Komitmen Individu Hebat : Mendaftar Sebelum Jadual Kursus Terbit

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

TUAN / PUAN

*MENYERTAI BENGKEL BIJAK MENGURUS WANG DAN BENGKEL BERHIJRAH MENJADI USAHAWAN.

*Sukacita saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan saya sangat berminat  untuk menyertai bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh pihak tuan dalam masa  terdekat ini. Berikut adalah butir-butir diri saya:-

NAMA : MOHD FIRDAUS (BUKAN NAMA SEBENAR)

NO. K/P: 8200407-01-5101 (BUKAN NOMBOR IC YANG SEBENAR)

ALAMAT: NO. XXX KEDAH (ALAMAT PENUH DIKELUARKAN)

UMUR: 28 TAHUN

NO. TEL: DIKELUARKAN

Bersama emel ini saya lampirkan (attachment) resit pembayaran yuran bengkel tersebut menggunakan kaedah* internet banking *(Maybank2u) ke akaun Maybank Encik Shamsuddin Kadir sebanyak RM 50.00 (Bengkel Bijak Mengurus Wang) dan RM160.00 (Bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan). Sila beritahu saya

sekiranya kos yuran tidak mencukupi. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

FIRDAUS (Bukan nama sebenar)

—————————–

Waalaikummusalam Tuan Firdaus,

Tuan adalah antara individu yang memiliki komitmen kejayaan yang tinggi. Apabila dimaklumkan oleh wargakerja Ultra Mind Resources (www.sk.my) berkenaan dengan emel dari Tuan saya terkejut. Pembayaran telah dibuat sebelum jadual kursus dikeluarkan.

Apa yang mengejutkan kami lagi, Tuan adalah seorang yang berkarisma  di mana tulisan Tuan kemas, jelas dan serius. Itu menandakan Tuan memiliki sebahagian dari ciri-ciri wajib yang perlu ada pada usahawan dan individu yang berkualiti. Tahniah.

Tarikh bagi kedua-dua kursus akan dibuat secepat mungkin, kami perlu melihat jadual kami untuk bulan September jika masih ada kekosongan. Jika tiada, kursus ini akan diadakan pada awal bulan Oktober nanti.

Tarikh akan dimaklumkan di www.ShamsuddinKadir.com, untuk maklumkan Tuan juga pembayaran yang dibuat oleh Tuan pada 2 September 2010 telah kami terima bagi kedua-dua kursus tersebut. Kami akan tetapkan kursus tersebut pada hari Sabtu dan Ahad, supaya memudahkan Tuan datang dari Kedah nanti.

Salam Ramadhan untuk sepupu yang berkualiti tinggi seperti Tuan. Saya cukup suka membaca informasi serius dan jelas dari Tuan seperti di atas.

Shamsuddin Kadir

2 comments on “Komitmen Individu Hebat : Mendaftar Sebelum Jadual Kursus Terbit”

  1. faizul Reply

    Salam.

    Mula-mula mambaca buku. Diskusi tuan di TV amat ku tunggu.Ada kesedaran dalam hatiku.Tetapi dijiwa masih terbuku. Terasa benar ingin bertemu.Untuk membongkar segala ilmu. Keihlasan tuan tidak diragu. Syarikat tuan bertambah jitu.Dimana-mana ummah pun tahu.Mudah-mudahan Allah merestu.

Leave a Reply to Muhamad Nornizam Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *