Archive for ◊ September, 2013 ◊

27 Sep 2013 Kursus Memulakan Bisnes ‘Office Cleaning’ 16 November 2013
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Bismillah. Insyaa Allah ‘Kursus Memulakan Bisnes ‘Office Cleaning’ akan diadakan pada 16 November 2013, bersamaan dengan hari Sabtu.

Lokasi sama ada di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur ataupun di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Kursus ini adalah latihan praktikal untuk para peserta mempelajari selok belok bisnes pencucian pejabat yang antara bisnes yang mudah (Insyaa Allah) bagi mendapat pelanggan.

Tentatif Program Insyaa Allah :

0820 – 0850 Pagi : Pendaftaran

0900 – 1030 Pagi : Skop Bisnes ‘Office Cleaninng’

1030 – 1100 Pagi : Rehat / Minum Pagi

1100 – 1130 t/hari : Peralatan yang digunakan & Consumable yang diperlukan

1130 – 1200 t/hari : Contoh-contoh proposal, sebut harga dan invoice

1200 – 1300 t/hari : Roleplay ; Kaedah pemasaran dan pertemuan dengan klien

1300 – 1425 t/hari : Rehat / Solat (Makan Tenghari tidak disediakan)

1430 – 1500 t/hari : Tip memilih nama bisnes /syarikat ‘Office Cleaning’
Dan Modal Bawah RM 1,000.

1500 – 1530 t/hari : Tip menyewa pejabat dengan murah seperti sewaan RM 50 sebulan

1530 – 1545 t/hari : Rehat

1545 -1630 t/hari : Strategi Pemasaran Silaturrahim bagi mendapat Klien

1630 – 1700 t/hari : Soal & Jawab (Q & A)

1705 : Kursus Berakhir Insyaa Allah.

Insyaa Allah di dalam tempoh 1 – 2 minggu sekiranya kena cara dan dengan izin Allah, dapat klien.

Yuran RM 300.

Peserta kursus Berhijrah Menjadi Usahawan ataupun Memulakan Bisnes Sendiri mendapat 10% @ RM 30 diskaun.

Early Bird (Pembayaran awal) Diskaun RM 50.

Kepada bakal para peserta yang mengikuti kursus ini, saya mahukan peserta yang mempratikkan sebanyak yang mungkin ilmu yang dipelajari sewaktu kursus bagi menjalakan bisnes ini.

Saya juga memberi cabaran kepada para peserta bagi menyahut cabaran saya, untuk menghadiahkan kepada saya RM 500 (untuk duit poket) dalam masa 4 – 6 bulan, selepas memulakan bisnes ini. Dengan syarat tuan ataupun cik puan berjaya mendapat jumlah kontrak perlantikan ‘Office Cleaning’ yang terkumpul MELEBIHI RM 5,000 sebulan.

Bisnes Office Cleaning ini, di atas pengalaman saya yang lalu, tuan dan cik puan dengan mudah, Insyaa Allah mendapat pelanggan, walaupun baru 1 minggu memulakannya, itu berdasarkan track rekod saya dahulu.

Untuk mendaftar hubungi 03 4142 5300 ataupun emailkan ke seminarbisnes@sk.my ataupun layari


www.facebook.com/events/422516774521349/


Astaghfirullah. Wallahu A’lam.

25 Sep 2013 Stres adalah Kerana Pilihan Menjadi Orang Malas
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Bismillah. Baru-baru ini seorang individu bertanya kepada saya, berkenaan dengan bagaimana saya mengurus stres ataupun tekanan apabila sesuatu yang buruk berlaku kepada saya.

Jawapan saya, lebih berkurang begini

“Apa yang berlaku itu adalah pilihan saya. Kebanyakan yang membuatkan saya stres sekiranya berlaku, saya tahu ianya berpunca dari satu penyakit saya yang masih tidak hilang sepenuhnya (100%) iaitu penyakit MALAS.”

“Saya percaya kebanyakan perkara yang tidak baik, ataupun yang saya tidak suka berlaku adalah disebabkan oleh pilihan saya sendiri.”

Antara pilihan yang menyebabkan perkara yang stres itu berlaku pada sudut padangan saya adalah disebabkan pilihan saya MALAS.

Malas untuk mencari ilmu dengan lebih rajin di dalam bidang Agama

Malas untuk mencari ilmu dengan lebih bersemangat di dalam bidang kewangan

Malas untuk mencari ilmu dengan lebih keras ilmu di dalam bidang komunikasi

Malas untuk mencari ilmu yang HALAL dengan lebih cepat supaya tidak TERTIPU DAN RUGI

Malas untuk berdoa pada majoriti masa yang saya ada

Malas untuk membuat amalan soleh pada majoriti masa yang saya ada

Malas untuk membuat kebaikan pada majoriti masa yang saya ada

Malas untuk menjadi orang yang rajin.

Itu menyebabkan apabila sesuatu yang tidak bagus dan yang saya tidak suka berlaku, antara perkara selain mengucapkan Inalillah…

Saya akan berkata, “Padan muka saya kerana memilih untuk menjadi orang yang belum rajin yang berlebihan”

Saya tidak mahu menyalahkan orang lain, kerana itu ‘Defense Mechanism’

Saya tidak mahu menyalahkan Tuhan (Allah) kerana Tuhan itu baik dan tidak pernah membuat yang tidak baik.

Yang memilih perkara yang tidak baik itu berlaku adalah SAYA, Shamsuddin Kadir.

Panjang lebar pula saya berhujah kepada diri saya. Hidup ini pilihan, tidak perlu saya hendak memberi alasan. Rujuk surah As Syam dan Surah Kafli Ayat 29.

Astaghfirullah. Wallahu A’lam.

Malaysia | Shamsuddin Kadir

16 Sep 2013 Nasibku Tidak Pernah Berubah!
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Bismillah. Ada sebahagian individu suka berkata, “

Nasibku tidak pernah berubah. Dari muda sampai ke tua, macam ini sahaja nasib aku. Rezeki yang secupak tidak menjadi segantang.”

Kalau hendak nasib kita berubah senang sahaja. Dalam kes Shamsuddin Kadir, berhenti menulis di facebook dan berhenti jadi trainer. Mulai malam ini, kutip sampai tepi jalan, terus nasibku berubah.

Kalau sebelum ini kita bekerja sebagai kerani bank, sekiranya ingin nasib kita berubah, serta merta. Berhenti bekerja di bank, mohon kerja sebagai kerani di JKR pula, sudah pasti nasib kita berubah. Kalau ingin melakar sejarah cepat rompak bank.

Allah memberikan rezeki sesuai dengan usaha kita.

Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu, selagi mana kaum itu tidak berusaha mengubahnya.

Apa yang Shamsuddin Kadir percaya, tiada nasib, yang ada limpahan pilihan yang Allah berikan kepada kita selagi mana kita masih hidup. Takdir perlu percaya, bukannya dengan sewenangnya menuduh Allah melalui perkara buruk yang berlaku.

Nasib dalam kamus hidup sebenarnya tidak wujud.

Kepada yang nasib belum berubah, ubah sekarang dengan membuat pilihan dan berhenti menyalahkan Allah.

Masalah hutang yang keliling pinggang semuanya ada penawarnya iaitu ubah terus nasib mulai dari sekarang.

Nasibku asyik berubah, pagi tadi di Kuala Lumpur, mulai petang tadi sudah di Pulau Pinang. Insyaa Allah esok dengan izin Allah saya mengubah nasibku untuk pulang ke Kuala Lumpur pada waktu malam, Insyaa Allah.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

12 Sep 2013 Kebaikan Selepas Berhenti Menggunakan Kad Kredit?
 |  Category: dimensi |  4 Comments

Bismillah. Kepada tuan dan cik puan yang sudah berhenti menggunakan kad kredit dalam kehidupan seharian.

Apakah kebaikan yang tuan dan cik puan nikmati sekarang selepas berhenti membeli barang-barang kecil termasuk kos seperti belanja dapur dan petrol secara berhutang melalui kad kredit?