Archive for the Category ◊ Bisnes (Dewasa) ◊

19 Mar 2017 Berhenti Kerja Buka Akaun Dana Hari Termenung

Bismillah.

Sebelum Berhenti Kerja, Pastikan Pastikan Pastikan kita buka dahulu Akaun Dana Hari Termenung

Ini bagi memberikan kita back up pelan terdesak.

Sejauh mana kita mahu pelan terdesak itu bantu kita, bergantung sejauh mana kita mahu mulakan dana ini dan sejauh mana kita sanggup menyimpan secara berkala.

Bismillah.

Bagi lelaki yang tergilakan bisnes, dan masih makan gaji dengan kerajaan,

Jangan mudah terpedaya dengan kawan yang sudah success buat bisnes, tanya dia, “Kau ada akaun KWSP? Akaun 1 ada berapa? Jika ciput, Den pesan, jangan terpedaya.

Bagi usahawan yang dah ada income tetap sekurang-kurangnya RM 4,000 ke atas, sekurang-kurangnya bukalah akaun Dana Persaraan dan hari Termenung

Info lanjut di bawah. Boleh buka dari umur 18 tahun dan ke atas

Klik link di bawah, ataupun layari

http://bit.ly/2nmMUQZ

15 Aug 2013 Bismillah. Bisnes Zaman Jahiliyyah Hanya Mahu Untung
 |  Category: Bisnes (Dewasa) |  One Comment

Bismillah. Bisnes yang dibuat atas dasar untung semata-mata tidak ubah seperti bisnes di zaman Jahiliyyah.

Di dalam bisnes, ada masa kita ambil untung, ada masa kita ambil modal, ada masa kita tanggung ‘rugi dunia’. Contoh paling mudah adalah apabila kita membuka klinik. Ada pelanggan yang kita caj harga premium (standard) ada pelanggan yang kita bagi harga standard, ada pelanggan yang kita beri harga modal, ada pelanggan yang kita tanggung sebahagian kos.

Contoh yang lebih mudah, pelanggan yang mampu kita caj harga premium ( iaitu harga yang lebih tinggi dari kos kita).

Apabila ada pelanggan yang tidak mampu dan kita tahu produk yang kita jual itu menjadi keperluan untuknya, kita bagi diskaun, iaitu kita masih untung selepas diskaun.

Apabila ada pelanggan yang benar-benar tidak mampu, kita berikan pada harga kos.

Apabila ada pelanggan yang hidup di dalam kedaifan ataupun kurang upaya contohnya OKU – Anggota, OKU – Penglihatan, berkerusi roda, kita menjual produk itu berdasarkan banyak faktor antaranya mengambil kira tahap keimanan kita. Di mana harga jualan kita kepada mereka, sama ada 90% bawah harga modal, ataupun 50% bawah harga modal ataupun kita tawarkan secara percuma.

Apabila bisnes yang dibuat atas landasan Jahiliyyah, unsur pahala, dosa, simpati, zakat, sedekah itu tiada di dalam kamus Usahawan Jahiliyyah.

Untung bukannya sekadar bermaksud menjual barang lebih tinggi dari harga modal. Untung juga adalah pengorbanan menjual produk dalam keadaan harga yang dijual itu lebih rendah dari harga kita membeli produk itu. Ini adalah amalan orang yang memiliki Bisnes Patuh Syariah

Di mana apabila kita ingin ataupun sudah menceburi bisnes, memegang dan patuh kepada prinsip Islam itu menjadikan bisnes kita bisnes yang selamat di Akhirat dan bukannya Bisnes Jahiliyyah. Nauzubillah.

Di dalam amalan Bisnes Patuh Syariah, antara perkara yang penting adalah Syariah Compliant Marketing (Pemasaran Patuh Syariah). Apabila sistem pemasaran bermotifkan duit semata-mata, hilang nilai kemanusiaan dan keimanan sewaktu berurusniaga.

Iman itu bukan untuk dibawa seperti solat, sebaliknya diusahakan supaya iman itu dibawa bersama setiap masa. In Syaa Allah.

In Syaa Allah Seminar Memulakan Bisnes Sendiri 2013 dan Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan (Siri 2) juga menggunakan teknik bisnes patuh syariah. In Syaa Allah.

Di atas kejahilan yang ada pada saya, saya menghentikan tulisan ini dengan lafaz Astaghfirullah.

Wallahu’alam (Hanya Allah yang tahu segala-galanya dan yang tahu yang sebenar-benarnya)

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

14 Aug 2013 Bismillah. Bisnes Dengan Orang Perseorangan Kita Cepat Letih

Bismillah. Apabila kita buat bisnes dengan orang perseorangan, di mana pelanggan kita adalah orang perseorangan, kita menjadi cepat letih.

Itu yang membuatkan saya tidak minat untuk terlibat di dalam bisnes ‘letih’ kerana ianya membuatkan saya cepat mengalah. Bisnes letih sesuai untuk orang sentiasa hidup dalam kesusahan ataupun yang sudah melalui dunia hidup bisnes letih daripada ibu bapanya.

Orang yang pernah bekerja di dalam ruang pejabat, yang ada penghawa dingin, menjadi lebih cepat letih apabila buat bisnes yang letih. Ini menjadikan banyak bisnes yang diceburinya separuh jalan.

Menjadi agen yang paling sedap antaranya adalah menjadi agen hartanah, kerana kita membuat duit dari atas duit bank yang dipinjam oleh pembeli.

Topik kali ini adalah berkenaan bisnes dan bukannya agen. Oleh Contoh di atas iaitu sebagai agen hartanah itu, ianya bukan dalam kategori bisnes yang kita ingin bincangkan.

Contoh bisnes yang saya menggeleng kepala apabila mengetahui ada orang ‘malas’ yang ingin cari duit melibatkan diri adalah seperti menjual karipap beku, menjual kuih raya, menjual, kek di mana pelanggan mereka adalah orang perseorangan iaitu sama ada jiran, rakan sekolah, rakan sepejabat. Kerana ini bisnes yang letih, berbanding dengan untung yang diperolehi. Ianya sesuai untuk orang yang rajin. Orang yang rajin di sini hanyalah ditujukan kepada orang yang susah, yang selalu hidup dalam kesusahan, Bisnes ini tidak dapat menyelesaikan banyak masalah hidup.

Orang yang ‘malas’ iaitu orang yang bekerja dalam suasana yang nyaman (penghawa dingin) perlu memilih bisnes yang berurusan dengan organisasi dan bukannya orang perseorangan.

Dalam kata mudah, jangan jual produk kita kepada orang perseorangan, kerana letih untuk mencari banyak klien, dan juga masa yang kita habis juga banyak, dan jumlah caj kita untuk setiap klien adalah lebih rendah kerana kita berurusan dengan seorang bagi memenuhi keperluan untuk seorang.

Apabila kita berurusan dengan organisasi, kita berurusan dengan seseorang tetapi bagi memenuhi keperluan untuk 50 ataupun 1000 orang. Contoh satu dari bisnes yang saya ceburi dahulu adalah bisnes pembersihan pejabat.

Itu antara sebab, kami tidak menceburi bisnes di facebook, dan menjayakan kursus untuk orang awam, kecuali kerana Akhirat Social Responsibility, In Syaa Allah.

In Syaa Allah kita pelajari bersama dalam kursus-kursus bisnes yang sedang dijalankan mulai 17 Ogos ini.

Astaghfirullah. Wallahu’alam.

Facebook SK Training Academy Sdn Bhd

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

05 Aug 2013 Bismillah. Kenapa kami menyediakan kursus dan seminar terbuka?

Bismillah. Antara sebab kami tidak membuat kursus ataupun program untuk orang awam (perseorangan) yang bayar guna duit poket sendiri adalah kami tidak mahu letih.

Antara sebab kami akhirnya membuat kursus-kursus terbuka untuk orang perseorangan adalah kerana permintaan yang sudah bertahun-tahun, dan janji-janji kami yang belum tertunai di atas permintaan itu.

Dan kami juga sedih kerana banyak yang sudah menanggung hutang keliling pinggang kerana tabiat yang kurang baik dalam menguruskan wang dan juga memasuki dunia bisnes dengan mazhab yang songsang. Itu yang menyebabkan banyak individu sudah menanggung hutang yang tidak perlu.

Akhirnya kami buat di atas tiket Akhirat Social Responsibility, kerana secara asas sebagai seorang ahli bisnes, saya tidak mahu membuat bisnes yang meletihkan, kerana saya sudah melalui dunia itu sewaktu dibesarkan.

Bengkel dan seminar-seminar yang dirancangkan itu semuanya adalah semata-mata bagi membantu orang lain lebih berjaya. Kerana dunia bisnes kami bukan di sini.

Bengkel dan seminar-seminar ini dibuat di atas permintaan sahabat-sahabat kita di facebook dan di luar facebook ini. Ianya dibuat juga kerana “Apabila kita membantu memenuhi keperluan orang lain, Allah bantu bagi memenuhi keperluan kita pula”

Astaghfirullah.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

05 Aug 2013 Bismillah. Bagaimana Memasuki Dunia Bisnes Yang Tidak Letih

Bismillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam, salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w

Di dalam Seminar Memulakan Bisnes Sendiri 2013, Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan dan Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan (Siri 2) para peserta akan mempelajari bagaimana untuk memasuki dunia bisnes yang tidak letih.

Apabila memasuki dunia bisnes yang letih, secara puratanya orang yang tidak hidup dalam kesusahan cepat berputus asa dan cepat hilang rasa suka, kerana ianya meletihkan.

Antara bisnes yang tidak sesuai untuk kebanyakan (bukan semua, tetapi majoriti) adalah bisnes membuka kedai runcit ataupun restoran. Kedua-dua bisnes ini memerlukan waktu berniaga itu panjang, dan hujung minggu adalah antara masa untuk membuat duit juga. Bagi yang tidak pernah melaluinya, elakkan pada permulaan menceburi dunia bisnes. Saya pernah dibesar di dalam dunia restoran dan kedai runcit. Ianya memenatkan, walaupun dari sumber restoran itu menghasilkan pendapatan yang banyak kerana peniaga tertentu termasuk arwah ayah kami (Shamsuddin Kadir).

Menjual secara individu dan terpaksa mencari pelanggan individu adalah bisnes yang memenatkan. Ianya juga adalah bisnes Ikan bilis.

Bagi menceburi bidang bisnes, tabiat asas yang perlu ada pada kita adalah :

1. Jujur, Amanah dan bercakap benar
2. ‘On time every time’
3. Berpakaian kemas begitu juga dengan rambut, misai, bulu hidung, janggut.
4. Cara berjalan
5. Pemilihan perkataan sewaktu bercakap
6. Cara berkata sewaktu memberikan kad (jangan tiru barat)
7. Cara bersalam (jangan tiru barat)
8. Mengamalkan Silaturrahim Marketing
9. Bergantung kepada Allah setiap masa

Di atas adalah cara bisnes yang In Syaa Allah membuatkan bisnes kita dirahmati Allah dan In Syaa Allah susah untuk bankrap ataupun lingkup.

Wallahualam.

Bagi menyertai seminar ataupun kursus yang disediakan untuk orang awam adalah klik pada link tajuk kursus dan seminar di atas. Ataupun boleh layari facebook SK Training Academy Sdn Bhd bagi melihat semua kursus dan seminar yang ditawarkan untuk orang awam.

Program-program itu ditawarkan disebabkan dan atas dasar Akhirat Social Responsibility

Wallahu’alam (hanya Allah yang tahu segala-galanya dan yang tahu perkara yang sebenar-benarnya)

Astaghfirullah.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

04 Aug 2011 Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan 13 Ogos 2011
 |  Category: Bengkel, Bisnes (Dewasa) |  One Comment

Salam Ramadhan buat semua sepupu yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Di atas kerjasama antara SK Training Academy Sdn Bhd dan Akademi Nur Insan, kursus Berhijrah menjadi usahawan akan dijayakan pada 13 Ogos 2011 di Akademi Nur Insan yang terletak di Kajang.

Kepada tuan dan cik puan yang berminat bagi menyertainya, boleh melayari http://akademinurinsan.blogspot.com/2011/08/kursus-berhijrah-menjadi-usahawan-pada.html

Ini satu-satunya kursus Berhijrah Menjadi Usahawan yang akan dijayakan oleh Shamsuddin Kadir pada bulan Ramadhan ini.

26 Mar 2011 Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan 9 April 2011

Assalamualaikum dan salam ceria,

Sepupu yang dirahmati Allah lagi dikasihi Nabi,

Pada 9 April 2011 bersamaan hari Sabtu, pihak SK Training Academy Sdn Bhd akan menjayakan kursus 1 hari di Dewan Ainon Mohd bertempat 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur.

Kursus ini membantu kita memulakan  pelbagai bisnes  yang kita inginkan dengan modal yang kecil iaitu kurang dari RM1,000. Ini bagi  memastikan duit kita tidak hangus.

Kursus ini memberikan kita kemahiran untuk menukarkan duit RM 100 menjadi RM 200. Seorang usahawan perlu pandai menukarkan duit RM 100 menjadi RM 200 sebelum kita dapat menukarkan duit RM 1000 Menjadi RM2000 dan sebagainya.

Kursus ini membantu kita supaya tidak terpengaruh dengan skim-skim ‘menipu’. Ianya juga membantu kita mempunyai ‘ilmu-ilmu bisnes yang betul’.

Kepada yang berminat, pembayaran adalah RM 199 sebelum 31 Mac 2011 dan RM 222 selepas tarikh tersebut. Bayaran boleh dimasukkan ke akaun Maybank 562106 – 200279 atas Nama Shamsuddin Abdul Kadir ataupun Bank Islam 14247020003805 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir.

Emelkan slip pembayaran ke info@sk.my ataupun faks ke 03 4142 7300

Layari www.SitiKhadijah.com bagi melihat kejayaan seorang peserta kursus ini yang terdahulu.

30 Dec 2010 Pertanyaan: 1 Rumah, 2 Rumah ataupun Rumah Dan Bisnes
 |  Category: Bisnes (Dewasa), Risiko |  2 Comments

Salam Tuan SK,

Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih, kami mendapat manfaat daripada buku tuan “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” dan sedang mempraktikkan sistem sampul, ianya membantu,,Alhamdulillah…

Saya ingin memohon pendapat tuan,

Saya dan suami ingin membina rumah di atas tanah sendiri(diberi ayah) dengan anggaran kos kurang 150 ribu(Pinjaman)… saya dan suami bekerja..berikut beberapa pilihan perancangan yg kami bincangkan;

1. Buat rumah dalam kos tersebut beserta termasuk perabot sekali(termasuk semua kos)

2. Buat rumah berkembar yang sederhana, satu kami duduki, satu lagi disewakan utk menampung kos pinjaman.

3. Buat rumah dalam kos 100k dan selebihnya 50k atau kurang dijadikan modal perniagaan sampingan bakeri kecil2an.

Menurut tuan mana satu yang paling sesuai atau tuan ada cadangan lain. Jika tuan dapat memberi pandangan ringkas pun saya amat hargai dan saya mendoakan tuan sekeluarga sentiasa dilimpahi Rahmat Allah S.W.T…Amin.

Salam.

——————————-

Apa pendapat Tuan dan Puan yang dimuliakan?

28 May 2010 Memulakan Bisnes Sendiri

Apabila kita ingin menceburi bidang @ dunia bisnes, kita ada beberapa pilihan untuk melakukannya, antaranya :

  • Terjun ke dalam dunia bisnes mengikut apa yang kita dengar-dengar dan lihat orang lain berniaga
  • Masuk dunia bisnes dengan berbekalkan semangat dan duit @ modal
  • Masuk dunia bisnes dengan berbekalkan semangat dan wang pinjaman
  • Masuk dunia bisnes selepas memiliki kemahiran orang bisnes
  • Masuk dunia bisnes selepas belajar dari orang yang mengendalikan bisnes
  • Masuk dunia bisnes selepas belajar dari orang yang buat bisnes dan lahir dalam keluarga bisnes

Memasuki dunia bisnes tanpa memiliki kemahiran dan ilmu bisnes yang dipelajari dari orang yang buat bisnes, kita memasuki bisnes dengan keadaan tangan terbakar, di mana duit yang dilaburkan akan hangus.

Memasuki dunia bisnes, ada banyak patangnya, antaranya adalah :

  •  Sumpahan 3 tahun pertama, di mana 90% peniaga akan gulung tikar (bisnes lingkup) dalam masa 3 tahun pertama. Patang larang yang perlu diikuti bagi mengelakkan bisnes kita lingkup di atas tindakan kita.
  • Masuk bisnes apabila kita telah disahkan sebagai orang bisnes. Bagaimana kita dapat mengukur sama ada kita ada bakat dalam dunia bisnes, supaya kita hanya masuk dalam dunia bisnes jika kita ada bakatnya sahaja.

Dunia bisnes orang yang makan gaji tidak sama dengan orang dari dunia bisnes.

Kejayaan bisnes kita banyak bergantung kepada Role Model kita ataupun sifu kita.  Banyak ilmu bagi mengatasi dan mengelakkan kesilapan dapat kita pelajari supaya kita tidak menangung rugi yang tidak perlu.

Apabila ingin memasuki dunia bisnes, ilmu yang dibawa bersama mestilah cukup, supaya apa yang dilaburkan tidak hangus, dan kita serik untuk membuat bisnes lagi.

Sebaiknya cari beberapa mentor yang juga ahli bisnes untuk kita jadikan tempat kita belajar dan mendapat nasihat, supaya kita tidak perlu meleburkan duit kita itu.

28 Jan 2010 Sepupu SK : Rumah & Taska
 |  Category: Bisnes (Dewasa) |  Leave a Comment

Assalamualaikum,

 
Semoga Tuan SK sihat sentiasa. Saya pernah bertanyakan tentang hal ini beberapa bulan yang lalu, dan saya sentiasa mengikuti blog tuan.
Baru-baru ini saya telah terjumpa (dengan izin Allah S.W.T) sebuah rumah yang sangat baik potensinya dari kaca mata saya – saya harap tepat – DAN MAHU DIJUAL DIBAWAH HARGA PASARAN.
Masalahnya saya agak takut dan bimbang mengenangkan kos operasi dan bayaran bulanan yang pasti tinggi.
 
Cuma hasil dari pembacaan buku tuan saya bercadang untuk mendapatkan harga pasaran dan lebihannya digunakan sebagai modal perniagaan.
Abang ipar saya alhamdulillah sentiasa mendapat PO (Purchase Order) dari salah sebuah syarikat minyak yang terkenal,malangnya dia kekurangan modal. 
Jadi saya bercadang untuk menyumbang modal. Ganjarannya 10% DARI KEUNTUNGAN DARi SETIAP PO. Cukuplah untuk belanja bulanan TASKA ISLAMIC idaman saya itu.
 
Minta pandangan Tuan SK.
 
Sekian,wassalam.
 
Abdul Razak
————————————–
Waalaikummusalam Tuan Abdul Razak,
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak. Amin.
Saya cukup gembira di atas impian Tuan itu, walau bagaimanapun Tuan perlu mencari kenalan yang mengusahakan tadika ataupun taska terlebih dahulu. Lawat tempat taska berkenaan, jika boleh tinggal sehari dari pagi sampai petang di taska tersebut. Jika Tuan boleh hidup dengan gaya hidup Taska, baru teruskan dengan agenda seterusnya.
Jika Tuan tidak ada rakan ataupun kenalan, saya ada seorang kenalan yang membuka tadika dan taska di Seksyen 13 Shah Alam. Jika Tuan berminat boleh pergi berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan pandangan. Tadika Istana Impian, saya belum berkesempatan melawatnya.
Tentang untuk memimjamkan duit, itu terserah kepada keyakinan Tuan terhadap ipar tersebut, jika beliau benar-benar amanah teruskan niat yang diberkati oleh Allah itu hendaknya.
Sekarang persekolah sudah dibuka, banyak anak-anak sudah ditempatkan di taska terpilih, adalah sedikit sukar bagi mendapatkan pelanggan ketika ini. Tetapi tidak mustahil.
Tuan lakukan Isthikarah terlebih dahulu, selepas itu terus lakukan apa yang terbuku di hati.
Pastikan Tuan membaca buku Memulakan Bisnes Sendiri oleh Puan Ainon Mohd. terlebih dahulu.
Shamsuddin Kadir

 

25 Dec 2009 Kebanjiran Pekerja Membuat Bisnes 2 Dalam 1
 |  Category: Bisnes (Dewasa), Pekerja |  2 Comments

Terdapat dua asas utama dalam menghasilkan duit bagi membiayai kos sara hidup kita sewaktu di dunia ini. Yang pertama adalah dari sumber pekerjaan ‘makan gaji’ dan yang kedua dan terakhir adalah ‘bisnes’.

Di mana seorang individu muslim pernah berkata, 1/10 dari sumber pendapatan yang ada di atas muka bumi ini adalah melalui pekerjaan iaitu makan gaji. Manakala 9/10 sumber pendapatan datang dari perniagaan.

Di dalam masyarakat Malaysia,

  • ada sepupu kita yang membuat pilihan untuk menjadi pekerja sebagai pilihan bagi mendapat duit keperluan bagi memenuhi keperluan hidup.
  • ada sepupu kita yang membuat pilihan untuk mendapat duit dengan berniaga sebagai usaha bagi memenuhi keperluan hidup.

Kedua-dua cara ini adalah murni dan kedua-dua cara ini adalah berkat. Tidak ada kekurangan dari segi keberkatan (duit ke syurga) walaupun kerjaya mana yang kita pilih. Tahniah dan syabas kepada sepupu kita yang memilih salah satu daripada profession yang halal di atas.

Kini timbul satu lagi konsep baru di mana ada individu memilih untuk menjadi pekerja dan pada masa yang sama membuat bisnes. Adakah ianya konsep yang terbaik iaitu 2 dalam 1?

Adakah ada individu yang membuat bisnes sepenuh masa dan membuat kerja (menjadi pekerja) separuh masa ‘part time? Rasanya seperti tidak ada, ada yang berkata mustahil ianya berlaku.

Bagaimana dengan individu yang ‘makan gaji’ dan pada masa yang sama membuat bisnes? Ini yang paling banyak, dan berkembang setiap hari.

Apabila timbul kebanjiran individu yang makan gaji yang mengunakan masa iaitu dalam 24 jam itu bagi membuat bisnes sama ada online ataupun offline :

  • apakah kesan kepada majikan tempat beliau bekerja?
  • apakah kesan kepada fokus beliau terhadap pekerjaan ‘makan gaji beliau itu’
  • Apakah servis yang dapat mereka berikan kepada pelanggan bisnesnya yang part time itu?
  • Apa yang membuatkan beliau terus menerus makan gaji, walaupun sudah membuat bisnes?

 Bilakah waktu individu iaitu sepupu kita yang makan gaji itu membuat bisnesnya ? Selepas waktu pejabat ataupun setiap masa?

Apakah yang menyebabkan mereka menceburi bidang bisnes part time?

  • Jiwa bisnes lahir dari keluarga yang 100% bisnes
  • Menangung bebanan hutang yang besar (loan kereta 9-12 tahun, loan rumah lebih dari 20 tahun)
  • Menangung bebanan barah (pinjaman peribadi, skim ansuran mudah, kad kredit…)
  • Ingin jadi kaya (MLM, Direct seling dan juga bisnes online)
  • Ingin duit lebih…

Adakah individu yang bekerja sebagai pekerja dan pada masa yang sama buat bisnes secara part time, bolehkah mereka memberikan komitmen kepada pekerjaan mereka? 

Organisasi yang ingin berjaya perlu mempunyai garis panduan yang jelas, sama ada membenarkan ataupun tidak membenarkan pekerja mereka dari melakukan dua kerja dengan matlamat yang berbeza.

Jika bisnes part time diusahakan bagi memberikan mereka masa antara 6 – 12 bulan untuk berhenti kerja, mungkin tidak keterlaluan untuk majikan membenarkannya.  Jika pekerja itu tetap menjadi pekerja walaupun sudah 1 tahun membuat bisnes online ataupun offline tetapi tidak juga berhenti kerja, apakah lebih baik untuk majikan?

Jika kita in membuka bisnes ‘real’, adakah kita ingin mengambil orang seperti kita menjadi pekerja sepenuh masa?

Soalan ini bagus ditanya kepada individu yang bekerja makan gaji dan telah membuat bisnes online ataupun offline melebihi 1 tahun.

30 Sep 2009 Bimbingan Secara Peribadi

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Kini SK membuka ruang bagi individu yang ingin membuat temujanji bagi mendapatkan bimbingan secara peribadi ‘personal coach’ terutama dalam bidang bisnes dan pembangunan diri.

Ini adalah di atas permintaan yang berterusan sejak 2003. Kebanyakan permintaan itu terpaksa SK menolak kerana situasi yang tidak mengizinkan. Sejak beberapa hari selepas raya ada seorang individu dari negeri Sembilan yang banyak kali menghubungi SK bagi mendapatkan khidmat bimbingan bisnes. Beliau sudah beberapa kali buat bisnes semuanya membuatkannya habis lebih banyak duit.

Beliau ingin mengikuti bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan, tetapi tidak sanggup bagi menunggu bengkel seterusnya kerana takut lebih banyak duit beliau yang hangus sebelum tarikh bengkel itu tiba.

Beliau ingin mendapatkan khidmat segera dan secara perseorangan. Waktu bimbingan untuk beliau adalah pada pagi Jumaat ini bersamaan dengan 2 Oktober 2009.

Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari cuti untuk seluruh Tim Ultra Mind Resources. Kini SK mengunakan sebahagian dari waktu cuti itu bagi meluangkan masa bersama individu yang ingin mendapat bimbingan secara peribadi.

Bermula dengan individu ini, SK akan membuka ruang kepada kepada individu yang berminat bagi mendapatkan bimbingan secara terus dan peribadi.

Emelkan nama, nombor telefon dan tuliskan di ruangan subjek : Bimbingan Peribadi, jika bisnes, tambahkan perkataan bisnes selepas perkataan bimbingan peribadi tersebut. Lebih baik juga jika diterangkan seberapa ringkas jenis bimbingan yang diperlukan.

Emelkan ke info@shamsuddinkadir.com

Shamsuddin Kadir

29 Sep 2009 Mendapat Nasihat Dari Orang Yang Tepat

Sehingga hari ini, banyak individu ditipu, tertipu di sebabkan oleh tindakan yang diambil berdasarkan nasihat dari orang yang tidak tepat. Apa yang pelik, ada individu yang mudah meminta dan menerima nasihat dari orang yang tidak ada ilmu ataupun pengalaman dalam bidang tersebut.

Sebagai contohnya : Apabila ingin menyertai dunia bisnes, ada individu yang bertanya kepada orang makan gaji tentang selok belok dunia bisnes.

Apa yang biasa diberitahu adalah : Buat bisnes berisiko tinggi, banyak yang terlibat dengan rasuah, kalau ingin kaya kena terlibat dengan rasuah.

Ada juga individu yang ingin membuat bisnes pergi kursus usahawan. Tenaga pengajarnya adalah seorang makan gaji.

Apabila ditanya oleh seorang peserta Encik buat bisnes apa? Tenaga Pengajar itu berkata “Saya tidak buat bisnes, dulu pernah buat, semuanya lingkup, itu sebab saya jadi Tenaga pengajar untuk orang buat bisnes sahaja!”

Pelajari kaedah buat bisnes dari pelbagai individu yang buat bisnes secara sepenuh masa.

Apabila di tanya kepada pelabur yang tidak islamik walaupun Muslim tentang halal ataupun tidak perlaburan yang mereka lakukan? “Semuanya sama sahaja, bank yang mengamalkan sistem kewangan Islam dan Konvensional, kerana duit itu dicampur juga?”

Apabila di tanya pelabur yang Islamik, mereka memberitahu “Orang yang melibatkan diri dengan perlaburan berlandaskan Riba ataupun mengambil pinjaman berlandaskan Riba akan berperang dengan Allah dan Rasul seperti yang Allah nyatakan dalam Al-quran yang telah diturukan kepada manusia 1400 tahun yang lalu”

Kalau kita ingin tahu dalamnya rimba, tanyalah pada si Puyuh

Kalau kita ingin tahu luasnya padang, tanyalah pada si Belalang

Kalau kita ingin tahu tingginya pokok, tanyalah pada helang

Jangan tanya pada puyuh apabila kita ingin tahu tingginya pokok, sudah pasti maklumat yang diberikan menyelewengkan perjalanan kita.

Lantik seorang mentor setiap bulan jika boleh, mereka membantu kita membawa ke destinasi yang kita ingin capai.

Shamsuddin Kadir

Trainer, Author, Reader & Listener

Emel: info@shamsuddinkadir.com

05 Sep 2009 Bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan Ahad 6 Sept 09

Tuan dan Puan yang dimuliakan.

Esok, Ahad 6 September 2009, SK akan menjayakan Kursus berhijrah menjadi usahawan di Taman Permata Hulu Kelang bersebelahan dengan Pasaraya Giant.

Lokasi : Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas, Di atas klinik Dr. Noriah

Masa : 9 Pagi sehingga 4 petang.

Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan yang terakhir ditawarkan serendah RM 180.

Bayaran untuk yang belum mendaftar RM 180 seorang. Boleh bayar melalui maybank2u.com (Maybank 562106-200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir) .

Kepada Tuan dan Puan yang ingin membayar pada pagi esok di tempat kursus ini berlangsung perlu menghantar sms nama dan alamat emel ke 0193001200 bagi tujuan pengesahan. Apabila pengesahan diterima supaya kami dapat menyediakan tambahan nota untuk peserta yang baru mendaftar.

Kepada Tuan dan Puan yang sudah menghantar emel dan telah membuat pembayaran, boleh terus datang ke tempat kursus esok.

Jika tidak dapat mencari lokasi, Tuan dan Puan boleh SMS ke 0193001200.

Sekian, saya suka

SK

28 Aug 2009 Cara Orang Kaya & Miskin Berfikir Tentang Duit
 |  Category: Bisnes (Dewasa) |  6 Comments

Cara orang kaya dan miskin berfikir adalah berbeza berkenaan dengan duit.

Orang fakir berfikir dari hari ke hari,

Orang miskin berfikir dari minggu ke minggu,

Orang Pertengahan (Middle Class) berfikir dari bulan ke bulan

Orang kaya berfikir dari tahun ke tahun

Orang yang sangat kaya berfikir dekad ke dekad (10 tahun)

Sebenarnya ada lebih dari 10 tabiat orang berjaya dan kaya berbeza dengan orang ‘makan gaji’.

Apabila kita makan gaji, pemikiran kita berlainan dengan orang yang buat bisnes ‘real’. Apabila orang yang sebelum ini makan gaji berhijrah memasuki dunia bisnes banyak masalah yang dihadapi oleh mereka. Ini kerana mereka tidak menukarkan tabiat orang makan gaji kepada tabiat orang bisnes ataupun jutawan.

Orang fakir, orang miskin dan orang pertengahan ‘Middle Class’ berkata belajar sudah habis apabila mereka sudah tamat belajar disekolah ataupun universiti. Orang kaya ataupun Jutawan berkata, pembelajaran hanya tamat apabila kita mati.

Rumah orang kaya wajib ada perpustakaan. Rumah orang miskin dan golongan pertengahan ‘middle class’ ……ada almari hiasan pinggan mangkuk.

Orang miskin dan golongan pertengahan ‘middle class’ tidak ingin kalah, orang kaya ingin menang.

Takut adalah kegelapan, ilmu adalah lampu, suluh kegelapan itu dengan ilmu.

Tempah tempat duduk Tuan dan Puan sebagai peserta bagi menerangi kegelapan dalam hidup melalui Kursus berhijrah menjadi usahawan, yang akan di adakan di Taman Permata, bersebelahan Pasaraya Giant, Ulu Kelang, Kuala Lumpur.  Tarikh kursus 6 September 2009 (Ahad), 9 pagi sehingga 4 petang.

Bengkel berhijrah menjadi usahawan masih ada kekosongan dengan harga termurah untuk kali yang terakhir. iaitu RM 150 bagi pembayaran yang dibuat sebelum ataupun pada 30hb Ogos 2009.

Emelkan nama dan nombor telefon ke info@shamsuddinkadir.com,

Bayaran sebanyak RM150 boleh dibuat terus ke akaun Maybank di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir.562106-200279