Archive for the Category ◊ Bebanan Hidup ◊

25 Dec 2014 Tanda-Tanda Skim Cepat Kaya
 |  Category: Bebanan Hidup |  Leave a Comment

Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w | Antara Tanda-tanda Skim Cepat Kaya

Yang bukan bank dan Intitiusi Kewangan ataupun anak syarikat kepada mana-mana bank ataupun Institusi Kewangan – Rujuk Akta Bank Negara Bafia / FAS.

1. Dia suruh kita ambil personal loan
2. Dia suruh kita guna kad kredit
3. Dia suruh kita melabur duit dalam bisnesnya dengan dividen…
4. Dia suruh kita melabur sahamnya
5. Dia menjanjikan keuntungan yang tinggi
6. Dia menjanjikan dividen yang rendah juga skim cepat kaya
7. Dia suruh beli emasnya, dan dia tolong simpan tetapi bukan kita bayar kepada dia upah simpah, sebaliknya dia jamin bagi dividen
8. Beli lot untuk pelaburan beli @ pajak hotel di Mekah, di Planet, ataupun di Syurga

9. dan lain-lain.

Mesejnya, tidak perlu masuk mana-mana pakej tepi jalan, internet ataupun yang berkenalan melalui facebook…..

Kata orang cina “Lu masuk skim cepat kaya, gua tidak rugi, lu tidak masuk skim cepat kaya, gua pun tarak untung”

Gua hanya kesian, sedih kerana masih ada ada orang mahu memperbodohkan dirinya sendiri”

Seorang Ustaz pernah berkata baru-baru ini, berkenaan satu hadis sahih katanya, “antara tanda-tanda akhir zaman, banyak orang muda jadi kaya”

Yang kaya cepat itu adalah pemilik-pemilik skim cepat kaya, kebanyakannya, yang miskin cepat yang menyertainya.

Facebook Pages Shamsuddin Kadir?

08 Dec 2014 Hari Jadi Lelaki Tidak Kisah, Perempuan Kisah Sangat?

Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w.

Sepupu-sepupuku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi dan buat saudaraku yang beragama Buddha, Hindu dan Kristian.

Banyak yang kita dengar bahawa majoriti lelaki tidak kisah tentang hari jadi dan ada yang tidak ‘ambil port’ harijadinya sendiri. Apatah lagi hari jadi orang lain. Kerana lelaki kebanyakan berfikir menggunakan rasional, iaitu melihat sejauh mana pentingnya hari jadi itu, mereka mengkaji sama ada menyambut dan tidak menyambut hari jadi itu memberikan perubahan dari segi hidup mereka, iaitu sama ada mereka menjadi orang yang lebih rajin, produktif, ataupun berjaya ataupun sama sahaja.

Sebahagian Lelaki melihat hari jadi adalah satu proses membelanjakan duit untuk sesuatu perkara yang tidak memberikan manfaat. Umpama menyambut hari jadi matahari yang tiba pada setiap pagi selama ini, adakah ianya memberikan kesan kepada matahari itu?

Entri ini saya tulis, apabila Insyaa Allah isteri saya Ain Muhammad bertanya saya petang semalam, “Betulke lelaki tidak kisah tentang harijadinya?”

Sebahagian wanita kisah tentang harijadinya. Apakah punca sebahagian wanita yang kisah tentang hari jadinya ? Secara asas kita dapat simpulkan wanita yang kisah tentang harijadinya, adalah wanita yang :

1.Pernah baca buku dari ilmu barat

2.Pernah tengok cerita yang dari ajaran barat berkenaan sambut harijadi guna kek dan lilin

3.Pernah tengok jiran, saudara ataupun ibu bapanya menyambut harijadi

4. Pernah tengok filem yang ada kisah harijadi

5. Pernah baca kad harijadi

6. Pernah baca dan lihat bagaimana orang yang mengucapkan harijadi di facebook…..

7. Pernah baca majalah….

Wanita yang tidak kisah tentang harijadinya, adalah wanita yang secara majoritinya tidak buat perkara di atas, ataupun yang mempunyai prinsip yang kental, iaitu tidak mahu terpengaruh dengan kaedah budaya ataupun ajaran orang lain.

Lihat majoriti ibu bapa yang berumur 70 tahun sekarang, majoritinya tidak menyambut ataupun bercakap tentang harijadinya. Wanita-wanita yang membaca buku Psikologi berkenaan kesan harijadi keatas dorongan.

Wanita yang banyak baca Al Quran dan kitab, adalah antara wanita-wanita yang tidak ambil kisah tentang harijadi mereka, mereka hanya kisah harimati mereka.

OLeh itu, kata-kata yang mengatakan wanita ambil kisah tentang harijadinya, tidak tepat, kerana bergantung kepada jenis wanita, itu, saya mendoakan, supaya tiada ahli keluarga saya yang terpengaruh dengan harijadi, dan lebih terpengaruh kepada harimati.

Kesimpulannya, tidak semua lelaki dan perempuan kisah dengan harijadi.

Individu yang saya kagum dalam hidup saya, adalah Allahyarham ayah saya, yang hanya menyambut hari jadi seorang individu sahaja pada setiap tahun, sewaktu hayatnya iaitu pada tanggal 12 Rabiul Awal. Ibu saya tidak menyambutnya sehingga sekarang, bapa mertua saya tidak menyambutnya, Ibu Mertua saya mengikut isteri saya “Ma, tidak tahupun bila tarikh hari jadinya, ma tidak ingat, walaupun beliau pandai membaca dan mengira” Kerana itu tidak penting bagi sebahagian individu.

Walau bagaimana pun, apabila orang lain mengucapkan selamat hari lahir kepada kita, adalah secara beradabnya kita menghargainya.

Lain Sekolah kehidupan, Lain Pula ajarannya. Raikan perbezaan, kerana kebanyakan perbezaan adalah antara yang betul dan betul. Di dalam Islam ini sungguh indah, banyak perbezaan Mazhab bukan disebabkan antara betul dan salah, sebaliknya antara yang betul dan betul. Raikan. Maksud saya jangan kita hina orang yang hidup dan matinya perjuangkan kepentingan menyambut harijadi, kerana Insyaa Allah mereka juga betul, di atas ilmu yang betul mereka sandarkan, Insyaa Allah.

Wallahu A’lam.

Facebook rasmi pages Shamsuddin Kadir

04 Dec 2014 Berita Semasa Adalah Berita Yang Terlewat 10 Tahun
 |  Category: Bebanan Hidup |  Leave a Comment

Bismilllah. Nabi Muhammad s.a.w | Ada yang bertanya kepada saya, kenapa saya tidak berminat dengan isu-isu semasa dengan kenaikan harga barangan semasa.

Ini kerana isu-isu yang keluar dalam surat khabar dan berita semasa ini adalah kisah yang kita sudah ‘tahu’ ianya akan berlaku pada hari ini, sewaktu kita berada di zaman 10 tahun yang lepas.

Kebanyakan berita melaporkan berita hari semalam, facebook berita hari ini.

Buku @ kitab, melaporkan berita yang berlaku sekurang-kurangnya 10 tahun akan datang.

Untuk tidak ketinggalan zaman baca berita yang bakal berlaku Insyaa Allah pada 10 tahun akan datang, supaya kita membuat persiapan, persediaan.

Sediakan payung sebelum musim hujan datang.

Wallahu A’lam.

Shamsuddin Kadir

17 Aug 2013 Bismillah. Punca Ada Hutang Yang Buruk @ Jahat

Bismillah. Antara punca yang menyebabkan seseorang itu memiliki hutang yang tidak baik adalah berpunca dari hati, ataupun nilai diri ataupun kedua-duanya.

Isu hati adalah isu tahap keimanan, apabila nafsu yang menjadi raja di dalam diri, maka, secara purata seseorang itu terpaksa menanggung hutang buruk iaitu hutang pinjaman peribadi, hutang kad kredit(hutang) dan hutang skim ansuran mudah. Semakin kurang seseorang itu mencintai orang lain yang bukan ahli keluarganya, semakin kuat beliau berbelanja bagi meningkatkan simbol-simbol kekayaan untuk ditayangi kepada orang ramai.

Apabila seseorang itu tidak mengamalkan perangai yang elok (di dalam Islam adalah Akhlak), nilai diri kita jatuh merudum, ini yang menyebabkan sebahagian daripada kita mudah berbelanja melebihi dari apa yang kita mampu, kerana ingin orang lain nampak kita ‘ELOK’. Sedangkan perangai yang elok (Akhlak) dengan barangan berstatus kaya, make up muka yang ala selebriti ataupun pakaian kita yang berjenama ataupun berlabucci, tidak mampu untuk membuatkan orang lain memandang kita sebagai ‘ELOK’. Itu antara punca manusia akan terus menerus berbelanja berlebihan, selagi mereka tidak mempunyai perangai yang elok. Antara orang yang kurang berbelanja dan tidak akan menanggung hutang yang tidak baik adalah orang yang sudah ada perangai JUJUR, AMANAH, BAIK, SOPAN, ALIM, BERIMAN, MENGHORMATI ORANG LAIN dan banyak lagi. Semakin banyak perangai yang elok itu kita ada, semakin kurang kita berbelanja untuk mempengaruhi orang lain supaya nampak kita hebat ataupun mahal.

Bagi mendidik hati diri sendiri, dalam hal Agama, banyak mendampingi ustaz yang hatinya di Akhirat.

Bagi mendidik diri supaya berakhlak terpuji juga sama seperti di atas dan termasuk berkawan dengan orang yang sudah mempunyai jenama mahal itu, iaitu jujur, menepati masa, pandai berkomunikasi, merendah hati.

Semakin baik akhlak kita, semakin kurang kita berbelanja untuk diri sendiri.

Cara paling mudah untuk menyelesaikan masalah kewangan adalah mengamalkan tip di atas, termasuk yang wajib adalah BERDOA.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Satu salinan entri di facebook Insyaa Allah dihantar ke www.ShamsuddinKadir.com

06 Aug 2013 Bismillah. Kaedah Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Malaysia banyak terpengaruh.

Bismillah. Kaedah Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Malaysia banyak terpengaruh.

Apabila usia semakin tua ini, semakin saya memahami mengapa banyak aktiviti yang tiada di dalam sunnah ataupun ajaran Islam dilakukan sewaktu raya di Malaysia.

Apabila disemak, adalah antara puncanya kita mempunyai beberapa perayaan mengikut agama lain yang menjadi contoh. Di mana cara perayaan orang Kristian, Cina dan Orang hindu.

Kita dapat lihat dalam ketiga-tiga perayaan, masyarakat mereka memakai baju baru.

Berbeza dengan apa yang diberitahu kepada saya (betulkan sekiranya maklumat itu salah) bahawa, Sunnah di dalam Islam, supaya memakai pakaian terbaik yang kita miliki. Jadi ianya tidak semestinya pergi beli yang baru.

Tiada sunnah memberi duit raya pada pagi hari raya. Aktiviti ini ditiru dari budaya orang Cina yang memberi Angpow pada hari raya. Tidak haram meniru aktiviti ini, kerana memberi hadiah duit itu juga mendapat pahala, apabila kita niat ikhlas. Sebaliknya sekiranya niat kerana nanti apa kata orang lain…

Mereka menghias rumah mereka, saya tidak mengetahui sama ada mana-mana hadis yang mengatakan perlu menghias rumah di hari raya Aidil fitri. Ini juga adalah tempias perayaan orang beragama lain.

Kebanyakan mereka terutama golongan berbangsa Cina memandu kereta yang baru pada tahun baru, sekiranya mereka mampu. Budaya ini juga sudah menular di kalangan orang Islam, di mana banyak staf JPJ yang susah untuk dapat cuti kerana terpaksa bekerja sehingga hampir dengan raya, kerana permohonan pembelian kereta, pertukaran kereta banyak dilakukan di musim perayaan.

Disebabkan bulan Ramadhan itu tiada di dalam kepercayaan agama lain, itu yang menyebabkan ada segelintir umat Islam yang membiarkan ianya berlalu. Asalkan hari raya datang awal. Ada ustaz yang menyebut “Mohon maaf, saya tidak mahu terencat akal mengucapkan selamat hari raya di bulan Ramadhan ini”

Terdapat perbezaan umpama langit dan bumi antara perayaan mengikut sunnah dan perayaan mengikut adat dan budaya juga agama lain.

Sehingga menyebabkan Aidil Fitri menjadi lebih hebat berbanding Aidul Adha. Sedangkan takbir raya hanya bergema selama 1 hari di hari raya Aidil fitri, manakala 3 hari pada hari raya Aidil Adha.

Kata tok siak “Hanya Jauhari Mengenal Manikam”

Kata Tok Imam “Hanya orang-orang yang betul-betul memahami dan mendalami sunnah dan ajaran agama Islam mengenal yang mana ajaran Islam dan mana yang disalin dari ajaran ataupun amalan orang bukan Islam”

Ramadhan itu adalah bulan tarbiah untuk kita mengenal yang mana satu permata dan kaca, Insyaa Allah.

Astaghfirullah. Wallahu’alam.

Lain sekolah raya, lain pula ajarannya. Ikut sekolah yang kita suka, kerana itu adalah pilihan kita.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

23 Nov 2011 Letih Ikut Dunia Orang Lain
 |  Category: Bebanan Hidup |  Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam ceria, buat saudaraku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Antara perkara yang melemaskan kita adalah, apabila kita memaksakan diri dan keluarga untuk hidup mengikut dunia orang lain. Setiap daripada kita mempunyai dunia sendiri, kita adalah pelakon di dunia kita sendiri. Tidak perlu menangung beban kerana mengikut cara kehidupan orang lain.

Lakukan apa yang kita rasakan dan percaya, walaupun orang lain tidak suka, asalkan ianya tidak melanggar hukum Agama. Hidup di dunia kita sendiri membantu kita bernafas dengan lebih mudah, dan tidak perlu membelanjakan duit bagi mengikuti gaya hidup orang lain.

Shamsuddin Kadir

02 Mar 2011 Pertanyaan Sepupu : Tempoh Pinjaman Kereta

Assalamualaikum.

Didoakan agar tuan sihat wal afiat dan dilindungi Allah SWT sentiasa.

Ada sedikit pertanyaan, saya ada membuat pinjaman kenderaan dengan Bank XYZ menggunakan pakej GradHitz selama 10 tahun bermula pada tahun 2008 dengan bayaran ansurannya sebanyak RM617 sebulan.

Saya amat terlambat membeli buku tuan ‘Hidup tenang walaupun berhutang’ yang menyatakan berapa lama tempoh yang patut kita habiskan untuk kenderaan.

Adakah cara yang lain untuk mengurangkan bayaran bulanan kereta saya itu?

Untuk pengetahuan tuan, saya masih belajar dan sudah berkeluarga. Mohon pendapat tuan dan sekian terima kasih.

Ahmad Tarmizi (bukan nama sebenar)

_________________________________________

Waalaikummusalam wbt,

Amin, saya suka di atas doa tuan itu, kerana doa orang yang soleh dimakbulkan oleh Allah SWT.

Saya doakan supaya tuan sentiasa dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak, pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Tuan aplikasikan sistem sampul surat dalam buku tersebut, elakkan dari terlibat dalam barah kewangan yang lain.

Baca pula buku kedua tulisan Shamsuddin Kadir iaitu Makan Gaji Tetapi Kaya, seterusnya membaca buku Kaya Dengan Rumah dan diikuti Buat Duit Dengan Rumah.

Amalkan doa yang terdapat di antara muka surat terakhir buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, amalkan setiap kali kita teringat.

Tingkatkan nilai diri kita, mengikut kajian yang dibuat oleh pakar Psikologi, orang yang merasakan dirinya mahal, mereka tidak memerlukan barangan mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun disekeliling mereka.

Apabila kita merasakan diri kita murah, kita sibuk membeli simbol-simbol kekayaan palsu, supaya diri kita di lihat sebagai orang kaya, orang berada ataupun orang yang mahal.

Di luar sana ada banyak perangkap yang disediakan oleh Bank-bank, penyedia skim ansuran mudah, Ah long dan lain-lain.

Tuan, teruskan usaha tuan mengerjakan solat Dhuha itu, ianya membantu kita.

Membaca buku-buku tersebut dan artikel di dalam blog ini yang sudah melebih 900, memberikan tuan jalan penyelesaian yang mantap, dengan izin Allah. Tuan terkejut apabila mendapati pinjaman kereta tuan sama ada dijelaskan awal, ataupun waktu tuan sedar itu, pinjaman kereta sudah habis, walaupun belum sampai tempoh pinjaman, iaitu 10 tahun.

Dalam buku itu dan entri dalam blog ini saya ada masukkan ‘mentera’ bagi menghalang kita dari dibebani dengan hutang yang yang tidak perlu.

Apa-apa tahniah tuan, insyaa Allah kita bertemu nanti, jika tiada ruang di sini, kita bertemu di Syurga nanti. Amin.

Shamsuddin Kadir

11 Dec 2010 Jual Tanah Untuk Bayar Pinjaman Peribadi

Pertanyaan yang dihantar ke emel

Salam, Tuan.

Saya adalah seorang kakitangan kerajaan. semasa diusia muda saya, saya tidak pernah terfikir pinjaman peribadi yang saya buat akan memakan diri saya pada waktu sekarang.

Untuk makluman tuan, keadaan kesihatan kewangan saya memang tenat (pada pandangan saya). Ini kerana pendapatan bulanan saya sekarang ini hanyalah cukup-cukup untuk membayar ansuran kereta, pinjaman pelajaran, easy-payment dan kad kredit.

saya mempunyai 2 kad kredit. Ansuran kereta saya RM670. Oleh kerana potongan gaji saya telah mencapai had maksimum (60%) saya perlu menyelesaikan dahulu hutang pinjaman peribadi saya supaya saya boleh membuat pinjaman perumahan. saya ada sebidang tanah tetapi tidak bercadang untuk membuat rumah di situ memandangkan ianya jauh dari tempat kerja saya. saya bercadang untuk menjual tanah tersebut

(Tanah lot untuk membina rumah) dan membayar hutang pinjaman peribadi saya.

Jadi, saya dapat memohon untuk pinjaman perumahan. Apa pandangan tuan?  Terima kasih atas perhatian tuan.

Cik Puan Rozita (bukan nama sebenar)

————————————-

Waalaikummusalam Cik Puan Rozita,

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari dibebani dengan Hutang dan penindasan orang lain terhadap kami. Amin.

Cik Puan Rozita yang dirahmati Allah,

Jual tanah untuk jelaskan semua hutang pinjaman peribadi dan kad kredit. Mulakan untuk menghentikan pengunaan kad kredit apabila mendapat gaji bulan ini. Jika kad kredit itu tidak dihentikan penggunaan cik puan akan menangung hutang kritikal dalam masa 5 – 10 tahun akan datang.

Elakkan dari membeli rumah, selagi kad kredit itu masih digunakan. Bebaskan diri dari apa-apa skim ansuran mudah.

Sebaiknya, mohon cik puan bagi membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang sebelum menjual tanah tersebut.

Banyakkan membaca doa seperti yang tercatat dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, insyaa Allah dipermudahkan olehNya.

Shamsuddin Kadir

04 Dec 2010 Hutang Rumahtangga Setinggi Gunung

Maafkan saya,

Assalamualaikum, Tuan dan Puan yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Ya Allah tuhan kami, sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari rasa susah dan sedih,

kami juga berlindung kepadaMu dari rasa lemah dan malas

dan sesungguhnya kami juga berlindung kepadaMu dari sifat kedekut dan pengecut

dan kami juga berlindung kepadaMu dari dibebani dengan hutang dan tekanan orang lain terhadap kami.

Mengikut laporan terbaru oleh majalah The Edge Malaysia, hutang peribadi mencecah RM560.1 bilion pada 31 Ogos 2010 yang lalu.

Hutang ini termasuk hutang pembiayaan rumah, pembiayaan kenderaan dan pembiayaan peribadi seperti pinjaman peribadi dan juga kad kredit.

Sepupu yang dihormati,

Tiga perkara yang paling asas yang dapat mengelakkan dari menanggung bebanan hutang ‘rumahtangga’ yang tinggi adalah :

  • Mencari untuk ditinggalkan, meninggalkan untuk bekalan
Rumah, kereta, jam tangan, handphone terkini, laptop, cincin, tv plasma, status gelaran seperti Dr, dan lain-lain, kita meninggalkan ke semuanya sebaik sahaja roh kita dikeluarkan dari jasad kita. Ketika itu usaha kita mencari untuk ‘kenikmatan peribadi yang berlebihan’ ditinggalkan. Apa yang kita bawa, hanyalah sedekah ataupun bantuan yang kita telah lakukan sewaktu kita hidup serta amalan baik yang kita lakukan setiap hari seperti sembahyang dan juga berzikir.
  • Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya
Hidup ini tidak lebih dari hidup dalam keadaan berusaha bagi mencukupi keperluan hidup diri dan keluarga dan juga  mencari lebihan untuk memberi kepada orang yang lebih memerlukan.
  • Orang yang merasakan dirinya mahal, mereka tidak memerlukan benda ataupun perkara yang mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun ditempatkan di sekeliling mereka.
Apabila kita sudah mencapai tahap kemuliaan diri sendiri, kita semakin tidak memerlukan barangan ataupun sesuatu bagi menunjukkan kepada orang lain bahawa kita sebenarnya mahal. Antara barangan yang ditunjukkan bagi menyatakan kita mahal adalah kereta, rumah, perabot dalam rumah, handphone dan lain-lain.
Apabila kita membeli rumah, kereta dan barangan lain yang lebih tinggi harganya dengan pinjaman, semakin kurang nilai ketenangan yang kita nikmati. Semakin kurang peluang untuk kita membantu memberi sedekah yang lebih tinggi nilainya.
Apabila orang meminta sedekah kita hanya mampu memberi RM 1 – 2 apabila kita menangung bebanan ansuran rumah, kereta dan lain-lain yang tinggi. Apabila kita tiada bebanan yang tinggi, tabung akhirat kita semakin berisi, kerana kita bukan sahaja boleh memberi kepada orang yang meminta sedekah dengan jumlah yang lebih besar seperti RM 50, kita juga rasa seronok apabila dapat mengejar dan mencari orang yang memerlukan bantuan, kerana kita tidak puas, selagi mana duit kita tidak dihabiskan setiap hari untuk membantu orang lain.
Apabila kita meneruskan menggunakan kereta yang sudah habis bayar ansuran, kita ada lebihan sekitar RM 500 – 1000 sebulan untuk dibelanjakan tempat lain. Duit itu juga boleh digunakan bagi membuat simpanan sebahagiannya dan  sebahagian lagi digunakan untuk membuat bekalan bagi menikmati kemodenan dan kesenangan yang luarbiasa di negeri yang kekal selama-lamanya. Iaitu Akhirat Jaya.
Ketika Tuan dan Puan membaca entri ini, juga tidak mustahil, penulisnya juga sudah tiada di muka bumi ini. Maka apakah yang di bawa balik ke Alam Barzakh ?
Maafkan saya, sekali lagi.
Dari sepupu
Shamsuddin Kadir
31 Aug 2010 Bermula Dengan BMW Berakhir Dengan Kancil
 |  Category: Bebanan Hidup |  Leave a Comment

Salam

Saya ada seorang rakan baik yang mengalami masalah berlarutan, pernah buat bisnes tetapi rugi ditipu kawan, cari kerja tapi tak dapat kerana kelulusan terlalu tinggi.

Dari pakai BMW hingga la kancil, hidupnya masih lagi dibelenggu masalah, anak pula di bawah jagaan beliau. sebagai rakan, saya amat simpati tapi tidak tahu bagaimana ingin membantu, minta pendapat saudara.

—————————————–

Waalaikummusalam.

Bagi berjaya dalam bisnes kita perlu ada mentor, sebaiknya mentor yang ada ilmu yang sahih. Ilmu yang paling hebat sudah pasti yang sudah tercatat dalam Al-Quran. Ilmu kedua yang bagus adalah ilmu yang diperolehi setelah manusia membuat kajian tentang manusia. Psikologi. Apabila kita ingin memulakan bisnes ataupun hidup bekerja sebagai pekerja, memiliki mentor membantu kita supaya tidak memasuki jalan yang berisiko dan juga memperlihatkan kepada orang yang berilmu tentang ciri-ciri kita yang ‘negatif’.

‘Apabila kita merasakan diri kita kaya, kita tidak memerlukan benda ataupun perkara yang mahal ataupun yang dilihat sebagai simbol kekayaan untuk dilekatkan ataupun dimiliki oleh kita’ ini adalah kajian yang dibuat oleh ahli psikologi dan bersesuaian untuk diterima pakai bagi kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat teori ini sudah tidak boleh diguna pakai lagi, kerana orang yang benar-benar kaya iman menikmati hidup dalam penuh kekayaan dan kenikmatan di Akhirat.

Persoalan bagaimana untuk beliau bermula adalah antaranya adalah mencari mentor terlebih dahulu, bagi memulakan langkah kedua untuk memasuki dunia bisnes ataupun dunia ‘makan gaji’. Mentor seharusnya terdiri dari individu yang merasakan diri mereka ‘mahal’ dan tidak perlukan simbol kekayaan bagi menunjukkan mereka itu kaya.

Susah untuk diterangkan di dalam blog. Beliau juga boleh mula membaca buku-buku seperti ‘Memulakan Bisnes Sendiri’ tulisan Puan Ainon Mohd. Sebagai langkah permulaaan bagi memasuki dunia bisnes untuk kali yang ke seterusnya.

08 Jul 2010 Saya Tidak Mahu Memikirkan Tentang Raya!
 |  Category: Bebanan Hidup |  One Comment

Entri terkini Shamsuddin Kadir di Facebook.

Shamsuddin Kadir Belum masuk bulan Ramadhan sudah ada ‘berikrar’ yang tidak mahu memikirkan tentang hari raya, mereka hanya mahu berpuasa dan sembahyang terawih sahaja.

Apakah yang berada di sebalik hari raya itu? Adakah ianya bertambahnya hutang baru? Kongsikan di sini.

06 Jul 2010 Hari Raya Semakin Hampir Panggilan Untuk Buat Hutang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dimuliakan.

Beberapa hari yang lepas saya ada terbaca satu brosur skim ansuran mudah antara terbesar di Malaysia sudah menawarkan skim buat hutang, supaya kita dapat menyediakan hiasan dalam rumah termasuk sofa baru.

Perkara yang saya paling terkejut adalah bulan Ramadhan belum pun sampai, panggilan untuk beraya sudah sampai. Umpan terbesar yang diberikan adalah barangan yang dibeli tidak perlu bayar sekarang, bayar hanya selepas raya. Umpan besar, membuatkan kita menangung hutang besar.

‘Orang yang merasakan diri mereka mahal, mereka tidak memerlukan barang-barang yang mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun di sekeliling mereka’

Skim Ansuran Mudah adalah Barah Kewangan yang membuatkan hidup kita tertekan sepanjang hayat.

Barah kewangan menghilangkan ketenangan dalam hidup kita.

Apabila kita merasakan diri kita mahal, kita tidak perlu beli simbol-simbol kekayaan yang palsu itu.

15 Jun 2010 Membiayai Kehidupan Ataupun Gaya Hidup?
 |  Category: Bebanan Hidup |  One Comment

Isu yang banyak mempengaruhi kita dalam menjalani hidup yang bahagia dan dalam batasan normal manusia adalah kos hidup.

Apabila kita membiayai kehidupan, kita membelanjakan duit bagi memastikan kita memenuhi keperluan sementara hidup di dunia ini.

Apabila kita membiayai gaya hidup, kita membelanjakan duit kita dan duit orang lain (hutang) bagi memenuhi gaya hidup di dunia yang kita merasakan ianya akan kekal untuk selama-lamanya.

Kos membiayai kehidupan adalah murah, kerana kita tidak membazirkan duit bagi membeli simbol-simbol kekayaan, bukan kekayaan itu sendiri. Jika kita memerlukan sofa, kita hanya membelikan sofa yang boleh diduduki dengan selamat oleh tetamu kita dan mereka tidak rungsing jika air tertumpah di atas sofa kita. Tetamu juga tidak rungsing dengan anak-anak mereka yang bermain dalam rumah kita, kerana dalam rumah kita tidak ada hiasan yang membuatkan tetamu takut ianya pecah akibat anak-anak kita.

Apabila kita membiayai gaya hidup, duit gaji yang kita terima sentiasa tidak cukup, walaupun kita sudah menerima 3 kali ganda gaji yang lebih besar, kerana semakin besar gaji yang kita terima semakin besar hutang dan hiasan (simbol kekayaan @ simbol palsu) yang kita akan beli secara hutang.

Contoh individu yang membiayai kehidupan : Membeli TV 21″ berjenama Pensonic (Contohnya) RM 370.

BELIAN TV Pensonic di atas secara TUNAI.

Contoh individu yang membiayai gaya hidup : Membeli TV Plasma / Flat Screen RM 3,666

BELIAN TV Plasma di atas yang berharga RM 3,666 dibeli sama ada secara tunai, ataupun hutang (skim ansuran mudah, ataupun kad kredit).

Untuk mengelakkan kita sentiasa hidup dalam kegelisahan kerana wang tidak cukup, kita perlu tambahkan kawan dan sahabat kita yang hidup membiayai kehidupan. Insyaa-Allah nilai diri kita akan semakin lama semakin meningkat.

Mengikut kajian, orang yang merasakan dirinya MAHAL, mereka tidak perlu benda-benda mahal untuk dilekatkan kepada badan, ataupun di sekeliling mereka.

Semoga Allah mempermudahkan usaha kita yang sentiasa berusaha bagi membiayai kehidupan di negara yang sementara ini, insyaa-Allah.

Baca doa ini selalu, “Ya Allah biarlah aku nampak diriku kecil sahaja, tetapi orang lain nampak aku BESAR’ Amin.

Shamsuddin Kadir

Penulis 8 buah buku di Malaysia dan 3 buah buku di Indonesia

Trainer korporat di www.sk.my

Sertai Bengkel Bebas Hutang untuk individu pada 27 Jun 2010, Terhad untuk 8 orang sahaja.

07 Jun 2010 Hadiah Untuk Pengantin Baru

Apabila kita  mendapat jemputan majlis perkahwinan (bertol) ataupun kenduri Kesyukuran, hadiah yang paling bagus dan bernilai untuk kita berikan adalah hadiah yang benar-benar diperlukan oleh pasangan pengantin baru tersebut.

Apabila kita memberikan hadiah yang ‘tidak diperlukan’ seperti pinggan mangkuk, barangan hiasan, ini membuatkan penerima barangan itu mengeluh di hati, kerana melihat lambakan pingan mangkuk yang terlampau banyak dari pelbagai hadirin yang biasannya mencecah lebih dari RM1,000 secara total. Bayangkan jika sepasang tetamu datang membawa hadiah berisi pinggan mangkuk berharga RM 35. Tetamu seramai 30 orang sudah membawa pinggan mangkuk yang sudah berharga RM 1050.

Biasanya ada 5 – 10 set pinggan mangkuk yang sama, kerana, semuanya membeli di pasaraya yang sama.

Yang menjadi bertambah kaya adalah PASARAYA, yang terpaksa mengumpul stok pinggan mangkuk yang tidak perlu adalah pengantin baru. Mungkin sehari selepas majlis, pengantin baru itu dapat membuka JUALAN GARAJ di rumahnya bagi menjual pinggan mangkuk itu dengan separuh harga.

Antara perkara yang pengantin baru paling perlukan adalah duit, sama ada secara tunai ataupun duit yang dimasukkan ke dalam akaun mereka.

Keperluan belanja yang teramat besar berlaku sebaik sahaja majlis kenduri selesai di kedua-dua belah pihak, di mana mereka perlu menangung kos perpindahan ke rumah sewa yang  kosong. Keperluan asas seperti Peti Sejuk, Mesin Basuh, Pengisar (Blender), Periuk Nasi dan sebagainya.

Jika kita memerlukan nama kita diketahui oleh penerima duit pengantin baru itu, tuliskan nama kita pada sampul duit itu. Jika tidak perlu, kita boleh bagi tanpa sampul. Jumlah yang kita mampu dan ikhlas sama ada

RM 5, RM 10, RM 20, RM 30 dan sebagainya.

Semoga tiada lagi pengantin-pengantin baru yang mengeluh sempena majlis perkahwinan di musim cuti sekolah ini. Amin.

28 Apr 2010 Simptom-simptom hutang semakin banyak
 |  Category: Bebanan Hidup |  Tags: | Leave a Comment

Walaupun sebelum ini mereka menganggap mereka cekap dalam pengurusan hutang, namun anggapan mereka meleset apabila hanya tersedar apabila hutang yang dimiliki bertimbun dan semakin bertambah banyak apabila kad kredit yang dimiliki tidak boleh digunakan kerana melebihi had maksimum penggunaannya, pihak bank selalu menelefon kerana menuntut tunggakan ansuran rumah/kereta atau mendapat surat saman dari syarikat skim ansuran mudah yang menuntut segala hutang mereka dijelaskan. Kejutan buat mereka yang tidak sedar akan kedudukan kewangan mereka.

Sebelum perkara-perkara di atas berlaku, ada beberapa simptom-simptom yang menunjukkan hutang mereka semakin banyak tanpa disedari. Antaranya adalah

1. Tidak tahu berapa jumlah hutang kerana tidak pernah menulisnya di atas kertas.

2. Mula mengeluarkan duit di ATM dengan menggunakan kad kredit.

3. Tidak mempunyai sebarang simpanan.

4. Menanyakan pejabat pengeluar kad kredit berapa baki kad kredit yang boleh digunakan bukannya jumlah yang sudah digunakan.

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim