Archive for April, 2010

Simptom-simptom hutang semakin banyak

Walaupun sebelum ini mereka menganggap mereka cekap dalam pengurusan hutang, namun anggapan mereka meleset apabila hanya tersedar apabila hutang yang dimiliki bertimbun dan semakin bertambah banyak apabila kad kredit yang dimiliki tidak boleh digunakan kerana melebihi had maksimum penggunaannya, pihak bank selalu menelefon kerana menuntut tunggakan ansuran rumah/kereta atau mendapat surat saman dari syarikat skim ansuran mudah yang menuntut segala hutang mereka dijelaskan. Kejutan buat mereka yang tidak sedar akan kedudukan kewangan mereka.

Sebelum perkara-perkara di atas berlaku, ada beberapa simptom-simptom yang menunjukkan hutang mereka semakin banyak tanpa disedari. Antaranya adalah

1. Tidak tahu berapa jumlah hutang kerana tidak pernah menulisnya di atas kertas.

2. Mula mengeluarkan duit di ATM dengan menggunakan kad kredit.

3. Tidak mempunyai sebarang simpanan.

4. Menanyakan pejabat pengeluar kad kredit berapa baki kad kredit yang boleh digunakan bukannya jumlah yang sudah digunakan.

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim

Diari SK: Jemputan ‘book talk’ MPC pada 28 April 2010

Dengan izin Allah, SK akan ke Malaysian Productivity Corporation (MPC) di Jalan Sultan, Petaling Jaya bagi membicarakan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang.

Terima kasih Cik Puan Nurul Sazrina kerana sudi menjemput SK ke sana.

Dilaporkan oleh,

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim

Cerdik Ilmu Kewangan

Apabila diri kita dilengkapi ilmu kewangan yang cekap, semakin susah untuk wang mengalir keluar dari poket kita. Sebagai contoh, apabila kita dapat mengenalpasti perbezaan antara kehendak dan keperluan maka semakin susah wang untuk dihabiskan untuk digunakan bagi memenuhi kehendak kita. Untuk apa memenuhi kehendak jika keperluan kadang-kadang tidak mencukupi.

Apabila kita memiliki ilmu kewangan yang cekap, sudah tentu kita tahu status kewangan kita sekarang. Berapa banyak hutang yang sedang kita tanggung sekarang. Juga berapa lama lagi masa yang akan diambil untuk hutang kita selesai dibayar. Seterusnya memudahkan kita merancang pembelian barang yang mampu dimilki sesuai dengan kedudukan kewangan kita sekarang.

Bagi mereka yang lebih hebat, wang yang ada dapat disimpan bagi digunakan kembali pada waktu-waktu kecemasan. Serta wang yang ada digunakan untuk saham akhirat dengan melaburkannya kepada tabung-tabung masjid, rumah anak yatim dan institusi kebajikan yang amat memerlukan bantuan kita. Seterusnya, kita berpuas hati kerana wang kita telah menjadi harta benda yang akan diganjari di akhirat kelak. Seterusnya memupuk sifat bersyukur.

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan Dan Silaturahim

Shamsuddin Kadir Di Pesta Buku Kelantan 1 Mei 2010

Dengan izin Allah, Shamsudin Kadir diundang bagi berbicara di pentas utama sempena Pesta Buku Kelantan yang akan berlangsung di Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu pada hari Sabtu 1 Mei 2010.

 

Slot beliau adalah pada pukul 11.30 sehingga 12.30 tengahari. 

Tuan, Puan dan sepupu-sepupu dialu-alukan bagi menghadirinya. 

Kepada semua pembaca dan peserta kursus yang dijayakan oleh Shamsuddin Kadir juga dialu-alukan untuk turut serta.

Shamsuddin Kadir juga berkemungkinan akan keudara di radio-radio kelantan sempena Pesta Buku tersebut.

Dapatkan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang versi edisi terkini dan juga buku-buku Shamsuddin Kadir yang lain di Pesta Buku Kelantan. Insyaa-Allah semua buku yang dibeli akan diautograf oleh beliau sepanjang beliau berada di Pesta itu.

Bagi organisasi yang ingin menjemput beliau untuk sesi ceramah ataupun kursus di Kota Bharu ataupun Kelantan sewaktu beliau di sana boleh menghubungi kami di 03 4142 5300.

Yang Melaporkan

Nor’Aini Mohamed Noor

Pentingkah perancangan kewangan?

Cuba bayangkan kita memandu kereta tanpa mempunyai tempat yang hendak dituju. Sudah tentu kereta yang dipandu digunakan untuk meronda-ronda sementara mendapat ilham untuk memikirkan tempat yang ingin dituju. Pada masa yang sama kita telah pun membazir petrol dengan sia-sia.

Begitulah perumpamaannya dengan perancangan kewangan, sekiranya kita tidak tahu berapa banyak wang gaji yang sepatutnya dibelanjakan setiap bulan sudah pasti kita tidak tahu berapa banyak wang yang telah disimpan setiap bulan. Kadang-kadang setelah menulis di atas kertas, barulah kita tahu yang sebenarnya kita telah membelanjakan wang melebihi jumlah  gaji setiap bulan.

Bagaimana boleh belanja melebihi apa yang kita mampu bayar? Sudah tentu dengan berhutang dengan menggunakan kad kredit, skim ansuran mudah dan sebagainya. Bila sudah terjebak dengan hutang, sukar untuk membayarnya jika tidak berdisiplin dan mengikut jadual yang ditetapkan.

—————————————————————————————————————————————————————————-Ingin tahu kemahiran mengurus duit dengan lebih cekap? Sertai Bengkel Mengurus Wang (BMW) yang akan dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir di Ultra Mind Resources pada 24 April ini (Sabtu). E melkan nama, no tel,  kepada info@sk.my. Bayaran sebanyak RM50 dan terhad kepada 8 orang peserta sahaja. Hanya tinggal beberapa kekosongan sahaja. Pembayaran boleh dibuat sebaik sahaja mendapat pengesahan dari kami sama ada melalui emel ataupun telefon. (Maybank 562106-200279)

Abdul Halim Bin Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim Ultra Mind Resources

Tazkirah Kewangan Di Surau Al Munir Hari Ini

Dengan izin Allah, Shamsuddin Kadir akan menyampaikan Tazkirah Kewangan di Surau Al Munir, Seri Kembangan (berhampiran dengan pasar borong Selangor) pada hari Selasa, 20 April 2010 selepas Maghrib.

Tuan dan Puan dijemput bersama. Tajuk pada hari ini berkenaan dengan perlaburan dan pembelian hartanah seperti rumah sama ada untuk diduduki ataupun untuk disewa.

Bedah siasat buku ‘Kaya Dengan Rumah’ dan ‘Buat Duit Dengan Rumah’

Bengkel Mengurus Wang Sabtu 24 April 2010

Tuan dan Puan yang dimuliakan oleh Allah dan dikasihi oleh nabi,

Bengkel Mengurus Wang akan dijayakan pada hari Sabtu 24 April 2010 (9 pagi sehinga 4 petang) di Learning Station, 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur. Tel :03 4142 5300 @ Emel info@sk.my.

Yuran perlaburan RM 50 (boleh di bank in ataupun mengunakan maybank2u ke 562106-200279 atas nama Shamsuddin Kadir) emelkan bukti pembayaran ke info@sk.my ataupun fakskan ke 03 4142 7300.

Kursus yang paling eklusif, kerana ianya hanya ditawarkan beberapa tempat sahaja, ini bagi memastikan setiap peserta mendapat manfaat semaksima yang boleh.

Tinggal beberapa lagi tempat. Daftar hari ini bagi mengelakkan terlepas pilihan untuk menghadirinya. Kursus ini juga membantu kita melihat kebocoran poket kita jika ada dan bagaimana bagi menampungkannya. Bagi yang tiada hutang, ianya membantu kita bagi menambahkan lagi duit kita pada setiap bulan selepas berbelanja.

Tazkirah Maghrib Di Masjid Assobirin Au3 Ahad 18 April 2010

Insyaa-Allah Shamsuddin Kadir akan menyampaikan Tazkirah Maghrib di Masjid Assobirin Au3 pada malam ini selepas Maghrib. Kepada sepupu yang tinggal berdekatan ataupun bakal berada di sekitar keramat ataupun Hulu Kelang, saudara dialu-alukan untuk turut serta.

Ini adalah jemputan kali kedua untuk bulan April. Kali pertama ada untuk Tazkirah Jumaat pada 2 April yang lalu.

Tazkirah Kewangan malam ini bertajuk… ahli kariah yang akan menentukannya Insyaa-Allah.

Buku Yang Dibeli Secara Online

Buku-buku yang di pos sudah sampai.

Terima kasih atas urusniaga yang senang dan cepat ini.

Tuan Wan Anizan

—————————-

Racun Kewangan Hidup

Terdapat pelbagai pinjaman yang ditawarkan pelbagai syarikat, koperasi dan bank. Secara umumnya, majoriti skim pinjaman adalah racun kepada kesihatan kewangan kita. Kebanyakan orang-orang yang mengambil pinjaman tidak mampu menilai kemampuan sebenar dan membayar kembali pinjaman tersebut dalam waktu yang telah ditetapkan. Syarikat pemberi pinjaman pula sengaja memanjangkan tempoh pemberian pinjaman supaya mendapat keuntungan yang maksimum daripada peminjam sedangkan barang yang dipinjamkan telah pun rosak sebelum tempoh pinjaman itu selesai.

Sebagai contoh, Rizal (bukan nama sebenar) mengambil pinjaman untuk membeli sofa dengan harga RM1500. Dia perlu membayar balik sebanyak RM2800 selama tempoh 10 tahun 10 bulan dengan menggunakan kad kredit. Sebelum tempoh 10 tahun 10 bulan tamat, sofa yang dibeli sudah pun berada di tempat buang sampah sedangkan Rizal masih perlu membayar ansuran setiap bulan.

Prinsip hidup, jika saya tidak mampu membeli barangan secara tunai, maka saya memang tidak mampu memilikinya pada hari ini.

————————————————————————————————————————————————————Ingin tahu kemahiran mengurus wang terkini? Sertai  Bengkel Mengurus Wang (BMW) yang akan dijayakan Tuan Shamsuddin Kadir di Ultra Mind Resources 11-2 Jalan Wangsa Ceria 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur pada 24 April ini (Sabtu). E melkan nama, no tel, dan sebab ingin menyertai kursus ini kepada info@sk.my. Bayaran sebanyak RM50 (Maybank 562106 200279 – Shamsuddin Abdul Kadir) dan terhad kepada 8 orang peserta sahaja. Sebarang pertanyaan hubungi Tuan Halim di 03 4142 5300 pada dari hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

Status kewangan peribadi kita tidak akan diketahui oleh peserta lain dan trainer. Kerana kursus ini membantu kita mengetahui status kewangan kita dan bagaimana kita dapat menguruskannya menggunakan pendekatan yang mudah.

Abdul Halim Bin Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim Ultra Mind Resources

Tazkirah Maghrib Di Masjid As-Syarif Meru Klang

Baru-baru ini Shamsuddin Kadir diundang bagi menyampaikan Tazkirah Maghrib di Masjid As-Syarif Meru Klang, atas jemputan Ustaz Ridzuan.

Saya cukup kagum dengan merasa tersangat rendah hati, di atas kebanjiran ahli kariah Masjid ini yang ramai, sehingga susah untuk melihat lantai masjid.

Semoga semua ahli kariah Masjid ini menjadi antara manusia yang sentiasa dirahmati oleh Allah dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak dan kemanisan Iman. Amin.

Terima kasih di atas undangan yang diterima.

Shamsuddin Kadir

Beza Antara Menghadiri Kursus Dan Ceramah

Apabila kita menghadiri ceramah, ianya membantu kita mendapatkan kesedaran ‘awareness’ iaitu kesedaran mengenai kewujudan sesuatu. Contohnya, penceramah mengatakan satu dari cara bagi menguruskan belanja dengan efektif tanpa terbabas adalah dengan mengunakan sistem sampul surat. Kita sekarang tahu bahawa ada cara yang dipanggil sistem sampul surat bagi mengurus belanja bulanan kita. Bagaimana untuk melakukannya kita tidak tahu. Dengan adanya kesedaran ianya membantu kita bagi mencari kemahiran berkenaan sistem sampul surat dengan menghadiri kursus.

Ketika dalam kursus kita mempratikkan sistem sampul surat, supaya kita sendiri faham dan tahu bagaimana bagi mengurus belanja mengunakan sistem sampul surat.

Perkara paling asas yang perlu, penceramah @ speaker akan memberikan kita ceramah iaitu kesedaran, manakala, trainer @ jurulatih akan melatih kita dengan kemahiran.  Oleh itu, bila kita menghadiri kursus, perkara yang perlu dipastikan trainer yang menjayakannya dan bukannya speaker.

Trainer kurang bercakap, banyak memberikan latihan sama ada secara individu ataupun berkumpulan, kerana itu adalah cara bagi memindahkan kemahiran yang ingin dipelajari oleh peserta.

Shamsuddin Kadir

www.sk.my halaman rasmi untuk latihan korporat

Sepupu Kita : Bayar PTPTN Guna Dividen ASB

Saya mempunyai hutang PTPTN sebanyak RM23000.Saya bercadang membuat loan ASB dengan Maybank untuk RM20000. Bayaran bulanan adalah RM203 sebulan.

Dalam kiraan saya, selepas 15 tahun simpanan ASB saya akan meningkat kepada RM30,000.

Adakah ini tindakan bijak?

—————————-

Tahniah di atas seorang lagi individu yang bijak dan berilmu yang dihormati.

Tuan, mengunakan dividen ataupun nilai sebenar Amanah Saham Bumiputera bagi membayar hutang PTPTN adalah satu langkah baik, di mana dividen tahun ASB boleh digunakan juga bagi membayar ansuran PTPTN secara setahun sekali.

Mengambil pinjaman bagi membeli saham ASB boleh jika Tuan dapat mencari pembiayaan yang Islamik (halal) dari bank.

Majlis fatwa ada mengeluarkan kenyataan bahawa melabur dalam ASB adalah harus, walau bagaimanapun itu terpulang kepada Tuan sama ada ingin melabur ataupun tidak.

Apa yang hendak ditekan di sini adalah pembiayaan membeli ASB mestilah mengunakan pembiayaan yang halal.

Shamsuddin Kadir

Bengkel Bijak Mengurus Wang 24 April 2010

Assalamualaikum dan salam Sejahtera,

Sepupu-sepupu yang dimuliakan,

Di atas permintaan, kami akan menyediakan ruang kepada Tuan dan Puan yang ingin meningkatkan lagi kemahiran mengurus wang dengan kemahiran-kemahiran baru. Bengkel ini ditawarkan dengan harga yang ‘Tidak Munasabah’ iaitu RM 50 sahaja (makanan dan minuman tidak disediakan). Ini adalah siri pertama untuk tahun 2010 insyaa-Allah.

Bengkel ini sesuai untuk dihadiri oleh :

1. Individu yang belum ada hutang

2. Individu yang sudah ada hutang tetapi masih boleh bayar

3. Individu yang sudah ada hutang tetapi sudah tertekan untuk membayarnya

4. individu yang sudah ada hutang dan sudah tidak mampu membayar seperti yang diarahkan oleh bank

5. Individu yang sentiasa ingin mendalami kemahiran mengurus kewangan mengikut acuan Shamsuddin Kadir yang berlandaskan ajaran Islam.

6. Membebaskan ataupun menghalang diri dari menjadi manusia yang akan berperang dengan Allah dan Rasul apabila melibatkan dengan simpanan dan pembiayaan pembelian rumah, kereta, perlaburan yang mengunakan sistem konvensional. Allah telah memaklumkan kepada kita sejak 1500 tahun yang lalu melalui buku manual (panduan) manusia iaitu Al-Quran. “Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah SAKI BAKI RIBA jika kamu orang yang beriman. Jika kamu engkar, maka istiharkanlah perang terhadap Allah dan Rasulnya.” Berapa ramai sudah manusia yang sudah mengistiharkan berperang dengan Allah pada hari ini? Semoga kita tidak termasuk dalam kumpulan ini.

Kelebihan datang kursus ini antaranya adalah mempelajari kemahiran terkini dan juga dapat bertanya kepada Shamsuddin Kadir kepada isu yang ada pada diri sendiri tanpa diketahui oleh peserta lain.

Hanya 8 peserta sahaja untuk kursus ini. Kepada sepupu yang ingin menambah dengan kemahiran dan menghadirinya, dipersilakan bagi mengemelkan nama, no. handphone dan ‘sebab’ ingin menyertai kursus ini ke info@sk.my ataupun menghubungi Tuan Halim di 03 4142 5300.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun Maybank 562106 200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir. Emelkan bukti pembayaran (info@sk.my) ataupun fak ke 03 4142 7300.

Sesuai juga untuk pasangan suami isteri dan juga bakal-bakal pengantin untuk datang bersama.

Kemahiran untuk membebaskan diri dari hutang dan perangkap hutang adalah satu dari modul yang kita akan belajar secara bersama.

“Ya Allah sesungguhnya Kami berlindung kepadaMu, dari rasa susah dan sedih, lemah dan malas, dan kami juga berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut, dan kami juga berlindung kepadaMu dari dibebani dengan hutang dan penindasan orang lain terhadap kami.” Amin.

Shamsuddin Kadir

Entri Blog Ini Terus Ke ‘Inbox’ Email Kita

Sepupu-sepupu yang dimuliakan,

Dengan penambahan sistem blog www.shamsuddinkadir.com, saudara semua yang ingin mendapat informasi bagi setiap entri di blog ini secara automatik, boleh mengisikan alamat emel Tuan dan Puan di ruangan sebelah kanan yang bertajuk “Langgan Ke Emel’. Dengan izin Allah, Tuan dan Puan akan menerima setiap entri baru yang dimuatkan di halaman blog ini.