23 May 2014 Tidak Terhutang Budi Dengan Orang Fasik
 |  Category: dimensi

Bismillah. SAW | Bagi sepupu-sepupuku yang ingin melembutkan hati dan mendapat santapan untuk hati, baca entri di bawah secara perlahan dan tertib, Insyaa Allah kita dapat rasakan kemanisan iman apabila membacanya dengan tertib.

Pesan Tuan Guru “Rasulullah SAW memohon doa agar Allah SWT jauhkan sesuatu yang buruk daripada dirinya, doa bermaksud :

“Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepada Mu janganlah jadikan aku terhutang budi dengan golongan jahat.”

“Kerana jika Nabi SAW terhutang budi kepada orang fasik, dikhuatiri hatinya sayang kepada golongan tersebut. Tidak wajar hati seorang nabi menyayangi orang jahat, kerana TUJUAN HATI DICIPTAKAN ialah untuk menyayangi ALLAH SWT dan mereka yang menyayangiNya.

Apabila terhutang budi kepada orang jahat, pasti tiada ruang untuk menegur kesalahannya dan untuk menasihati mereka. Apabila keadaan itu terjadi terhalanglah tanggungjawab menyeru yang makruf dan mencegah kemungkaran, sedangkan perkara tersebut adalah dasar perjuangan Nabi SAW.

‘Perjuangan Nabi mencegah kemungkaran’

Nabi Isa A.S memberi nasihat dengan katanya yang bermaksud : “Hendaklah kamu berusaha supaya Allah SWT sayang kepadamu dengan cara kamu marah orang melakukan maksiat. Hendaklah kamu mendekat rapat kepada Allah SWT, dengan menghindar jauh daripada golongan ahli maksiat. Berusahalah supaya Allah SWT reda, dengan perbuatan kamu hingga hali maksiat benci dan marah kepadamu.”

Pengikut setia Nabi Isa a.s iaitu Hawari bertanya kepada Nabinya : “Jika demikian dengan siapakah kami hendak bermajlis, kerana pada umumnya penduduk negeri ini adalah daripada golongan tersebut?”

Jawab Nabi Isa a.s :

“Hendaklah kamu mencari orang yang apabila kamu lihat dia dengan spontan kamu teringat Allah SWT, orang tersebut ialah apabila bertutur sentiasa menyebut nama Allah SWT. Atau berdasarkan pakaiannya jenis yang mengingatkan manusia kepadaNya”

—————————————————- Sukacitanya sekian sahaja. Wallahu A’lam.

Kesimpulannya Insya Allah = IA

“Semakin kita menghampiri Tuhan, semakin golongan yang berbuat maksiat dan fasik bertambah benci dan marah kepada kita.”

Shamsuddin Kadir Ain Muhammad Ahmad Fidaiy Maryam Marsha

#NabiMuhammad #Nabiisa

You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
Leave a Reply