Archive for the Category ◊ Bimbingan ◊

07 Dec 2014 Strategi Laut Mati, Pelaburan Kalis Gawat IA
 |  Category: Bimbingan |  Leave a Comment

Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w |

Dengan keadaan desas desus bahawa 2015 adalah tahun yang Malaysia sekali lagi melalui era kegawatan ekonomi, ataupun disebut ‘GAWAT’. Di mana banyak bisnes tutup dan terkena kesannya. Pekerja banyak dibuang kerja.

Di dalam pelaburan terdapat dua jenis pelaburan.

1. Pelaburan laut Hidup

2. Pelaburan laut Mati

Pelaburan Laut Hidup, iaitu kita berhadapan dan dengan beraninya kita bermain dengan laut bergelora. Contohnya pelaburan kita bergantung kepada status ekonomi yang bagus dan lebih bagus. Kadang-kadang lautnya tidak bergelora, kita stres, cedera ataupun mati disebabkan oleh mabuk, jerung ataupun lemas.

Contohnya pemilik kondominium, yang menyewakan ribuan ringgit sehingga puluhan ribu ringgit sebulan, terpaksa berputih mata, sekiranya penyewanya adalah Expatriate (Mat Salleh, Mat Jepun…) yang berhijrah ke negara lain, apabila kilang yang mereka bekerja tutup ataupun pindah ke China dan sebagainya.

Penyewa-penyewa tempatan yang gaji dipotong ataupun bonus tiada, ingin mengurangkan kos sewa rumah, dari banglo ke Semi D, dari Semi D ke rumah teres 2 tingkat dan seterusnya…. Dari Kondominium ke Apartment….

Pelaburan laut Mati, iaitu kita melabur dalam keadaan laut yang tidak bergelora dan kita tidak dapat tengelam kerana laut mati tidak makan orang, kita boleh tidur di atas laut mati itu. Tiada haiwan seperti ikan jerung.

Oleh itu apabila hendak melabur, cari pelaburan yang gawat ataupun tidak orang tetap perlukan, ataupun mahukan. dan harganya tidak terlalu terjejas.

Apa yang manusia perlukan secara asasnya?

1. Makanan, tempat tinggal dan pakaian.

Bagi orang Islam tambah 1 lagi, amalan agama termasuk Umrah, Haji, Solat…..

Apabila disebut tempat tinggal, ianya berkaitan dengan hartanah. Sebenarnya ada produk hartanah yang jatuh dalam kategori Pelaburan Laut Hidup dan ada hartanah yang jatuh dalam kategori Pelaburan Laut Mati. Apartment, Flat, Rumah teres 1 tingkat, antara pelaburan Laut Mati. Rujuk buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah tulisan Shamsuddin Kadir

Itu baru di dalam hal Hartanah, bagaimana pula dengan pelaburan lain? Fikirkan tentang Laut Mati.

Facebook pages rasmi Shamsuddin Kadir

Wallahu A’lam. Lain Sekolah, lain pula ajarannya. Hormati Perbezaan.

05 Aug 2013 Bismillah. Kenapa kami menyediakan kursus dan seminar terbuka?

Bismillah. Antara sebab kami tidak membuat kursus ataupun program untuk orang awam (perseorangan) yang bayar guna duit poket sendiri adalah kami tidak mahu letih.

Antara sebab kami akhirnya membuat kursus-kursus terbuka untuk orang perseorangan adalah kerana permintaan yang sudah bertahun-tahun, dan janji-janji kami yang belum tertunai di atas permintaan itu.

Dan kami juga sedih kerana banyak yang sudah menanggung hutang keliling pinggang kerana tabiat yang kurang baik dalam menguruskan wang dan juga memasuki dunia bisnes dengan mazhab yang songsang. Itu yang menyebabkan banyak individu sudah menanggung hutang yang tidak perlu.

Akhirnya kami buat di atas tiket Akhirat Social Responsibility, kerana secara asas sebagai seorang ahli bisnes, saya tidak mahu membuat bisnes yang meletihkan, kerana saya sudah melalui dunia itu sewaktu dibesarkan.

Bengkel dan seminar-seminar yang dirancangkan itu semuanya adalah semata-mata bagi membantu orang lain lebih berjaya. Kerana dunia bisnes kami bukan di sini.

Bengkel dan seminar-seminar ini dibuat di atas permintaan sahabat-sahabat kita di facebook dan di luar facebook ini. Ianya dibuat juga kerana “Apabila kita membantu memenuhi keperluan orang lain, Allah bantu bagi memenuhi keperluan kita pula”

Astaghfirullah.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

26 Mar 2011 Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan 9 April 2011

Assalamualaikum dan salam ceria,

Sepupu yang dirahmati Allah lagi dikasihi Nabi,

Pada 9 April 2011 bersamaan hari Sabtu, pihak SK Training Academy Sdn Bhd akan menjayakan kursus 1 hari di Dewan Ainon Mohd bertempat 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.

Kursus ini membantu kita memulakan  pelbagai bisnes  yang kita inginkan dengan modal yang kecil iaitu kurang dari RM1,000. Ini bagi  memastikan duit kita tidak hangus.

Kursus ini memberikan kita kemahiran untuk menukarkan duit RM 100 menjadi RM 200. Seorang usahawan perlu pandai menukarkan duit RM 100 menjadi RM 200 sebelum kita dapat menukarkan duit RM 1000 Menjadi RM2000 dan sebagainya.

Kursus ini membantu kita supaya tidak terpengaruh dengan skim-skim ‘menipu’. Ianya juga membantu kita mempunyai ‘ilmu-ilmu bisnes yang betul’.

Kepada yang berminat, pembayaran adalah RM 199 sebelum 31 Mac 2011 dan RM 222 selepas tarikh tersebut. Bayaran boleh dimasukkan ke akaun Maybank 562106 – 200279 atas Nama Shamsuddin Abdul Kadir ataupun Bank Islam 14247020003805 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir.

Emelkan slip pembayaran ke info@sk.my ataupun faks ke 03 4142 7300

Layari www.SitiKhadijah.com bagi melihat kejayaan seorang peserta kursus ini yang terdahulu.

09 Feb 2011 Penulis Bersama Dengan Shamsuddin Kadir
 |  Category: Bimbingan, Buku |  3 Comments

Assalamualaikum dan salam ceria,

Sepupu-sepupu yang dirindu oleh Allah dan disayangi Nabi,

Kami mengucapkan rasa suka di atas emel-emel yang dihantar ke shamsuddin@sk.my bagi menjadi penulis bersama. Kami sememangnya mencari individu iaitu sepupu yang berminat bagi menulis perkataan-perkataan dengan harapan ianya menjadi perkara yang membuatkan kita tersenyum di padang Masyhar nanti.

Kami ada mengadakan bengkel bagi penulisan bersama. Kepada yang berminat untuk menulis secara bersama sama ada bersama Shamsuddin kadir ataun dengan Hani Sofea (Penulis bersama Shamsuddin Kadir ketika ini), mohon diemelkan biodata ringkas ke shamsuddin@sk.my

Tidak perlu mendapat keputusan Bahasa Melayu cemerlang di peringkat SPM bagi menyertainya. Walaupun tidak kredit dalam keputusan bahasa Melayu juga dialu-alukan.

Syarat bagi menulis bersama adalah, mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap ilmu ghaib seperti kewujudan Allah SWT. Keyakinan kita dibalas untuk setiap patah perkataan yang kita tulis dan sebut bermula di saat kita sudah dibebani dengan tanggungjawab iaitu agama ketika kita Baligh.

Insyaa Allah buku yang kita tulis secara bersama itu nanti, menjadi sumber matawang pahala yang dihantar ke akhirat secara online setiap saat orang membaca dan memanfaatkan ilmu yang ada dalam buku itu. Insyaa Allah pahala-pahala itu membantu kita membiayai penghidupan yang serba mewah yang terlampau di Syurga Firdaus. Amin. Kerana di Syurga tiada perkataan bajet lagi, kerana semua kenikmatan yang Allah berikan tiada sempadan, seperti mana Syurga yang diduduki oleh Nabi Adam dahulu ada sempadan, iaitu tidak boleh memakan buah terlarang.

31 May 2010 Keliru Dengan Tahap Kesihatan Kewangan
 |  Category: Bimbingan, Buku, Dilema |  Leave a Comment

ASSALAMUALAIKU EN SHAMSUDDIN,
 
NAMA SAYA XXXXX (Dipadamkan nama sebenar)

SAYA MERUPAKAN SEORANG PENJAWAT AWAM. SAYA SERINGKALI SEARCH INTERNET BAGI MENGETAHUI CARA-CARA PENGURUSAN KEWANGAN SAYA.

BANYAK BUKU DAN ARTIKEL YANG SAYA BACA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PENGURUSAN KEWANGAN SAYA.

TERBARU SAYA MEMBELI DAN MEMBACA BUKU TULISAN SAUDARA IAITU “HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG”.

SAYA KELIRU DENGAN TAHAP KESIHATAN KEWANGAN SAYA..DI SINI SAYA SERTAKAN BUTIRAN LENGKAP MENGENAI KEWANGAN SAYA UNTUK PERHATIAN SAUDARA AGAR DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MENANGANI MASALAH INI..
 
GAJI BULANAN- RM 2100 SETELAH DITOLAK DALAM SLIP GAJI..
 
PERBELANJAAN TETAP
 
RUMAH SEWA             – RM 170
PARENT                      – RM 400
KERETA                      – RM 350
TABUNG HAJI             – RM 200
 
INSURAN                    – RM 70
LOAN ASB                   – RM 158 ( RM 25000)
INVEST TKFUL            – RM 100
 
PTPTN                        – RM100
CEL/BRODBAND         – RM100
BALIK KG                    – RM 100
BELANJA                     – RM300   

JUMLAH                      =RM 2048
 
HUTANG..
 
LOAN ASB         RM 158           2030
PERS LOAN       RM 312.50       2020
PTPTN               RM 100           2020
KERETA             RM 350           2013  
 
MASALAH YANG MERUNSINGKAN SAYA APABILA MELIHAT BALANCE YANG HANYA TINGGAL RM 52.

SAYA SERINGKALI BERANGAN UNTUK MEMPUNYAI LEBIHAN WANG SETELAH SEMUA BIL DAN HUTANG DIBAYAR.

SAYA DAH PUAS CUT PERBELANJAAN UNTUK MENDAPATKAN LEBIHAN KEWANGAN.V

TETAPI MASALAH STILL SAMA..
 
SAYA BERHARAP AGAR PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DAN DAPAT MEMBERIKAN NASIHAT BERGUNA MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN SAYA..
 
TERIMA KASIH..
MARIAM (Bukan nama sebenar, ianya ditukar oleh pihak pengurusan ShamsuddinKadir.com)

——————————-

 

 

Waalaikummusalam Cik Puan Mariam,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada saudara dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Pertama-tamanya tahniah kerana mendampingi buku sebagai usaha mencari bekalan hidup. Kedua cik puan termasuk dalam kumpulan wanita yang amat cerdik dan ada matlamat hidup yang jelas. Tahniah.

GAJI BULANAN- RM 2100 SETELAH DITOLAK DALAM SLIP GAJI..
 
PERBELANJAAN TETAP
 
RUMAH SEWA             – RM 170 ( Bagus)
PARENT                      – RM 400 (Bagus, ada matlamat hidup sebenar)
KERETA                      – RM 350 (Bagus)
TABUNG HAJI             – RM 200 (Bagus, ada matlamat hidup sebenar)
 
INSURAN                    – RM 70 (saya tidak pasti untuk apa)
LOAN ASB                   – RM 158 ( RM 25,000) (Pastikan LOAN yang dibuat adalam mengunakan sistem Islamik, kerana riba membuatkan kita berperang dengan Allah dan rasulnya, azab bila malaikat maut datang mencabut nyawa kita, apabila kita dikenal pasti sebagai orang yang ingin berperang dengan Allah dan rasul)

INVEST TKFUL            – RM 100 (Bagus, kerana ianya Takaful, baca buku Makan Gaji Tetapi Kaya, jika kita ingin kekal melabur dalam Takaful sebanyak itu selepas membaca buku itu, itu adalah pilihan TERBAIK KITA)
 
PTPTN                        – RM100 (Tiada pilihan berdasar maklumat yang diberikan, teruskan)
CEL/BRODBAND         – RM100 (Adakah ianya perlu ? Kita ada buat bisnes ke? Jika ada broadband tambah duit, perlu ada,  buat masa ini tidak perlu, kerana saya melihat cik puan seorang orang yang bijak, cari streamyz dan pasang di rumah sewa, yang boleh disharekan kepada beberapa orang termasuk jiran, sharekan bayaran, ambil pakej RM 68 sahaja, ataupun tukar plan Celcom itu kepada pakej RM 68 seperti mana yang kami guna)
BALIK KG                    – RM 100 (Balik kampung, bagus, semoga Allah jadikan hidup saudara bertambah berkat dan kaya di atas sentiasa melawat ibubapa)
BELANJA                     – RM300   (Bagus, saudara seorang wanita yang pandai, bijak, cerdik, berdisiplin, teruskan memiliki sikap yang bagus ini)

JUMLAH                      =RM 2048
 
HUTANG..
 
LOAN ASB         RM 158           2030 (Saya tiada pandangan)
PERS LOAN       RM 312.50       2020 (Bayaran bulanan RM 312.50 tidak di masukkan dalam senarai belanja, ini adalah BARAH KEWANGAN, saya tidak tahu kenapa Cik Puan memiliki kanser yang telah meruntuhkan banyak rumahtangga, menghilangkan nikmat tenang dan ceria, menambahkan kedutan di muka dan sebagainya.  Cadangan saya hentikan perlindungan (insurans /pelaburan), gunakan duit itu bagi membebaskan diri dari BARAH KEWANGAN ITU terlebih dahulu, selepas itu, boleh rancang kembali perlaburan dan perlindungan dalam Takaful (ambil yang islamik, supaya kita tidak berperang dengan Allah dan Rasulnya).

PTPTN               RM 100           2020  (Teruskan membayarnya)
KERETA             RM 350           2013  (Pandangan saya, jangan beli kereta baru lain ataupun tukar kepada kereta lain, selepas tempoh pinjaman kereta ini berakhir, teruskan mengunakan kereta tersebut.

Kesimpulannya, saya mencadangkan cik puan untuk membaca buku di bawah mengikut susunannya :

1. Makan Gaji Tetapi Kaya (Sudah tiada di pasaran, hujung bulan Jun baru ada di pasaran)

2. Kaya dengan rumah

3. Buat Duit Dengan Rumah

Jika inginkan suatu kelainan baru dalam hidup cik puan, baca juga buku di bawah

1. Garaj Aiman (Tulisan Shamsuddin Kadir bersama Nor’Aini Mohamed Noor)

2. Biskut Ajaib

3. Tukang Gunting Terbang

Belanja untuk ibubapa sebanyak RM 400 sebulan itu, adakah jumlah yang perlu? Saya tidak tahu berapa komitmen bulanan yang ibubapa saudara perlu? Maksud saya apa yang perlu ibubapa saudara perlu untuk hidup bagi sebulan?, adakah adik beradik saudara lain juga membantu? Saya khuatir dengan BARAH KEWANGAN saudara itu, ianya bakal membuatkan saudara tidak mampu lagi memberikan satu sen pun kepada ibubapa apabila ianya bertambah parah.

Sentiasa amalkan doa menyembuhkan BARAH KEWANGAN seperti yang saya tulis dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang di muka surat antara yang terakhir.

Shamsuddin Kadir

26 Apr 2010 Cerdik Ilmu Kewangan
 |  Category: Bimbingan |  Tags: | Leave a Comment

Apabila diri kita dilengkapi ilmu kewangan yang cekap, semakin susah untuk wang mengalir keluar dari poket kita. Sebagai contoh, apabila kita dapat mengenalpasti perbezaan antara kehendak dan keperluan maka semakin susah wang untuk dihabiskan untuk digunakan bagi memenuhi kehendak kita. Untuk apa memenuhi kehendak jika keperluan kadang-kadang tidak mencukupi.

Apabila kita memiliki ilmu kewangan yang cekap, sudah tentu kita tahu status kewangan kita sekarang. Berapa banyak hutang yang sedang kita tanggung sekarang. Juga berapa lama lagi masa yang akan diambil untuk hutang kita selesai dibayar. Seterusnya memudahkan kita merancang pembelian barang yang mampu dimilki sesuai dengan kedudukan kewangan kita sekarang.

Bagi mereka yang lebih hebat, wang yang ada dapat disimpan bagi digunakan kembali pada waktu-waktu kecemasan. Serta wang yang ada digunakan untuk saham akhirat dengan melaburkannya kepada tabung-tabung masjid, rumah anak yatim dan institusi kebajikan yang amat memerlukan bantuan kita. Seterusnya, kita berpuas hati kerana wang kita telah menjadi harta benda yang akan diganjari di akhirat kelak. Seterusnya memupuk sifat bersyukur.

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan Dan Silaturahim

14 Feb 2010 Kata-Kata Untuk Hati @ Kalbu
 |  Category: Bimbingan |  One Comment

Peringatan di bawah ini ditujukan kepada Shamsuddin kadir

Apabila kita menguruskan kehidupan kita bertunjangkan Iman, sudah pasti kita sentiasa bersyukur dan bersabar di atas nikmat rezeki yang Allah berikan walaupun ianya banyak ataupun sedikit.

“Ketahuilah bahawa di dalam tubuh ada segumpal daging, apabila daging ini baik, maka baiklah seluruh anggota tubuh yang lain, dan sebaliknya apabila daging ini rosak maka rosaklah seluruh anggota tubuh yang lain, dan sebaliknya apabila daging ini rosak maka rosaklah seluruh anggota tubuh yang lain, ketahuilah daging itu bernama hati.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hati merupakan sumber keyakinan dan rumah bagi iman. Begitu juga dengan sifat keras dan kufur juga terletak di hati juga. Hati menjadi keras ketika di saat hati lupa berzikir kepada Allah. Hati menjadi keras apabila hati mempercayai tidak ada kehidupan selain dari kehidupan di dunia ini. Dengan keyakinan ini, ianya berusaha sedaya upaya bagi mengejar wang dan kemewahan hidup dengan mengunakan segala jenis cara. Ia berjaya mencapainya segalanya dengan cara zalim (haram) dan mengambil hak orang lain. Baginya dunia adalah tujuan akhir baginya dalam kehidupan.

Apabila iman telah keluar dari hati, tiadalah lagi istilah kasih sayang baginya dan anggota tubuh pun kehilangan iman. Apabila ia bertemu dengan orang yang dalam kesusahan di didepan matanya, ia tidak mahu memberi walaupun sepinggan nasi.

Dari tanggannya tidak ada cahaya iman sehingga dengan mudah ia mencuri dan mengambil harta secara haram.

Dari matanya hilang sinar iman, maka tidak segan-segan ia melihat hal yang diharamkan.

Di kakinya hilang cahaya iman, maka ia berat melangkahkan kaki ke masjid (rumah Allah).

Penting diingatkan hati merupakan sumber keimanan.

Maklumat di atas adalah ringkasan dari buku ‘Pesan Maha Kasih dalam Kisah’. Hadiah dari Sekolah Rendah Agama Padang Jawa, Shah Alam, Selangor sewaktu di jemput memberi ‘Motivasi’.

Perlaburan bagi hati yang beriman yang paling menguntungkan sudah pasti sembahyang secara berjemaah. Semoga hari cuti yang panjang ini bermula semalam sehingga hari selasa ini kita tambahkan nilai iman di hati untuk melangkah ke Masjid untuk sembahyang Subuh, Zuhur dan jika boleh semua waktu lain juga kita sembahyang di Masjid ataupun surau. Jika kita sibuk, sembahyang berjemaah di rumah itu menandakan hati kita semakin tinggi imannya.

Jangan biarkan hati kita menjadi keras @ mati, kerana matinya iman, kita menjadi umpama KERANDA HIDUP yang berlegar-legar di negara Allah.

Apabila hati kita menjadi tempat tinggal untuk Iman sahaja, sudah pasti kita juga tidak membazirkan duit untuk perkara yang tidak perlu dan lalai, ini membantu kita hidup dalam kemampuan sepanjang hayat di dunia yang sementara ini.

Shamsuddin Kadir

30 Sep 2009 Bimbingan Secara Peribadi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kini SK membuka ruang bagi individu yang ingin membuat temujanji bagi mendapatkan bimbingan secara peribadi ‘personal coach’ terutama dalam bidang bisnes dan pembangunan diri.

Ini adalah di atas permintaan yang berterusan sejak 2003. Kebanyakan permintaan itu terpaksa SK menolak kerana situasi yang tidak mengizinkan. Sejak beberapa hari selepas raya ada seorang individu dari negeri Sembilan yang banyak kali menghubungi SK bagi mendapatkan khidmat bimbingan bisnes. Beliau sudah beberapa kali buat bisnes semuanya membuatkannya habis lebih banyak duit.

Beliau ingin mengikuti bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan, tetapi tidak sanggup bagi menunggu bengkel seterusnya kerana takut lebih banyak duit beliau yang hangus sebelum tarikh bengkel itu tiba.

Beliau ingin mendapatkan khidmat segera dan secara perseorangan. Waktu bimbingan untuk beliau adalah pada pagi Jumaat ini bersamaan dengan 2 Oktober 2009.

Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari cuti untuk seluruh Tim Ultra Mind Resources. Kini SK mengunakan sebahagian dari waktu cuti itu bagi meluangkan masa bersama individu yang ingin mendapat bimbingan secara peribadi.

Bermula dengan individu ini, SK akan membuka ruang kepada kepada individu yang berminat bagi mendapatkan bimbingan secara terus dan peribadi.

Emelkan nama, nombor telefon dan tuliskan di ruangan subjek : Bimbingan Peribadi, jika bisnes, tambahkan perkataan bisnes selepas perkataan bimbingan peribadi tersebut. Lebih baik juga jika diterangkan seberapa ringkas jenis bimbingan yang diperlukan.

Emelkan ke info@shamsuddinkadir.com

Shamsuddin Kadir