Diari SK: Masa Yang Padat

Assalamualaikum dan salam ceria

Sepupuku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Didoakan tuan dan cik puan terus menerus dirahmati Allah dengan rezeki halal yang berlebihan dan kesihatan yang berpanjangan.

Sudah lama juga kita tidak bersua dengan entri terkini. Mohon maaf di atas kekangan masa yang terbatas, saya tidak dapat lagi memuatkan entri terbaru setiap hari seperti sebelum ini.  Di dalam halaman ini juga sudah ada entri melebihi 600 artikel sejak tahun 2006 lagi.

Ketika ini saya sedang menyiapkan beberapa buku baru sebagai kesinambungan kepada buku-buku yang sudah terbit di pasaran dengan izin Allah SWT.

Insyaa Allah pada bulan Disember 2011, buku bertajuk Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta terbit di pasaran di ikuti buku-buku lain.

Kepada yang baru pertama kali membaca entri di blog ini dan mahu mendapatkan buku-buku tulisan Shamsuddin Kadir mohon bagi mencarinya di kedai-kedai buku. Manakala bagi yang ingin mengadakan training di pejabat mohon untuk menghubungi 03 4142 5300 ataupun emelkan shamsuddin@sk.my

Sekian, Saya Suka!

Shamsuddin Kadir

7 Oktober 2011

Tinggalkan komen