Archive for ◊ June, 2010 ◊

29 Jun 2010 Soalan Kewangan Yang Ingin Ditanya Kepada SK
 |  Category: dimensi |  5 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dimuliakan,

Di sini kita menyediakan ruang untuk kita semua menanyakan soalan berkenaan kewangan yang ingin ditujukan kepada Shamsuddin Kadir.

Mohon melontarkan pertanyaan itu di ruangan diskusi.

26 Jun 2010 Bengkel Bebas Hutang (BBH) Sabtu 26 Jun 2010

Tuan dan Cik Puan yang dirahmati Allah sekelian.

Alhamdullilah dengan izin-Nya, permintaan kepada Bengkel Mengurus Wang sangat menggalakkan sehingga kami di Ultra Mind Resources telah mengambil keputusan untuk mengadakan satu bengkel  dengan tajuknya yakni Bengkel Bebas Hutang (BBH). RM 50 seorang terhad kepada 8 orang sahaja. Bengkel ini akan diadakan pada hari Sabtu 26 Jun 2010 di alamat seperti di bawah:

11-2, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur. Tel: 03 4142 5300

Bengkel ini khas untuk kita yang telah pun mempunyai hutang-hutang terutamanya hutang ansuran rumah dan kereta. Kami akan membongkarkan bagaimana untuk mengecilkan jumlah hutang yang sedia ada dengan menggunakan teknik S___U_ S_R__. Juga beberapa tips-tips terkini untuk mengelakkan wang yang sepatutnya digunakan untuk menyelesaikan hutang tidak digunakan untuk perkara lain.

Tuan dan Cik Puan yang berkelapangan dan ingin menyertainya boleh menghantar e mel kepada info@sk.my dengan tajuk ‘Bengkel Bebas Hutang 26 Jun 2010’ dengan memberikan nama dan no tel.

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan Dan Silaturahim

22 Jun 2010 Kursus Self Motivation Di Sandakan Hotel 23-24 Jun 2010
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Dengan izin Allah (Tuhan), Ultra Mind Resources menerima pelawaan PSMB / HRDF bagi menjadi tenaga pengajar bagi modul kursus yang dicadangkan oleh Ultra Mind Resources iaitu Self Motivation ‘Attack Before You Even Begin’.

Kursus ini akan dijayakan mulai 23 -24 Jun di Hotel Sandakan. Peserta adalah dari beberapa syarikat yang merupakan majikan berdaftar dengan PSMB/HRDF.

Kepada Tuan dan Puan yang ingin jayakan inhouse training, boleh menghubungi kami di 03 4142 5300 ataupun emelkan ke info@sk.my.

Terima kasih kepada Cik Puan Farah yang tidak serik menjemput kami, kerjasama ini dimulakan oleh Tuan Rony A. Gobilee dan disambung oleh Cik Puan Farah. Kami suka.

Layari www.sk.my

20 Jun 2010 Diari SK: 22 – 24 Jun 2010 Sandakan Sabah
 |  Category: Diari SK |  Leave a Comment

Dengan izin Allah yang menguasai segala yang di langit dan di bumi, Shamsuddin Kadir akan menjayakan sebuah kursus bertajuk ‘Self Motivation’ – Attack Before You Even Begin di Hotel Sandakan pada 23 – 24 Jun 2010.

Ini adalah siri training yang dijayakan di Sabah sejak kedatangan pertama pada Februari 2009, dan Alhamdulilah, Ultra Mind Resources telah menjayakan kursus sejak 3 bulan di Sabah, iaitu pada Mei 2009, Ogos 2009, November 2009, Januari 2010, Mac 2010 dan Insyaa-Allah Jun 2010 nanti.

Kepada organisasi di Negeri di Bawah Bayu ataupun negeri lain yang ingin mendapatkan proposal latihan, boleh menghubungi kami di 03 4142 5300 ataupun Emelkan ke info@sk.my. Halaman rasmi latihan adalah www.sk.my.

Insyaa-Allah Ultra Mind Resources akan melebarkan sayapnya ke Brunei Darussalam mulai bulan Ogos 2010.

Terima kasih kepada Cik Puan Maslinah Rak (LHDN, Sabah), Tuan Rony (PSMB Sabah), Madam Jennifer Luk (Hotel Shangri-La), Cik Puan Farah Bidin (PSMB Sabah) dan semua syarikat dan juga peserta-peserta kursus yang dijayakan oleh Ultra Mind Resources dengan kerjasama dengan pelbagai organisasi.

KAMI SUKA

20 Jun 2010 TAMRIN : Checklist For Professional Trainer
 |  Category: Bengkel |  Leave a Comment

Dengan izin Allah, Pencipta, pemerintah dan pemilik sekelian Alam (langit dan bumi), kami selaku AJK Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) ingin mewawarkan program terkini anjuran TAMRIN.

Tajuk : Checklist For Professional Trainer

Trainer : Puan Hajah Ainon Mohd, pakar perunding latihan yang amat berwibawa di arena korporat

Tarikh : Ahad, 27 Jun 2010

Tempat : Sekolah Bimbingan Al-Ikhlas, Taman Permata, Kuala Lumpur

Waktu : 10 Pagi sehingga 1 tengahari

Bayaran : RM 20

Terhad kepada 30 peserta yang pertama membuat pembayaran.

Untuk maklumat lanjut ataupun bagi mendapat brosur boleh emelkan ke info@sk.my, dengan tajuk Checklist For Professional Trainer.

Shamsuddin Kadir

18 Jun 2010 Buku Kehabisan Stok : Makan Gaji Tetapi Kaya
 |  Category: dimensi |  2 Comments

Tuan dan Puan yang dirahmati oleh Allah,

Buku Makan Gaji Tetapi Kaya sudah kehabisan stok, sekarang sedang dicetak semula, dijangka siap penghujung Jun 2010, Insyaa-Allah. Tuan dan Puan yang ingin membelinya secara online di halaman www.shamsuddinkadir.com, perlu menunggu untuk sementara waktu, jangan buat bayaran selagai, kami tidak memaklumkan kehadiran stok baru buku itu dari kilang.

Buku Buat duit dengan rumah juga sudah kehabisan stok. Insyaa-Allah stok baru akan mulai masuk seawal bulan Julai 2010 nanti.

17 Jun 2010 Duit Bocor Di Internet : Ramai Yang Terperdaya
 |  Category: dimensi |  One Comment

Apabila semakin hari, semakin ramai individu yang memiliki keupayaan melayari internet. Antara perangkap yang ada dalam dunia internet, adalah perangkap ‘Impulse Buying’ iaitu sebahagian dari penjual dalam internet cuba mengoda nafsu kita dan memaksa kita membuat keputusan ketika nafsu sedang menguasai kita.

Antara cara penjual Penggoda Nafsu adalah satu daripadanya menawarkan harga diskaun jika kita membuat keputusan terus (SEKARANG). Bayaran dipermudahkan supaya kita terus dipengaruhi dengan bayaran kad kredit ataupun pembayaran maybank2u ataupun banking online.

Elakkan dari membeli barangan, perkhidmatan termasuk ebook ketika kita melawat laman itu pada kali pertama, tangguhkan pembelian selama dua hari sekurang-kurangnya bagi memastikan kita dapat membuat keputusan dengan WARAS.

Banyak barangan, termasuk  kursus, bengkel dan ebook kita tidak jadi membelinya selepas menanguhkan keputusan untuk membeli selepas 2 hari.

Bahasa-bahasa yang digunakan dalam usaha mempengaruhi kita amat berbahaya apabila ianya meningkatkan nafsu, dan semangat berkobar-kobar untuk membelanjakan duit ataupun menambah hutang baru.

Ada beberapa klien, habis ribuan ringgit kerana mendaftar kursus tidak perlu disebabkan godaan ‘impulse buying’.

Ada klien yang sudah banyak kali tertipu ataupun mengalami kerugian apabila menyertai, tawaran, skim yang mendedahkan KAYA, KAYA, KAYA.

Seorang klien memaklumkan beliau sudah menangung kerugian menyamai nilai sebuah perodua kancil baru. Menyesal kerana duit itu tidak digunakan bagi membeli kereta kancil untuk isteri seperti dipinta sebelum ditipu melalui internet.

Shamsuddin Kadir

 

15 Jun 2010 Membiayai Kehidupan Ataupun Gaya Hidup?
 |  Category: Bebanan Hidup |  One Comment

Isu yang banyak mempengaruhi kita dalam menjalani hidup yang bahagia dan dalam batasan normal manusia adalah kos hidup.

Apabila kita membiayai kehidupan, kita membelanjakan duit bagi memastikan kita memenuhi keperluan sementara hidup di dunia ini.

Apabila kita membiayai gaya hidup, kita membelanjakan duit kita dan duit orang lain (hutang) bagi memenuhi gaya hidup di dunia yang kita merasakan ianya akan kekal untuk selama-lamanya.

Kos membiayai kehidupan adalah murah, kerana kita tidak membazirkan duit bagi membeli simbol-simbol kekayaan, bukan kekayaan itu sendiri. Jika kita memerlukan sofa, kita hanya membelikan sofa yang boleh diduduki dengan selamat oleh tetamu kita dan mereka tidak rungsing jika air tertumpah di atas sofa kita. Tetamu juga tidak rungsing dengan anak-anak mereka yang bermain dalam rumah kita, kerana dalam rumah kita tidak ada hiasan yang membuatkan tetamu takut ianya pecah akibat anak-anak kita.

Apabila kita membiayai gaya hidup, duit gaji yang kita terima sentiasa tidak cukup, walaupun kita sudah menerima 3 kali ganda gaji yang lebih besar, kerana semakin besar gaji yang kita terima semakin besar hutang dan hiasan (simbol kekayaan @ simbol palsu) yang kita akan beli secara hutang.

Contoh individu yang membiayai kehidupan : Membeli TV 21″ berjenama Pensonic (Contohnya) RM 370.

BELIAN TV Pensonic di atas secara TUNAI.

Contoh individu yang membiayai gaya hidup : Membeli TV Plasma / Flat Screen RM 3,666

BELIAN TV Plasma di atas yang berharga RM 3,666 dibeli sama ada secara tunai, ataupun hutang (skim ansuran mudah, ataupun kad kredit).

Untuk mengelakkan kita sentiasa hidup dalam kegelisahan kerana wang tidak cukup, kita perlu tambahkan kawan dan sahabat kita yang hidup membiayai kehidupan. Insyaa-Allah nilai diri kita akan semakin lama semakin meningkat.

Mengikut kajian, orang yang merasakan dirinya MAHAL, mereka tidak perlu benda-benda mahal untuk dilekatkan kepada badan, ataupun di sekeliling mereka.

Semoga Allah mempermudahkan usaha kita yang sentiasa berusaha bagi membiayai kehidupan di negara yang sementara ini, insyaa-Allah.

Baca doa ini selalu, “Ya Allah biarlah aku nampak diriku kecil sahaja, tetapi orang lain nampak aku BESAR’ Amin.

Shamsuddin Kadir

Penulis 8 buah buku di Malaysia dan 3 buah buku di Indonesia

Trainer korporat di www.sk.my

Sertai Bengkel Bebas Hutang untuk individu pada 27 Jun 2010, Terhad untuk 8 orang sahaja.

15 Jun 2010 Baca Sampai Habis Ketiga-tiga Buku Hari Ini
 |  Category: Buku |  Leave a Comment

Waalaikumsalam,

Buku-buku tersebut telah saya terima, hendak baca sampai habis ketiga-tiganya
pagi ni juga kalau boleh.

Terima kasih,

Muhammad (Hamba Allah yang soleh)

Pembeli buku-buku tulisan Shamsuddin Kadir secara online di www.shamsuddinkadir.com

———————————-
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan Muhammad dengan kebaikan yang datang mendadak, pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Pertama-tamanya kami mengucapkan ribuan terima kasih (kami suka) di atas perlaburan Tuan Muhammad bagi meningkatkan lagi kualiti hidup dengan membaca buku-buku yang berkualiti.

Tuan, saya cukup teruja di atas semangat yang luarbiasa yang ada pada Tuan. Kami mencadangkan agar buku ilmiah dibaca dalam keadaan sedikit perlahan iaitu, sebuah buku untuk dalam masa 1 – 4 hari. Supaya setiap ilmu yang dipelajari itu mudah diterapkan dan dapat diaplikasi dengan mudah.

 

Buku fiksyen Biskut Ajaib, boleh dibaca dalam masa 1 hari, kerana ianya lebih santai.

Baca doa yang power sebelum membaca buku itu, supaya Tuan mendapat ilmu yang bermanfaat dan kualiti ilmu yang Tuan dapat itu lebih hebat dari apa yang ada dalam buku itu. Mohon Tuan membaca doa di bawah, setiap kali membaca buku tersebut.

“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku dengan kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul, ilham para Malaikat yang hampir denganMu, wahai Allah yang maha pembuka lagi tahu, bukalah hati kami seperti orang yang arif lagi bijaksana” Amin.

Shamsuddin Kadir

12 Jun 2010 Buku Makan Gaji Tetapi Kaya Edisi Terkini
 |  Category: Buku |  2 Comments

Alhamdulilah di atas usaha dan doa setiap individu yang terlibat, akhirnya buku Makan Gaji Tetapi Kaya yang telah di cetak 4 kali sebelum ini, diperlengkapkan lagi dalam versi baru. Buku ini baru masuk kilang cetak dan dijangka akan mula berada di pasaran pada penghujung bulan Jun 2010 nanti.

Semoga buku seterusnya yang sedang dipersiapkan dipermudahkan oleh Allah. Amin. Terima kasih di atas sokongan, dorongan, doa yang disampaikan. Semoga ianya menjadi antara bekalan baik Tuan dan Puan yang amat baik hati. Amin.

08 Jun 2010 Komen Pembaca Buku Kewangan Tulisan SK
 |  Category: Buku |  3 Comments

Seorang sepupu saya, rakan dalam facebook menulis,

Mohamad Farizal Bin Hassim  Alhamdullillah selesai juga membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang hasil hebat dari Tuan Shamsuddin Kadir. Buku yang wajib dibaca bagi insan yang berurusan dengan wang dan tidak mahu menjadi hamba hutang.

Tuan Farizal adalah seorang yang sangat berilmu dan pandai berkomunikasi, beliau pandai memilih perkataan untuk dilafazkan tanpa merendahkan orang lain. Saya kagum dengan ciri yang ada pada beliau, beruntung ibu yang melahirkan seorang anak yang semulia beliau.

Mengikut beliau, buku hidup Tenang Walaupun Berhutang, adalah buku yang keempat yang beliau baca berkenaan kewangan, tiga buku sebelum itu adalah dari 3 penulis yang berlainan. Di sini sudah menunjukkan beliau seorang yang amat dahagakan ilmu. Surah pertama yang diturunkan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w iaitu kita adalah IQRA (BACALAH).

Shamsuddin Kadir

08 Jun 2010 Cuti Sekolah : Mulakan Aktiviti Bisnes Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dimuliakan,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada sepupu dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak. Amin.

Ketika cuti sekolah ini, adalah masa yang amat sesuai untuk mendidik anak kita supaya SKOR A DI LUAR DEWAN PEPERIKSAAN. Kemahiran yang anak kita perolehi dengan mendedahkan mereka dengan kemahiran di luar dewan peperiksaan membantu anak kita menjadi orang yang hebat dan sangat berjaya sejak kecil sehingga dewasa kelak, insyaa-Allah.

Antara aktiviti yang kita dapat lakukan bermula dengan cuti sekolah ini, adalah mempratikkan kemahiran dan ilmu yang mereka pelajari dari buku Biskut Ajaib, Garaj Aiman dan Tukang Gunting Terbang. Buku Miss Epal juga sebahagiannya sangat bagus untuk dipratikkan.

Kepada Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan tips bagaimana memulakan kemahiran yang menentukan kejayaan anak-anak di dunia sebenar, boleh mengemelkan ke info@sk.my, insyaa-Allah pihak kami akan memaklumkan cadangan tarikh bagi pertemuan tersebut.

Ketika ini, bisnes yang kami cadangkan untuk anak-anak kita mulakan adalah seperti dalam buku Garaj Aiman. Kepada yang tidak berjaya mendapatkan buku-buku tersebut di kedai buku, Tuan dan Puan boleh mendapatkannya di www.ShamsuddinKadir.com iaitu membeli secara online.

Shamsuddin Kadir

07 Jun 2010 Solat Dhuha : Memohon Supaya Hajat Kita Dimakbulkan
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Doa selepas Solat Dhuha 2 Rakaat :

 Ya Allah, jika rezekiku Di langit, turunkan ia,

Jika rezekiku di bumi, keluarkan ia

Jika rezekiku sedikit, perbanyakan ia

Jika rezekiku banyak, berkatilah ia,

Jika rezekiku haram, sucikanlah ia

Jika rezekiku jauh, dekatkanlah ia

Berkat dengan waktu DhuhaMu, perkenankanlah doaku ini, Amin.

Waktu solat Dhuha, 2 rakaat, boleh dilakukan secara purata antara pukul 8.30 pagi dan sebelum pukul 12 tengahari.

07 Jun 2010 Hadiah Untuk Pengantin Baru

Apabila kita  mendapat jemputan majlis perkahwinan (bertol) ataupun kenduri Kesyukuran, hadiah yang paling bagus dan bernilai untuk kita berikan adalah hadiah yang benar-benar diperlukan oleh pasangan pengantin baru tersebut.

Apabila kita memberikan hadiah yang ‘tidak diperlukan’ seperti pinggan mangkuk, barangan hiasan, ini membuatkan penerima barangan itu mengeluh di hati, kerana melihat lambakan pingan mangkuk yang terlampau banyak dari pelbagai hadirin yang biasannya mencecah lebih dari RM1,000 secara total. Bayangkan jika sepasang tetamu datang membawa hadiah berisi pinggan mangkuk berharga RM 35. Tetamu seramai 30 orang sudah membawa pinggan mangkuk yang sudah berharga RM 1050.

Biasanya ada 5 – 10 set pinggan mangkuk yang sama, kerana, semuanya membeli di pasaraya yang sama.

Yang menjadi bertambah kaya adalah PASARAYA, yang terpaksa mengumpul stok pinggan mangkuk yang tidak perlu adalah pengantin baru. Mungkin sehari selepas majlis, pengantin baru itu dapat membuka JUALAN GARAJ di rumahnya bagi menjual pinggan mangkuk itu dengan separuh harga.

Antara perkara yang pengantin baru paling perlukan adalah duit, sama ada secara tunai ataupun duit yang dimasukkan ke dalam akaun mereka.

Keperluan belanja yang teramat besar berlaku sebaik sahaja majlis kenduri selesai di kedua-dua belah pihak, di mana mereka perlu menangung kos perpindahan ke rumah sewa yang  kosong. Keperluan asas seperti Peti Sejuk, Mesin Basuh, Pengisar (Blender), Periuk Nasi dan sebagainya.

Jika kita memerlukan nama kita diketahui oleh penerima duit pengantin baru itu, tuliskan nama kita pada sampul duit itu. Jika tidak perlu, kita boleh bagi tanpa sampul. Jumlah yang kita mampu dan ikhlas sama ada

RM 5, RM 10, RM 20, RM 30 dan sebagainya.

Semoga tiada lagi pengantin-pengantin baru yang mengeluh sempena majlis perkahwinan di musim cuti sekolah ini. Amin.

03 Jun 2010 Memulakan Bisnes Tanpa Tangan Terbakar
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Apabila kita ingin memulakan bisnes sendiri, dari mana kita mempelajari ilmu bisnes.  Pelbagai ilmu mengendalikan bisnes adalah di luar sana antaranya :

1. Mula bisnes perlu meminjam (buat pinjaman)

2. Mula bisnes mesti ada pejabat

3. Buat bisnes mesti daftar syarikat

4. Buat bisnes dalam bidang yang kita minat

5. Mesti beli perabot baru

6. Mesti kereta besar

dan sebagainya.

Banyak perkara yang disenaraikan di atas adalah antara kemahiran yang membuatkan bisnes kita lingkup, di mana tangan terbakar (duit yang dilaburkan hangus).

Apabila kita ingin menjadi usahawan, perkara pertama yang kita perlu kenal pasti adakah ktia ada bakat. Jika tiada bakat, bisnes yang kita ceburi itu akan lingkup.

Sudahkan kita diiktiraf sebagai seorang usahawan. Seorang usahawan mampu menukarkan duit RM 100 menjadi RM 200.

Sudahkan kita memiliki ilmu yang dapat membuatkan kita tidak akan gagal? Buat bisnes kita memerlukan kemahiran supaya kita tidak gagal, jika tidak kita akan berputus asa dan semangat diri jatuh.

Memulakan bisnes dengan modal RM 1,000, RM 10,000, RM 100,000 ? Kursus berhijrah menjadi usahawan membantu kita memulakan pelbagai jenis bisnes yang kita suka dengan hanya bermodalkan apa yang ada ditangan kita. Kita tidak perlu duit sebanyak itu bagi memulakan bisnes sendiri yang boleh menghasilkan pendapatan ratusan ribuan ringgit.

Mulakan bisnes kita yang berjaya dengan apa yang di tangan kita.

Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan di Ultra Mind Resources, 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Tel: 03 4142 5300.

Yuran Perlaburan RM 160 sahaja. Emelkan nama dan no. telefon ke info@sk.my dengan tajuk Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan, apabila mendapat emel dari kami berkenaan kekosongan tempat, boleh mula buat pembayaran ke Maybank 562106 – 200279 atas nama Shamsuddin Kadir.

TEMPAT ADALAH TERHAD, hanya 8 PESERTA sahaja untuk kursus ini. Kini masih ada bebarapa tempat kosong, untuk mengelakkan kesulitan, DAFTAR hari ini.