Direct Selling Ohh Multi Level Marketing

Sehingga ke hari ini masih ada yang bertanya tentang Direct Selling dan Multi Level Marketing.  Semoga entri pada kali ini membantu memberikan kefahaman yang jelas kepada Tuan dan Puan yang ingin mendapat pandangan blog ini.

Adakah peluang benar-benar wujud bagi membuatkan kita kaya dengan melibatkan diri dengan Direst Selling (DS) ataupun Multi Level Marketing (MLM) ?

Ianya terpeluang kepada kepada ilmu dan pengalaman yang ada kepada kita.

SK telah membuat beberapa kajian berkenaan dengan DS & MLM dan yang terbaru sempat menerumah seorang pesara (Guru) yang kini berumur 65 tahun. Beliau telah berkecimpung dalam dunia DS & MLM sejak mula mendirikan rumahtangga dengan pasangannya yang bertaraf surirumah sepenuh masa. Akibat dari bebanan kos sara hidup, beliau dan isteri bergiat aktif dalam DS & MLM dari satu ke satu sehinggalah Tuan ini berumur 60 tahun. Beliau masih tidak memperolehi kehidupan yang bagus hasil dari DS & MLM begitu juga dengan orang-orang yang mereka kenali yang pernah mendapat kereta Mercedez di awal 90an hasil dari buat DS & MLM, kini kereta itu sudah ditarik balik.

Ramai juga rakanya berhenti kerja sebagai Guru apabila melihat duit sedang mengalir masuk, tetapi hanya untuk seketika, kini ada di antara mereka kini merempat.

Apabila ditanya beliau apa yang beliau akan lakukan jika dapat kembali ke usia 20 tahun, beliau berkata, beliau tidak akan lagi melakukan kesilapan iaitu melibatkan diri dengan DS & MLM. Apabila ditanya kenapa? DS & MLM hanya menghabiskan duit gajinya dan lebih baik jika dia habiskan duit untuk sambung belajar, sudah tentu jumlah pencennya tidaklah serendah ini.

Apa yang Tuan boleh nasihatkan kepada orang lain yang masih muda dan ada masa lagi : DS & MLM tidak membawa kita ke mana. Tiada yang sudah berjaya sehingga ke usia tua dengan DS & MLM.

Tuan dan Puan yang SK muliakan, di atas antara intipati yang saya perolehi dengan seorang guru yang telah bersara 10 tahun yang lalu. Interview ini berlangsung hampir 30 minit pada hari Selasa 9 Jun 2009 yang lalu.

Ini hanyalah satu daripada informasi yang kita boleh fikir sendiri dan kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada diri kita dalam mempelajari lebih banyak lagi ilmu dalam bidang ini. Kita yang akan menangung sama ada untung ataupun rugi, buat keputusan berdasarkan ilmu yang kita ada. Semakin banyak ilmu yang kita ada semakin bernas, semakin bijak keputusan yang dibuat.

Ada yang bertanya saya sebentar tadi melalaui Yahoo Messenger bahawa Doktor juga ada yang memasuki DS & MLM. Saya menyatakan kepadanya “Ada orang terpengaruh ataupun boleh dipengaruhi apabila diberitahu bahawa Doktor juga ada menyertainya. Ada juga individu yang menunjukkan gambar uplinenya yang memiliki kereta besar, rumah besar, pendapat 10 digit sebulan”

Sehingga ke hari ini www.ShamsuddinKadir.com tidak menyarankan kepada sesiapapun untuk hidup bergantung kepada sumber pendapatan dari DS & MLM.

Kongsikan pengalamaan Tuan dan Puan yang pernah melibatkan diri dengan bisnes Direct Selling, Multi Level Marketing, Network Marketing, Refferal Marketing dan yang sewaktu dengannya di sini. Semoga ianya menjadi amalan baik Tuan dan Puan bagi memandaikan lagi kita semua.

3 comments on “Direct Selling Ohh Multi Level Marketing”

  1. Thinkerich Reply

    Salam SK,

    Satu kupasan yang menarik…saya akan tulis pandangan dan pengalaman saya dalam blog PemikirKaya dot Com!

    Sebenarnya apa sahaja bisnes yang kita lakukan adalah bergantung kepada sikap kita..bukan setakat bisnes direct selling dan MLM sahaja bahkan apa jenis bisnes sekalipun…

    Dalam bisnes konvensional pun, masih ada yang cukup makan sahaja biarpun dah berniaga lebih 40 tahun,…

    Dalam direct seling dan MLM tak dinafikan ada yang berjaya mengecapi kejayaan dan kemewahan tapi ianya hanya seketika jika mereka tak tahu menguruskan pendapatan dan kewangan yang diperolehi..

    Mereka mungkin ada skill menjual yang tinggi tapi ilmu dan skill pengurusan kewangan yang amat lemah hinggakan terpedaya di antara aset dan liabiliti…

    Cukup takat ni….saya sambung pada Blog PemikirKaya…

  2. netmy Reply

    apa yang saya perhatikan, memang ada yang mencapai tahap jutawan berpendapatan 100k sebulan. malah ada 600 juta setahun. pernah masuk wanita hari ini TV3 tuan empunya income tu. jadi apa yang mereka buat dengan duit tu? beli tanah, buka restoran dan lain untuk menjana side income yang lain.

    Bahkan dalam buku jutawan ekstrem tulisan azizi ali mengatakan 5% sahaja yang jadi jutawan. 45% hidup senang dan selebihnya cukup makan. maknanya bisnes MLM tu boleh menjadikan mereka hidup senang.

    tentang pendapat tuan tu saya percaya yang berumur 65 tahun tu hanya segelintir kecil ‘penyesalan’ yang tidak dapat di undur semula. ia mampu meyakinkan beliau bahawa MLM la punca dia hidup tersiksa sekarang. tapi dia kurang dalam pengurusan kewangan.

Leave a Reply to Shamsuddin Kadir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *