11 Nov 2010 Bulan Madu Tempatan Dan Bulan Madu Import
 |  Category: Pengantin Baru

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Sepupu-sepupu yang dimuliakan oleh Allah dan dikasihi nabi,

Di Malaysia ada dua jenis cara berbulan madu. Jenis yang sedang popular adalah bulan madu yang dimport. Di mana kos bagi meraikan bulan madu import sangat tinggi manakala kualiti yang dinikmati adalah rendah. Kerana kos yang paling banyak kita keluarkan adalah untuk sewa hotel dan makanan di hotel.

Manakala bulan madu cara tempatan adalah kita pergi melawat ke rumah ahli keluarga kita terutama ibu saudara, bapa saudara dan juga datuk saudara dari kedua-dua belah pihak.

Ianya kadangkala mengambil masa lebih dari 6 bulan bagi menziarahi semua ibu dan bapa saudara kita itu, kerana sebahagian dari mereka tinggal berjauhan. Ada yang mungkin tinggal di Langkawi dan sebagainya. Apabila kita ke Langkawi untuk menziarahi ibu saudara kita itu, kita juga dapat melancong bersama dengan pasangan kita.

Apabila kita ke rumah saudara mara itu di awal pernikahan, kita dapat mempelajari patang larang dan juga perangai-perangai ibu dan bapa mertua kita. Ini bagi memastikan kita dapat memasuki keluarga mertua itu dengan selamat dan bahagia.

Di beberapa tempat ianya dipanggil ‘Panggil Menantu’. Di mana keluarga ibubapa saudara kita memasak bagi meraikan kedatangan kita ke rumah mereka. Di rumah mereka kita diusik, al maklum pengantin baru dan juga di ajar perkara yang perlu dan tidak perlu dibuat dalam sebuah perkahwinan yang bahagia.

Insyaa-Allah akan di sambung.

Shamsuddin Kadir

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply