Cara Orang Kaya & Miskin Berfikir Tentang Duit

Cara orang kaya dan miskin berfikir adalah berbeza berkenaan dengan duit.

Orang fakir berfikir dari hari ke hari,

Orang miskin berfikir dari minggu ke minggu,

Orang Pertengahan (Middle Class) berfikir dari bulan ke bulan

Orang kaya berfikir dari tahun ke tahun

Orang yang sangat kaya berfikir dekad ke dekad (10 tahun)

Sebenarnya ada lebih dari 10 tabiat orang berjaya dan kaya berbeza dengan orang ‘makan gaji’.

Apabila kita makan gaji, pemikiran kita berlainan dengan orang yang buat bisnes ‘real’. Apabila orang yang sebelum ini makan gaji berhijrah memasuki dunia bisnes banyak masalah yang dihadapi oleh mereka. Ini kerana mereka tidak menukarkan tabiat orang makan gaji kepada tabiat orang bisnes ataupun jutawan.

Orang fakir, orang miskin dan orang pertengahan ‘Middle Class’ berkata belajar sudah habis apabila mereka sudah tamat belajar disekolah ataupun universiti. Orang kaya ataupun Jutawan berkata, pembelajaran hanya tamat apabila kita mati.

Rumah orang kaya wajib ada perpustakaan. Rumah orang miskin dan golongan pertengahan ‘middle class’ ……ada almari hiasan pinggan mangkuk.

Orang miskin dan golongan pertengahan ‘middle class’ tidak ingin kalah, orang kaya ingin menang.

Takut adalah kegelapan, ilmu adalah lampu, suluh kegelapan itu dengan ilmu.

Tempah tempat duduk Tuan dan Puan sebagai peserta bagi menerangi kegelapan dalam hidup melalui Kursus berhijrah menjadi usahawan, yang akan di adakan di Taman Permata, bersebelahan Pasaraya Giant, Ulu Kelang, Kuala Lumpur.  Tarikh kursus 6 September 2009 (Ahad), 9 pagi sehingga 4 petang.

Bengkel berhijrah menjadi usahawan masih ada kekosongan dengan harga termurah untuk kali yang terakhir. iaitu RM 150 bagi pembayaran yang dibuat sebelum ataupun pada 30hb Ogos 2009.

Emelkan nama dan nombor telefon ke info@shamsuddinkadir.com,

Bayaran sebanyak RM150 boleh dibuat terus ke akaun Maybank di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir.562106-200279   

6 Komen untuk “Cara Orang Kaya & Miskin Berfikir Tentang Duit”

  1. Ya, SK!

    Saya sangat SETUJU!

    Rumah orang Kaya WAJIB ada perpustakaan…

    Ini menunjukkan yang mereka bukan sekadar kaya dengan harta & wang RM bahkan kaya dengan ilmu!

    Salam Kekayaan,
    THINKERICH
    ‘Berfikir Kaya Untuk Menjadi Kaya!’

  2. Salam SK,

    Tip yang menarik!
    Tuan, masa Tuan berkunjung ke rumah saya tempohari, saya tidak menunjukkan perpustakaan mini saya :) Alhamdulillah, dengan ilmu telah menaikkan martabat cara berfikir saya.. :)
    Terimakasih Tuan,

    Hairizal a.k.a Jaigoku

  3. Salam Tuan Thinkerich dan Tuan Hairizal,

    Pesta buku Popular tahun ini mengunakan tema ‘Reading Is Inspiring’.

    Individu golongan pertengahan dan miskin perlu merebut peluang bagi memastikan sebahagian dari ruang rumahnya digunakan untuk dijadikan perpustakaan mini.

    SK

  4. saya sangat x setuju dgn pendapat saudara.

    Orang fakir, orang miskin dan orang pertengahan ‘Middle Class’ berkata belajar sudah habis apabila mereka sudah tamat belajar disekolah ataupun universiti. Orang kaya ataupun Jutawan berkata, pembelajaran hanya tamat apabila kita mati.

    –saya bukanlah jutawan tapi sehingga kini (selepas dapat degree dan sedang bekerja) saya masih belajar lagi. belajar utk meningkatkan diri sendiri agar seiring dgn kemajuan teknologi yang ada skrg.

    Rumah orang kaya wajib ada perpustakaan. Rumah orang miskin dan golongan pertengahan ‘middle class’ ……ada almari hiasan pinggan mangkuk.

    –saya adalah golongan pertengahan, tetapi rumah saya tiada almari perhiasan pinggan mangkuk. yang ada hanyalah almari penyimpanan pinggan dan mangkuk utk digunakan oleh tetamu. selain itu saya juga ada mini-library yg memuatkan pelbagai buku.

  5. Salam saudara Nhanani,

    Terima kasih di atas pandangan saudara itu.

    Pandangan yang diberikan oleh SK itu adalah berdasarkan kajian yang telah dibuat dan SK melihat ada kebenaran secara umumnya.

    Orang kaya ataupun jutawan sebahagiannya bermula dari bawah. Ada di antara mereka yang fakir, miskin ataupun golongan pertengahan sebelum menjadi apa yang mereka ada pada hari ini.

    Apabila kita miskin, secara umumnya pemikirannya terhad dari segi tempoh masa. Contohnya apabila kita makan gaji, secara asasnya kita berfikir dari bulan ke bulan apa yang kita ingin buat dengan duit gaji itu.

    Walau bagaimanapun ada individu yang makan gaji ataupun miskin ketika ini, berfikir seperti mana orang kaya dan jutawan fikirkan. Itu di antara langkah bagi menghasilkan lebih banyak peluang dan ruang.

    Semoga bertambah-tambah orang yang mulia seperti Tuan. Amin.

  6. Saudara nhanani,

    Jika kita melihat satu tali yang bersimpul, kita akan membukanya jika kita berniat ingin membukanya dan kita mudah untuk membukanya jika kita mengikut puncanya pasti kita dapat membukanya melainkan jika kita sendiri menyimpulkannya menjadi lebih kusut.

    Harap maksud saya lebih dimengerti dan tidak bersimpul :)

    Sekadar memberikan pendapat… :)

Tinggalkan komen