Archive for June, 2010

Buku Untuk Bakal Pengantin

Insyaa-Allah, sebuah buku tulisan terbaru Shamsuddin Kadir akan terbit dalam pasaran pada bulan September 2010 nanti. Ianya berkenaan dengan pengantin.

Pengurusan kewangan untuk bakal pengantin, sebelum, semasa dan selepas berkahwin.

Apa yang Tuan dan Puan rasakan perlu ada dalam buku tersebut?

Apakah cadangan, pandangan dan pengalaman Tuan dan Puan yang ingin dikongsi bersama, jika ianya sesuai, ianya akan dibicarakan dalam buku yang bakal terbit itu.

Boleh diberikan pandangan disini ataupun emelkan ke info@shamsuddinkadir.com

Shamsuddin Kadir

Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan Sabtu 5 Jun 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman Tuan dan Puan, kursus Berhijrah Menjadi Usahawan adalah untuk membantu para peserta sama ada yang ketika ini makan gaji ataupun sudah berniaga tetapi belum ada kemahiran yang membantu para peserta memulakan langkah yang paling kurang berisiko, mengelakkan duit yang dilaburkan hangus dan yang paling penting  kita tidak berputus asa.

Banyak individu termasuk beberapa yang dikenali akhirnya menutup niat untuk menceburi bidang bisnes apabila duit pinjaman sebanyak RM 250,000 yang dilaburkan itu hangus dan kita menangung bebanan ansuran bulanan kepada bank untuk membayar duit yang sudah hangus itu termasuk kadar keuntungan bank.

Tiga modul utama yang kita akan pelajari dalam kursus ini adalah :

1. Mencipta dan memilih idea

2. Membina network secara mudah dan percuma

3. Memulakan bisnes dengan modal yang teramat-amat kecil, sehingga kita separuh tidak percaya.

Kursus ini adalah berdasarkan kepada fahaman ‘Bermula dengan apa yang ada ditangan’

Sesuai untuk individu yang bekerja, surirumah, individu yang sudah berniaga dan kepada sesiapa yang memilih untuk memiliki ilmu-ilmu yang membuatkan kita semakin pandai dan dapat menjadi orang yang sentiasa dapat memberikan kebaikan kepada orang lain.

Harga perlaburan adalah RM 160 sahaja, tarikh kursus pada hari Sabtu, 5 Jun 2010. Dari Jam 9 Pagi sehingga 4.30 petang. Di 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur.

TEMPAT TERHAD HANYA 8 PESERTA PERTAMA YANG MENDAFTAR SAHAJA.

Seorang dari  peserta kursus terdahulu Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan telah membuka bisnes www.sitikhadijah.com yang sudah menjadi telekung yang paling kreatif dan inovasi di Malaysia dan sedang menjelajahi seluroh pelusuk dunia.

Emelkan nama, nombor telefon dan alamat ke info@sk.my, dengan subjek : Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan atau di daftar http://www.shamsuddinkadir.com/bengkelberhijrah

“Bermula Dengan Apa Yang Ada Di Tangan”

————————————————————————

Beli Buku Online di ShamsuddinKadir.com

SALAM

KENAPA ADA CAS PENGHANTARAN BUKU UNTUK DI BELI.

HARGA CAS PENGHANTARAN PUN AGAK MAHAL.

SAYA MENCARI BUKU MAKAN GAJI TTP KAYA  DI KEDAI BUKU TTP SEMUA KATA DAH HABIS.

AZIZ JAAFAR (bukan nama sebenar)

———————————–

Waalaikummusalam Tuan Aziz Jaafar,

Semoga saudara sentiasa di dalam kemanisan Iman. Amin.

Caj penghantaran buku itu adalah jumlah (purata) yang pihak kami perlu bayar kepada POS Malaysia bagi penghantaran buku melalui POS LAJU.  Kadar harga yang diletakkan adalah berdasarkan harga semasa Pos Malaysia yang telah kami puratakan supaya senang kepada pembeli dan kami. Ada ketika kami terpaksa terpaksa menangung lebihan bayaran kepada POS LAJU dan ada kalanya ada lebihan (biasanya dalam SEN) di atas setiap penghantaran.

Kami juga memaklumkan di dalam website supaya mendapatkan buku tersebut di kedai buku supaya tidak perlu menangung kos POS Laju. Walau bagaimanapun sebahagian dari sepupu kita memilih untuk membeli di ShamsuddinKadir.com kerana setiap buku yang dibeli secara online akan mendapat Autograf dari Shamsuddin Kadir sendiri, sebagai menghargai setiap pembeli yang cintakan ilmu.

Buku Makan Gaji Tetapi Kaya sudah habis di pasaran dan sedang dicetak semula, kepada Tuan Aziz, boleh mendapatkan stok terakhir di ShamsuddinKadir.com, tetapi terpaksa menangung kos POS LAJU, kecuali Tuan  datang sendiri ke pejabat untuk membelinya di sana.

Khidmat pos biasa dan pos berdaftar! Jaminan buku itu akan sampai tiada dan bagi pos berdaftar, mengakibatkan pembeli terpaksa ke pejabat pos, itu yang menyebabkan kami memilih untuk memberikan yang terbaik.

Insyaa-Allah kami akan membuat beberapa tawaran promosi di atas beberapa emel yang telah memohon bagi mendapatkan dengan harga istimewa, di masa akan datang. Bagi mengalakkan kita semua meningkatkan lagi ilmu baru dalam diri kita.

Kami juga ingin mengambil kesempatan bagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan Tuan menyuarakan pandangan peribadi yang kami amat hargainya.

Nor’Aini Mohamed Noor