Pertanyaan: 1 Rumah, 2 Rumah ataupun Rumah Dan Bisnes

Salam Tuan SK,

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih, kami mendapat manfaat daripada buku tuan “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” dan sedang mempraktikkan sistem sampul, ianya membantu,,Alhamdulillah…

Saya ingin memohon pendapat tuan,

Saya dan suami ingin membina rumah di atas tanah sendiri(diberi ayah) dengan anggaran kos kurang 150 ribu(Pinjaman)… saya dan suami bekerja..berikut beberapa pilihan perancangan yg kami bincangkan;

1. Buat rumah dalam kos tersebut beserta termasuk perabot sekali(termasuk semua kos)

2. Buat rumah berkembar yang sederhana, satu kami duduki, satu lagi disewakan utk menampung kos pinjaman.

3. Buat rumah dalam kos 100k dan selebihnya 50k atau kurang dijadikan modal perniagaan sampingan bakeri kecil2an.

Menurut tuan mana satu yang paling sesuai atau tuan ada cadangan lain. Jika tuan dapat memberi pandangan ringkas pun saya amat hargai dan saya mendoakan tuan sekeluarga sentiasa dilimpahi Rahmat Allah S.W.T…Amin.

Salam.

——————————-

Apa pendapat Tuan dan Puan yang dimuliakan?

2 comments on “Pertanyaan: 1 Rumah, 2 Rumah ataupun Rumah Dan Bisnes”

  1. elmaaniq Reply

    Salam.
    Berapakah umur tuan bertanya? Jika masih muda (kurang dari 45 tahun) dan anak sulung masih belajar, eloklah buat rumah berkembar dimana satu lagi disewakan.

    Tentang membuat perniagaan bakeri sambilan, sudah benar-benar bersediakah? Jika tidak, tumpukan saja pendapatan pasif (seperti sewa rumah) saja.

  2. mizal Reply

    buat rumah berkembar -sewakan kedua duanya sebab hutang plus interest mesti kena bayar sampai habis .

Leave a Reply to mizal Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *