Archive for ◊ March, 2016 ◊

04 Mar 2016 Shamsuddin Kadir Bersiaran di TV1 5 Mac 2016 Jam 9.30 Pagi
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Bismillah.

Insyaa Allah esok Shamsuddin Kadir bersiaran di Tv1 dalam program Selamat Pagi Malaysia, tajuknya, berkenaan Muflis di Usia Muda.

Jam 9.30 Pagi esok, Sabtu 5 Mac 2016

04 Mar 2016 Jika Dahulu Doktor Segera, Kini Konsultan Segera
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Bismillah. Jika Dahulu Doktor Segera, Kini Konsultan Segera

Sungguh menyedihkan rakyat Malaysia terpaksa berhadapan dengan pelbagai penipuan. Bermula dengan tahun 1990 dan ke atas terutamanya lahirnya banyak doktor-doktor segera. Di mana apabila seseorang menyertai syariat MLM tertentu, terus esoknya menjadi doktor segera, memberi tahu ubat ini dan itu dapat menyembuhkan penyakit-penyakit pelanggannya.

Teringat saya kepada kenalan saya, yang terpecaya dengan doktor segera, apabila menghidap kanser, beliau berhenti mendapat rawatan di hospital, guna produk itu, selepas itu tidak merasa sakit, dan terus beliau juga bertukar menjadi doktor segera menjual ubat yang dimakannya beberapa ketika selepas itu beliau mati, kerana Kansernya sudah tahap 4.

Itu kisah orang menjadi doktor segera tanpa perlu masuk Universiti dan belajar bidang kedoktoran.

Kini, isu Konsultan segera yang timbul bagai cendawan, baru sehari ataupun sebulan dua menyertai syarikat Takaful, Unit Trust, Wasiat, terus menjadi Perunding Kewangan yang sibuk menjatuhkan produk orang lain.

Apabila ditanya sudah melabur untuk diri sendiri? Opsss

Ada yang jawapannya, ya baru melabur bulan lepas, selepas jadi agen.

Sebelum jadi agen ada melabur ? Tiada.

Kerana Komisen Konsultan Segera bercakap seolah beliau sudah melabur 20 tahun yang lalu.

Senang untuk kenal agen seperti ini, apabila sibuk memberitahu produknya lebih bagus dari produk syarikat lain, itu antara kaedah paling mudah untuk kita kenal Konsultan Segera.

Bagi konsultan baru yang menyertai syarikat Takaful ataupun Unit Trust, pelajari tentang produk kita, jangan sibuk dan menuding jari, tentang kelemahan produk syarikat lain.

04 Mar 2016 Tiada Perunding Kewangan Yang Tidak Bias!
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Bismillah.

Dari pengamatan hamba yang hina dina ini, belum ku temui Perunding Kewangan Yang 100% tidak bias.

Apatah lagi perunding kewangan ‘Financial Planner’ yang ada produk, sudah tentu lebih bias dari segi logiknya.

Kenapa ini berlaku ? Kerana Perunding Kewangan juga memerlukan duit untuk hidup, dan bayaran yang sanggup rakyat Malaysia bayar, hanya layak untuk Perunding Kewangan hidup segan, mati tidak mahu. Kerana untuk seseorang Perunding Kewangan yang tidak biasa yang knowledgeable perlu caj sekurang-kurangnya RM 10,000 ke atas. Itu pun perlu dinilai beberapa perkara.

Itu menyebabkan majoriti Perunding Kewangan memiliki produk-produk kewangan.

Jangan terkejut jika ditafsirkan lebih banyak orang biasa membuat duit jutaan ringgit berbanding perunding kewangan.

Dalam majoriti kes, orang biasa lebih kaya dari perunding kewangan. Jadi nasihat siapa yang lebih betul?

Itulah realiti, orang biasa banyak yang masih BUTA sejauh mana bias seseorang Perunding Kewangan.

Alhamdulilah, banyak juga orang yang sudah mula pandai menilai tahap bias seseorang Perunding Kewangan.

Banyak Perunding Kewangan lahir dari teori dan peperiksaan, berbanding yang lahir dari pengalaman.

Kata orang kampung yang kaya “Sekilas ikan di laut, sudah ku tahu jantan ataupun betinanya”

04 Mar 2016 Financial Predator ‘Alien Dalam Produk Kewangan’
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Bismillah.

Dalam banyak-banyak produk kewangan yang ada di pasaran, Produk Insurans / Takaful adalah produk yang paling banyak memiliki ‘Alien’. Takaful / Insurans adalah ‘Top Financial Predator’.

Sebagai pelanggan perlu memastikan jumlah sumbangan bulanan adalah jumlah yang kita mampu bayar sampai ianya matang.

Jika diikut jumlah perlindungan yang dicadangkan, banyak pencarum @ pelanggan Insurans / Takaful, menanggung bebanan bulanan yang melebihi dari jumlah yang minda mereka dapat tanggung.

Bagi menentukan komitmen bulanan yang kita sanggup tanggung, kita perlu tahu dahulu ada beberapa alternatif lain yang kita boleh buat.

Petang, tadi pulang dari bertemu dengan seorang individu yang terkena dengan ‘predator’ dalam mengambil perlindungan untuk dirinya sekeluarga dan isterinya.

Alhamdulilah, pertemuan kali kedua ini, beliau sudah melakukan tindakan yang sepatutnya dan membebaskan diri dari lebihan perlindungan yang membebankannya.

3 Mac 2016

Shamsuddin Kadir, Kuala Lumpur

04 Mar 2016 Perunding Kewangan Syok Sendiri
 |  Category: dimensi |  Leave a Comment

Bismillah. Jika dahulu produk yang banyak bermasalah, sekarang ini penceramah, perunding kewangan dan bisnes juga banyak yang bermasalah.

Banyak juga perunding kewangan ‘kampung’ apabila ingin melariskan produk yang dibawanya, produk jenis sama dari syarikat lain mahu semahunya dihina dan dicaci.

Kerana mereka percaya dengan menuduh laksa yang dijual oleh orang lain basi, maka laksa yang dijualnya adalah sedap.

Begitulah yang banyak berlaku terutama di dalam produk kewangan seperti Takaful, Unit Trust dan Wasiat.

Disebutnya Syarikat Takaful orang lain kurang itu dan kurang ini.

Bila dia menjual Unit Trust jenama A, dikutuknya produk unit trust jenama B,

Jika dia tidak menjual Unit Trust, dikutuknya, bahawa unit trust tidak untung, melabur di bursa Malaysia lagi untung. Lama kelamaan apabila dia sudah menjadi agen unit trust, dipujinya Unit Trust yang dia masuk dan masih kekal mengutuk unit trust dari syarikat lain.

Begitulah dalam dunia industri Takaful, Unit Trust dan Wasiat.

Terdapat jurang besar menjadi perunding kewangan tanpa produk, dengan menjadi perunding kewangan yang ada produk.

Menuduh produk orang lain sebagai tidak bagus, umpama kita pergi berjalan ke rumah orang dan komen “Cat rumah tuan ini tidak cantik, sepatutnya dibuat warna oren, sofa kayu ini tidak sesuai untuk tuan, bla….

Elakkan perunding kewangan yang memberi fakta yang terpilih sahaja, yang menjatuhkan produk orang lain, kerana mereka sebenarnya hanya mahu menjual produknya kepada kita.

Lebih baik mati kerana kelaparan dan bukannya mati kerana kebodohan.

Lain sekolah, lain pula sudut pandangannya.

www.ShamsuddinKadir.com
3 Mac 2016