Archive for ◊ October, 2011 ◊

27 Oct 2011 Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan Sabtu 29 Oktober 2011
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Kursus ini bagi meningkatkan kemahiran individu yang selama ini belum mempunyai kemahiran bisnes yang sebenar. Iaitu kemahiran yang hanya ada pada individu yang sudah berketurunan berniaga ataupun, formula bisnes yang hanya dipakai oleh orang yang dari keluarga bisnes sahaja.

Pelajari bagaimana kita dapat melabur projek ratusan ribu ringgit, dengan hanya bermula dengan modal RM 100 dalam bidang yang kita.

Pelajari seni mengurut ego pelanggan, supaya mereka rasa bersalah jika tidak membeli dari kita. Mengikut kajian, pelanggan hanya membeli dari individu ataupun jurujual yang pelanggan suka.


Banyak kemahiran ataupun informasi yang digunakan oleh orang yang makan gaji, sebenarnya menggunakan kaedah yang orang bisnes tidak akan gunakan apabila mereka membuat bisnes. Contohnya, fahaman tentang modal berbeza dengan orang yang mempunyai mentaliti makan gaji dengan orang yang bisnes sejak berabad.

Yuran : RM 188
Bank Islam : 1203 8010 0808 30 (Ultra Mind Resources) atau ke akaun
Maybank : 5621 0620 0279 (Shamsuddin bin Abdul Kadir)

Tempat kini terhad kepada 15 orang sahaja.

HARGA ISTIMEWA | yuran sebanyak RM155 sahaja.

Mohon tuan dan cik puan cc slip pembayaran ke info@sk.my atau faks slip ke nombor 03 4142 7300

Kepada Tuan dan Cik Puan yang ingin membayar di lokasi kursus pada 29 Oktober 2011, mohon hubungi 03 4142 5300 ataupun emelkan ke info@sk.my

07 Oct 2011 Diari SK: Masa Yang Padat
 |  Category: Diari SK |  Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam ceria

Sepupuku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Didoakan tuan dan cik puan terus menerus dirahmati Allah dengan rezeki halal yang berlebihan dan kesihatan yang berpanjangan.

Sudah lama juga kita tidak bersua dengan entri terkini. Mohon maaf di atas kekangan masa yang terbatas, saya tidak dapat lagi memuatkan entri terbaru setiap hari seperti sebelum ini.  Di dalam halaman ini juga sudah ada entri melebihi 600 artikel sejak tahun 2006 lagi.

Ketika ini saya sedang menyiapkan beberapa buku baru sebagai kesinambungan kepada buku-buku yang sudah terbit di pasaran dengan izin Allah SWT.

Insyaa Allah pada bulan Disember 2011, buku bertajuk Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta terbit di pasaran di ikuti buku-buku lain.

Kepada yang baru pertama kali membaca entri di blog ini dan mahu mendapatkan buku-buku tulisan Shamsuddin Kadir mohon bagi mencarinya di kedai-kedai buku. Manakala bagi yang ingin mengadakan training di pejabat mohon untuk menghubungi 03 4142 5300 ataupun emelkan shamsuddin@sk.my

Sekian, Saya Suka!

Shamsuddin Kadir

7 Oktober 2011