Archive for ◊ October, 2014 ◊

29 Oct 2014 Formula Patuh Shariah Yang Haram Tetap Ada
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w | Status halal sesuatu pelaburan ataupun sistem perbankan sangat unik, kerana ianya banyak bergantung ahli yang menganggotai sesuatu majlis panel syariah ataupun penasihat syariah ataupun badan seperti majlis mufti.

Sudut pandang mereka ada yang berbeza sedikit berdasarkan hujah yang mereka, ke atas ayat Al Quran ataupun hadis yang mereka sandarkan, serta penaksiran ilmu ekonomi.

Secara asas ataupun ‘common sense’ saham ataupun pelaburan yang 100% halal baru mendapat Status Patuh Syariah.

Di Malaysia, berdasarkan Ijtihad panel-panel ini, masing-masing mempunyai hujah dan sudut pandang mereka sendiri, antaranya. sekiranya sebuah syarikat itu hanya mempunyai unsur riba kurang dari 5 % dikira sebagai syarikat yang patuh Shariah.

Ada pula yang memberi hujah walaupun dari segi sudut ribanya lebih dari 5%, tetapi ini adalah masalah ekonomi orang Islam.

Sekiranya dahulu sewaktu belum ada sistem perbankan ke arah Islam di Malaysia, mengambil pinjaman perumahan konvensional adalah harus. Begitu juga dengan rakyat Islam di negara yang tidak mempunyai sistem Islam, menjadi harus bagi mereka mengambil pinjaman perumahan konvensional.

Oleh itu dalam hal patuh shariah ataupun tidak di Malaysia, kita perlu sandarkan kepada orang yang layak, bertanggungjawab untuk mengeluarkan FATWA dan juga status Patuh Shariah ataupun sebaliknya, itu lebih selamat.

Isu seperti pelaburan Insurans, pembiayaan beli rumah, kereta, sehinggalah pelaburan dalam SAHAM di bursa saham ataupun di ASB.

Sudut pandang saya, yang hina, aib dan jahil ini, lebih baik digunakan perkataan Skim Perbankan Ke Arah Patuh Shariah, berbanding Perbankan Islam yang sebenarnya masih dalam usaha dan proses berterusan bagi mencapai 100% halal secara konkrit.

Wallahu A’lam.

20 Oct 2014 Surat Dari Allah kepada Manusia – Kitab Taurat
 |  Category: Akhirat |  Leave a Comment

Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w | Pesan Tok Guruku yang panjang berjela, tetapi diringkaskan kepada bibit-bibit terakhir beliau.

Pesan beliau.” Anugerah kitab hanya diturunkan kepada manusia dan tidak diberikan kepada makhluk haiwan walau bagaimana besar dan perkasa tubuhnya seprti dinosaur dan gajah. Meski secantik manapun makhluk itu seperti burung merak, makhluk tersebut tidak dikurniakan nikmat yang besar itu.”

“Imam Al-Ghazali menukilkan Kalammullah daripada kitab Taurat yang bermaksud :

“Wahai hamba Ku, mengapa engkau tidak merasa malu pada Ku, kebetulan sedang kamu berjalan kamu menerima surat daripada sahabat mu. “Meskipun sedang berjalan tetapi kamu berhenti sejenak untuk membaca surat itu. Kamu bersungguh membacanya dari huruf ke huruf, supaya tiada sepatahpun yang tertinggal daripada pemerhatianmu.
“Dan ini (Taurat) kitab Ku atau surat yang dikirimkan kepadamu. Perhatilah dengan sempurna segala perkara yang dinyatakan di dalamnya dengan jelas malah Aku ulangi berkali-kali, supaya kamu dapat meneliti panjang lebarnya serta berat rengannya sesuatu perkara.

“Dari segi Aku tiada kecuaian sedikut pun menyatakan sesuatu perkara, tetapi di pihakmu nampaknya tidak peduli dan berpaling muka juga.

“Soalnya adakah Aku lebih hina di sisi sahabatmu yang mengutus surat, kerana ketika menerima surat sahabat itu kamu sanggup berhenti dari perjalanan dan menumpukan masa.

“Tetapi ketika menerima surat Ku (Taurat, Injil dan Al-Quran) sedangkan keadaan kamu selamba sahaja. Oh alangkah hinanya Aku pada pandanganmu wahai Manusia.”

17 Oct 2014 Kursus Umum ‘Public Course’ oleh Shamsuddin Kadir

Bismillah. SAW.

Insyaa Allah butiran kursus-kursus yang dijayakan adalah :

1. KURSUS INTENSIF PRA PERSARAAN : 5 – 6 NOVEMBER 2014 [DOWLOAD BROSUR]

2. KURSUS TRAIN THE TRAINER (TTT) : 12 – 13 NOVEMBER 2014 [DOWNLOAD BROSUR]

3. KURSUS ‘ZERO DEFECTS ACTION’ : 3 – 4 DISEMBER 2014 [DOWNLOAD BROSUR]

4. 4C (MARKETING STRATEGY WORKSHOP) : 21 – 22 JAN 2014

Untuk mendaftar, tuan dan cik puan dijemput untuk menghubungi talian pejabat SK Training Academy Sdn Bhd di 03 4142 5300 / 4141 6300 (Salmee / Suhana / Kamarul) atau HP 019 303 1 300