Kedatangan Syawal Disambut Dengan Pembaziran

Ahad, 20 September 2009 bersamaan dengan 1 Syawal, adalah hari yang paling SK sedih dan gembira. Sedih kerana kedatangan Syawal disambut dengan pembakaran duit secara besar-besaran oleh bangsa Muslim. Di malam yang gelap gelita itu disambut dengan pembakaran mercun dan bunga api semata-mata untuk berhibur dan memaklumkan ke seluruh dunia dan langit bahawa esok hari raya. Di saat entri ini ditulis, SK masih ditemani dengan bunyi-bunyi mercun yang sudah ke berapa ratus kali sudah, sehingga seolah-olah Malaysia sedang dilanda perang.

Jika kita ditakdirkan oleh Allah lahir di Palestine, dengan kedua-dua ibubapa kita dibunuh ketika kita masih kecil, dan abang kita juga kudung sebelah kaki dan adik perempuan kita buta, masihkan kita akan membakar duit dan bergembira melihat percikan bunga api?

SK sedih juga apabila melihat individu-individu Muslim yang masih kurang jelas dengan maksud hari kemenangan, apabila hiasan rumah ditukar dengan yang baru dengan membuat hutang baru. Kad kredit, skim ansuran mudah dan pinjaman peribadi digunakan bagi ‘menunjuk-nunjuk’ kelebihan pada orang lain. Pembelian itu juga dibuat dikedai perabot yang bukannya dimiliki oleh Muslim. Syawal adalah hari kemenangan, apabila kita merayakan sebesar-besarnya dengan tidak membeli dari kedai Muslim itu adalah kegagalan kita dalam menghayati Islam yang sebenar.

Satu-satunya yang membuatkan SK dapat tersenyum, apabila kiriman telekung Siti Khadijah, selamat sampai pada pukul 9 malam tadi, yang dikirmkan oleh Puan Padilah Enda pengasas dan pemilik Siti Khadijah Apparel. Alhamdulilah, itu adalah hadiah teristimewa dari SK untuk ibu tercinta. Insyaa-Allah jika dipanjang kan umur Ibu SK akan memakainya untuk sama-sama bertakbir dan sembahyang sunat Aidilfitri. Satu lagi berita gembira adalah Puan Padilah memaklumkan telekung itu tidak perlu dibayar, ianya adalah hadiah dari beliau. Semoga Allah mengurniakan kepada beliau sekeluarga dengan kebaikan yang datang mendadak. Amin.

Isteri SK adalah antara yang terawal jika mengikut Tuan Muzammil adalah yang pertama mengunakan Telekung Siti Khadijah. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.SitiKhadijah.com Puan Padilah adalah peserta batch pertama Bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan.

Semoga anak-anak kita tidak akan membakar lagi duit-duit yang diberikan sempana hari kemenangan itu.

Semoga kita bersama berhijrah memenangkan diri kita dari dibelenggu pembaziran dan sifat ingin menunjuk-nunjuk.

Shamsuddin Kadir

info@shamsuddinkadir.com

6 Komen untuk “Kedatangan Syawal Disambut Dengan Pembaziran”

  1. Saya berhajat untuk turut serta sebagai antara ahli terawal Persatuan Penulis Buku Pembangunan Diri.

    Saya telah menulis 2 buah buku berkaitan Buku Pembangunan Diri bersama PTS:

    1. Persembahan Hebat dengan PowerPoint (2007)
    http://teknikpowerpoint.blogspot.com/

    2. Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi tetapi Seni (2009).
    http://ilmupengaruh.blogspot.com/

    Terima kasih

    SYAHRUL NIZAM JUNAINI

  2. Salam Tuan Syahrul Nizam

    Insyaa-Allah kami akan mempertimbangkan Tuan sebagai ahli Protem bagi penubuhan persatuan itu nanti.

    Kami akan maklumkan apabila semuanya sudah bersedia.

  3. Salam Tuan SK dan rakan2 dan Selamat Hari Raya,

    Apa yang sedih baru2 ini, seorang kenalan saya sangat gembira untuk menyambut hari raya. Saya tanya kenapa “Kenapa gembira sedangkan ramadhan akan berakhir beberapa hari sahaja lagi?” Dia berkata “Sebab nak menyambut kemenangan!” Saya mengeluh sendiri. Kerana saya tahu beliau, dalam bulan Ramadhan lagi sudah nampak ‘anak bulan Syawal’..

    p/s : Sedih kerana ada antara kita di Malaysia ini yang sudah kalah dahulu sebelum berjuang..

  4. salam kunjungan

  5. Perkara yang paling asas yang berlaku adalah cara didikan ibubapa. Apabila ibubapa tidak kisah dengan pemilihan makanan yang ada tanda halal yang sah (ketika ini JAKIM), kehidupan yang bertentangan dengan Allah dilakukan.

    Semakin lama, manusia tidak akan tahu kenapa mereka diciptakan oleh Allah, apa yang mereka tahu buat duit banyak-banyak walaupun melalui cara haram. Beli kereta, rumah guna pinjaman berlandaskan RIBA.

  6. faizalhassan berkata:

    Salam Aidilfitri kepada semua bangsa Muslim.
    Marilah kita sama-sama menyokong produk orang Muslim.Kalau tidak kita,siapa lagi yang akan membantu sesama Muslim.Muhasabahlah diri dalam perbelanjaan seharian.Berapa banyak wang kita yang mengalir kepada Muslim dan bukan Muslim?Jadilah Muslim yang benar-benar Muslim.Amin.

Tinggalkan komen