Salam Ramadhan Buat Sepupuku

Assalamualaikum wbt, Sepupuku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Didoakan tuan dan cik puan semua terus menerus dikurniakan dengan rezeki yang berlebihan dan kesihatan yang berpanjangan. Amin.

Pertama-tamanya saya memohon maaf di atas kelewatan dalam mengucapkan salam Ramadhan buat semua sepupu yang beragama Islam.

Ketibaan bulan puasa juga menimbulkan pelbagai jenis peluang membuat hutang yang disediakan oleh peniaga yang ingin membuat keuntungan yang cepat dan berlipat kali ganda.

Banyak butang kebebasan dan butan keunggulan dimainkan oleh sebahagian peniaga bagi mempengaruhi kita membeli tanpa kita dapat menggunakan akal yang rasional. Antaranya adalah tidak perlu bayar ansuran sehingga 30 hari ada juga kedai yang memberikan sehingga berbulan-bulan.

Perangkap ini hanya dapat menarik mangsa yang nilai dirinya rendah ataupun murah. Alhamdulilah di atas nilai diri tuan dan cik puan yang mahal, skim-skim untuk musim raya ini tidak dapat menewaskan tuan dan cik puan dengan mempengaruhi kita mengambil hutang baru.

Sejak semalam apabila menjayakan kursus Pemantapan Nilai Kewangan Dalam Diri untuk sebuah organisasi kerajaan yang besar, modul yang paling penting dipertingkatkan penguasaannya adalah Meningkatkan Nilai Diri.

Mengikut kajian pakar-pakar Psikologi, mendapati, orang yang merasakan dirinya mahal, mereka tidak memerlukan barangan yang mahal untuk diperagakan disekeliling dan dibadan mereka.

Tahniah dan syabas, sekali lagi dari saya kepada tuan dan cik puan yang tidak membuat apa-apa hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin di bulan Ramadhan ini.

Shamsuddin Kadir

Satu Komen untuk “Salam Ramadhan Buat Sepupuku”

  1. yusrybadli berkata:

    salam Tuan…marilah kita sama-sama melabur di saham akhirat yang PASTI PULANGANNYA ketika Ramadhan sudah menghampiri hujungnya.Gunakan kesempatan pada tahun ini untuk melabur kerana kita tidak pasti Ramadhan akan datang adakah kita akan bertemu lagi………Harap-harap ini bukan yang Ramadhan terakhir buat kita untuk kita menggandakan amal dan bukan menggandakan bebanan semasa perayaan…

Tinggalkan komen