Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan Sabtu 3 Disember 2011

Alhamdulilah, dengan izin Allah dan sokongan tuan dan cik puan, Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan akan diadakan lagi pada hari Sabtu bersamaan dengan 3 Disember 2011.

Antara peserta kursus terawal Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan adalah  pengasas Tudung Siti Khadijah. Layari www.SitiKhadijah.com

Di dalam kursus ini para peserta dapat mempelajari bagaimana memasuki dunia bisnes dengan selamat di mana risiko duit hangus kerana tangan terbakar dapat dikurangkan ataupun dihapuskan.

Peserta mempelajari bagaimana bagi memulakan bisnes dengan bermula dengan apa yang ditangan.

Banyak individu yang percaya mitos, iaitu modal besar untungnya juga besar, sedangkan dunia bisnes otai mempercayai, modal kecil, untungnya besar.

Shamsuddin Kadir berkongsi bagaimana beliau mencipta dan mengusahakan pelbagai bisnes dengan bermodalkan RM 100. Beliau juga berkongsikan pengalaman bisnes yang dipelajari dari para sifunya termasuk Puan Ainon Mohd.

Pada hari tersebut para peserta dapat mempelajari, bagaimana menghasilkan idea, membina network yang tidak mendatangkan musuh dan juga modul terakhir adalah Modal sosial yang diperlukan. Modal duit, tidak dibincangkan secara detail, kerana beliau hanya percaya bisnes hanya bermula dengan RM 100.  Dimana seorang usahawan dapat menukarkan RM 100 kepada RM 200 dan seterusnya. Jika RM 100 pun tidak dapat ditukar menjadi RM 200, bagaimana seorang itu dapat menukarkan RM 40,000 yang dilaburkan menjadi RM 80,OOO.

Kajian, menunjukkan 90% bisnes yang dibuka ditutup selepas 3 tahun beroperasi. Beliau akan berkongsikan tip bagaimana untuk membebaskan diri dari ‘Sumpahan Bisnes’ itu.

Kursus ini untuk setiap individu yang ingin mempelajari seni membuat bisnes berdasarkan pengalaman individu yang sudah berketurunan membuat bisnes. Kursus ini juga bagi tuan dan cik puan yang tidak mahu duit yang dilaburkan hangus, seperti yang sudah berlaku kepada ramai individu setiap hari di luar sana.

Harga pelaburan adalah RM 188 untuk seorang. Makanan dan minuman tidak disediakan. Kursus bermula Jam 9 Pagi dan berakhir secara rasminya jam 4.30 petang. Pembayaran sebelum ataupun pada 31 November 2011 adalah RM 155.

Pendaftaran emelkan ke info@sk.my, dan buat pembayaran ke akaun Maybank 562106 - 200279 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir. Emelkan bukti pembelian ke info@sk.my ataupun fakskan ke 03 4142 7300.

Hubungi 03 4142 5300 (Cik Puan Suhana) untuk mendapatkan informasi tambahan.

Satu Komen untuk “Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan Sabtu 3 Disember 2011”

  1. maderasa berkata:

    Saya berminat utk menyertai program ini. Adakah program diadakan bulan Mei 2012? Harap dapat maklumkan kepada saya. T.kasih.

Tinggalkan komen