Archive for ◊ June, 2013 ◊

10 Jun 2013 Esok 11 Jun 2013 Kursus Joys Of Working LHDN Cyberjaya
 |  Category: Informasi |  Leave a Comment

Bismillah. In Syaa Allah esok kami SK TRAINING ACADEMY SDN BHD, akan menjayakan kursus Joys of Working di LHDN Cyberjaya.

Ini merupakan siri kedua.

Kepada tuan dan cik puan yang ingin mendapatkan proposal ataupun ingin menjayakan kursus ini, boleh menghubungi 03 4142 5300, bos-bos kami di pejabat sentiasa menantikan panggilan daripada tuan dan cik puan. Ataupun boleh emelkan ke info@sk.my

09 Jun 2013 Beli sebuah rumah sebelum berkahwin
 |  Category: Perlaburan, Rumah |  3 Comments

Bismillah. Kepada para lelaki yang bakal bekerja setelah tamat belajar, lebih baik beli rumah dahulu, dengan membayar wang muka dan membeli rumah dengan pembiayaan Islamik untuk tempoh 20 hingga 30 tahun bergantung kepada matlamat pembelian.

Selepas itu memilih calon isteri dari calon yang berasal dari keluarga yang tahu hukum agama Islam dan mengamalkannya. Cari bakal isteri dari keluarga yang ‘tidak menjual anak’. Ini bagi memastikan tuan-tuan tidak perlu mempunyai masalah kekurangan duit akibat perbelanjaan menunjuk-nunjuk yang dibuat sewaktu berkahwin.

Buat majlis perkahwin seringkas yang boleh, beri makan kepada orang Miskin, sekirannya masih terdapat lebihan duit, lebih afdal memberi sedekah kepada fakir miskin yang sedang memerlukan bantuan kita sekarang.