadakan pada 21 Jun 2009 di Surau Al-Munir, Apartment Sri Indah, Persiaran Lestari Perdana, Seri Kembangan Selangor. Ianya berhampiran dengan Pasar Borong Selangor dan Jusco Taman Equine.

Trainer adalah Shamsuddin Kadir (SK)

Tempoh masa:  8.30 – 1 tengahari.

Tentatif Program :

  • o 8.15   – 9.00 pg : Pendaftaran
  • o 9.15   – 10.30 pg : Bedah Siasat Wang
  • o 10.30 – 10.45 pg : Tea break
  • o 10.45 – 12.30 pg : Perangkap Kewangan
  •                                : “Muda Senang, Tua Tenang”

                 12.30               : Makan tengah hari

Tempat terhad,daftar segera di 013-2227632

Anjuran Surau Al-Munir. Kalau tidak salah saya, masuk adalah percuma, tetapi perlu berdaftar kerana tempat adalah terhad.

Buku-buku tulisan SK dan buku-buku yang direkomen oleh SK akan dijual dibengkel ini. Semua buku tulisan SK akan diautografkan. Insyaa-Allah.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com