Beza Antara Kursus Dan Ceramah

Ada penganjur yang ingin menjayakan kursus ataupun latihan, tetapi menjemput penceramah. Akibatnya ianya membuatkan kursus tersebut menjadi tidak berkesan, kerana ceramah hanya memberi kita kesedaran dan bukannya kemahiran. Ceramah di buat dalam khalayak ramai, kerana tidak memerlukan hadirin untuk bercakap. Kerana penceramah sudah ada bagi bercakap.

Sesi latihan ataupun training adalah sesi memindahkan kemahiran kepada para peserta, di mana di akhir kursus peserta sudah dilengkapi dengan kemahiran baru. Bilangan peserta untuk sebuah kursus tidak lebih dari 30 orang yang kursus yang berkesan. Walau bagaimana bilangan peserta sehingga 35 orang adalah dalam bilangan yang masih boleh diterima.

Apabila bilangan peserta mencecah 45 orang, 60, 80, 100, 150 ataupun 300 orang, itu bukan lagi sesi latihan. Ianya sudah bertukar menjadi sesi ceramah.

Apabila kita ingin menjayakan kursus kita perlu pastikan bilangan peserta dan individu yang kita jemput adalah trainer dan bukannya penceramah.

Jika kita ingin jayakan ceramah 4 jam sebagai contohnya, kita boleh jemput penceramah.

Mengikut pengamal kursus yang amat berpengalaman. Individu yang bergelar penceramah tidak boleh menjadi trainer, dan trainer pula tidak boleh jadi penceramah, kerana kedua-duanya memerlukan bakat yang berbeza. Bakat bercakap perlu ada pada setiap penceramah, bagi memastikan suaranya enak didengari oleh hadirin.

Bakat bercakap seperti penceramah tidak perlu bagi trainer, kerana dikhuatiri, trainer itu bukan menjayakan sesi latihan, tetapi sesi berceramah. Di dalam sesi latihan, peserta yang paling banyak bercakap dan bukannya penceramah.

jita di dalam kursus trainer yang lebih banyak bercakap berbanding peserta, maka trainer itu sebenarnya adalah penceramah.

Orang yang berceramah dikategorikan sebagai penceramah, orang yang menjayakan kursus ataupun sesi latihan dipanggil jurulatih ataupun ‘trainer’.

1 comment on “Beza Antara Kursus Dan Ceramah”

  1. noor mohamad Reply

    train to be a trainer macam cendawan dlm pasaran. tapi betul, sebenarnya mereka bukan diwujudkan untuk train atau untuk berceramah, mereka hanya wujud untuk buat duit. tidak ada nawaitu untuk berkongs ilmu dengan peserta. bila buat kursus atau panggil apa saja, yuran tinggi, buat di hotel, makan banyak dan sedap. tapi kalau buat di sri malaysia, susahlah pulak nak datang. kesimpulan saya, nak ikhlas susah, nak menipu pun susah.

    saya ada buat kursus juga, saya minta buat 3 hari, pelanggan nak 2 hari. kursus ini hanya beri ilmu secara teori saja lah!

Leave a Reply to noor mohamad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *