Archive for July, 2010

Jualan Buku Di Perkeso Jalan Ampang

Insyaa-Allah Shamsuddin Kadir akan berada di Tingkat 18, Menara Perkeso Jalan Ampang, sempena Sambutan Penutupan Bulan Membaca di peringkat Perkeso. Buku-buku tulisan SK dan juga terbitan PTS ada dijual di sana.

Beliau akan berada di sana seawal 9 Pagi. Kepada Tuan dan Puan yang bekerja di Perkeso amat dipersilakan bagi turut serta dalam program yang telah diaturkan oleh pihak Perpustakaan Perkeso.

Diskaun istimewa dan autograf bagi setiap buku beliau yang dibeli pada hari esok, Jumaat, 30 Julai 2010.

Kekosongan Jawatan di Ultra Mind Resources

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dikasihi,

Di atas perkembangan terkini, Ultra Mind Resources (syarikat yang terlibat dalam training untuk organisasi swasta dan kerajaan) ingin mempelawa kepada Tuan dan Puan yang ingin menjadi sebahagian dari warga Ultra Mind Resources.

Terdapat beberapa kekosongan jawatan iaitu :

1. Pegawai Pentadbiran

2. Pegawai Pemasaran

3. Fasilitator (pembantu kepada trainer)

Kepada yang berminat boleh emelkan ke info@sk.my, sertakan resume dan juga nyatakan pada tajuk emel jawatan yang dipohon.

Individu yang terpilih selepas temuduga akan menjalani latihan praktikal 3 - 6 bulan dan akan menerima elaun bulanan. Peserta yang menunjukkan prestasi yang memuaskan akan menerima pakej gaji  dan waktu bekerja yang menarik.

Pinjaman Riba ataupun Pembiayaan Halal

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana menelefon tuan dan meminta pandangan mengenai hal saya secara tergesa-gesa berkenaan refinancing menggunakan skim insuran atau takaful.

Terima kasih dengan pandangan tersebut sekurang-kurangnya saya dapat mempertahankan prinsip yang saya baru sedar iaitu hal berkaitan kewangan dicampuri riba.

Sebenarnya ilmu inilah yang saya pelajari dari buku tuan. Alhamdulillah syukur sangat sebab pihak bank merubah permintaan asal saya yang telah saya maklumkan pada peringkat awal lagi yang saya inginkan skim takaful iaitu MRTT (Morgage Reducing Term Takaful) ianya ditukar tanpa persetujuan saya serta dipujuk untuk meneruskan dengan skim konvensional. Jadi terima kasih sekali lagi.

Semoga ilmu tuan diberkati.

Yang benar
Puan Su

———————————-

Waalaikummusalam Puan Su,

Saya suka di atas doa Puan Su dan mendoakan supaya Puan Su kekal Istiqamah dalam memastikan setiap urusan kewangan sewaktu masih hidup ini bersih dari unsur RIBA dan haram.

Mengambil pembiayaan pembelian rumah, kereta mengunakan sistem konvensional (bukan Islam) sedikit sebanyak menghilangkan cahaya Islam yang Allah pinjamkan kepada kita. Tidak semua orang yang Allah pinjamkan cahaya itu, bapa saudara nabi yang menjaga, menyayangi nabi dan menghalang orang membunuhnya juga akhirnya mati tanpa mendapat nikmat Hidayah dari Allah.

Kita yang tidak pernah menjaga dan melindungi nabi, perlu membayar balik nikmat hidayah yang Allah pinjamkan kepada kita, supaya kita selama-lamanya kekal bertauhidkan kepada Allah yang satu.

Apabila kita membeli rumah dengan pinjaman konvensional dan kekal tidak mahu membuat pembiayaan semula ‘refinance’ kepada pembiayaan islamik, rumah itu dikategorikan sebagai rumah yang jijik dalam Islam. Anak-anak yang dihasilkan dalam rumah itu juga mempunyai peluang yang besar untuk terlibat dalam perkara yang jijik (Nauzubillah).

Seorang dari iman tersohor dunia waktu dahulu, mengigil apabila membaca ayat Al-Quran yang paling menakutkan iaitu ayat Al-Baqarah 277-278. Maksudnya lebih kurang begini ‘Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah, dan tinggalkanlah saki baki Riba jika kamu benar-benar beriman, jika kamu engkar maka istiharkanlah perang terhadap Allah dan Rasul’.

Yang pasti setiap individu yang hidup dengan melibatkan diri dengan Riba di dunia ini, akan berperang dengan Allah dan Rasul di akhirat nanti. Bagaimana Malaikat mencabut nyawa orang yang sudah mengistiharkan perang terhadap Allah dan Rasul? Semoga kita semua membuat pilihan untuk tidak menderhaka kepada Allah yang telah memilih menjadikan kita manusia dan bukannya haiwan.

Kita semak semula semua akaun kita, insurans kita, pinjaman kita, kad kredit kita, skim ansuran mudah kita, semua ini kita perlu pastikan semuanya adalah halal. Jika kita ragu-ragu, buka akaun dan ambil pinjaman di bank yang secara terang-terangan adalah bank yang ditubuh bagi mendapat keredhaan Allah seperti Bank Islam dan Bank Muamalat.

Apabila disebut perkataan kita, ianya termasuk saya dan tidak terkecuali walaupun seinci.

Wajar Menyertai Skim Takaful Ini?

Assalmualaikum

Tuan shamsuddin

Semoga tuan sihat sentiasa dan sejahtera bersama keluarga dan bayi yang baru dilahirkan.

Saya ingin mendapatkan pandangan tuan mengenai pakej insurance (XYZ Takaful) yang menggabungkan pakej pelindungan kesihatan (medical card), insuran hayat dan tabungan. Pakej yang saya ambil RM 180 sebulan bermula dari tahun 2010 (umur 35)sehingga berumur 70 tahun. Sebahagian besar potongan adalah untuk pelindungan kesihatan manakala untuk tabungan hanyalah lebih kurang RM13.00 daripada RM 180 tersebut.

Saya ingin mendapatkan pandagan tuan adakah wajar saya menyertai skim insuran seperti ini?

Sekian, saya suka

Abdul Aziz (bukan nama sebenar)

———————————-

Waalaikummusalam Tuan Abdul Aziz, saya suka di atas doa yang dipanjatkan, doa orang soleh seperti Tuan dimakbulkan oleh Allah. Saya juga mendoakan kesejahteraan untuk Tuan sekeluarga. Amin.

Perlindungan untuk kesihatan bagus di ambil apabila kita ada kemampuan untuk membayarnya. Ianya bergantung kepada pelan pendapatan dan perlaburan lain yang Tuan usahakan.

Semoga Tuan juga membuat pelaburan dalam rumah (buku buat duit dengan rumah)

Jumlah yang sepatutnya diambil adalah berdasarkan jumlah yang Tuan sanggup. Ianya juga bergantung kepada pendapatan bulanan Tuan. Jika jumlah itu tidak membuatkan Tuan menderita bagi membayarnya dan pada masa sudah memiliki perlaburan lain seperti rumah, dipersilakan.

Bagi mendapatkan kebaikan di dunia dan di akhirat, perlindungan yang tidak dimurkai oleh Allah adalah perlindungan yang halal dari segi hukum syarak. Takaful adalah satu-satunya pilihan terbaik bagi meraih keuntungan (pahala) bagi membiayai kehidupan yang senang di Akhirat dengan rahmat Allah.

Shamsuddin Kadir (info@shamsuddinkadir.com)

Bahasa Pasar dan Pasaraya Menentukan Kejayaan Kita

Petikan Asal:

Assalammualaikum…

Saya sedang cuba biz kecil-kecilan.. saya mula dengan menjual kain sut/pasang.. Alhamdullillah modal kuar RM1k lebih ler tapi kain tue cepat abeh.. seronok sangat. Tapi dalam serook2 tu ader kawan2 beli hutang.. dan sampai sekarang diorg tak bayar utang :(. Sedih nyer.. itu cerita tahun lepas.. Tahun ini saya meniaga lagi.. saya jual lagi kain… tudung dan yang terkini kek lapis… Saya berdoa agar kali nie menjadi.. Modal? Tak banyak pun… RM 400 jer… hope dapat bertukar mcm Puan Hamidah ke RM 4K… :)

Petikan yang telah diperbetulkan adalah seperti di bawah

Assalammualaikum

Saya sedang mencuba bisnes kecil-kecilan.

Saya mula dengan menjual kain sut/pasang.

Alhamdullillah modal keluar RM1k lebih tetapi kain itu cepat habis. Seronok sangat. Tetapi dalam seronok itu ada kawan-kawan beli secara hutang dan sampai sekarang mereka tidak bayar hutang.

Sedih nya. itu cerita tahun lepas. Tahun ini saya meniaga lagi. Saya menjual kain lagi. Tudung dan yang terkini kek lapis. Saya berdoa agar kali ini menjadi. Modal? Tidak banyak pun cuma RM 400. Harap dapat bertukar macam Puan Hamidah menjadi RM 4,000 :)

——————————————–

Apabila kita bercakap ataupun menulis, orang dapat mengenali kita sama ada orang pasar ataupun pasaraya.

Seperti mana kita melihat pasar, di mana lantainya basah, lantainya kotor, barangan tidak tersusun, bunyi bising dan harga boleh ditawar.

Begitulah kita akan dilihat sebagai orang pasar, apabila bahasa percakapan kita ataupun tulisan kita bahasa pasar, orang di luar sana akan melihat kita sebagai ahli bisnes yang boleh ditawar menawar dan barangan kita kurang berkualiti.

Apabila kita memasuki pasaraya, kita dapati lantainya bersih, lantainya kering, barangan disusun dan harganya tetap.

Oleh itu, jika kita ingin dilihat sebagai orang ‘Pasaraya’ walaupun berniaga di pasar, gunakan bahasa pasaraya.

Bahasa pasaraya membantu meyakinkan pelanggan kita berkenaan produk dan kualiti produk yang kita tawarkan.

Di atas hanyalah satu dari contoh bahasa yang kita tulis.

Apa Kata Peserta Kursus Menanda Aras Pegawai Cemerlang

“Kursus ini adalah yang mengangkat paradigma saya yang terkunci agar mengembang bak gunung berapi untuk menjadi selaut yang terbentang luas” Penolong Pengarah Kanan

“Kursus yang terinteraktif yang pernah saya hadiri. Saya menghargai pengorbanan masa dan ilmu yagn diberikan oleh pihak tuan. Saya suka.” Penolong Pengarah Kanan

“Kursus yang efektik dan konstruktif dalam pembinaan pemimpin pelapis organisasi yang berkaliber dan berprestasi tinggi” Tuan Abdul Saman Penolong Pengarah Kanan

“Wow! Bestnya Kursus Ini. Saya amat Suka. Setinggi Pneghargaan untuk Tuan” Saudara Rohasni Penolong Pengarah Kanan

“Satu Kursus yang menyeronokkan sepanjang masa, mendedahkan teknik yang berguna yang boleh diadaptasikan di dalam bidang kerja dan hubungan sosial dalam keluarga dan masyarakat” Norhana Sanot KPP(K) K

“Satu kursus yang membuka minda untuk melihat perkara dari aspek berbeza tetapi bukan asing. Aspek asas yang sebenarnya telah dilupakan oleh Masyarakat Moden” Cik Puan Mazlinawati Mohamed Penolong Pengarah Kanan

“Saya belajar teknik berkomunikasi yang berkesan bagi tidak menjatuhkan air muka bos” KPP

“Kursus yang amat berguna dan memberi aspirasi untuk melaksanakan tugas dengan cepat, tiada kecacatan dan sempurna” - Penolong Pengarah Kanan

“Kursus yang diberikan adalah amat-amat baik. Excellent dan kami suka”

“Banyak praktikal yang menyeronokkan”

“Kursus yang saya hadiri ini agak berbeza kerana trainer @jurulatih mempunyai budaya kerja yang unik dan tersendiri berbanding budaya kerja tipikal.

“Pilihan di tangan saya. Saya suka”

“Perkongsian ilmu yang amat berguna. I like! Cik Puan Hazlina KPP

“Learn on how to be different leader - Communicate and act effectively, thank you” Cik Puan Zeti Penolong Pengarah Kanan

“Saya sangat berpuashati dengan pengendalian dan bahan-bahan yang dikongsi oleh tuan penceramah dengan peserta. Sangat membuka mata dan minda tentang potensi diri demi untuk meningkatkan hasil kerja. Saya berharap ada kursus susulan seperti ini.” Cik Puan Junaidah Mohamad Aris Penolong Pengarah Kanan

“Kursus ini membuatkan saya sentiasa ingin involve in each modul” NSHS Penolong Pengarah Kanan

“Saya amat bertuah kerana dapat menghadiri kursus ini kerana inilah satu-satunya kursus yang menarik perhatian saya dan menggalakkan penyertaan. Bukan bintang yang dicara tetapi yang penting bagaimana saya boleh contribute dengan memberi idea-idea yang bernas di samping dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada saya. Terima kasih. ‘I really appreciate it’.” Cikpuan Sumatra A/P Appavoo Penolong Pengarah Kanan

“Saya amat menghargai kursus ini yang lain dari yang lain seperti yang dikendalikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir@SK ini. Semoga saya dapat  / berpeluang lagi menghadiri dan bersama-sama berkongsi pengalaman yang diperoleh di masa akan datang. Saya sangat suka” Cik Puan Noor Hazirah Mohamed Yunus Penolong Pengarah Kanan

“Untuk menjadi manusia yang hebat, kita perlu belajar daripada orang yang terhebat. Saya teramat suka Tuan SK.” Cik Puan Zakiah Abd Wahab KPP (Sains Social)

“Kursus ini penuh interaktif dan educating dengan dikendalikan secara santai” Tuan Zamrin Salim Penolong Pengarah Kanan

“Saya suka dan enjoy dengan idea baru dena perkongsian pengalaman melalui kursus ini. Ia membuka minda untuk terus belajar dan belajar.” Tuan Kamarul Bakri Abd Aziz Penolong Pengarah Kanan

Kursus Menanda Aras Pegawai Cemerlang

Tim Ultra Mind Resources yang diketuai oleh Shamsuddin Kadir akan bertolak ke Cameron Highlands  bagi menjayakan kursus Menada Aras Pegawai Cemerlang untuk pegawai dan pengurus atasan Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Kursus ini sebagai persiapan awal bagi staf yang dinaik pangkat ke jawatan yang lebih tinggi, seperti penolong pengurus, pengurus dan juga pengarah.

Untuk organisasi swasta dan kerajaan yang ingin menjayakan kursus ‘Menanda Aras’ sama ada untuk pegawai, eksekutif, pengurus boleh menghubungi kami di 03 4142 5300 ataupun emelkan ke info@sk.my

Antara klien Ultra Mind Resources adalah Malaysian Building Society Berhad (MBSB), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Hotel Shangri-La, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan lain-lain.

Pembaziran Setiap Kali Menyambut Hari Raya

Setiap kali menyambut raya, pasti ada yang mengeluh dan selepas hari raya lebih ramai yang mengeluh. Antara perkara yang menyebabkan ianya berlaku adalah:

Kita berbelanja sekadar untuk memastikan tetamu yang datang ke rumah kita melihat kecantikan tersebut.

Sofa, langsir, meja makan, hiasan di dinding, bunga-bunga yang tergantung-gantung, tv baru 60 inci, kuih raya yang ekslusif dan banyak lagi.

Selepas habis raya, ada yang mula rasa sakit, kerana ansuran sudah mula kena bayar ataupun poket sudah kosong.

Tanpa perabot baru dan hiasan baru, kita masih dapat merayakan dengan penuh keberkatan. Tujuan raya adalah bagi mendapat keberkatan dari Allah, supaya ianya menjadi amalan kita di akhirat nanti.

Saya Tidak Mahu Memikirkan Tentang Raya!

Entri terkini Shamsuddin Kadir di Facebook.

Shamsuddin Kadir Belum masuk bulan Ramadhan sudah ada ‘berikrar’ yang tidak mahu memikirkan tentang hari raya, mereka hanya mahu berpuasa dan sembahyang terawih sahaja.

Apakah yang berada di sebalik hari raya itu? Adakah ianya bertambahnya hutang baru? Kongsikan di sini.

Mulakan Bisnes Dengan Apa Yang Ditangan

Shamsuddin Kadir menulis di Facebook pada hari ini, seperti di bawah:

Shamsuddin Kadir Apabila memulakan bisnes sendiri, mulakan dengan apa yang di tangan, di mana jangan berhutang. Saya sendiri mengunakan modal tidak lebih dari RM 100 setiap kali menceburi bisnes, kecuali satu bisnes yang saya ceburi dengan modal RM 45,000 yang akhirnya hangus. Seorang yang belum pernah berniaga, perlu ditauliah terlebih dahulu, cara pentauliahan adalah dengan menukarkan duit RM 100 menjadi RM 200.

Untuk berhubung dengan Shamsuddin Kadir secara langsung cari nama Shamsuddin Kadir dengan gambar seperti di atas, ‘Add as Friend’.

Maklumat ini dikemaskini oleh:

Nor’Aini Mohamed Noor

 

 

Staf Diperlukan di Ultra Mind Resources

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kepada Tuan dan Puan yang sudah tamat belajar di universiti ataupu kolej dan belum mendapat pekerjaan.

Kami di Ultra Mind Resources, syarikat latihan dan perundingan yang menjayakan kursus untuk sektor swasta dan kerajaan ingin mempelawa Tuan dan Puan bagi menjalani latihan praktikal di Ultra Mind Resources.

Latihan ini membantu Tuan dan Puan bagi mendapatkan pengalaman dan kemahiran bekerja di dunia sebenar dan juga menimba pengalaman secara terus dari Tuan Shamsuddin Kadir.

Kami juga akan menawarkan tempat sebagai staf tetap kepada beberapa individu yang terpilih dan layak selepas menjalani latihan praktikal tersebut.

Syarat kemasukan adalah, fasih berbahasa Melayu dan English.

Boleh menulis dengan baik dalam kedua-dua bahasa.

Kepada Tuan dan Puan yang berminat, boleh menghantar ke info@sk.my, tuliskan tajuk, Latihan Praktikal Untuk Graduan.

Kepada suri rumah yang memiliki masa bagi menjalani kerja separuh masa ‘part time’ juga dialu-alukan bagi menyertai Ultra Mind Resources.

ULTRA MIND RESOURCES

11-2 JALAN WANGSA SETIA 3

WANGSA MELAWATI, 53300 KUALA LUMPUR

EMEL: info@sk.my

Hari Raya Semakin Hampir Panggilan Untuk Buat Hutang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dimuliakan.

Beberapa hari yang lepas saya ada terbaca satu brosur skim ansuran mudah antara terbesar di Malaysia sudah menawarkan skim buat hutang, supaya kita dapat menyediakan hiasan dalam rumah termasuk sofa baru.

Perkara yang saya paling terkejut adalah bulan Ramadhan belum pun sampai, panggilan untuk beraya sudah sampai. Umpan terbesar yang diberikan adalah barangan yang dibeli tidak perlu bayar sekarang, bayar hanya selepas raya. Umpan besar, membuatkan kita menangung hutang besar.

‘Orang yang merasakan diri mereka mahal, mereka tidak memerlukan barang-barang yang mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun di sekeliling mereka’

Skim Ansuran Mudah adalah Barah Kewangan yang membuatkan hidup kita tertekan sepanjang hayat.

Barah kewangan menghilangkan ketenangan dalam hidup kita.

Apabila kita merasakan diri kita mahal, kita tidak perlu beli simbol-simbol kekayaan yang palsu itu.