Archive for the Category ◊ Anak ◊

18 Aug 2010 Gantikan Duit Raya Dengan Angan-Angan
 |  Category: Anak |  Leave a Comment

Assalamualaikum dan Salam Ceria, Tuan dan Puan yang dimuliakan oleh Allah dan dikasihi oleh Rasul.

Di kedatangan hari Raya Aidilfitri ini, kami di ShamsuddinKadir.com untuk 3 tahun berturut-turut mempromosikan lagi ‘Buku Mengantikan Duit Raya’

Apabila kita bercadang memberi duit raya yang bernilai RM 10 ke atas kepada seseorang, gantikan dengan pemberian buku Biskut Ajaib yang berharga RM11.50 sebuah. Bagi pembelian 10 buah buku serentak. Pihak kami dapat tawarkan RM 10 sebuah, bagi mempromosikan budaya mengantikan wang sebagai duit raya.

Apabila kita memberi duit raya kepada anak-anak, biasanya sebahagian daripada mereka mengunakan duit itu bagi membeli mercun @ bunga api. Kandangkala ibubapa juga turut serta bermain bunga api itu dan turut ketawa dan bergembira setiap kali percikan bunga api itu dizahirkan.

Ada seorang budak yang diberikan RM 10 oleh ayahnya sempena hari raya, lalu diminta mancis dari bapanya yang seorang perokok. Beliau terus membakar duit RM 10 tersebut di hadapan ayahnya. Satu penampar singgah dipipinya. Apabila anaknya menanyakan kepada ayahnya kenapa menamparnya? Ayahnya menjawab “Bukan senang untuk ayah dapt RM 10 itu, kerja 3 jam baru dapat RM 10″, tidak sampai 10 saat duit itu sudah hangus disebabk oleh Adam” kata ayahnya kepada Adam.

“Habis kenapa raya tahun lepas apabila ayah bagi duit RM 10, Adam beli mercun dan kita sama-sama ketawa bila mercun itu meletup dan mengeluarkan cahaya?” Sedangkan itu juga sebenarnya kita ketawa kerana membakar duit” kata Adam

Ayah Adam kelu tidak berkata sepatah. “Ayah, dan setiap hari ayah membakar duit, itu, juga lihat dimulut ayah itu, setiap hari Ayah membakar duit yang ayah cari dengan susah dengan menghisap rokok” sambung Adam lagi.

———————————————-

Apabila kita menghadiahkan buku yang telah ditulis dengan niat dan strategi bagi membina siasah dan juga membina kemahiran memasang angan-angan pada hari raya ini, Insyaa-Allah pertemuan kita dengan anak-anak itu menghasilkan satu kejayaan baru pada mereka pada tahun hadapan.

Jika kita memberi duit pada hari raya ini, apakah peningkatan yang mereka dapat pada tahun hadapan, jika duit yang kita bagi itu dibakarnya pada tahun ini di malam raya.

Kepada yang berminat untuk menempat Buku Biskut Ajaib, boleh mengemelkan terlebih dahulu ke info@sk.my, bayaran pos laju di subsidikan separuh harga. Tempahan minimum RM100 untuk 10 buah buku Biskut Ajaib. Terhad sehingga stok masih ada.

Shamsuddin Kadir

08 Jun 2010 Cuti Sekolah : Mulakan Aktiviti Bisnes Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dimuliakan,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada sepupu dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak. Amin.

Ketika cuti sekolah ini, adalah masa yang amat sesuai untuk mendidik anak kita supaya SKOR A DI LUAR DEWAN PEPERIKSAAN. Kemahiran yang anak kita perolehi dengan mendedahkan mereka dengan kemahiran di luar dewan peperiksaan membantu anak kita menjadi orang yang hebat dan sangat berjaya sejak kecil sehingga dewasa kelak, insyaa-Allah.

Antara aktiviti yang kita dapat lakukan bermula dengan cuti sekolah ini, adalah mempratikkan kemahiran dan ilmu yang mereka pelajari dari buku Biskut Ajaib, Garaj Aiman dan Tukang Gunting Terbang. Buku Miss Epal juga sebahagiannya sangat bagus untuk dipratikkan.

Kepada Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan tips bagaimana memulakan kemahiran yang menentukan kejayaan anak-anak di dunia sebenar, boleh mengemelkan ke info@sk.my, insyaa-Allah pihak kami akan memaklumkan cadangan tarikh bagi pertemuan tersebut.

Ketika ini, bisnes yang kami cadangkan untuk anak-anak kita mulakan adalah seperti dalam buku Garaj Aiman. Kepada yang tidak berjaya mendapatkan buku-buku tersebut di kedai buku, Tuan dan Puan boleh mendapatkannya di www.ShamsuddinKadir.com iaitu membeli secara online.

Shamsuddin Kadir

12 Nov 2009 Seronok Di Rumah Membuatkan Pelajar Ponteng
 |  Category: Anak, Bebanan Hidup |  Leave a Comment

Apabila ibubapa menyediakan keseronokan bermain  permainan video ‘video game’ sama ada melalui play station ataupun melalui komputer, internet ataupun lambakan filem-filem dalam dan luar negara, menjadikan anak tidak selesa dan suka berada di sekolah. Bagi mereka berada di luar dari sekolah lebih bagus.

Anak menjadi semakin ‘buta’ ilmu dan hanya menjadi ‘celik game’ ataupun menjadi pengguna yang setia, ataupun individu yang kena jajah mental dengan menjadi pengikut setiap kepada setiap permainan video yang terkini.

Belajar, sembahyang, menghormati ibubapa dan orang tua adalah perkara yang tidak diajar di dalam permainan video yang diajar adalah keseronokan ‘membunuh’ individu lain.

Duit dibelanjakan semata-mata takut dikecam sebagai ‘ibubapa yang ketinggalan zaman’, dengan itu menghadiahkan dengan anak-anak dengan pelbagai jenis mainan yang membuatkan mereka merasakan waktu di sekolah umpama dalam neraka.

Apabila anak-anak itu sudah bekerja, mereka akan bermain permainan video itu ketika dipejabat, sehingga sewaktu saya pulang dari Sabah, ada seorang kakitangan awam yang penting di ‘Airport’ sedang bermain daun terup versi online di kaunter.

Ini di antara hasil yang kita perolehi apabila mendidik anak celik permainan video.

“Meluntur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”.

Shamsuddin Kadir

Principal Consultant

Ultra Mind Resources

24 Oct 2009 Kesan Membaca Berita Maksiat @ Gossip
 |  Category: Anak, Bebanan Hidup |  One Comment

Apabila kita membaca berita-berita berkenaan dengan maksiat, secara tidak langsung ianya merangsang kita bagi melakukannya. Kerana dengan membacanya kita dapat mengetahui bagaimana modus operandinya.

Apabila membaca perkara-perkara yang tidak senonoh contohnya seks bebas, dan sebagainya sedikit sebanyak memberikan kita idea di mana dan cara mana ianya boleh dilakukan.

Jika kita terdiri dari ibubapa yang bekerja, kesan memiliki bahan bacaan seperti akhbar, majalah dan buku yang yang berkaitan dengan isu-isu berkenaan membantu merangsangkan anak-anak kita supaya mengambil langkah. Umpama ‘orang mengantuk di sorongkan bantal‘.

Fikirkan apa yang anak-anak kita akan, sedang lakukan di rumah ketika kita tiada di rumah. Suratkhabar, majalah dan buku yang menceritakan isu-isu maksiat, gejala minum arak harus dielakkan dari dimiliki dan disimpan dirumah. Bom jangka yang teramat besar bakal meletup pada bila-bila masa.

Ketika ini duit dihabiskan bagi membeli bahan-bahan maksiat itu dan akhirnya duit sudah tidak boleh digunakan bagi membetulkan gejala maksiat yang sudah menimpa ahli keluarga…

Gossip adalah satu dari unsur yang perlu kita elakkan dari mendengar, melihat, menonton ataupun membaca. Selagi mana kita tidak bertindak untuk berubah selagi itu bom jangka itu akan kekal bersama keluarga kita.

“Tidak aku ciptakan manusia melainkan untuk berIBADAH kepadaKu” Itu kata Tuhan yang telah menjadikan kita manusia.

Shamsuddin kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

26 Jun 2009 Pembunuh Kualiti Hidup
 |  Category: Anak, dimensi, Keluarga |  Leave a Comment

Apabila kita mengamalkan sambutan harijadi dan hari ulangtahun perkahwinan dengan cara memberi hadiah ataupun meraikan dengan makan secara luarbiasa dari hari biasa, ianya tidak membantu anak, pasangan ataupun diri kita.

Harijadi anak ataupun pasangan kita tetap ada walaupun mereka tidak menunjukkan prestasi yang memenuhi piawaian keluarga kita. Walaupun isteri kita masak tidak sedap, komunikasi beliau tidak bagus, kita mengiktiraf tabiatnya itu dengan meraikan hari jadi yang tepat kujung tiba.

Begitu juga dengan suami kita yang tidak pandai mengambil hati isteri, kita terus menghadiahkan setiap kali kedatangan harijadinya.

Walaupun anak kita itu tidak dengar kata, kita tetap memberi hadiah pada harijadinya.

Apabila kita memberi hadiah ataupun meraikan, ianya bermaksud kita mengiktirafkan perangai mereka yang masih belum kita berpuas hati.

Nabi Muhammad S.A.W juga tidak memberi hadiah yang berjadual iaitu seperti hadiah hari jadi, hari ulangtahun. Nabi memberi ganjaran berdasarkan pencapaian prestasi yang lebih tinggi dari masa ke sama.

Apabila pasangan ataupun anak kita membuat sesuatu yang tersangat baik reward mereka ketika itu, tidak mengapa jika reward ataupun itu diberikan 5 kali setahun. Ianya sudah pasti lebih baik dari sambutan harijadi ataupun ulangtahun, kerana setiap kali kita membelanjakan duit bagi meraikan prestasi ahli keluarga itu, setiap kali itu kualiti hidup kita meningkat.

SK sendiri sudah tidak mengadakan sebagai aktiviti bagi meraikan ulangtahun perkahwinan ataupun hari jadi diri, isteri, anak sejak 2-3 tahun yang lalu. Apa yang kami lakukan adalah sambutan prestasi. Ianya dilakukan secara mengejut, kerana ianya tiada tarikh yang boleh dijangka. Apabila prestasi isteri ataupun anak bertambah baik, kita memberikan kejutan.

Antara kejutan yang saya berikan kepada isteri dan anak pada suatu pagi adalah ” Ain, masukkan pakaian yang diperlukan bagi satu malam”.

“Kenapa abang”? tanya isteri saya.

“Kita akan keluar 1/2 jam lagi, dan malam ini kita tidak akan tidur di rumah, di mana kereta ini berhenti di situlah kita akan tidur”.

Kejutan ini berakhir di sebuah hotel peranginan. Ianya hadiah di atas kejutan prestasi yang dibuat oleh isteri dan anak-anak saya dalam meningkatkan kualiti hidup.

Petang semalam saya memberikan kejutan yang ketiga untuk isteri saya bagi tahun 2009. Isteri saya berkata, “kejutan macam ini lebih ikhlas ‘genuine’ dan saya sukakannya”.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Author

Emel: info@shamsuddinkadir.com

15 May 2009 Pendidikan Anak: Antara Realiti Dan Mimpi
 |  Category: Anak |  Leave a Comment

Pendidikan anak adalah satu lagi isu yang tidak pernah selesai dalam mendapatkan kata sepakat. Itu satu dari anugerah Tuhan berikan kepada manusia, supaya saling hormat menghormati dengan pandangan masing-masing.

Walau bagaimanapun, pandangan kita terhadap sistem pendidikan untuk anak kita amat penting bagi mengambil kira apa yang telah dilalui oleh ibubapa yang lebih awal ada anak. Kita dapat melihat kesan bagi setiap sistem pendidikan yang dipakai dan dikuatkuasakan oleh ibubapa.

Apabila kita ingin menentukan kaedah pembelajaran untuk anak, lihatlah terlebih dahulu apa yang telah dilalui oleh ibubapa lain yang telah memilih jalan yang sama dengan kita. Berjayakah anak mereka?

Erti berjaya cukup berbeza dari seorang kepada seorang yang lain. Ada individu yang mengklasifikasikan berjaya itu apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan ataupun berjaya tamat belajar di peringkat Ijazah.

Ada individu yang mengklasifikasikan berjaya itu apabila beliau menjadi jutawan.

Ada individu yang mengklasifikasikan berjaya, apabila beliau merasa bahagia dan ceria melalui hidup seharian.

Apabila kita banyak membaca buku dan merasakan tindakan yang kita ingin lakukan itu bercanggah ataupun berlawanan dengan majoriti ibubapa di luar sana, lakukan dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan merealisasikannya.

Susu yang mahal, tadika yang mahal, tuisyen yang mahal tidak menjadi satu jaminan bahawa seorang kanak-kanak itu akan cemerlang dalam hidup. Oleh itu apabila kita tiada kemampuan ataupun tidak ingin menghantar anak ke tempat sedemikian, jangan hiraukan kata-kata orang lain. Demi masa depan anak-anak, biarlah kita tentukan yang terbaik untuknya.

Dalam pendidikan anak, ada dua aliran yang kita boleh pilih bagi membesarkan anak. Aliran pertama membesar dan menjadi seorang pekerja. Aliran kedua membesar dan menjadi seorang majikan. Keputusan yang kita pilih pada hari ini, akan menentukan hala tuju anak kita esok.

18 Apr 2009 Buku Biskut Ajaib Dan Garaj Aiman Berjaya

Alhamdulilah, sehingga ke hari ini kedua-dua buku yang telah ditulis bagi tujuan mengubah adat dan konsep pemikiran kanak-kanak seawal 5 tahun menunjukkan kesan yang drastik.

Seorang pelajar yang  datang dari sebuah keluarga yang semua ahli keluarganya makan gaji, akhirnya bertindak keluar dari kepompong dengan memohon bagi memasuki sekolah teknik yang mengajar jurusan catering dan membuat roti. Beliau bercita-cita bagi menjadi usahawan semuanya berpunca dari kesan beliau membaca buku ‘Biskut Ajaib’ dan Garaj Aiman. Beliau kini berada ditingkat 3 dan sudah memulakan langkah menjadi pengedar buku berinspirasi dengan menjadi pengedar kedaibukusk.com. Beliau tinggal di Pasir Mas Kelantan.

Kes kedua adalah seorang pelajar darjah empat pada penghujung 2008 telah membaca buku Biskut Ajaib yang dihadiahkan oleh ayahnya mengantikan duit raya seperti yang disarankan oleh SK. Pada awal tahun 2009 beliau mengorak langkah dan memulakan bisnes jual cendawan goreng di sebuah sekolah di Kemaman, Terengganu. Beliau berpakat dengan orang gaji dirumahnya. Hari pertama beliau mendapat keuntungan RM 12, hari kedua untung menjadi RM 30 dan pada hari ketiga untung menjadi RM 50. Saya dihubungi sendiri oleh ayahnya yang sangat gembira dengan apa yang telah berlaku kepada anaknya. Ayahnya juga tidak sabar bagi mendapatkan buku ‘Miss Epal’ yang ditulis bagi melahirkan ciri pemimpin yang disegani, bermula diperingkat sekolah, supaya apabila besar menjadi seorang yang amat berguna kepada Tuhan dan Masyarakat. Insyaa-Allah buku Miss Epal akan diterbitkan seawal bulan Mei 2009. Anak beliau juga mengatakan buku biskut Ajaib ‘Best Gila’.

Kes yang ketiga ” Salam Tuan SK. Anak saya Ashraf sudah pun membaca buku Garaj aiman sebanyak 10 kali. Disebabkan kagum dengan buku tersebut beliau ingin berjumpa Tuan di PWTC esok. Pukul Berapakah Tuan akan berada di sana? Puan Noor.” ini adalah sms yang saya terima pada hari ini. Saya mengenali Puan Noor dalam satu bengkel yang saya jayakan, beliau menanyakan jika saya ada cara bagi mengalakkan anaknya supaya suka membaca. Apabila saya mencadangkan agar beliau menghadiahkan kepada anaknya buku Biskut Ajaib dan Garaj Aiman, secara serta merta anaknya sudah ketagih untuk membaca buku seperti ini.

Insyaa-Allah siri ketiga yang sedang masuk kilang cetak adalan ‘Tukang Gunting Terbang’. Ianya akan dipasarkan di pesta buku PWTC mulai 20 / 21 April ini.

Alhamduliah, Biskut Ajaib sudah di ulang cetak, Garaj Aiman juga sedang menanti cover baru bagi diulang cetak selepas semua stok habis dalam masa kurang dari 2 bulan selepas ianya dipasarkan.

Shamsuddin Kadir (SK)

Emel : info@shamsuddinkadir.com

www.shamsuddinkadir.com

Untuk Shamsuddin Kadir (SK) Berbicara ditempat Tuan/Puan untuk ceramah ataupun kursus, sila hubungi Ultra Mind Resources di Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300 ataupun 03 : 5548 4348 Fax: 03 5548 8343.

25 Feb 2009 Tetamu SK: Best Gila Buku Garaj Aiman

Salam

Maaf terpaksa mengganggu, sebentar tadi saya baru mendapat panggilan dari anak arwah adik saya Nur Alya Khairina yang terlalu girang dan teramat suka membaca buku Garaj Aiman. Katanya pada saya “Makcik Best gila buku Garaj Aiman”, boleh ke Nina nak jual buku macam itu, boleh dapat duit banyak dapat bantu Ummi Nina. Buku-buku arwah Abah dulu banyak kat rumah Nina”
Umurnya baru  genap 9 tahun minggu lepas. Saya hadiahkan buku tersebut kepadanya sempena hari ulang tahun beliau yang ke 9 itu.

Tahniah,

Bagi Pihak

Nur Aliah Khairina

———————–

Salam,

Ya, Nur Aliah Khairina boleh memulakan bisnesnya sendiri. Mungkin bagi menjual buku-buku arwah ayahnya memberikan sedikit halangan padanya ketika ini, kerana belum biasa menjual buku dewasa kepada orang dewasa. Apa yang beliau boleh lakukan adalah dengan menjual buku baru yang beliau telah baca dan yakin dengan kebaikan buku tersebut. Contohnya beliau boleh mula menjual buku Garaj Aiman.

Jika beliau berminat, beliau boleh mendapatkan buku-buku tersebut dengan harga diskaun dan ianya akan diposkan secara terus kepadanya jika beliau membeli dengan kuantiti yang telah ditetapkan.

Insyaa-Allah antara buku dalam siri Usahawan Cilik adalah ‘Kedai Buku Bergerak’.

Dapatkan beliau menghubungi info@shamsuddinkadir.com dengan menyatakan maklumat seperti nama, nombor telefon dan  alamat.

Bagi ibubapa lain yang telah menghadiahkan buku Biskut Ajaib dan Garaj Aiman kepada anak-anak dan ingin membantu anak memulakan bisnes pertama mereka boleh menghubungi info@shamsuddinkadir.com.

29 Jan 2009 Tetamu SK: Buku-buku Ajaib tulisan SK

Salam Tuan SK,

Saya Nor salah seorang  peserta bengkel tuan yang diadakan pada 24 Jan 2009. Pada hari tersebut saya berkesempatan membeli buku-buku karya SK (6 buah kesemuanya). Tujuan utama saya membeli buku itu selain untuk diri saya adalah untuk anak-anak saya.
Tahniah! Buku Biskut Ajaib dan Garaj Aiman telah menarik minat anak lelaki saya untuk terus membaca buku-buku keluaran SK. Dimanakah boleh saya dapati buku-buku sedemikian ?
Maksud saya selain karya SK mungkin  tuan SK boleh mencadangkan kepada saya tajuk buku-buku yang patut saya cari untuk anak lelaki saya.
Tulisan tuan SK dalam buku Makan Gaji tetapi Kaya benar-benar memberi kesan yang memdalam pada diri saya. Walaupun buku itu belum sempat saya habiskan tetapi ianya membuatkan saya ingin mengubah hidup saya supaya keluar dari kepompong makan gaji. Berbagai perasaan yang timbul semasa saya membaca buku tersebut. Rasa sedih, takut, kecewa dalam macam-macam lagi. Mudah-mudahan akan ada petunjuk untuk saya jalankan perkhidmatan urutan seperti yang saya angankan.
 
Selain dari bengkel yang telah tuan adakan, saya amat berharap agar suatu hari nanti tuan SK dapat mengadakan seminar yang yang mana mungkin dapat memberikan tips-tips atau motivasi yang khusus bagaimana untuk menjadi usahawan serta macamana untuk menghadapi kegagalan dalam permulaan perniagaan. (seperti yang tuan katakan akan ada sumpahan dalam jangkamasa 3 tahun
semasa kita memulakan perniagaan)
 
Sekian terima kasih.
———————
Salam Puan Puan Nor,
Terima kasih, saya bersyukur apabila buku itu mencapai matlamatnya dan memberi manfaat kepada anak lelaki Puan itu supaya terus meminati ‘buku yang berilmu’. Insyaa-Allah saya akan mencadangkan buku-buku lain nanti. Di persilakan Puan bagi mengikuti perkembangan semasa di blog ini. Insyaa-Allah saya akan dipaparkan di halaman ini.
Buku Makan Gaji Tetapi Kaya merupakan buku “Dilema Seorang Pekerja” terutama yang makan gaji dan membelanjakan semua duit gajinya pada setiap bulan. Bagaimana kita dapat hidup sebagai seorang pekerja dan ceria sepanjang masa. Ianya juga buku bagi mengalakkan sebahagian dariapda masyarakat kita bagi mengenali bakat kita yang sebenar.
Insyaa-Allah dalam tahun 2009 ini, jika ramai ingin menghadirinya, pihak SK boleh menganjurkan seminar berkaitan dengan dunia bisnes iaitu menghadapi kegagalan dan sumpahan keramat 3 tahun yang perlu dilalui oleh setiap usahawan. Seminar ini boleh dipercepatkan jika ada di antara peserta yang telah menghadiri sebarang program yang dianjurkan oleh SK bagi menjadi ‘Event Organiser’.
Puan terima kasih sekali lagi, saya berterima kasih kepada Allah yang telah menambah-nambahkan lagi kebaikan yang datang mendadak kepada kita semua.
08 Jan 2009 Tahun 2009 Tahun Menguasai Kuasa
 |  Category: Anak, Buku, dimensi, Diri, Masa |  6 Comments

1430H @ 2009 adalah tahun bagi setiap individu mengunakan setiap saat yang kita masih ada bagi digunakan untuk mempelajari ilmu baru. Semakin banyak kita mendedahkan diri kita dengan ilmu baru, pelbagai peluang, ruang, kemudahan, kesenangan, kekayaan mengejar kita.

Kita ada kemahiran mengurus diri, masa, duit, dan sebagainya yang memboleh kita mudah naik pangkat, dapat menjawat jawatan tertinggi di dalam organisasi dengan masa yang paling singkat, dan menjimatkan tenaga. Kaedah-kaedah praktikal yang dilakukan oleh pekerja yang terdahulu kepada kita dapat dijadikan sebagai panduan bagi membantu kita mencapai dengan kepantasan yang lebih cepat.

Bagi mengelakkan kita membiarkan masa berlalu tanpa mengunakannya adalah dengan membawa sebuah buku bersama ke mana sahaja kita pergi kecuali ke bilik tandas. Budaya membaca di dalam bilik tandas adalah bukan ajaran Tuhan yang telah menciptakan kita sebagai manusia.

Bawa pasangan dan anak-anak kita menikmati keindahan ‘kuasa’ dengan melawati kedai-kedai buku yang menawarkan buku-buku yang memberikan inspirasi kepada seluruh ahli keluarga kita.

Banyak buku sesuai untuk dibaca bagi seisi keluarga antaranya adalah :

1. Motivasi Alihan Pelajar – Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

2. 55 Petua orang yang berjaya – Dato’ Fadzilah Kamsah & Fadzli Yusof

3. Biskut Ajaib, Garaj Aiman, Miss Epal – Shamsuddin Kadir & Nor’Aini Mohamed

4. Memotivasikan Anak Secara Positif – Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

5. Law of Attraction – Hukum Tarikan – Terjemahan oleh penerbit PTS

6. banyak lagi…

Bagi menguasai kuasa pada tahun 2009, tinggalkan, elakkan diri kita dan anak kita membaca majalah ataupun buku-buku tentang ‘gosip artis’, isu sosial remaja, kerana ianya menghalang kita dari memiliki apa yang dinamakan kuasa, hanya pembaziran duit dan masa.

16 Dec 2008 Video Game Untuk Pemikiran Anak-Anak
 |  Category: Anak |  2 Comments

Kini, banyak ibubapa yang berlumba-lumba bagi memberikan ‘teknologi terkini’ kepada anak-anak supaya mereka menjadi individu yang berjaya di hari esok. Bekalan ilmu dalam bidang ICT dirasakan menjadi keperluan utama dalam memastikan anak-anak cemerlang di universiti dan di dunia pekerjaan.

Sudahkah ibubapa yang termasuk dalam kategori di atas membuat kajian ataupun semakan dengan ibubapa yang terlebih dahulu menyediakan prasarana ‘teknologi terkini’ kepada anak-anak mereka pada 20, 15, 10 ataupun pada 5 tahun yang lalu?

Apakah kesan yang telah dirasai oleh ibubapa terdahulu?

Anak-anak yang dilahirkan seolah sebuah hard disk yang baru dan kosong, ibubapalah yang menentukan sama ada hard disk itu perlu di isi dengan ‘virus kehidupan’ ataupun dengan ‘Antivirus kehidupan’.

Kos yang paling murah bagi mengetahui apakah kesannya adalah dengan ‘membaca dan bertanya’ pada orang yang telah melaluinya sebelum kita.

Sudahkah kita membuat perbandingan antara kos duit yang kita perlu tanggung hari ini bagi memberi lebihan teknologi terkini kepada anak-anak dan kos duit yang perlu kita tanggung apabila kita ‘terpaksa’ memperbetulkan apa yang tersilap dalam perancangan masa depan anak-anak.

“Lautan di luar sudah diredhai oleh orang yang terdahulu daripada kita, buat apa kita ingin meredahinya lagi, tanyalah pada orang yang telah meredahinya, supaya kita dapat mengelakkan bencana yang tidak sepatutnya”

Albert Einstein, Thomas Edison menjadi pakar tersohor walaupun sudah meninggal dunia. Adakah mereka bermula dengan limpahan teknologi yang diberikan oleh ibubapa mereka sewaktu mereka kecil?

Handphone, Playstation, Internet Game, Vidoe Game, MP3, Laptop, Internet, videocam,  dan banyak lagi produk berteknologi tinggi yang ada di pasaran, mampukah kita memenuhi setiap produk tercanggih yang keluar dipasaran bagi diberikan kepada anak-anak, kerana apabila diberikan Handphone tercanggih pada hari ini, anak kita akan meminta handphone yang lebih canggih pada esok hari, apabila tidak diberi, ada anak yang berkata “Ayah nie kedekutlah, kawan semua pakai handphone baru itu, malulah nak jumpa mereka” – itu hanyalah sebahagian kecil daripada kesan yang menimpa ibubapa.

15 Dec 2008 Kuiz Garaj Aiman Bersama Majalah Disney

Majalah Disney dengan sokongan PTS mengadakan Kuiz Garaj Aiman. Kepada yang ingin menyertainya, boleh mendapatkan Majalah Disney.

Halaman rasmi Usahawan Cilik adalah www.usahawancilik.com yang masih dalam proses pengubahsuaian.

disney.jpg

09 Dec 2008 Kos Pendidikan Awal Anak : Tadika
 |  Category: Anak |  One Comment

Majoriti ibubapa di dalam masyarakat hari ini boleh diibaratkan seperti berlumba-lumba menghantar anak ke tadika yang TERBAIK.

Perkataan terbaik itu boleh ditafsirkan melebihi dari 1,000 pengertian, ianya bergantung kepada impian dan pengetahuan yang ada pada setiap ibubapa. Ini yang membuatkan ada ibubapa yang tidak selesa melihat tindakan setengah ibubapa lain yang tidak mengambil tindakan yang sama dengannya dalam mendidik anak.

Ada ibubapa yang berpendidikan di tahap Ijazah dan ke atas yang merasakan adalah satu kesilapan besar bagi ibubapa yang tidak menghantar anak ke tadika seawal usia 4 tahun.

Ada ibubapa yang merasakan anak-anak perlu dihantar ke tadika yang ada tersohor yang mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, bagi memenuhi keperluan semasa pendidikan di Malaysia.

Adakah ianya satu keperluan?

Semuanya bergantung kepada sejauh mana kita telah membaca, sejauh mana kita telah bertanya orang yang sudah mendahului kita 5, 10, 15 ataupun 30 tahun yang lalu dan matlamat yang kita ingin capai.

Ramai yang memandang saya dengan pelik apabila bercakap tentang pendidikan anak-anak. Ada yang  beranggapan saya bergerak ke belakang dalam mendidik anak. Saya tidak membantah pemikiran mereka, kerana apa yang saya lakukan, bukannya 100% yang pernah orang yang terdahulu telah lakukan, banyak eksperimen baru yang saya lakukan demi satu matlamat iaitu mencapai hasil lebih baik bersesuaian dengan peredaran zaman.   Hasil yang lebih baik, biasanya mendatangkan banyak kebaikan antaranya berkat, pandai, senang dan tenang.

Ibubapa yang mencorakkan masa depan anak-anak. Apabila ibubapa yang kurang membaca dan kurang bertanya melakarkan matlamat, sudah pasti tindakannya amat berisiko, kerana ibubapa jenis ini bermula dengan kosong ‘o’. Dalam dunia ini, hanya Allah yang tidak perlu berguru dan belajar sebelum membuat tindakan.

Dengan kos pendidikan awal anak yang tinggi dan banyak ibubapa yang ‘membazirkan duit’ dengan melabur dalam pendidikan awal yang mereka sendiri menyesal beberapa tahun selepas itu.

Kata nabi : “Ubat kepada kebodohan adalah bertanya”. Apabila kita bertanya orang yang telah melaluinya, kita dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan untuk kali kedua.