Archive for ◊ October, 2013 ◊

20 Oct 2013 Ilmu Marketing yang Menyimpang Dari Ajaran Islam
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Bismillah. Salah satu dari ujian besar dalam hidup saya, sehingga ini, adalah belajar ilmu yang sebahagian besarnya bertentangan dengan apa yang saya percaya.

Ketika ini saya mempelajari Komunikasi Pemasaran Bersepadu, di dalamnya penuh ilmu pemasaran yang pada saya ianya tidak syariah compliant.

Sehingga membuatkan saya tertekan apabila mendengar perkataan marketing.

Sehingga di saat ini, saya masih memandang bahawa majoriti sistem marketing yang dipelopori barat adalah sistem yang ingin menjatuhkan produk orang lain yang baik.

Perkataan yang tidak boleh dipisahkan di dalam majoriti sistem pemasaran barat adalah persaingan.

Banyak produk pembaziran berjaya dicipta dan berjaya mendapat tempat di dalam masyarakat akibat kejayaan mereka mengaplikasikan majoriti sistem pemasaran barat.

Memperkenalkan produk, servis ataupun syarikat kita itu lebih baik Insyaa Allah berbanding menggunakan majoriti sistem marketing barat.

Syariah Compliant Marketing (Pemasaran Patuh Syariah)

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Lain sekolah pemasaran, lain pula ajarannya hormati perbezaan asalkan ianya masih di dalam ruang yang dibenarkan oleh Islam. Insyaa Allah.

Astaghfirullah. Wallahu A’lam.

20 Oct 2013 Bisnes adalah Jujur
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Bismillah. Satu dari perkara yang penting di dalam bisnes, adalah menjadi orang yang jujur.

Apabila ingin membuat pemasaran produk ataupun servis, jujur itu perlu dibawa bersama.

Antara yang menyebabkan saya susah untuk terperangkap ataupun menyokong setengah produk ataupun servis, adalah ketiadaan jujur di dalam ‘strategi pemasaran’.

Contohnya : Nombor 1 Di Malaysia! – Itu berdasarkan kajian siapa?

Terlaris, terhebat di Malaysia – Mana buktinya?

Menyembuh penyakit ….. mana bukti saintifiknya ataupun pengesahan dari badan bertauliah. Ini kerana lambakan ubat yang dikatakan dapat menyembuhkan penyakit Diabetes di pasaran, tetapi sehingga kini, belum ‘terbukti’ secara ilmiah ataupun diiktiraf oleh badan hospital ataupun perubatan.

Terbukti berkesan dalam masa 10 hari, 3 hari, 1 jam dan sebagainya.

Kajian menunjukkan antara maklumat yang pelanggan tidak percaya adalah bahan cetakan yang dikeluarkan oleh syarikat.

Kepada pelanggan, bawa Tuhan bersama, Insyaa Allah kita dapat kenal mana produk ataupun servis yang jujur ataupun sebaliknya adalah untuk ‘mempengaruhi kita’ sama ada melalui ‘pukau’ ataupun trik yang mempersonakan.

Lain sekolah kehidupan, lain pula ajarannya, hormati perbezaan asalkan ianya membuatkan kita bertambah baik dan cerdik. Insyaa Allah.

Astaghfirullah.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

07 Oct 2013 Aidul Adha : Berkorban Bukan Sekadar Daging Lembu
 |  Category: dimensi |  One Comment

Bismillah. Ya Allah ajarilah aku perkara yang aku masih jahil dan berilah aku ingat semula perkara yang aku sudah lupa, Amin.

Sempena Kedatangan Aidul Adha, selain bagi menunaikan Fardhu Haji bagi yang mampu. Ianya juga adalah bagi ‘berkorban’. Iaitu berkorban harta, berkorban apa yang kita sayang. Jika dahulu Nabi Ibrahim diuji oleh Allah supaya ‘memyembelih’ anaknya sendiri.

Kita digalakkan untuk melatih diri bagi memulakan ataupun menjadikan amalan berkorban untuk orang lain.

Saya ingin mengambil kesempatan ini, bagi merayu lebih ramai orang supaya melakukan pengorbanan yang lebih diperlukan oleh rakyat Malaysia ketika ini, iaitu kesempitan wang dan juga bebanan hutang akibat dari kesilapan mengurus wang tanpa mahu mencari ilmu.

Ketika ini banyak individu yang dibebani dengan masalah hutang seperti hutang kad kredit. Ada yang sudah tersepit sangat, walaupun mereka sudah insaf, hutang duit perlu dibayar dengan duit.

Saya melihat di zaman ini, melakukan korban bukan hanya tertumpu kepada proses penyembelihan lembu semata-mata, tetapi juga melihat kepada masalah ummah yang sekarang ini banyak dihimpit dengan masalah hidup yang lebih memerlukan duit berbanding ‘ 300 gram – 1kg ‘ daging.

Saya sedang mengumpul beberapa individu yang solat 5 waktu dan ketika ini menanggung hutang yang sangat membebankan mereka. Saya bercita-cita dengan izin tuan dan cik puan bagi kita membuat suatu usaha ‘Berkorban’ untuk membantu hamba Allah yang lain yang sedang dilanda ‘Musibah yang mereka sendiri pilih’.

Benar, hutang itu mereka yang buat, biarlah mereka sendiri tanggung. Saya tidak sanggup apabila berpegang kepada kata-kata “Tidak sempurna imam seseorang kamu, selagi mana kamu tidak menyintai orang lain seperti mana kamu menyintai diri kamu sendiri”

Cinta orang lain, seperti mana kita cinta diri kita sendiri. Sudah pasti majoriti kita tidak sanggup hidup di dalam bebanan hutang yang semakin lama membuatkan kita semakin lama semakin miskin. Begitu juga orang lain.

Saya ingin mencadangkan untuk mengambil simbolik 7 bahagian di dalam seorang lembu itu sebagai asas bagi berkorban dengan niat untuk berkorban dari harta bagi membantu orang lain yang sedang di dalam kesempitan.

Di Doakan Allah juga menerima pengorbanan kita itu demi mendidik hati kita supaya kisah dan sanggup berkongsi harta dengan orang yang lebih susah.

Saya ingin mencadangkan kepada yang ingin berkorban, RM 70 untuk satu bahagian.

Kepada yang berkorban lembu, teruskan, kita mahu amalan ini juga diteruskan, dan pada masa yang sama, kita juga perlu ada mekanisma untuk berkorban bagi membantu individu yang hanya dapat dibantu dengan RM dan bukaannya daging.

Duit yang diterima nanti akan dibank in terus ke dalam akaun individu yang ada hutang kad kredit. Syaratnya adalah individu tersebut solat 5 waktu sehari. Hutang kad kredit dipilih kerana interestnya 18% membuatkan lebih banyak orang menjadi ‘fakir’ miskin.

Didoakan Allah terus melembutkan hati kita supaya sentiasa merasai, bahawa setiap manusia yang ada di atas dunia ini, hanya berasal dan dari darah daging dan keturunan Nabi Adam A.S Dan Hawa.

Tiada bangsa selain dari bangsa Manusia yang bernama Adam dan Hawa. Kerana kita semua adalah ‘adik beradik’ dari seorang ayah dan ibu bernama Adam dan Hawa.

Astaghfirullah. Wallahu A’lam (Hanya Allah yang tahu segala-galanya dan yang sebenar-benarnya)

Malaysia | Shamsuddin Kadir