Siapa Sham?
Shamsuddin Abdul Kadir, C.A (M) merupakan perunding latihan, iaitu jurulatih (trainer) dalam bidang kemahiran kritikal pekerja, motivasi, kewangan,perlaburan hartanah dan Kerjaya.
Beliau merupakan Trainer Bertauliah di bawah PSMB (TTT/1533)
Ahli Jawantankuasa Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia, atau singkatan TAMRIN (Trainer & Motivator Islam Nasional)
Penulis Buku
Beliau sudah menerbitkan 9 buah buku, Hidup Tenang Walaupun Berhutang (diterbitkan di Indonesia juga) dan Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya Dengan Rumah (Best Seller), Buat Duit Dengan Rumah, Usahawan Cilik : Biskut Ajaib dan Usahawan Cilik: Garaj Aiman dan Usahawan Cilik: Tukang Gunting Terbang
Buku-buku yang bakal terbit mulai tahun 2009 adalah Tenang Dalam Gawat dan Usahawan Cilik : Mesin Rumput Ekspress
Bagi buku tulisan bersama dengan penulis lain adalah Cashflow bagi pengantin baru.
Manakala buku bagi kategori kanak-kanak dan remaja adalah Biskut Ajaib dan Garaj Aiman. Kedua buku-buku ini memberi inspirasi kepada pembaca bagi memulakan bisnes sendiri supaya apabila tamat belajar di universiti mereka dapat berdikari dan tidak perlu merebut peluang pekerjaan.
Penulis Artikel
Beliau pernah menulis artikel bagi majalah Dewan Ekonomi, majalah Anis (Panduan Wanita Solehah) dan yang terkini sebagai penganalisi di majalah BisnessKini.
Bersama Radio
Radio IKIM.FM di frekuensi 91.5! dalam progam Duniaku Buku dan di Radio 24 di frekuensi 93.9! dalam program bicara bijak.
Kelayakan & Pengalaman Menjayakan Motivasi Kewangan di saluran Motivasi Pagi TV3. Sebanyak 6 episod pertama telah dirakamkan dan episod pertama telah di tayang pada 3 Ogos 2008.
Menjayakan rakaman program ‘Gen X’ untuk remaja di TV1 berkenaan dengan pengurusan kewangan oleh remaja.
Ijazah Perakaunan (Kepujian) dari UiTM dan ahli penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA). Mempunyai pengalaman selama 10 tahun yang meliputi dalam bidang perakaunan, pentadbiran, sumber manusia, kewangan, operasi, pemasaran, pembelian, logistik dan pelaburan hartanah. Bermula sebagai junior eksekutif di sebuah syarikat telekomunikasi.
Trainer @ Penceramah
Jurulatih bagi kursus motivasi dan kewangan. Antara kursus yang dikelolakannya adalah Panduan mengurus wang gaji bagi kakitangan, motivasi hidup senang dan tua tenang, penyelesaian hutang peribadi, pengurusan stres, pelaburan dalam hartanah, membina kerjaya super dan motivasi pelajar Geliga.
Pelangan
Pelanggannya adalah Majlis Sukan Negara (MSN) , Akademi Percukaian Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Negeri Sembilan, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bahagian Pungutan, Lembaga Hasil Dalam Negeri - Bahagian Pembangunan Organisasi, Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Pandan Indah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Forest Research Institute of Malaysia (FRIM), UDA Holdings Berhad, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB), Sekolah Kebangsaan Seksyen 17, Shah Alam, Selangor, masjid serta surau.
Kad Tauliah
Tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) No Ruj : (01) dlm JAI.Sel BPD/02/024/5/2 Jld 1 – Pengurusan Kewangan Islam.
Beliau boleh dihubungi bagi mengundang berbicara di tempat Tuan dan Puan melalui emel : info@shamsuddinkadir.com, ataupun hubungi 03-5548 4348.


