Author Archive

22 Jan 2009 Berhijrah Dari Makan Gaji Menjadi Usahawan Senang

(DIKEMASKINI) Entri ini pertama kali terbit di www.shamsuddinkadir.com pada 28 November 2008, seterusnya pada 12 Disember 2008.

bannerhijrah.jpg

Tim Shamsuddin Kadir akan menganjurkan satu bengkel bagi memberikan pendedahan dan kemahiran bagi individu yang bercita-cita ingin berhijrah dari kehidupan makan gaji kepada kehidupan sebagai Usahawan Senang.

Antara kelebihan menjadi Usahawan :

  • Bebas dengan masa – Tidak terikat kepada jadual waktu kerja
  • Pendapatan masuk tidak terhad dan boleh ditambah dengan mudah dan cepat
  • Dapat pergi membeli belah sewaktu individu lain sedang bekerja di pejabat
  • Dapat mengelakkan waktu ‘jam’ sama ada di jalan raya ataupun ketika pergi shopping
  • Dapat mencapai setiap impian dengan hanya memetik jari

Jika kita ada hanya RM 10 berapa banyak yang kita dapat membantu orang lain? Tetapi jika kita ada RM1,000 banyak yang kita dapat bantu orang lain.

Insyaa-Allah ianya akan di adakan pada hari Sabtu 24 Januari 2009 dan tempat adalah di Sekolah Bimbingan Al-Ikhlas di atas klinik Dr. Nooriah, Bersebelahan Pasaraya Giant, di Taman Permata.

Terbuka kepada semua pelajar universiti, graduan, penganggur, pekerja dan juga usahawan. Yuran peserta akan ditetapkan kelak dan ianya tidak lebih daripada RM150 seorang.

lompat.jpgKepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh mendaftar di sini dengan meninggalkan nama, emel dan no. telefon. Ataupun boleh mengemelkan maklumat tersebut ke shamsuddinkadir@yahoo.com dan meletakkan tajuk “Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji”.

Bengkel ini hanya memberikan kemahiran dan informasi bermanfaat bagi membantu peserta memulakan langkah memulakan bisnes sendiri dan bukannya mempromosi mana-mana produk yang ada di pasaran. Peserta akan mempelajari rahsia-rahsia sebenar dan yang sudah dipratikkan oleh orang-orang yang berjaya.

Bengkel ini juga memberikan peserta peluang membebaskan hutang dengan cepat, hasil daripada penambahan income secara mendadak. Ada individu yang menyelesaikan hutang kad kredit dalam masa hanya 6 (enam) bulan sahaja.

Sehingga hari ini sudah ada 18 orang mendaftar, tempat yang dijangka akan diadakan adalah di Taman Permata, Hulu Klang (berdekatan dengan Giant Taman Permata), berdekatan dengan Pasaraya Giant. Ini bagi memastikan Yuran setiap peserta tidak melebihi RM 150. Ramai rakan saya amat terkejut, melihat saya menawarkan yuran yang semurah itu… Ini adalah satu lagi program amal saya bagi membantu dan berkongsi ilmu dan kemahiran supaya lebih ramai individu yang BERJAYA, BERJAYA, BERJAYA DAN TERUS BERJAYA.

Bengkel berhijrah dari Makan Gaji akan dijayakan apabila menerima minimun 20 orang peserta.

Tarikh telah ditetapkan pada 24 Januari 2008 bersamaan hari Sabtu bertempat di Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas, No. 2755-B Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur (Di atas Klinik Dr. Nooriah).

Yuran yang ditetapkan adalah RM 150 sahaja (Makanan dan minuman tidak disediakan). Bengkel bermula dari 9.20 Pagi sehingga 5 Petang.

Pembayaran boleh di buat ke Akaun Maybank 562106 -200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, bagi pembayaran secara online sila masukan emel info@shamsuddinkadir.com di ruangan third party email. Bagi yang membuat pembayaran secara bank in di mesin ataupun kaunter, sila fak bankslip berserta maklumat seperti nama, no. telefon dan emel ke 03-5548 8343. Tim SK akan memaklumkan kepada Tuan dan Puan setelah mengesahkan penerimaan pembayaran.

02 Dec 2008 Tetamu SK: Nasihat Yang Diabaikan…Ruginya Saya
 |  Category: Dilema, dimensi |  7 Comments

Salam Tuan Shamsuddin kadir

Tahun lepas, saya pernah dinasihati oleh sahabat di pejabat agar jangan menggunakan lagi kad kredit, bahaya katanya. Nasihat beliau itu saya tidak endahkan langsung bahkan saya mengutuk beliau dengan perkataan yang kurang manis… po.. dah.. 

Tapi hari ini mata saya terbeliak melihat borang PH (Peristiharan Harta) beliau yang perlu dikemukakan kepada Jabatan di mana saya dapati wang simpanan beliau melebihi RM……..banyaknya.

Tahniah Tuan Sham, buku-buku tuan dan panduan-panduan yang tuan berikan telah berjaya menjadikan sahabat saya semakin kaya secara senyap.

Jika borang tersebut tidak tercicir pasti sampai hari ini saya tidak percaya apa yang beliau nasihatkan dulu.

Hari ini saya sudah berjumpa dengan beliau dan betul-betul tabik dengan keazaman beliau. Beliau berterima kasih kepada penulis buku Hidup Tenang walaupun Berhutang dan beliau masih menasihati saya jangan guna lagi kad kredit.

Tuntutlah ilmu kewangan agar kita dapat mencapai apa yang kita impikan.

Ishak.

—————————-

 

02 Dec 2008 Tetamu SK: Bagaimana Hendak Tukar Profession
 |  Category: Dilema, dimensi |  Leave a Comment

Assalamuaikum,

Saya ingin bertanya adakah dengan menceburkan diri dalam bidang pelaburan atau insurans, seseorang itu boleh menjadi seorang financial planner yang baik?

MHH

——————————

Waalaikummusalam saudara MHH (bukan nama sebenar)

Tiada bukti yang jelas bahawa setiap individu yang menceburi dalam bisnes perlaburan ataupun insurans dapat merancang kewangan diri dengan baik.

Ianya lebih kepada keinginan untuk mendorong diri menjadi lebih baik dengan mempratikkan kemahiran yang boleh dipelajari sama ada melalui buku ataupun dengan berguru. Pratik itu harus diteruskan secara berdisiplin bagi memastikan kita terus menerus mempratikkan kaedah kemahiran mengurus kewangan dengan bijak.

01 Dec 2008 Mencari Kekayaan : Jangan Lupa Kita Manusia
 |  Category: Dilema |  3 Comments

Sejak 10 tahun ini, timbul satu usaha drastik dalam komuniti Muslim di Malaysia untuk merebut segala peluang bagi meningkatkan perlaburan sama ada perlaburan saham amanah, saham, kad kredit, pinjaman peribadi, skim cepat kaya dan juga hartanah.

  • Ada yang mengambil pinjaman bagi membiayai perlaburan ataupun simpanan di dalam unit amanah saham.

  • Ada yang mengunakan kad kredit dan kemudahan overdraf (OD) dan  unit amanah saham bagi membuat duit ekstra.

  • Ada yang mengambil pinjaman peribadi agar duit yang diperolehi boleh dilaburkan di dalam skim ‘kena tipu’

  • Ada yang mengambil pinjaman bagi memiliki rumah-rumah perlaburan

Adakah salah mencari kekayaan? Memperolehi kekayaan dengan cara halal adalah digalakkan di dalam Islam kerana semakin ramai orang Islam yang kaya semakin banyak kebajikan yang boleh disediakan kepada komuniti Islam. Halal di dalam kontek di Malaysia ada dua.

  • Yang Pertama adalah sah (halal) mengikut peraturan kerajaan tempatan. Di mana perlaburan ataupun bisnes yang didaftarkan secara sah dan boleh berurus niaga. Perlaburan ataupun bisnes yang tidak didaftar dengan sah adalah bisnes haram (illegal).

  • Yang Kedua adalah halal mengikut peraturan yang Allah tetapkan sebagai Tuhan yang telah menciptakan manusia dan adalah wajib bagi manusia yang bertuhankan Allah bagi mengikuti peraturan. Mana-mana manusia mendefinasi diri sebagai muslim mesti mengikut buku peraturan (Al-Quran). Perlaburan ataupun bisnes yang bercanggah dengan peraturan dari Al-Quran adalah haram walaupun ianya didaftarkan secara sah (halal) di sisi peraturan kerajaan setempat.

Allah telah memberikan kepada kita sekurang-kurangnya dua penghormatan.

  • Menjadikan kita manusia dan bukannya haiwan (Bernasib baik tidak terpilih menjadi haiwan)

  • Menjadikan kita Muslim (Bernasib baik kita dapat mengenali siapa yang mencipta kita jika tidak Neraka tempat tinggal kekal)

Tuan dan Puan yang saya hormati, saya berpesan kepada diri saya dan Tuan dan Puan agar menghindari daripada perlaburan yang melibatkan pembiayaan yang mempunyai ciri berikut:

  • Pinjaman bagi membiayai pembelian unit amanah saham yang berlandaskan riba (faedah ataupun interest)

  • Kad kredit yang bukan Islamik (Hanya beberapa bank yang mengeluarkan kad kredit Islamik)

  • Pinjaman konvensional iaitu pinjaman yang bercanggah dengan peraturan Allah yang terdapat di dalam Al-Quran.

Allah telah menyatakan di dalam Al-Quran yang telah diturunkan bukan pada hari semalam tetapi 1400 tahun dahulu bahawa “Allah dan Rasul melancarkan perang terhadap manusia yang tidak mahu meninggalkan urusniaga yang berlandaskan riba”. Sanggupkah kita mewasiatkan kepada ahli keluarga kita untuk mengebumikan kita dengan sebilah pedang ‘Samurai’ ataupun sebilah keris ‘Taming Sari’ untuk kita berperang dengan Allah nanti di padang Mashyar pada tarikh yang telah ditetapkan (hanya Allah yang mengetahui tarikh itu, kerana ianya termasuk di dalam perkara ghaib).

Surah Al-Baqarah ayat 276 -278 menyatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa Allah telah mengumumkan tentang peperangan itu.

Sebagai produk Allah yang terpilih menjadi manusia dan bukannya haiwan, sikap berhati-hati kita sewaktu mencari kekayaan adalah keperluan paling asas sebagai manusia yang berakal.

01 Dec 2008 Tetamu SK: Baca Buku Jadi Kaya
 |  Category: Buku, Dilema, dimensi |  2 Comments

Salam Tuan Sham.

Pada Hari Ahad Lepas saya selesai membaca keempat-empat buku tuan dalam tempoh sehari sahaja.

Ini disebabkan gara-gara saya terlalu cemburu melihat pendapatan sahabat sepejabat saya yang meningkat secara mendadak dalam tempoh 2-3 tahun kebelakangan ini. Beliau mempunyai wang simpanan yang sangat lumayan dan telah memiliki 2 buah rumah yang disewakan di Pulau Pinang dan saya ada terdengar beliau bercadang untuk membeli sebuah lagi tahun hadapan tapi kali ini katanya mungkin di Shah Alam atau di Bangi.

Maklumat beliau saya tahu bila beliau mengisi Borang Pengisytiharaan Harta beliau untuk dikemukakan kepada Jabatan kami. Saya tanya beliau macamana beliau boleh menyimpan wang sebanyak itu dalam masa terdekat, beliau terus meminjamkan saya buku-buku penulisan tuan.

Katanya petuanya semua ada didalam buku tersebut dan bertanyalah pada Tuan apa-apa yang kita kurang ariff mengenai ilmu kewangan. Katanya lagi Tuan sedia membantu sesiapa sahaja yang ingin mendalami ilmu kewangan.

Saya sudah baca buku-buku Tuan tetapi saya tidak tahu dimana saya harus mulainya. Samada buat simpanan dulu ke atau lunaskan segala hutang-hutang saya. Saya ingin juga ikut langkah sahabat saya itu.

A

Putrajaya.

—————————-

Salam saudara A (bukan nama sebenar)

Pada pandangan saya, buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ itu sebaiknya dibaca secara relax iaitu tidak tergopoh gapah, fahami setiap apa yang diutarakan. Rujuk kepada kewangan diri adakah ada yang boleh diperbaiki apabila didedahkan dengan teknik yang diterangkan. Saya mencadangkan buku itu dibaca dan dihabiskan di dalam masa 1hingga 2 minggu dan tidak terlalu awal kerana takut banyak benda yang kita terlepas pandang.

Kemudian pratikkan apa yang terbaik yang kita dapat jika ianya bersesuaian dengan kita. Contohnya jika kita ada kad kredit, adakah kita sudah mengikuti konsep yang dinyatakan di dalam buku itu.

Libatkan pasangan dan anak-anak bagi mengaplikasikannya.

Selepas itu baru mula membaca buku ‘Makan Gaji Tetapi Kaya’ dan boleh dihabiskan di dalam masa 3 hari sahaja. Lihat kepada diri sendiri dan gunakan masa 1 hingga 2 minggu seterusnya ataupun lebih bagi memikirkan konsep yang dibawa. Fikirkan bagaimana ataupun teknik mana yang terbaik untuk dipraktikkan.

Apabila sudah ada sedikit konsep di dalam minda, baru baca buku ‘Kaya Dengan Rumah’ dan di akhiri dengan buku ‘Buat Duit Dengan Rumah’.

Sibukkan diri kita menutup segala ketirisan dan kebocoran di poket kewangan kita, sebelum kita mencari ektra tunai untuk dimasukkan ke poket itu.

01 Dec 2008 Lautan Di Luar Sana Telah Diredahi
 |  Category: Dilema, dimensi |  Leave a Comment

Lautan yang ada di luar sana sudah diterokai dan diredahi oleh orang yang terdahulu daripada kita. Lebih baik pelajari daripada orang yang telah melalui ombak, ribut kencang dan tengkujuh dari mempelajari semula kesilapan yang telah dilalui orang yang bernasib malang itu. Mereka sebenarnya tidak malang kerana terpaksa melaluinya, kerana tiada yang dapat mengajar mereka, tetapi kita menjadi malang apabila kita sanggup melakukan kesilapan sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka.

Buku dan bertanya adalah dua kaedah pembelajaran yang termurah yang wujud sejak di zaman nabi lagi. Nabi Muhammad pernah berkata ‘Ubat kepada kebodohan adalah bertanya”. Bertanya dapat merungkai pelbagai perkara yang kita tidak pasti. Sudah pasti banyak perkara yang kita tidak tahu. Hanya Allah yang tidak perlu bertanya, kerana hanya Dia yang maha mengetahui akan segala-galanya.

Mendidik diri, anak dan jiran dengan membaca dan bertanya adalah kaedah mendekatkan diri dengan kecerdikan yang paling mudah dan paling selamat dalam melalui hidup sebagai manusia.

01 Dec 2008 Tetamu SK: Pinjaman Bank
 |  Category: Dilema, Rumah |  Leave a Comment

Assalamualaikum..
Saya sudah baca buku en. Shamsuddin, dengar macam senang hendak buat, cuma ada kemusykilan sikit. Saya berumur 25 tahun, ada kereta, rumah dan loan peribadi. Saya sudah tanya bank macam mana kalau saya nak beli sebuah rumah lagi.

Bank cakap, saya tidak boleh hendak buat pinjaman lagi sebab komitmen sudah banyak. Jadi macam mana pelabur hartanah boleh beli sampai 10 biji rumah dengan pinjaman bank?

Untuk cari deposit dalam 10 ribu, saya rasa tidak susah, cuma macam mana nak dapatkan pinjaman lagi 90% itu?

Harap en Shamsuddin dapat beritahu caranya. Terima kasih

FI

———————————–

Waalaikummusalam Cik Puan FI (Bukan nama sebenar)

Satu soalan yang cukup baik. Saya tidak pasti buku saya yang mana yang telah Cik Puan Baca. Pada pandangan saya, konsep membeli rumah bukan sahaja untuk 10 tetapi lebih buah rumah dapat di jelaskan apabila Cik Puan telah membaca buku saya bermula dengan buku Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah.

Manakala apabila bank memberitahu bahawa Cik Puan tidak dapat membuat pinjaman lagi kerana komitmen sudah banyak itu menyatakan Cik Puan telah mengunakan seluruh peluang yang ada bagi ‘membiayai impian sendiri’. Konsep yang telah Cik Puan lakukan telah berlawanan dengan satu bab di dalam buku rumah saya iaitu banyak yang kecil lawan beberapa yang besar. Tetapi dalam kes Cik Puan, hanya satu rumah sahaja Cik Puan dapat beli. Kerana Cik Puan telah mengunakan seluruh peluang yang ada bagi membeli rumah sebesar dan semahal yang mungkin.

Jika kita membeli sebuah rumah dengan mengunakan semaksimun jumlah pinjaman yang dibenarkan oleh bank dengan mengunakan pendapatan kita hari ini, bagaimana bank dapat menyediakan pembiayaan bagi rumah yang seterusnya?. Apabila kita merancang untuk melabur, kita tidak boleh membeli rumah impian kita terlebih dahulu, apa yang perlu dibeli adalah rumah yang mana kita tidak perlu membayar duit ansuran mengunakan duit dari poket sendiri.

Saya mencadangkan kepada Cik Puan agar membaca buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ terlebih dahulu, selesaikan komitmen yang ‘tidak perlu’, sebelum mengkaji balik segala pinjaman yang telah Cik Puan lakukan.

01 Dec 2008 Tetamu SK: Seminar Perlaburan Hartanah

Assalammualaikum,

 

 

Saya berminat untuk hadir seminar pelaburan hartatanah, tolong maklumkan tarikh, lokasi dan yuran seminar.

 

 

Terima kasih.

 

 

Roslan Shukor

 

 

 —————————

 

 

Waalaikummusalam saudara Roslan,

 

 

Terima kasih di atas minat saudara ke atas program yang di anjurkan oleh kami. Sehingga waktu ini kami belum merancang secara mendalam bagi mengadakan seminar perlaburan hartanah dalam masa terdekat, tetapi kami merancang untuk mengadakannya pada 2009 nanti, jika diizinkan oleh Tuhan.

Insyaa-Allah kami akan membuat makluman di halaman ini nanti. Insyaa-Allah kos bagi setiap peserta tidak melebihi RM 200 seorang, bergantung kepada kos penyediaan tempat dan makanan.


							
28 Nov 2008 Talk Show Bersama SK Di TV Secara Live
 |  Category: dimensi, Informasi |  11 Comments

Pihak SK sedang membuat kajian dan persediaan bagi merancangkan satu program talk show bersama Shamsuddin Kadir di TV secara live seminggu sekali. Buat masa ini antara cadangan yang sedang difikirkan adalah :

  • Waktu Siaran : 9 Malam

  • Hari : Jumaat

  • Tempoh : 30 – 60 Minit

  • Segmen : Bicara Wang, Tips Minggu Ini, Tanya SK

Insyaa-Allah pihak SK akan berkerjasama dengan Tim PTS bagi membincangkannya secara lebih terperinci sebelum mengemukakannya kepada pihak TV tentang konsep yang ingin dijayakan. Insyaa-Allah jika dipermudahkan program ini akan ke udara dalam tahun 2009 nanti.

Di sini SK juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan. 

Insyaa-Allah blog SK juga akan menawarkan hadiah buku SK bagi tetamu SK yang kreatif dalam mencipta ‘tagline’ untuk talk show itu dan juga kepada mereka yang pandai mencipta logo SK bagi program talk show tersebut.

28 Nov 2008 Individu Yang Baru Memulakan Kerja
 |  Category: dimensi |  9 Comments

Individu yang paling kritikal adalah graduan sama ada yang baru tamat SPM, STPM, Diploma atau Ijazah yang baru pertama kali memulakan hidup ‘makan gaji’. Apabila memasuki dunia pekerjaan, motif utama setiap individu adalah duit yang paling utama.

Menjadi seorang pekerja membuka peluang kepada setiap individu bagi membuat hutang. Sama ada hutang bagi membiayai pembelian rumah, kereta ataupun gaya hidup.

Perkara yang paling risiko adalah apabila pekerja membiarkan jurujual dan bank yang menentukan hala tuju masa depannya.

Rumah yang harga berapa yang perlu dimiliki dan kereta jenis dan harga berapa yang perlu dibeli? semuanya adalah persoalan yang perlu di tanya kepada diri dan keputusannya dibuat selepas banyak membaca dan bertanya. Ramai yang memilih untuk membiarkan jurujual dan bank membuat keputusan untuk mereka daripada membuat keputusan sendiri hasil dari menuntut ilmu secara membaca dan bertanya.

Rumah yang sebaiknya bagi individu yang baru memulakan hidup dengna bekerja adalah sama ada rumah sewa ataupun rumah apartment ataupun rumah teres biasa. Manakala bagi kenderaan adalah yang terbaik mengunakan pengangkutan awam seperti bas jika ada, ataupun mendapatkan sebuah motisikal atau kereta terpakai. Membeli kereta terpakai secara tunai ataupun mengambil pinjaman untuk tempoh 2-3 tahun.

Ini bagi membantu setiap individu itu supaya tidak merasa bebanan kos sara hidup yang melampau di mana pada setiap bulan apa yang dirasakan dan dilalui adalah “Pergi pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang”.

27 Nov 2008 Perlantikan Jawatan di Dalam TAMRIN
 |  Category: Informasi |  Leave a Comment

Petang tadi, saya dihubungi oleh YM Dr. Tengku Asmadi, Presiden Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). 

Beliau memaklumkan bahawa  pada mesyuarat AJK TAMRIN pada hari ini telah mencadangkan SK sebagai AJK merangkap jawatan Timbalan Bendahari. Al maklum sebagai pejuang kewangan, jawatan yang diberikan juga berkaitan dengan wang.

Insyaa-Allah dengan sokongan rakan-rakan yang mengangotai AJK TAMRIN, saya akan mengunakan kepercayaan yang diberikan bagi memperkuatkan dan mengembangkan lagi TAMRIN, Insyaa-Allah.

Ini bermakna saya akan menjadi penolong ataupun pembantu kepada rakan karib Tuan Osman Affan yang menjawat sebagai Bendahari di dalam TAMRIN. 

Semoga perlantikan ini mendapat rahmat dari Allah, Amin.

27 Nov 2008 Pinjaman Menjadi Semakin Murah?

Selasa 25 November 2008, beberapa bank sudah mula menurunkan ‘BLR’ ataupun kadar pinjaman yang dikenakan oleh bank. Sebanyak 4 buah bank telah menurunkan kadar mereka dan diramal banyak lagi bank akan mengikutinya selepas Bank Negara bertindak mengurangkannya.

Ini sudah pasti mengalakkan lebih ramai individu dan syarikat membuat pinjaman seperti pembiayaan membeli rumah.

Kadar yang lebih rendah seharusnya digunakan oleh individu bagi menjimatkan mereka dan bukannya sebagai peluang menangung lebih banyak bebanan dengan mengambil pinjaman yang maksimun.

Individu yang hidup dengan makan gaji banyak terperangkap dengan membeli rumah kediaman indaman dengan membiayai ansuran bulanan mengguna duit gaji bulanan. Bebanan itu terpaksa ditanggung sehingga 360 bulan apabila tempoh pinjaman adalah 30 tahun. Hidup individu yang membiayai bebanan di luar kemampuannya menyebab mereka hidup dalam tekanan selama 10950 hari.

26 Nov 2008 Tetamu SK: Beli & Jual Rumah
 |  Category: Rumah |  5 Comments

Assalamualaikum Tuan,

Saya pembaca blog tuan dan juga buku tuan.

Saya ingin mendapat pandangan dari tuan tentang pembelian dan penjualan rumah.

Baru-baru ini saya membeli sebuah rumah lelong ( single storey detached) berharga RM 180 ribu. Kos membaik pulih rumah ini adalah sebanyak RM 60 ribu dan jumlah keseluruhannya adalah sebanyak RM 240 ribu.Harga pasaran rumah ini di angarkan RM 300 ribu. Sudah tentu pembelian saya ini berbaloi.

Dilema saya sekarang ialah saya bercadang untuk menjual rumah yang saya duduki sekarang Teres 2 Tingkat (di Semenyih) dengan harga RM 170 ribu. Dan menjual rumah kedua saya (di Kajang) dengan harga RM 75 ribu bagi menampung pembelian rumah lelong yang saya beli di atas. Dengan lain perkataan saya ingin kontrakan pembelian dan penjualan rumah tanpa melibatkan wang simpanan saya. 

Untuk maklum tuan kadar sewa rumah di Semenyih adalah sangat murah sekitar RM 300 sebulan. Inilah faktor yang membuat saya ingin menjual rumah tersebut bagi menampung pembelian rumah lelong tersebut.Sementara kadar sewa rumah kedua saya di Kajang ialah RM 350 ( ada penyewa).

Pertanyaan saya melalui pengalaman bijak tuan, adakah langkah saya menjual kedua-dua rumah saya itu betul.

Dan pertanyaan kedua saya, sekiranya saya tidak menjual kedua-dua rumah tersebut sebaliknya saya menggunakan duit simpanan saya sebanyak RM 180 ribu bagi membeli rumah lelong tersebut secara tunai tanpa membuat pinjaman bank. Adakah langkah ini merugikan atau sebaliknya.

Saya benar2 dalam dilema. Harap mendapat pandangan dari pengalaman tuan.

Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

NORA (Bukan nama sebenar)

———————————

Salam Puan Nora,

Menjualkan rumah pertama di Semenyih dan di Kajang adalah langkah bijak, kerana kadar pulangan dari sewa tidak berbaloi dengan jumlah perlaburan.

Sebaiknya dapatkan pinjaman bagi membiayai rumah lelong itu dan gunakan duit lebihan dari hasil jualan kedua-dua rumah itu bagi membiayai pembelian beberapa rumah yang seterusnya. Gantikan bilangan rumah yang terjual itu dengan membeli rumah-rumah lain.

Rujuk kepada buku ‘Buat Duit Dengan Rumah’ bagi membantu mengira jumlah pinjaman dan bilangan rumah yang lebih sesuai.

Bilangan rumah yang dimiliki juga dapat membantu kita mengurangkan risiko.

26 Nov 2008 Tetamu SK: ‘Fresh Graduate’ dan Baru Bekerja
 |  Category: Buku |  5 Comments

Tuan Shamsuddin…

Untuk pengetahuan tuan, saya terbaca mengenai buku tuan secara tidak sengaja dalam laman web.

Saya sangat berminat dengan buku MAKAN GAJI TETAPI KAYA dan HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG, akan tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan buku tersebut.

Saya merupakan fresh graduate dan baru bekerja dalam sektor awam.  Untuk pengetahuan tuan, saya tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan saya. Gaji saya tidak sampai 1 Ribu.

Saya ingin dapatkan panduan dari tuan bagaimana caranya untuk saya menguruskan kewangan saya dengan lebih sistematik. Terima kasih.

DQ

————————–

Cik DQ,

Pertama-tamanya saya mengucapkan tahniah kerana berminat dengan buku-buku bagi mengurus kewangan diri dan juga merancang mengumpul kekayaan dan kesenangan sepanjang hidup berkerjaya. 

Kedua-dua buku itu boleh diperolehi di kedai-kedai buku MPH Bookstore, Popular, SMO, Banggol dan banyak lagi kedai buku yang ada menjual buku ‘PTS’.

Buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ mungkin mengambil sedikit masa untuk berada di pasaran kerana stok bagi cetakan ketiga baru sahaja sampai di stor pada hari selasa yang lalu.

Jika dipermudahkan oleh Tuhan, saya mungkin mula membuka tempahan secara online melalui halaman blog shamsuddinkadir.com ini. Dan saya akan menandatangani semua tempahan yang dibuat secara online.

 

25 Nov 2008 Tetamu SK: Kad Debit
 |  Category: Kad kredit |  3 Comments

Salam En. Sham,

Penggunaan Kad Debit telah meningkat di negara kita. Adakah penggunaannya praktikal sedangkan kita boleh menggunakan wang yang berlebihan ini untuk pelaburan?

TAM

———————————–

Salam saudara TAM,

Pengunaan Kad Debit adalah sesuatu kaedah perbelanjaan yang paling selamat dan yang paling kurang stres. Ini kerana kad debit membenarkan kita menghabiskan semua duit yang kita ada sahaja. 

Manakala kad Kredit bukan sahaja menghabiskan semua duit yang kita ada, ia juga membuatkan kita menangung hutang yang terlampau banyak.

Pengunaan kad debit secara bijak membantu kita menghadkan jumlah perbelanjaan di mana kita membuat perlaburan sebahagian dari duit kita agar memberikan kita kehidupan yang lebih bahagia dan senang di masa depan.

Bagi tetamu SK yang berada di luar sana, kad debit membantu kita daripada berbelanja secara berhutang dan menyekat kita daripada mengikut hawa nafsu. Kad-kad kredit yang kita miliki boleh ditukarkan kepada kad-kad debit.

Kenikmatan yang paling besar yang dapat kita kecapi apabila bertukar kepada kad Debit adalah, tiada lagi stres hutang yang berpunca daripada kad kredit.