Archive for July, 2009

Media Yang Mengosongkan Poket Menambah Hutang

Dilema masyarakat pada hari ini adalah memilih bahan maklumat sama sama ada melalui media cetak, elektronik & internet.

Pemilihan apa yang ingin dimasukkan ke dalam minda menjadi penentu sama ada kita menjadi bertambah berkualiti ataupun sebaliknya.

Jika yang masuk ke dalam kepala kita adalah sampah, maka  yang keluar dari kita juga sampah dan kita juga dikenali sebagai pusat sampah.

Ada juga majalah yang memuatkan informasi-informasi yang bertaraf kayangan ataupun bersesuaian untuk dikhayalkan tetapi bukan untuk dinikmati. Apabila kayalan itu diterjemahkan ke dalam realiti ianya bukan sahaja mengosongkan ‘wallet’ kita ianya juga menambahkan lagi hutang yang terpaksa kita tanggung.

Antara informasi berkenaan hiasan dalam rumah yang ‘over’ sebenarnya adalah antara penyebab duit kita dihabiskan bagi membeli hiasan yang bukan sahaja membuat kita semakin miskin tetapi juga membuatkan kebahagian rumahtangga tergugat.

Contohnya, hiasan dalam rumah dengan bunga-bunga kering tergantung di dinding adalah berlawanan dengan citarasa lelaki iaitu suami. Ianya menambahkan lagi kadar tekanan suami. Hotel-hotel yang ada di luar sana di reka berdasarkan kepada citarasa lelaki, kerana mereka adalah kumpulan terbesar yang mendiami hotel terutama berkaitan dengan urusan bisnes.

Di dalam bilik-bilik hotel tidak ada bunga-bunga yang digantung-gantung di dinding bilik, dan majoriti bilik tidak dipenuhi dengan bunga-bunga.

Kain cadar untuk katil dan selimut yang ada di hotel tidak sama dengan apa yang ada di sebahagian rumah yang mengikuti gaya hidup ‘hiasan dalaman’ yang dipaparkan di dalam setengah media.

Semoga semakin banyak media yang menawarkan hiasan dalaman berkonsepkan realiti dan memenuhi keperluan suami dan isteri.

Jangan jadikan hotel sebagai rumah kedua suami kita, kerana tidak selesa dengan kain cadar yang beropol-ropol (Mungkin tersilap ejaannya) dan hiasan yang tidak memenuhi citarasa lelaki.

Begitu juga dengan langsir, lampu-lampu hiasan.

Pilih media yang memahami citarasa hidup berkeluarga dnegan  mengambil kira citarasa lelaki seperti apa yang disediakan di kebanyakan hotel yang mengambil kira citarasa lelaki.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Terima Kasih Staf Universiti Malaysia Pahang

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang mengambil iniatif yang bagus dalam menjadikan bicara ‘Bijak Mengurus Wang’ menjadi satu dari agenda penting dalam kehidupan kita sebagai staf dan juga kehidupan di luar UMP.

SK kagum dengan sikap peserta yang cukup komited, majlis yang sepatutnya berakhir pada pukul 4.15 diteruskan di atas permintaan staf sehingga hampir pukul 5 petang. Banyak persoalan yang semuanya amat berguna dilontarkan.

Satu dari staf UMK yang bertanya ketika bicara ini berlangsung Tuan Roselan yang bertanya, terus bertanya, tetapi juga berkongsikan pengalaman beliau. Banyak lagi staf lain yang turut aktif bertanya.

Selepas tamat, peserta juga tidak melepaskan peluang bagi membeli buku tulisan SK yang ditawarkan dengan diskaun 10%, akhirnya, buku-buku ilmiah itu habis dijual dan tidak cukup bagi memenuhi permintaan.

Terima kasih sekali lagi Dr. Hasan selaku pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan dan juga wargakerjanya iaitu Puan Halizan, Tuan Hamzi, Tuan Mohd Abdu, dan Tuan Opps saya terlupa nama beliau. Mereka semua cukup-cukup mesra, bagi saya setiap mereka sudah ada sekurang-kurangnya satu dari ciri Ketampanan/Kejelitaan Sosial ‘Social Beauty’ .

Semoga SK diundang lagi ke UMP bagi menjayakan kursus Dimensi Pekerja untuk kakitangan akademik dan pentadbiran dan kursus ‘Train The Trainer’ untuk pensyarah-pensyarah yang meningkatkan lagi kualiti sebagai jurulatih.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Bisnes Apa Yang Terbaik Sepanjang Hidup Saya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

SK diajukan dengan 3 soalan iaitu :

1. Bisnes apa yang terbaik pada pendapat En. Sham untuk sepanjang masa?

2. Bisnes apa yang paling baik ketiga gawat ini?

3. Apa pandangan En. Sham berkenaan MLM?

Jawapan SK untuk soalan pertama dan kedua adalah, baca buku.

Bisnes terbaik untuk SK tidak semestinya terbaik untuk Tuan. Baca buku sebanyak-banyak buku, cari mentor, selepas itu cipta jalan bisnes sendiri. Orang yang berjaya  sebenarnya memiliki ciri-ciri kejayaan yang ada pada setiap orang yang berjaya. 

Jawapan bagi soalan ketiga, SK dan ahli keluarga tidak mahu melibatkan diri dengan MLM ataupun Direct Seling. Untuk mengetahui sejauh mana hebatnya MLM atupun Direct Seling, tanya individu yang kini berusia 56 ke atas, yang mana terlibat dengan MLM sewaktu muda. Tanya mereka, ke mana MLM ataupun Direct Selling membawa kehidupan mereka? Tanya mereka upline-upline yang dahulunya pakai kereta Mercedez dan BMW kini masih memiliki kereta jenis itu? Jika jawapan dari mereka positif, silakan untuk Tuan menyertainya, jika jawapan dari mereka negatif, silakan untuk Tuan menyertainya. Keputusan untuk membuat sesuatu adalah berdasarkan diri Tuan sendiri dan bukannya SK.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Diari SK : Bijak Mengurus Wang Di Universiti Malaysia Pahang

Insyaa-Allah Rabu, 29 Julai 2009, SK akan berada di KLIA seawal 7.30 pagi bagi tujuan menaiki pesawat  yang akan berlepas ke Kuantan, Pahang.

SK akan menjayakan ceramah Bijak Mengurus Wang selama dua jam mulai 2.15 petang di Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang akan dihadiri oleh Staf UMP.

SK akan kembali ke Kuala Lumpur sebaik sahaja program ini tamat.

 

Terima kasih kepada Puan Halizan dan tim yang menjemput dan perihatin di atas keperluan asas utama setiap kakitangan iaitu urus duit gaji.

Insyaa-Allah SK akan membawa stok buku yang bagi dijual kepada kakitangan UMP yang berminat dengan penawaran diskaun istimewa.

Kepada Tuan dan Puan yang ingin menjemput SK bagi menjayakan ceramah ataupun kursus di organisasi, dipohon bagi mengemelkan kepada info@shamsuddinkadir.com ataupun menghubungi kami di 03 4142 5300.

Tetamu SK : Apa Pendapat Tuan Tentang Perlaburan ASB?

Afandi berkata:

Salan Sham,

Apa pendapat tuan tentang pelaburan dalam ASB? No doubt pulangannya memuaskan, tapi bagaimana dengan isu adakah ia menepati kehendak syariah?

———————————–

Waalaikummusalam Tuan Afandi,

Mengikut fatwa kebangsaan yang dikeluarkan pada tahun yang lalu bahawa melabur (menyimpan) dalam akaun ASB adalah harus.

Walau bagaimanapun Tuan mungkin mendapat maklumat terkini  berkenaan ASB  melalui Tuan Zaharuddin di www.Zaharuddin.net.

Mengambil pinjaman konvensional (sistem kewangan riba) bagi melabur dalam ASB adalah haram di sisi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah.

Seperti mana yang Allah tegaskan di dalam kitabNya. Antara kandungan dalam sural Al-Baqarah Ayat 278-279 “Wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan saki baki riba, jika kamu orang yang beriman, jika kamu ingkar, maka istiharlah perang terhadap Allah dan Rasul.

Ayat ini hanya ditegaskan kepada manusia yang menganut agama Islam yang BERIMAN, BERTAQWA DAN BERIMAN sahaja untuk patuh kepada arahan Allah.

Ada individu “Tepuk dada, tanya selera”

Ada individu “Tepuk dada, tanya IMAN”

Do’a sahabat Umar bin Khattab: “Ya Allah, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan jangan kau tempatkan dia di lubuk hati kami.”

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Bengkel Urus Wang Percuma Kedua Akan Diadakan

Insyaa-Allah, dengan kemudahan yang Allah kurniakan, SK akan menjayakan satu lagi bengkel percuma berkenaan urus wang di Kuala Lumpur. Lokasi cadangan adalah di Perpustakaan Negara.

Tim SK akan menghubungi pihak Perpustakaan Negara bagi melihat kesesuaian bagi mengadakan bengkel berkenaan di sana.

Untuk makluman kepada Tuan dan Puan yang baru mendaftar selepas tarikh tutup, hanya layak bagi menghadiri bengkel kedua ini nanti, berkemungkinan bengkel kedua menjadi bengkel percuma terakhir untuk 2009. Sila daftarkan nama dengan mengemelkan nama dan nombor telefon ke info@shamsuddinkadir.com Tuliskan subjek : Bengkel Urus Wang Percuma Siri Ke-2

Bengkel ini berkemungkinan di adakan pada bulan Puasa nanti, selepas SK Pulang dari program di Sabah.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Tetamu SK: Tutup Hutang Ataupun Buka Hutang Baru

Assalamualaikum Tuan SK,

 Saya adalah antara peminat buku- buku tulisan Tuan. Kebanyakkan buku2 Tuan sudah saya miliki. Saya ada beberapa masalah yang saya inginkan pendapat Tuan. Saya sudah berkahwin dan beranak 2. Hutang saya memang banyak iaitu personal loan, housing loan, car loan dan bil2 tetap.

Saya telah berjaya menutup beberapa kad kredit yg saya miliki termasuk semasa masih bujang 5 tahun dahulu. Suami saya turut menolong dlm hal hutang saya itu. Saya baru mula mahu menyimpan sedikit dari pendapatan kami. Saya memandu kereta kancil kepunyaan suami yg telah habis di bayar utk ke tempat kerja sejauh 50km sehala. Kami ada family car proton iswara 1.5 yg masih berbaki 4 tahun lg atas nama saya. Baru2 ni ada sebuah bank yg mempromosi untuk memberi pinjaman menyelesaikan hutang.

Suami bercadang supaya saya membuat pinjaman utk menutup hutang2 “kecil” kami dan menukar kereta iswara tersebut kepada kereta yg lebih ada value dr iswara seperti toyota. Suami tahu market kereta akan  rendah tetapi alasan beliau kereta yg ada value masih boleh dijual sekiranya salah seorang kami meninggal dunia. Saya pula amat berminat utk membeli rumah bg disewakan supaya kami dapat pasif income seperti yg Tuan ajarkan dlm buku2 Tuan.

Harap Tuan dapat memberi pendapat dan nasihat kepada kami. Terima kasih atas kesudian meluangkan masa Tuan yg pasti sibuk dgn jadual.

Puan AB (Bukan nama sebenar).
—————————–

Waalaikummusalam Puan AB,

Semoga Allah kurniakan kepada Puan sekeluarga dengan kebaikan yang datang mendadak dan dilindungi dari segala kejahatan yagn ada di dalam dunia ini. Amin.

Ada beberapa pilihan yang Puan ada bagi menyelesaikan situasi ‘tegang’ (pinjam bahasa indonesia) dalam fikiran itu, antaranya adalah :

  • Puan dan suami melawati Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengar dahulu cadangan mereka, mereka dapat mengurangkan kadar interest (keuntungan) yang dikenakan oleh bank. Selepas itu buat keputusan sama ada ingin mengunakan perkhidmatan mereka yang percuma itu ataupun tidak.
  • Puan boleh ambil satu pinjaman peribadi lagi yang mampu menjelaskan SEMUA hutang-hutang kad kredit, pinjaman peribadi sedia ada dan skim ansuran mudah jika ada
  • Tukar gaya hidup Puan sekeluarga sekali lagi, supaya ketegangan minda Puan sekeluarga bertambah kurang.

Pandangan SK berkenaan cadangan menjual kereta proton Iswara untuk membeli kereta yang lebih berjenama di sampaikan melalui tanda tanda di bawah.  

 

Selesaikan dahulu barah kewangan yang masih menegangkan jiwa kita sampai habis, baru kita memulakan langkah untuk meningkatkan gaya hidup yang lebih selesa. 

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Tetamu SK : Beli Kereta Tunai Guna Duit Simpanan

Selamat Pagi Tuan Sham,

Saya AS (bukan nama sebenar) berumur 26 Tahun
Saya ingin meminta nasihat kewangan daripada Tuan Sham. Saya bercadang untuk membeli kereta kancil ( secondhand) kos sekitar RM 5 ribu untuk diguna pakai semasa hujan dan kecemasan. Sekarang saya memandu motosikal ke tempat kerja.  Saya bercadang utk mengambil keluar duit simpanan saya dlm ASB. Sekarang duit saya dlm simpanan itu lebih kurang 45 ribu.

Adakah saya patut mengambil keluar duit itu untuk membeli kereta ( RM 5 ribu) atau saya patut meminjam duit dari ibu bapa dan membayar mereka balik secara ansuran bulanan.
Sekarang saya bekerja di syarikat swasta pendapatan sederhana saja dalam 2 ribu lebih. Saya mempunyai tanggungan spt PTPTN, insurans nyawa dan pelaburan jangka panjang di EG  (bukan nama sebenar) insurans ( bayaran kesemuanya setiap bulan sekitar RM 690) 

Harap Tuan dapat memberi cadangan dan nasihat kepada saya.
Berbanyak terima kasih
AS (Bukan nama sebenar)

—————————-

Salam sejahtera Tuan AS

 

Gunakan  sebahagian dari duit simpanan itu bagi membeli sebuah kancil terpakai itu secara tunai. Tidak perlu meminjam dari ibubapa.

Tentang perlaburan jangka panjang dalam insurans, no komen, SK kurang arif dalam memberi pandangan berkenaan dengan skim ataupun pakej Insurans yang diambil itu. Tuan boleh mendapatkan nasihat dari beberapa individu yang ada kepakaran dalam bidang berkenaan, sebaiknya bukan dari individu yang ada kepentingan terhadap keputusan yang kita akan buat.

Tahniah kepada Tuan kerana ada disiplin yang bagus. Saya doakan Tuan cepat menjadi orang yang lebih kaya supaya lebih banyak derma yang Tuan boleh hulurkan kepada kepada orang yang miskin.

Shamsuddin kadir

 

Pasaraya Besar Jimat Tetapi Poket Kosong

Adakah pasaraya besar membantu kita berjimat? Jika dilihat dari satu sudut, ya jawapannya. Di mana harga yang dipamerkan ada benarnya di atas dakwaan mereka.

Kajian yang dibuat oleh Tim SK mendapati keluarga yang berbelanja di pasaraya besar lebih hidup tertekan berbanding keluarga yang berbelanja di pasaraya kecil ataupun kedai runcit.

Kenapa ianya berlaku ?

Walaupun pasaraya besar menawarkan harga murah secara puratanya 5 - 10% jauh lebih murah dari kedai runcit, rata-rata pengunjungnya membelanjakan 35% melebihi dari yang sepatutnya pada setiap bulan. Ini bermakna walaupun mendapat penjimatan, pasangan sebenarnya belanja di luar kemampuan, ini membuatkan poket kita sentiasa kosong.

Manakala pasangan yang berbelanja di Kedai Runcit, mereka tidak dibebani dengan belanja di luar kemampuan, kerana peluang untuk berbuat demikian terbatas. Nafsu mereka tersekat sebaik sahaja memasuki kedai runcit, kerana 95% barang yang dijual adalah barangan keperluan. Barangan diluar keperluan mewakili tidak sampai 5%.

Antara kaedah terbaik juga untuk berjimat dan supaya poket tidak kosong adalah dengan membeli di pasaraya kecil seperti Mydin Mart, yang mana barangan di luar keperluan masih dalam peratus yang terkawal berbanding pasaraya besar.

Pasaraya besar menjual 90% barangan yang diluar kemampuan kita, hanya 10% sahaja barangan yang ada di sana yang kita mampu bayar dan layak memilikinya dengan mengekalkan taraf tenang.

Jimat tetapi setiap bulan lingkup, bukan satu pilihan yang baik. Nafsu menjadi buas apabila sekatan bagi barangan yang tidak mampu kita miliki tidak dikawal. Satu lagi penyebab utama kenapa hidup kita tersempit adalah di pasaraya besar kita boleh miliki apa sahaja dengan membawa kad ‘Ajaib’ iaitu kad kredit.

Shamsuddin Kadir, Trainer dan Penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang

Emel: info@shamsuddinkadir.com

SK ‘Dituduh’ Membuat Seminar Jadi Kaya Melalui Internet

Semalam sewaktu berada di gerai SK bernombor 25 di Perpustakaan Negara, seorang wanita yang juga penulis datang ke gerai SK dan terus berkata “Awak ke yang membuat seminar menjadi kaya melalui internet?” Belum sempat SK menjawab, beliau menyambung lagi serangan itu dengan berkata “Yang buat banyak seminar internet di hotel-hotel yang cajnya adalah RM 700 - 800 ringgit?” Belum sempat untuk SK membuka mulut, beliau berkata lagi, “Anak saudara saya pergi ke seminar itu di hotel, habis lebih RM 700, keluar dari seminar itu tidak ada apapun yang bermanfaat yang beliau dapat” kata wanita itu lagi.

Apabila melihat saya masih tidak diberi peluang bagi menjawabnya, maka beliaupun diam. Sk berkata “Sehingga ini, saya tidak pernah mengadakan seminar internet bagi jadi kaya melaluinya” Itu bukan bidang saya. Saya tidak ada kena mengena dengan perlaburan, workshop ataupun seminar yang membantu individu jadi kaya ataupun jutawan melalui internet. ” Kata saya menutup bicara. Beliau terus beredar dari situ.

Beliau adalah salah seorang penulis yang menulis novel, mungkin disebabkan saya menulis buku-buku kewangan dan perlaburan dan juga menyedikan bengkel kewangan percuma, SK ‘dituduh’ tanpa usul periksa.

Di sini SK ingin memaklumkan, bahawa kami tidak pernah dan sehingga ke hari ini kami di www.shamsuddinkadir.com ataupun Ultra Mind Resources tidak pun pernah menyarankan ataupun mencadangkan kepada mana-mana individu untuk menyertai bengkel seperti berikut.

Sejak beberapa bulan ini, satu tindakan drastik telah di ambil oleh SK, di mana SK hanya melayari internet untuk melayari halaman-halaman sifu, update blog, halaman rakan dan mencari bahan untuk kajian sahaja. Facebook pun hanya sekali sekala, tidak lebih dari 5 minit sahaja setiap kali masuk secara purata. Itupun SK masih belum dapat melihat keuntungan (ilmu yang berbaloi) dengan melayari facebook.

Penulis Membuka Gerai Di Perpustakaan Negara

Gerai Jualan buku oleh penulis bermula pada hari ini, Sabtu 25 Julai 2009. 40 orang penulis telah menyertai aktiviti jualan buku yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara.

Antara penulis lain yang turut hadir antaranya adalah

1. Tuan Hamdy (Rancang Hidup Rancang Wang),

2. Dr. Lim Swee Tin (Saya suka dengan bicaranya setiap kali ke udara di MHI, TV3)

3. Tuan Abdul Razak (Penulis Buku Hanya Tuhan Yang Tahu, Homestay dan Taman Botani)

4. Penulis buku Pemburu Mimpi

5. Puan Norzailina Nordin (Penulis Novel dan buku masak)

6. Tuan Uthaya Sankar (Pernah menjadi pengulas suratkhabar di RTM1)

7. Dato’ Abdul Rahim (Penulis buku Reflections of Educator)

8.  dan banyak lagi penulis lain…

Esok, Ahad 26 Julai 2009 adalah hari terakhir bagi Tuan dan Puan yang ingin membeli buku secara terus dari penulis dan juga dapat beramah mesra dengan 40 penulis tanahair yang berhimpun di Perpustakaan Negara.

Ini adalah masa bagi kita termasuk juga penulis mengenali penulis-penulis lain secara lebih dekat. Secara amnya, SK sendiri belum pernah melihat kebanjiran penulis seramai ini ketika di Pesta Buku Antarabangsa.

Gerai no. 25, iaitu gerai buku tulisan SK ditawarkan diskaun sebanyak …% siap dengan personal autograf.

Terima kasih kepada semua tetamu halaman www.shamsuddinkadir.com yang hadir pada hari ini. Saya tidak mampu bagi menyatakan nama.

Terima kasih kepada Timbalan Pengarah Perpustakaan Negara yang hadir bersama keluarga ke Gerai SK.Terima kasih juga kepada Puan Maizan Ismail (seorang dari pengarah Perpustakan Negara) yang turut berkunjung ke Gerai SK.

Gambar di atas adalah saudara Muzammil yang kini merupakan seorang dari tim (team) SK bagi projek training di bawah Ultra Mind Resources. Beliau juga merupakan seorang usahawan dalam bidang kejuruteraan.

Terima kasih kepada Penulis Novel dan Memasak, iaitu Puan Norazalina Nordin yang sudi menghadiahkan 5 cup cake buatan sendiri kepada SK.

Lokasi gerai oleh penulis adalah di tingkat 1 (ruangan hawa dingin) dalam perpustakaan negara.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

SK Di Perpustakaan Negara Sabtu & Ahad

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Shamsuddin Kadir bersama saudara Muzammil akan berada di Perpustakaan Negara mulai 10 Pagi  sehingga 5 petang mulai esok Sabtu, 25 Julai 2009 dan Ahad 26 Julai 2009.

 

Insyaa-Allah ada seramai 40 penulis yang akan membuka gerai menjual buku masing-masing. Anjuran Perpustakaan Negara.

Gerai SK bernombor  25, Insyaa-Allah setiap buku akan diautograf dan menerima diskaun ..%. Stok Buku amat TERHAD.

Antara buku-buku yang akan dijual

1. Hidup Tenang Walaupun Berhutang

2. Makan Gaji Tetapi Kaya

3. Kaya Dengan Rumah

4. Buat Duit Dengan Rumah

5. Biskut Ajaib

6. Garaj Aiman

7. Tukang Gunting Terbang

Dengan izin Tuhan, kita akan bertemu di sana.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Pendaftaran Kursus Urus Wang Percuma Ditutup

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan yang amat dimuliakan,

Pendaftaran untuk kursus urus wang secara percuma pada 2 Ogos 2009, terpaksa ditutup pada hari ini (Khamis, 23 Julai 2009), hanya emel yang diterima sebelum pukul 12 tenghari ini sahaja diterima.

Pendaftaran terpaska ditutup, kerana jumlah  yang mendaftar juga melebihi. Jika pendaftaran masih dibuka, tiada tempat lagi bagi memuatkan tetamu baru itu.

Dengan izin Allah dan jika dipermudahkan oleh Nya, kami akan mengadakan sekali lagi bengkel urus wang percuma ini.

Antara topik yang akan dibincangkan adalah seperti berikut :

1. Duit Gaji - cara bajet duit gaji

2. Hutang - seperti kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, skim ansuran mudah, cara untuk membebaskan diri dari bebanan itu

3. Gaya hidup yang tenang dan ceria - aplikasi model kehidupan yang tenang ‘bebas stres’

dan lain-lain yang sempat kita bicarakan secara bersama.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Respons SK: Suami Tertekan Kerana Isteri

Semakin banyak suami yang tertekan disebabkan oleh kesilapan mereka menguruskan wang ataupun duit gaji. Mereka dibebani dengan ansuran kereta, rumah, pinjaman peribadi dan lain-lain. Ada yang masih tidak merasakan mereka sebenarnya telah terperangkap. Ada yang merasakan kos sara hidup yang menjadi dalangnya. Ada yang berpendapat majikan mereka zalim kerana memberi gaji yang tidak banyak.

Isteri juga banyak yang menjadi teman yang membebankan suami, di mana mereka juga menangung bebanan hutang dengan mengambil pinjaman itu dan ini.

Akhirnya suami mengambil jalan singkat dengan melibatkan dengan ‘bisnes atas angin’ dengan melibatkan diri dengan urusniaga ataupun transaksi yang diheboh-hebohkan sebagai penyelesai masalah. Mereka terpikat dengan janji, ‘bukti’, kereta-kereta besar dan juga gambar-gambar kereta besar yang dipamerkan oleh penyedia bisnes ‘bebas kewangan’.

Di sini, banyak isteri yang  menjadi tertekan, dengan kehidupan mereka sebagai pasangan. Suami juga bertambah tertekan apabila bisnes ‘bebas kewangan’ yang dijanjikan itu hanyalah khabar-khabar yang sudah meninggalkan mereka.

Gaji hanya boleh diuruskan dengan kemahiran supaya ianya tidak membebankan kita sekeluarga. Membaca bacaan ringan tidak mampu meningkatkan kualiti hidup kita.

Rancang hidup dengan kemahiran kewangan.

Tetamu SK : Beli Rumah Untuk Diduduki

Assalammuailaikum SK
 
Saya ingin mendapat pandangan dr pihak tuan mengenai pembelian rumah. Saya baru berusia 25thn dan bekerja dgn syarikat swasta.  Saya bercadang untuk membeli rumah yang pertama. 

Bolehkah saya tahu,apa yang perlu saya tahu sebelum saya memilih untuk membeli rumah tersebut. Tujuan pembelian untuk menetap sendiri (Bukan untuk disewakan).

Jika sudah memiliki rumah yang pertama,bagaimana cara saya untuk memiliki rumah yang kedua (berhasrat untuk disewakan).

Boleh TN SK beri penjelasan mengenail pinjaman yang dikehendaki.

Saya tidak pernah membuat pinjaman lagi setakat ini.Oleh itu, tiada pengalaman dalam membuat pinjaman.Diharap dapat penjelasan dari pihak TN SK.
 
Sekian Terima Kasih

DM (Bukan nama sebenar)

————————-

Waalaikummusalam Tuan DM,

Tahniah di atas usaha Tuan bagi mendalami ilmu dalam hartanah dan kewangan sebelum menceburinya. Pertanyaan Tuan itu sungguh bernas dan bagus sekali. Cuma, SK tidak mampu memberi jawapannya dalam hanya beberapa patah ayat yang ditulis.

SK mencadangkan kepada Tuan DM, adalah membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, diikuti buku Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya Dengan Rumah dan seterusnya adalah Buat Duit Dengan Rumah.

Selepas Tuan DM, membaca buku-buku tersebut secara turutan, dengan izin Allah Tuan mendapat jawapan bagi semua persoalaan di atas dengan jelas.

Elakkan membeli rumah walaupun untuk diduduki tanpa menghabiskan pembacaan buku Kaya Dengan Rumah dan buku Buat Duit Dengan Rumah.

Bagi yang ingin mengambil pinjaman bagi beli kereta, rumah, kad kredit, pinjaman peribadi, pastikan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang habis dibaca sehingga ayat yang terakhir.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com