Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan

Insyaa-Allah (Dengan izin Tuhan) Shamsuddin Kadir akan menjayakan sekurang-kurangnya 2 program dalam cuti sekolah ini ( iaitu pada hari Ahad, 6 Disember 2009) . Antaranya adalah :

1. Bengkel Bijak Mengurus Wang PERCUMA  seperti yang telah diwawarkan sejak bulan Ogos – September yang lalu. Tarikh Ahad 6 Disember 2009 dari Pukul 2 Petang – 4.45 Petang.

2. Bengkel Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan Untuk di hadiri oleh ibubapa. Tarikah Ahad 6 Disember 2009, Dari Pukul 9 Pagi sehingga Pukul 12 tengahari.

Ini bagi memberikan perpektif baru kepada ibubapa yang inginkan anak mereka berjaya di dunia yang sebenar. Menfokuskan anak supaya mendapat A di dalam dewan peperiksaan memberikan kesan yang ‘tidak menarik’ apabila mereka dewasa kelak. Banyak ibubapa yang sudah menyesal…

Pengaruh bagi menghantar anak-anak sejak dari tadika supaya menjadi pandai di dalam dewan peperiksaan tidak membantu anak kita berjaya dalam dunia yang sebenar. Kos yang dibayar bagi pendidikan jenis itu merugikan kerana pulangannya tidak sebaik anak-anak yang dilatih dan diberikan pendidikan supaya Skor A di luar dewan peperiksaan.

Bengkel 1/2 hari ini bakal di adakan di Taman pertama, berdekatan dengan Pasaraya Giant Taman Permata, Kuala Lumpur.

Sasaran peserta addalah ibubapa yang belum dan sudah ada anak,  ini bagi ibubapa yang berminat bagi mengetahui bagaimana satu lagi kumpulan individu yang berfikir dan melihat berbeza dari kita.

RM 50 sahaja untuk seorang, bagi yang datang bersama pasangan (suami isteri) RM 80 sahaja. Ini adalah bagi individu yang mendaftar dan membuat pembayaran sebelum ataupun pada 30 November 2009.  Bayaran selepas 30 November 2009 adalah RM 80 seorang.

Bengkel ini membantu kita menjimatkan duit dari ratusan sehingga ratusan ribu ringgit bagi memberikan pendidikan yang merugikan kepada anak-anak di masa depan.

Kepada yang berminat boleh mengemelkan ke info@shamsuddinkadir.com nama penuh dan nombor telefon. Bayaran boleh dibuat apabila pengesahan diterima dari kami ke akaun Maybank 562106 200279 di atas nama Shamsuddin Abdul  Kadir. Simpan bukti pembayaran. Hanya siapa cepat dia dapat, kerana tempat adalah terhad.

Kedua-dua bengkel ini akan dijayakan oleh Shamsuddin Kadir.

 

Satu Komen untuk “Skor A Di Luar Dewan Peperiksaan”

  1. Saad Abdullah berkata:

    Salam Tuan SK,
    Baru terbaca mengenai ‘Skor A diluar Dewan Peperiksaan’, saya pernah tanya dahulu semasa menghadiri kelas tuan mengenai masalah anak saya dalam pelajaran dan tuan ada memberitahu mengenai program seperti ini tetapi belum tahu bila. Bilakah lagi akan diadakan agar dapat saya bersama isteri menghadirinya. Terima Kasih atas perkongsian ini.

Tinggalkan komen