Penulis Bersama Dengan Shamsuddin Kadir

Assalamualaikum dan salam ceria,

Sepupu-sepupu yang dirindu oleh Allah dan disayangi Nabi,

Kami mengucapkan rasa suka di atas emel-emel yang dihantar ke shamsuddin@sk.my bagi menjadi penulis bersama. Kami sememangnya mencari individu iaitu sepupu yang berminat bagi menulis perkataan-perkataan dengan harapan ianya menjadi perkara yang membuatkan kita tersenyum di padang Masyhar nanti.

Kami ada mengadakan bengkel bagi penulisan bersama. Kepada yang berminat untuk menulis secara bersama sama ada bersama Shamsuddin kadir ataun dengan Hani Sofea (Penulis bersama Shamsuddin Kadir ketika ini), mohon diemelkan biodata ringkas ke shamsuddin@sk.my

Tidak perlu mendapat keputusan Bahasa Melayu cemerlang di peringkat SPM bagi menyertainya. Walaupun tidak kredit dalam keputusan bahasa Melayu juga dialu-alukan.

Syarat bagi menulis bersama adalah, mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap ilmu ghaib seperti kewujudan Allah SWT. Keyakinan kita dibalas untuk setiap patah perkataan yang kita tulis dan sebut bermula di saat kita sudah dibebani dengan tanggungjawab iaitu agama ketika kita Baligh.

Insyaa Allah buku yang kita tulis secara bersama itu nanti, menjadi sumber matawang pahala yang dihantar ke akhirat secara online setiap saat orang membaca dan memanfaatkan ilmu yang ada dalam buku itu. Insyaa Allah pahala-pahala itu membantu kita membiayai penghidupan yang serba mewah yang terlampau di Syurga Firdaus. Amin. Kerana di Syurga tiada perkataan bajet lagi, kerana semua kenikmatan yang Allah berikan tiada sempadan, seperti mana Syurga yang diduduki oleh Nabi Adam dahulu ada sempadan, iaitu tidak boleh memakan buah terlarang.

3 comments on “Penulis Bersama Dengan Shamsuddin Kadir”

  1. akhir Reply

    Saya Mohd Akhir Bin Abdul Manap, ingin menjadi penlis bersama Tuan.Harap dapat diberikan tunjuk ajar dalam bidang penulisan yang dapat mendekatkan diri kita kepada yang Maha kuasa.

  2. Yazit Reply

    Tn SK

    Saya juga berminat untuk menjadi sebahagian dari co-author Tn. Mohon izin dan tunjuk ajar dari Tuan SK. Terima kasih atas tawaran terbuka ini.

Leave a Reply to Shamsuddin Kadir Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *