Archive for October, 2009

Terima Kasih :: Saya Suka :: Terima Kasih PNM

Syukur kepada Allah yang telah memberikan kebaikan yang datang mendadak pada Shamsuddin Kadir dan Cik Puan Nor’Aini Mohamed Noor di atas pembelian buku sebanyak 1089 bagi setiap judul. Terima kasih @ Saya Suka.  Terima kasih kepada Puan Rosmini dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang menghubungi Shamsuddin Kadir sekitar jam 12.30 tengahari hari ini, Jumaat 30 Oktober 2009.

Terima kasih (saya suka) kepada semua tetamu SK yang membeli dan memanfaatkan buku-buku tersebut.

Buku-buku ini Dibeli Terus daripada Pengarang oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

(i) Usahawan Cilik: Garaj Aiman - Shamsuddin Abd. Kadir
(ii) Buat Duit Dengan Rumah -  Shamsuddin Abdul Kadir

Bagi setiap judul PNM membeli 1089 naskhah yang akan diagihkan ke 1089 perpustakaan desa.

Saya suka. Saya suka. Saya suka (Terima kasih).

Diari SK : Baca Buku Iceberg is Melting

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Ketika ini SK sedang mengunakan sebahagian dari masa bagi membaca sehingga ayat terakhir buku bertajuk ‘Iceberg is Melting’. Bongkah Ais Sedang Cair, itu tajuk dalam bahasa Melayu.

Insyaa-Allah bila selesai SK akan mengadakan ‘Book Talk’ bicara buku tersebut di Learning Station iaitu di pejabat Shamsuddin Kadir. Kepada yang berminat dan juga sudah ataupun sedang membaca buku itu di alu-alukan bagi menghadirinya nanti. Kelas akan bermula pada pukul 8.15 malam. Tarikh akan dimaklumkan nanti.

Shamsuddin Kadir

Trainer, Author

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Tazkirah Kewangan Di Masjid Padang Jawa

Alhamdulilah, pada hari Rabu 28 Oktober 2009, SK berjaya dengan izin Allah mengadakan Tazkirah Kewangan di Masjid Padang Jawa, Shah Alam selepas waktu Maghrib.

Terima kasih di atas hadirin dan hadirat yang hadir. Saya ditanya oleh imam, berapa kali seminggu Shamsuddin mengadakan Tazkhirah di masjid ini. Saya kata hari ini saya dijemput bagi mengantikan seorang ustaz yang tidak dapat hadir. Mengikut maklum balas dari Imam dan beberapa individu yang memberi respons “Tazkirah yang lain dari lain”.

Apabila ditanya apa yang lain “Tazkirah ini berkenaan dengan urusan duit iaitu keperluan yang kita tidak boleh pertikaikan, amat penting dalam hidup kita”

Bagi Shamsuddin Kadir, semua tazkirah itu bagus untuk kita mengingati dan mempratikkan yang mana baik.

Terima kasih kepada Saudara Zamanhuri dan Ustaz Safuan yang menjemput.

Untuk makluman tetamu SK, Shamsuddin Kadir memiliki tauliah oleh Jabatan Agama Islam Selangor bagi menjayakan ceramah ataupun tazkirah berkenaan kewangan Islam di Masjid dan surau di seluruh Selangor.  Kepada individu yang ingin menjemput Shamsuddin Kadir boleh menghubungi di 023 4142 5300 ataupun emelkan ke info@shamsuddinkadir.com, tuliskan tajuk, Tazkirah Masjid @ Surau.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Tetamu SK : Bagaimana Menyelesaikan Hutang?

Salam, Tuan SK,

saya ingin mendapatkan pandangan Tuan tentang hutang saya. Saya ada membuat pembiayaan semula rumah di bank ABC.

Jumlah pembiayaan ialah RM57,544.00

Tempoh bayaran balik ialah 30 tahun.

Ansuran bulanan ialah RM401.00

Jumlah bayaran balik pinjaman ialah RM144,360.00. Saya telah membayar ansuran bulanan selama 53 bulan (4 tahun 5 bulan) = RM21,253.00

Soalan saya : Wajarkah saya membuat pinjaman peribadi daripada bank XYZ bagi tempoh 15 tahun dengna kadar keuntungan bank sebanyak 4.99% untuk menyelesaikan hutang tersebut di atas?

Terima kasih

Abdullah (bukan nama sebenar)

———————————-

Bengkel Motivasi Diri & Pekerja Cemerlang

Pada hari Isnin, 26 Oktober 2009 SK menjayakan bengkel Motivasi Diri & Pekerjca Cemerlang yang dihadiri oleh ahli Puspanita di bawan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Ianya di adalah di Aras 5, Perpustakaan Negara Malaysia.

Di atas jemputan dari Cik Puan Halimathun melalui Cik Puan Toon HOon Chin. Terima kasih (saya suka) di atas sokongan yang diberikan sepanjang program berjalan.

SK seronok sangat di atas semangat yang ditunjukkan oleh mereka sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. Saudari semua adalah mempunyai potensi luar biasa. Tahniah, saya suka.

“Menarik, tertarik Tuan memang the bomb” Cik Puan Haslinda Kasim

“Banyakkan lagi bengkel seperti ini lagi, Best and Enjoy” Cik Puan Farrah Diba Mohd Ishak

“Isu yang serius tetapi dikupas dengan cara yang santai dan menghiburkan” Cik Puan Suriyawani Sulaiman

“Kelas, mantap & berinformatif” Cik Puan Akmal Fardhiana Muhamad

“Bagus, fokus dan membina Kejayaan” Cik Puan Bechik Kemarak

 

“Harap saya dapat mengikuti bengkel susulan selepas ini, kerana ia amat membuka minda saya” Cik Puan Rosliza Ismail

 

“Amat menarik dan berkualiti. Saya cemburu dengan kemampuan dan Self Confidence Tuan” Cik Puan Musripun Nangim

“Terima kasih, jasamu di kenang” Cik Pun Rani Ilyani HIlmi

“Ceria, memberangsangkan dan patut dipratikkan” Cik Puan Rodziah Che Omar

“Program ini sangat bagus di sampaikan dalam keadaan yang sungguh memberangsangkan, saya amat suka” Cik Puan Norhajar Zainal Abidin

“Cemerlang, Gemilang, Terbilang untuk diri sendiri dan semua peserta” Nor Hafizah Hasan

“Sebuah bengkel motivasi yang sangat menarik, bukan sahaja sebagai seorang manusia, tetapi juga sebagai seorang hamba Allah” Cik Puan Siti Suraya - KPKK

“Baik, menarik dan berminat untuk sertai di masa akan datang jika diberi peluang” Cik Puan Noraziah Abu Kasim

 

“Sangat menarik, perasaan ingin tahu lebih lanjut tentang tajuk ini semakin tinggi” Cik Puan Arni Aziz

 

“Sangat menarik dan amat saya sukai. Buatkan saya lupa tentang masalah lain. Ketawa dan senyum jadi peneman dikala kursus berlangsung” Cik Puan Norhajar Zainal Abidin

“Program ini membuatkan saya lebih berfikir dan berpandangan luas. Keep it up. Well done…. Thank you very much” Cik Puan Farah Diba Mohd Ishak

Apakah cadangan Cik Puan untuk kami meningkatkan lagi kualiti bengkel ini?

Cadangan saya adalah lebihkan masa kerana bengkel ini amat menyenangkan dan menggembirakan. Cik Fara Diba Mohd Ishak.

“Panjangkan tempoh kursus ini kepada satu minggu atau lebih”  Cik Puan Norhajar Zainal Abidin

Wawancara Skim Cepat Kaya Untuk 360 TV3

Dengan izin Allah, SK akan berkongsikan pandangan berkenaan dengan skim cepat kaya yang dikatakan mirip Skim Multi Level Marketing (MLM) dengan penonton rancangan 360 kelolaan  pengacara Tuan Mazidul pada hari Rabu, 28 Oktober 2009, jam 9 malam.

Antara isu yang akan dibicarakan adalah :

  • Adakah MLM dikategorikan skim cepat kaya?
  • Kenapa ramai yang tertarik menyertai skim cepat kaya walaupun tahu risikonya?
  • Apakah cara terbaik melabur?
  • Mengenai pelajar IPT yang melabur puluhan ribu ringgit tetapi rugi?

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Kenapa Buku Miss Epal Belum Dikeluarkan di MPH?

  Izzah Hannah
izzahhannah |

Kenapa Miss Epal belum dikeluarkan di MPH, Alamanda,Putrajaya?

 

Dihantar melalui ruangan diskusi kuliah pada 25 Okt 2009

——————————————————-

Terima kasih Cik Puan Izzah Hannah di atas pertanyaan yang terbaik. Sebenarnya manukrip itu masih dalam proses penyuntingan oleh pihak penerbit. Semoga Ianya dapat diterbitkan dalam masa terdekat. Insyaa-Allah saya akan maklumkan kepada Cik Puan nanti.

Shamsuddin Abdul Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Buku Tuan Rumah Yang Kaya Raya dan Taska

Informasi di bawah diterima melalui emel (info@shamsuddinkadir.com)

Assalamualaikum, Tuan SK,

Cuma nak bertanya bila buku Tuan Rumah Jutawan akan diterbitkan sebab kalau tak silap paling lewat ialah pada 2009 ni(seperti yang dinyatakan dalam buku tuan yang terdahulu)?

Saya juga nak minta pandangan.Insyaallah saya bercadang untuk membeli sebuah rumah untuk dijadikan TASKA .Ini adalah rumah kedua, memandangkan hasil daripada buku Buat Duit Dengan Rumah telah MEMBUAHKAN hasil yang menguntungkan(sewa lebih tinggi dari ansuran).

Niat saya cuma untuk dijadikan TASKA disamping mendidik anak - anak saudara saya yang perempuan- seramai 3 orang yang betul-betul berminat dengan pendidikan kanak-kanak dan penjagaan orang tua tentang asam garam berniaga sambil MENDAPAT KEREDAAN ALLAH.

Disamping mendidik anak-anak secara islamiah ,lambat laun rumah akan menjadi milik saya sepenuhnya serta mungkin dapat dijadikan ‘markas’ pertemuan semua ahli keluarga pada masa-masa tertentu.

Cuma saya agak runsing tentang bayaran bulanan kepada bank yang mungkin lebih tinggi dari nilai sewa memandangkan rumah itu sudah semestinya yang bertanah. Tambahan pula umur saya sudah 38 tahun.
Adakah elok kalau saya bayar pendahuluan rumah katakanlah sehingga 20%?

 

Sekian, Ibrahim (Bukan nama sebenar)

——————————————-

Waalaikummusalam Tuan Ibrahim,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dengan limpahan keajaiban di atas sifat Tuan yang sentiasa istiqamah (berterusan) dan bersabar. Amin

Pertama-tamanya tahniah di atas kepekaan dan keperluan terhadap buku bertajuk Tuan Rumah Yang Kaya Raya. Mengikut perancangan awal buku itu dijadualkan terbit pada penghujung 2009, kini kita sudah berada di penghujung 2009 tetapi buku itu belum diterbitkan lagi. SK memohon maaf di atas kelambatan ini, ianya berpunca dari beberapa situasi antaranya, buku-buku yang lain yang sepatutnya diterbitkan terlebih awal masih dalam peringkat 80% ini membantutkan penyiapan buku Tuan rumah tersebut. Insyaa-Allah SK akan memberikan tips dalam blog ini  supaya ianya menjadi panduan bagi kita semua. Semoga Tuan juga sudi mendoakan agar Allah mempermudahkan segala urusan shamsuddin supaya semua buku yang dijadualkan itu dapat diterbitkan dalam masa terdekat.

Tahniah di atas kejayaan Tuan membeli rumah dengan kadar sewa yang diterima lebih tinggi dari ansuran kepada bank, itu sebahagian dari kurniaan Allah kepada hambaNya yang taat seperti Tuan.

Bagi projek membeli rumah dan menukarkannya kepada Taska, adakah Tuan sudah mengikuti kursus usahawan yang dikendalikan oleh usahawan sepenuh masa ?

Taska adalah salah satu dari cabang bisnes.

Ketika ini Tuan boleh membaca buku-buku berkenaan penyediaan taska, adakah anak saudara Tuan yang perempuan itu ada kemahiran ataupun pernah bekerja di Taman Asuhan Kanak-Kanak  (TASKA) ?

Sudah pasti sewa lebih rendah dari ansuran bulanan bagi rumah atas tanah bagi beberapa tahun pertama. Itu kebiasaannya. Membayar 20% untuk down payment adalah satu iniatif bagus mengurangkan bebanan ansuran bulanan.

Konsep Taska Islamiah itu sangat bagus, saya menyokong 100%. Mungkin Tuan juga boleh membeli DVD bertajuk Laskar Pelangi, ianya memberikan kita semangat dan dorongan bagi mengusahakannya.

Elakkan dari menghabiskan di luar keperluan ketika membuat ubahsuai dan persiapan untuk TASKA itu nanti.

Boleh mula menghantar anak saudara ke kursus pengurusan TASKA. Antara yang terbaik adalah buat solat Istikharah terlebih dahulu, jika dapat lampu hijau jangan pandang belakang lagi, teruskan usaha Tuan yang teramat baik dan penting itu.

Antara buku yang Tuan ‘wajib’ baca adalah Memulakan Bisnes Sendiri oleh Puan Ainon Mohd.

Jika sudi, kemaskini saya dengan informasti terkini dengan usaha Tuan bagi membuka TASKA itu. Saya akan mendoakan kesejahteraan Tuan supaya ianya dapat direalisasikan jika bersesuaian dengan situasi Tuan.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Playstation Bukan Untuk Kita

Terlalu banyaknya kesan apabila kita mendedahkan diri kita dengan permainan dalam komputer terutama yang sejenis dengan Playstation ataupun permainan video. Anak-anak kecil juga sudah diasuh bagi membuat latihan bagi bermain dengan video supaya ianya menjadi tabiat dan sikap mereka apabila mereka besar. Apabila besar mereka akan terus menerus bermain ‘game’ terutama ketika di pejabat ataupun selepas balik pejabat bagi merehatkan minda.

Bukan sahaja duit dibelanjakan mungkin melalui pengunaan kad kredit, ataupun permainan itu dibeli mengunakan duit pinjaman peribadi yang belum dilunaskan sehingga hari ini.

Apakah isi kandungan watak-watak di dalam permainan video itu ? adakah ianya mengingatkan akan suruhan dan tuntutan Allah?

Selain dari membelanjakan duit, kita juga memberi ruang kepada anak-anak bagi terdedah dengan game yang rata-rata wataknya seksi-seksi. Apakah yang bakal merangsang anak-anak kita yang normal itu apabila melihat perkara-perkara yang tidak sepatutnya?

Di sini www.shamsuddinkadir.com sekali lagi tidak menyarankan kepada mana-mana individu bagi memiliki, mengunakan ataupun mendedahkan diri dan ahli keluarga dengan permainan yang berpaksikan perkara yang memudharatkan kita yang ditegah oleh Tuhan yang memberi peluang kepada kita selagi tarikh mati kita belum sampai.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Kesan Membaca Berita Maksiat @ Gossip

Apabila kita membaca berita-berita berkenaan dengan maksiat, secara tidak langsung ianya merangsang kita bagi melakukannya. Kerana dengan membacanya kita dapat mengetahui bagaimana modus operandinya.

Apabila membaca perkara-perkara yang tidak senonoh contohnya seks bebas, dan sebagainya sedikit sebanyak memberikan kita idea di mana dan cara mana ianya boleh dilakukan.

Jika kita terdiri dari ibubapa yang bekerja, kesan memiliki bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku yang yang berkaitan dengan isu-isu berkenaan membantu merangsangkan anak-anak kita supaya mengambil langkah. Umpama ‘orang mengantuk di sorongkan bantal‘.

Fikirkan apa yang anak-anak kita akan, sedang lakukan di rumah ketika kita tiada di rumah. Suratkhabar, majalah dan buku yang menceritakan isu-isu maksiat, gejala minum arak harus dielakkan dari dimiliki dan disimpan dirumah. Bom jangka yang teramat besar bakal meletup pada bila-bila masa.

Ketika ini duit dihabiskan bagi membeli bahan-bahan maksiat itu dan akhirnya duit sudah tidak boleh digunakan bagi membetulkan gejala maksiat yang sudah menimpa ahli keluarga…

Gossip adalah satu dari unsur yang perlu kita elakkan dari mendengar, melihat, menonton ataupun membaca. Selagi mana kita tidak bertindak untuk berubah selagi itu bom jangka itu akan kekal bersama keluarga kita.

“Tidak aku ciptakan manusia melainkan untuk berIBADAH kepadaKu” Itu kata Tuhan yang telah menjadikan kita manusia.

Shamsuddin kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Skim Cepat Kaya dan MLM Apakah Tipu Muslihatnya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan, saya dihubungi oleh seorang dari pengacara yang tidak asing lagi iaitu Tuan Mazidul yang terkenal dengan program 360 di TV3. Jika dipermudahkan oleh Allah, saya akan memberikan pandangan berkenaan tipu Muslihat Skim Cepat kaya yang berselindung di sebalik Multi Level Marketing (MLM).

Saya mengalu-alukan pandangan Tuan dan Cik Puan yang amat berharga itu bagi dikongsikan bersama sama ada di sini ataupun emelkan ke info@shamsuddinkadir.com, letakkan tajuk Bicara 360 - Skim Cepat Kaya.

Jika dipermudahkan ilmu ataupun pengalaman Tuan dan Puan itu akan saya kongsikan bersama dalam slot 360 itu pada hari Rabu nanti jika dipermudahkan oleh Allah.

Silakan Tuan dan Cik Puan bagi memberikan pandangan ataupun berkongsi pengalaman.

Saya Suka.

Shamsuddin  Kadir

Tetamu SK: Persoalan Membelenggu Diri

Salam Tuan SK,

Tak tahu macam mana saya hendak mulakan,mungkin ayat saya agak tunggang langgang.

Saya mula menggunakan Kad Kredit semenjak saya mula bekerjalebih kurang 14 tahun lepas,tetapi sekarang tidak lagi.Masalah saya sekarang hutang kad kredit yg saya gunakan 14 tahun lepas seperti tidak habis-habis.Sebab utama adalah saya hanya membayar minimum setiap kad kredit sya yang berjumlah 5 kad semuanya dan saya tiada mentor atau guru menasihati dan tidak pandang ke depan.

 

Akhirnya sya sekarang sudah di sah blacklist.Akibat saya terperangkap kerana hutang sya sudah di tahap maksimum dan sya sudah tidak mampu membayar.Saya amat tertekan,tapi sya telah membeli buku Tuan SK spt Hidup Tenang Walau Berhutang/Makan gaji tapi kaya/Biskut ajaib.

Saya agak tenang sedikit dan faham sedikit macam mana menguruskan perbelanjaan harian dan sgt berminat dgn pengurusan kewangan.

 

Sya perincikan hutang saya spt berikut

Gaji saya rm3100 bersih

Bank Rakyat rm 30k

Ocbc rm9k

Eon rm 2500k

Cimb rm14k

 

Saya sekarang membayar hutang saya semua secara minimum, tetapi tak tahu sampai bila akan habis,mcm mana cadangan Tuan SK ?untuk saya habiskan hutang secepat mungkin,untuk makluman umur saya sekarang 37 tahun dan fokus saya untuk bebas hutang pada umur 40 tahun dan tidak mahu hutang lagi.

 

Terima kasih

Abdullah (bukan nama sebenar)

—————————-

Waalaikummusalam Tuan Abdullah,

Semoga Allah membebaskan diri Tuan dari bebanan hutang ini sepintas kilat, Amin. Ya Allah jika rezeki Tuan Abdullah di langit, turunkanlah ia, Jika rezekinya di bumi keluarkanlah ia, jika rezekinya sedikit perbanyakkanlah ia, jika rezekinya banyak perberkatilah ia, Jika rezekinya haram, sucikanlah ia, berkat dengan waktu DhuhaMu ini, perkenankanlah doa hambaMu ini. Amin.

Ada beberapa maklumat yang saya tidak tahu iaitu, ansuran rumah, kereta dan lain-lain kos.

Saya mencadangkan Tuan Abdullah dalam masa terdekat ini melawati Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Mereka mampu membantu Tuan mengurangkan bebanan Interest, kerana AKPK adalah anak sulong kepada Bank Negara, Bank-bank komersil lain patuh kepada arahan yang diberika oleh AKPK.

Ada dua cara bagi menyelesaikannya, sama ada dengan menambah pendapatan ataupun mengurangkan bebanan.

Tambahkan prinsip hidup lain, seperti prinsip tidak menyambut hari jadi dan ulangtahun perkahwinan tetapi mengantikannya dengan Kejutan Kualiti Hidup.

Prinsip Skor A di dalam dewan peperiksaan di tukar kepada Skor A di luar bilik peperiksaan untuk anak-anak.

Jumpa AKPK terlebih dahulu, jika Tuan tinggal di lembah klang, boleh buat temujanji dengan saya selamat 45 minit di pejabat saya secara percuma sahaja.

Mulakan dari hari ini melakukan sunat Dhuha, ketika menulis entri ini saya dikejutkan oleh Allah dengan satu lagi kebaikan yang datang mendadak yang dikurniakan olehNya kepada SK beberapa saat lalu. 

Saya yakin dengan sifat Allah yang pemurah dan penyayang, hutang saudara akan habis sebelum penghujung 2010. Ya Allah makbulkan keinginanku ini untuk saudaraku yang dalam kesempitan itu. Amin.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

 

 

 

Hidup Kembali Ceria dan Tenang

Tahniah kepada Tuan dan Puan yang sudah berjaya menjelaskan semua hutang yang tidak baik dan tidak lagi ada hutang yang berkaitan dengan :

  • Kad Kredit
  • Pinjaman Peribadi
  • Skim Ansuran Mudah
  • Ansuran Kereta ‘nafsu’

Tahniah juga kepada Tuan dan Puan yang sedang dalam proses bagi membebaskan diri dari hutang-hutang tersebut.

Bagaimana rasanya apabila kita tiada menangung hutang tersebut? Nikmat itu Tuan dan Puan boleh bayangkan sewaktu kita belum terlibat dengan sebarang hutang. Bagaimana dengan minda saudara, bebanan seberat 1,000kg sudah tiada di minda.

Semoga Allah membantu kita bagi memperkuatkan diri bagi meneruskan rancangan dan usaha kita membebaskan kita dari bebanan hutang yang tidak perlu.

Saya suka bertemu dengan individu yang ada banyak hutang sebelum ini, tetapi tidak lagi ketika ini. Tahniah, kerana saudara semua membuat pilihan yang terbaik.

Saya suka bertemu dengan individu yang ada hutang dan ketika ini sudah tidak membuat hutang baru tetapi hanya mengunakan peluang bagi menjelaskan hutang.

Saya suka bertemu dengan individu yang ada hutang dan ketika ini terus menerus menambah hutang dan tidak mengambil peluang bagi membebaskan diri dari hutang itu. Di sini kemahiran yang saya ada digunakan bagi berkongsi dengan kakitangan awam dan swasta supaya mereka dapat kembali fokus kepada kerja dan menikmati hidup dengan ceria dan tenang.

Saya suka bertemu dengan individu yang tidak suka berhutang dan hidup dalam penuh keserderhanaan sehingga mereka mati. Kerana merekalah yang memiliki muka yang paling tampan dan jelita, walaupun sudah berumur 69 tahun.

Pilihan untuk hidup dengan penuh ceria dan tenang adalah pilihan siapa?

Siapa yang membuat hutang?

Siapa yang memilih untuk tidak membayar hutang?

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Beli Buku Secara Online

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kepada Tuan dan Puan yang sudah menempah pembelian buku secara online, dengan izin Allah kami akan memaklumkan status dalam minggu ini. Ini kerana ada buku yang sudah kehabisan stok. Proses penambahan stok sedang berjalan.

Harap Maklum.

Pinjaman Peribadi Untuk Membina Rumah Sewa

Tuan,
mohon pandangan tuan tentang persoalan saya , adakah keputusan saya untuk membuat pinjaman peribadi dengan bank xyz dengan caj 5.5% setahun , selama 15 tahun , dengan nilai 60,000 . untuk dibina rumah sewa yg sederhana luas 20×32 kaki, untuk disewa sejumlah rm450.00 sebulan .

Adakah keputusan ini tepat…daya tidak mempunyai simpanan  dalam bank, walau bagaimanapun saya mempunyai tanah sendiri untuk tapak pembinaan rumah sewa tersebut. anggaran bayaran bulanan ke bank rm624 utk 15 tahun. walaubagaimana pun di akhir tahun ke 15 tetap menjadi hakmilik saya yg mutlak. adakah tindakan saya ini betul atau saya hanya menaggung hutang yg boleh dielakkan ( rm624-rm450= tangungan sebulan 174 x 180 bulan = 31,320.00)

Puan Salbiah (bukan nama sebenar)

Melalui emel yang dihantar.

———————————

Cik Puan,

Saya merasa bangga dengan kerajinan Puan membaca buku.  Saya masih mengingati Puan melalui pembelian satu demi satu buku saya selepas Puan benar-benar habis membaca buku tersebut.

Saya gembira dan berbangga apabila membaca emel Puan, ianya menandakan Puan seorang yang bijak dan kreatif. Tahniah saya bertambah suka apabila Puan membebaskan diri dari berfikiran sempit. Tahniah.

Puan, saya memerlukan maklumat saiz tanah itu, walaupun bagaimana saya memberi pandangan tanpa maklumat penting itu.

Jika dibuat 2 buah rumah berkembar dengan kos RM 60,000 adakah ianya berbaloi? Saya percaya dengan membuat rumah berkembar, dinding utama rumah disebelah dalam dapat dikongsikan untuk dua buah rumah, dan sewanya jika murah sedikit iaitu RM 300 sebuah ianya masih menghasilkan 2 buah rumah. Saya merasakan Puan perlu menghasilkan dua buah rumah.

Jika Puan memohon membuat pembiayaan pembinaan 2 buah rumah dengan bank di atas tanah itu, ansuran mana yang lebih murah?

Apa-apapun Puan, buat sembahyang Isthikarah bagi memilih pilihan mana yang terbaik yang Allah tentukan untuk Puan.

Syabas sekali lagi dari saya. Buat tinjuan rumah-rumah orang lain yang mengunakan sistem rumah berkembar yang dibuat bagi disewakan. Ingat ada kos pembinaan yang tidak meninggikan sewa dan nilai rumah. Pastikan Puan tidak membazirkan duit dengan membina apa yang tidak perlu, seperti kabinet dapur yang tidak akan menaikkan sewa ataupun harga rumah itu.

Shamsuddin Kadir

Emel : info@shamsuddinkadir.com