Bicara Pinjaman Kereta di Malaysia Hari Ini, TV3 Isnin 5 Mac 2012

Alhamdulilah, pagi tadi program bicara secara santai di TV3 berjalan lancar. Kali ini berbicara dengan Tuan Ally Iskandar. Perkara paling asas berkenaan dengan kereta yang perlu kita ingati adalah kita sebenarnya merancang untuk berhutang bagi membeli ‘besi buruk’.

Hutang kereta juga berada di atas pagar antara hutang-hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin dan hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin kaya.

Apabila tempoh pinjaman melebihi 4 tahun, kita sebenarnya telah membeli sebuah kereta di luar kemampuan kita.

Shamsuddin Kadir

Institut Latihan Kecemerlangan MARA

Jawi, Pulau Pinang

5 Mac 2012 7.02 malam.

2 Komen untuk “Bicara Pinjaman Kereta di Malaysia Hari Ini, TV3 Isnin 5 Mac 2012”

  1. Assalamu’alaikum Tuan Shamsuddin.. Saya menonton pada waktu ini & saya sangat suka! Ada tak video yang sudah diupload untuk saya tengok semula & kongsi bersama saudara-saudara saya?

    Terima kasih.

  2. Salam Tuan,
    Jika kita sudah bekerja ber tahun2 , tidakkah boleh kita beli kereta yang mewah sikit untuk kepuasan diri kita walaupun terpaksa berhutang sehingga 9 tahun.
    Sudah lama memendam rasa melihat kawan2 bertukar kereta .. dan nampak mereka gembira sahaja
    Motivasi apakah yang boleh kita cakap pada diri sendiri untuk gembira dengan apa yang kita ada sekarang..
    Selalu diperli kawan2 kerana tidak pernah bertukar kereta sehingga sedeh dibuatnya . .

    Salam

Tinggalkan komen