Bengkel Kewangan & Bisnes 6 Nov & 7 Nov 2010

Di atas pilihan sepupu-sepupu yang ingin memandaikan diri dengan ilmu halal diberkati oleh Allah, dimaklumkan Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan pada 7 November 2010 hanya mampu menerima 4 lagi peserta yang terakhir.

Insyaa-Allah pendaftaran yang disertai dengan pembayaran adalah yang muktamad.

Nor Aini Mohamed (Penyelaras)

—————————————–

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Bengkel Mengurus Wang akan diadakan pada hari Sabtu 6 November 2010 di Learning Station @ Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, berdekatan dengan Zoo Negara.

Modul 1 : Bedah Siasat Wang Gaji

Modul 2 : Bedah Siasat Kenderaan @ Perangkap Kewangan

Modul 3 : Urus Bajet Ikut Sampul Surat

Dalam bengkel di atas, kita dapat tahu, jika ada belanja yang tidak perlu yang kita sedang tanggung, kita dapat tahu sama ada pinjaman yang kita ada itu membantu kita hidup bertambah senang ataupun sebaliknya dan juga cara mudah untuk urus bajet bulanan supaya kita tidak dibebani dengan duit keluar yang lebih banyak dari duit masuk.

Bilangan peserta adalah terhad. Perlaburan untuk bengkel di atas adalah RM188, tawaran untuk sesi pada 6 November : Bayar RM 88 sahaja. Kepada Tuan dan Puan yang sudah membuat pembayaran sebelum ini, sudah tidak perlu membuat sebarang pembayaran tambahan.

Bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan akan di adakan pada hari Ahad 7 Nov 2010 di Learning Station @ Wangsa Melawati, berdekatan dengan Zoo Negara.

Harga bayaran adalah RM 188. RM 158 bagi pembayaran sebelum 29 Oktober 2010. Kursus ini hanya untuk individu yang masih bekerja dengan orang lain dan bercita-cita memiliki bisnes sendiri dengan memasuki dunia bisnes tanpa perlu membazirkan duit modal yang akhirnya hangus dijilat oleh tangan kita yang terbakar.

Sebelum kita ingin memulakan bisnes, pelajari kemahiran-kemahiran teras berniaga, supaya kita dapat mengurangkan jumlah modal awal kita.

Seperti mana Shamsuddin Kadir dan sifu-sifu beliau sendiri, majoriti bisnes-bisnesnya dimulakan dengan bermodalkan RM 100 sahaja.

Hanya untuk 10 tempat sahaja bagi setiap kursus tersebut. Emelkan nama, no. hp, alamat dan tuliskan tajuk bengkel @ kursus yang ingin dihadiri dan hantarkan ke info@sk.my

Selepas mendapat pengesahan kekosongan, pembayaran dibuat ke akaun Maybank 562106 200279 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir.

Emelkan pengesahan pembayaran ke info@sk.my ataupun fakskan ke 03 4142 7300 (waktu pejabat)

Confirmation hanya berdasarkan pembayaran yang dibuat.

Insyaa-Allah ini adalah bengkel yang kewangan dan bisnes yang terakhir di Learning Station untuk tahun 2010.

Yang Melaporkan

Nor Aini Mohamed Noor

1 comment on “Bengkel Kewangan & Bisnes 6 Nov & 7 Nov 2010”

  1. hamidah Reply

    Assalamualaikum,

    saya hamidah ..betul2 berminat untuk mengikuti Bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan pada hari Ahad 7 Nov 2010 di Learning Station @ Wangsa Melawati.

    Saya ingin buat pembayaran…masalahnya akaun maybank2u saya telah diblok (try masukkan passwd byk kali- system tersebut bermasalah). Boleh tak saya buat pembayaran guna akaun lain?

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *