Archive for the Category ◊ Bisnes (Remaja & Kids) ◊

08 Jun 2010 Cuti Sekolah : Mulakan Aktiviti Bisnes Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dimuliakan,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada sepupu dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak. Amin.

Ketika cuti sekolah ini, adalah masa yang amat sesuai untuk mendidik anak kita supaya SKOR A DI LUAR DEWAN PEPERIKSAAN. Kemahiran yang anak kita perolehi dengan mendedahkan mereka dengan kemahiran di luar dewan peperiksaan membantu anak kita menjadi orang yang hebat dan sangat berjaya sejak kecil sehingga dewasa kelak, insyaa-Allah.

Antara aktiviti yang kita dapat lakukan bermula dengan cuti sekolah ini, adalah mempratikkan kemahiran dan ilmu yang mereka pelajari dari buku Biskut Ajaib, Garaj Aiman dan Tukang Gunting Terbang. Buku Miss Epal juga sebahagiannya sangat bagus untuk dipratikkan.

Kepada Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan tips bagaimana memulakan kemahiran yang menentukan kejayaan anak-anak di dunia sebenar, boleh mengemelkan ke info@sk.my, insyaa-Allah pihak kami akan memaklumkan cadangan tarikh bagi pertemuan tersebut.

Ketika ini, bisnes yang kami cadangkan untuk anak-anak kita mulakan adalah seperti dalam buku Garaj Aiman. Kepada yang tidak berjaya mendapatkan buku-buku tersebut di kedai buku, Tuan dan Puan boleh mendapatkannya di www.ShamsuddinKadir.com iaitu membeli secara online.

Shamsuddin Kadir

28 May 2010 Memulakan Bisnes Sendiri

Apabila kita ingin menceburi bidang @ dunia bisnes, kita ada beberapa pilihan untuk melakukannya, antaranya :

  • Terjun ke dalam dunia bisnes mengikut apa yang kita dengar-dengar dan lihat orang lain berniaga
  • Masuk dunia bisnes dengan berbekalkan semangat dan duit @ modal
  • Masuk dunia bisnes dengan berbekalkan semangat dan wang pinjaman
  • Masuk dunia bisnes selepas memiliki kemahiran orang bisnes
  • Masuk dunia bisnes selepas belajar dari orang yang mengendalikan bisnes
  • Masuk dunia bisnes selepas belajar dari orang yang buat bisnes dan lahir dalam keluarga bisnes

Memasuki dunia bisnes tanpa memiliki kemahiran dan ilmu bisnes yang dipelajari dari orang yang buat bisnes, kita memasuki bisnes dengan keadaan tangan terbakar, di mana duit yang dilaburkan akan hangus.

Memasuki dunia bisnes, ada banyak patangnya, antaranya adalah :

  •  Sumpahan 3 tahun pertama, di mana 90% peniaga akan gulung tikar (bisnes lingkup) dalam masa 3 tahun pertama. Patang larang yang perlu diikuti bagi mengelakkan bisnes kita lingkup di atas tindakan kita.
  • Masuk bisnes apabila kita telah disahkan sebagai orang bisnes. Bagaimana kita dapat mengukur sama ada kita ada bakat dalam dunia bisnes, supaya kita hanya masuk dalam dunia bisnes jika kita ada bakatnya sahaja.

Dunia bisnes orang yang makan gaji tidak sama dengan orang dari dunia bisnes.

Kejayaan bisnes kita banyak bergantung kepada Role Model kita ataupun sifu kita.  Banyak ilmu bagi mengatasi dan mengelakkan kesilapan dapat kita pelajari supaya kita tidak menangung rugi yang tidak perlu.

Apabila ingin memasuki dunia bisnes, ilmu yang dibawa bersama mestilah cukup, supaya apa yang dilaburkan tidak hangus, dan kita serik untuk membuat bisnes lagi.

Sebaiknya cari beberapa mentor yang juga ahli bisnes untuk kita jadikan tempat kita belajar dan mendapat nasihat, supaya kita tidak perlu meleburkan duit kita itu.

21 Feb 2010 Diari SK : Bicara Bisnes TV3 Jumaat 26 Februari 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua sepupu yang dimuliakan,

Shamsuddin Kadir di atas doa dan sokongan Tuan dan Puan semua akan membicarakan tentang mengembalikan sunnah Nabi iaitu berniaga sempena Maulidur Rasul (Hari kelahiran Nabi Muhammad Bin Abdullah) pada 26 Februari 2010 di dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Sekitar jam 7.30 – 8.30 pagi.

Terima kasih (kami suka) di atas sokongan yang berterusan dari pihak TV3 melalui Tuan Ahmad Fedtri @ MHI dalam mempromosikan sunnah Nabi dan membahaskan isu kewangan dan bisnes untuk kebaikan umum.

 

 

Di atas jemputan Tuan Ahmad Fedtri @ TV3

29 Sep 2009 Mendapat Nasihat Dari Orang Yang Tepat

Sehingga hari ini, banyak individu ditipu, tertipu di sebabkan oleh tindakan yang diambil berdasarkan nasihat dari orang yang tidak tepat. Apa yang pelik, ada individu yang mudah meminta dan menerima nasihat dari orang yang tidak ada ilmu ataupun pengalaman dalam bidang tersebut.

Sebagai contohnya : Apabila ingin menyertai dunia bisnes, ada individu yang bertanya kepada orang makan gaji tentang selok belok dunia bisnes.

Apa yang biasa diberitahu adalah : Buat bisnes berisiko tinggi, banyak yang terlibat dengan rasuah, kalau ingin kaya kena terlibat dengan rasuah.

Ada juga individu yang ingin membuat bisnes pergi kursus usahawan. Tenaga pengajarnya adalah seorang makan gaji.

Apabila ditanya oleh seorang peserta Encik buat bisnes apa? Tenaga Pengajar itu berkata “Saya tidak buat bisnes, dulu pernah buat, semuanya lingkup, itu sebab saya jadi Tenaga pengajar untuk orang buat bisnes sahaja!”

Pelajari kaedah buat bisnes dari pelbagai individu yang buat bisnes secara sepenuh masa.

Apabila di tanya kepada pelabur yang tidak islamik walaupun Muslim tentang halal ataupun tidak perlaburan yang mereka lakukan? “Semuanya sama sahaja, bank yang mengamalkan sistem kewangan Islam dan Konvensional, kerana duit itu dicampur juga?”

Apabila di tanya pelabur yang Islamik, mereka memberitahu “Orang yang melibatkan diri dengan perlaburan berlandaskan Riba ataupun mengambil pinjaman berlandaskan Riba akan berperang dengan Allah dan Rasul seperti yang Allah nyatakan dalam Al-quran yang telah diturukan kepada manusia 1400 tahun yang lalu”

Kalau kita ingin tahu dalamnya rimba, tanyalah pada si Puyuh

Kalau kita ingin tahu luasnya padang, tanyalah pada si Belalang

Kalau kita ingin tahu tingginya pokok, tanyalah pada helang

Jangan tanya pada puyuh apabila kita ingin tahu tingginya pokok, sudah pasti maklumat yang diberikan menyelewengkan perjalanan kita.

Lantik seorang mentor setiap bulan jika boleh, mereka membantu kita membawa ke destinasi yang kita ingin capai.

Shamsuddin Kadir

Trainer, Author, Reader & Listener

Emel: info@shamsuddinkadir.com

05 Sep 2009 Bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan Ahad 6 Sept 09

Tuan dan Puan yang dimuliakan.

Esok, Ahad 6 September 2009, SK akan menjayakan Kursus berhijrah menjadi usahawan di Taman Permata Hulu Kelang bersebelahan dengan Pasaraya Giant.

Lokasi : Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas, Di atas klinik Dr. Noriah

Masa : 9 Pagi sehingga 4 petang.

Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan yang terakhir ditawarkan serendah RM 180.

Bayaran untuk yang belum mendaftar RM 180 seorang. Boleh bayar melalui maybank2u.com (Maybank 562106-200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir) .

Kepada Tuan dan Puan yang ingin membayar pada pagi esok di tempat kursus ini berlangsung perlu menghantar sms nama dan alamat emel ke 0193001200 bagi tujuan pengesahan. Apabila pengesahan diterima supaya kami dapat menyediakan tambahan nota untuk peserta yang baru mendaftar.

Kepada Tuan dan Puan yang sudah menghantar emel dan telah membuat pembayaran, boleh terus datang ke tempat kursus esok.

Jika tidak dapat mencari lokasi, Tuan dan Puan boleh SMS ke 0193001200.

Sekian, saya suka

SK

22 May 2009 Asas Bagi Memulakan Bisnes Sendiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Semoga Tuan dan Puan  menikmati kehidupan yang lebih baik dengan sinaran keberkatan hari Jumaat. Akhir-akhir ini banyak individu bertanya saya tentang memulakan bisnes sendiri dengan menyertai MLM ataupun Direct Selling. Ada juga yang memulakan bisnes sendiri dengan membuat pinjaman RM 50,000, RM 100,000 dan RM 250,000.

MLM dan Direct Selling bukannya dikategorikan sebagai Bisnes 100% ianya lebih kepada menjadi ‘JURUJUAL’ ataupun wakil pemasaran untuk sesebuah syarikat. Kita boleh ambil rekod sejarah 30 tahun terdahulu, apa yang capai oleh ‘jurujual’ ini, adakah apa yang dicapai itu masih berkekalan pada hari ini.

Apabila kita ingin menceburi bidang bisnes, kita perlu memiliki ciri asas seorang bisnes iaitu menukarkan RM 100 menjadi RM 200. Apabila kita menceburi bisnes walaupun dengan modal RM 1,000 ringgit tanpa ada kemahiran bagi menukarkan RM 100 kepada RM 200, tangan kita terbakar, duit yang dilabur ditangan semuanya hangus.

Mulakan bisnes dengan modal RM100, SK sudah berjumpa dengan individu yang bermula dengan modal RM 100 dan memiliki jutaan ringgit pada hari ini. SK juga memulakan pelbagai bisnes juga dengan modal serendah RM100 sahaja.

Bagi individu yang ingin memahirkan diri dengan ‘bisnes’ dengan modal kecil serendah RM100 sahaja, boleh mengikuti Bengkel Berhijrah Menjadi Usahawan yang dijayakan oleh SK dari masa ke semasa. Bengkel terbaru adalah pada hari Ahad (31 Mei 2009) di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Batu Pahat, Johor. Yuran hanya RM150 sahaja boleh klik http://www.glowglokal.com/seminar.html .

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

18 Apr 2009 Buku Biskut Ajaib Dan Garaj Aiman Berjaya

Alhamdulilah, sehingga ke hari ini kedua-dua buku yang telah ditulis bagi tujuan mengubah adat dan konsep pemikiran kanak-kanak seawal 5 tahun menunjukkan kesan yang drastik.

Seorang pelajar yang  datang dari sebuah keluarga yang semua ahli keluarganya makan gaji, akhirnya bertindak keluar dari kepompong dengan memohon bagi memasuki sekolah teknik yang mengajar jurusan catering dan membuat roti. Beliau bercita-cita bagi menjadi usahawan semuanya berpunca dari kesan beliau membaca buku ‘Biskut Ajaib’ dan Garaj Aiman. Beliau kini berada ditingkat 3 dan sudah memulakan langkah menjadi pengedar buku berinspirasi dengan menjadi pengedar kedaibukusk.com. Beliau tinggal di Pasir Mas Kelantan.

Kes kedua adalah seorang pelajar darjah empat pada penghujung 2008 telah membaca buku Biskut Ajaib yang dihadiahkan oleh ayahnya mengantikan duit raya seperti yang disarankan oleh SK. Pada awal tahun 2009 beliau mengorak langkah dan memulakan bisnes jual cendawan goreng di sebuah sekolah di Kemaman, Terengganu. Beliau berpakat dengan orang gaji dirumahnya. Hari pertama beliau mendapat keuntungan RM 12, hari kedua untung menjadi RM 30 dan pada hari ketiga untung menjadi RM 50. Saya dihubungi sendiri oleh ayahnya yang sangat gembira dengan apa yang telah berlaku kepada anaknya. Ayahnya juga tidak sabar bagi mendapatkan buku ‘Miss Epal’ yang ditulis bagi melahirkan ciri pemimpin yang disegani, bermula diperingkat sekolah, supaya apabila besar menjadi seorang yang amat berguna kepada Tuhan dan Masyarakat. Insyaa-Allah buku Miss Epal akan diterbitkan seawal bulan Mei 2009. Anak beliau juga mengatakan buku biskut Ajaib ‘Best Gila’.

Kes yang ketiga ” Salam Tuan SK. Anak saya Ashraf sudah pun membaca buku Garaj aiman sebanyak 10 kali. Disebabkan kagum dengan buku tersebut beliau ingin berjumpa Tuan di PWTC esok. Pukul Berapakah Tuan akan berada di sana? Puan Noor.” ini adalah sms yang saya terima pada hari ini. Saya mengenali Puan Noor dalam satu bengkel yang saya jayakan, beliau menanyakan jika saya ada cara bagi mengalakkan anaknya supaya suka membaca. Apabila saya mencadangkan agar beliau menghadiahkan kepada anaknya buku Biskut Ajaib dan Garaj Aiman, secara serta merta anaknya sudah ketagih untuk membaca buku seperti ini.

Insyaa-Allah siri ketiga yang sedang masuk kilang cetak adalan ‘Tukang Gunting Terbang’. Ianya akan dipasarkan di pesta buku PWTC mulai 20 / 21 April ini.

Alhamduliah, Biskut Ajaib sudah di ulang cetak, Garaj Aiman juga sedang menanti cover baru bagi diulang cetak selepas semua stok habis dalam masa kurang dari 2 bulan selepas ianya dipasarkan.

Shamsuddin Kadir (SK)

Emel : info@shamsuddinkadir.com

www.shamsuddinkadir.com

Untuk Shamsuddin Kadir (SK) Berbicara ditempat Tuan/Puan untuk ceramah ataupun kursus, sila hubungi Ultra Mind Resources di Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300 ataupun 03 : 5548 4348 Fax: 03 5548 8343.

24 Mar 2009 Kejayaan Sedang Menanti Anda

bannerhijrah.jpg

(DIKEMASKINI) Kenapa saya beriya-iya bagi menjayakan bengkel yang mungkin julung kali di adakan di Malaysia. Biasanya kita mendengar bengkel memulakan bisnes ataupun berjaya dengan bisnes. Kali ini saya lakukan adalah bagi menarik seberapa ramai individu yang ingin mencipta peluang dengan berhijrah dari kehidupan ‘makan gaji’.

Ada yang masih ragu-ragu dan bertanya adakah bengkel ini sesuai untuk saya?

Bengkel ini adalah sesuai bagi semua individu yang

  • ketika ini makan gaji dan tidak mahu menjadi usahawan
  • ketika ini makan gaji dan pernah bercita-cita menjadi usahawan suatu ketika dahulu
  • Ketika ini makan gaji dan pernah dibuang kerja akibat kilang tutup ataupun syarikat bankrap
  • Ketika ini makan gaji dan pernah menganggur beberapa kali
  • Ketika ini makan gaji dan bercita-cita ingin menjadi usahawan yang berjaya
  • Ketika ini makan gaji dan bercita-cita bagi mendapatkan ‘KEBEBASAN’
  • Ketika ini adalah graduan yang belum mendapat pekerjaan
  • Ketika ini adalah pelajar universiti ataupun kolej
  • Ketika ini adalah usahawan tetapi belum menikmati erti KEBEBASAN
  • Ketika ini makan gaji dan merasakan orang yang berniaga sendiri lebih berisiko dari orang yang makan gaji.
  • Dan banyak lagi sebab yang Tuan dan Puan lebih mengerti

Apabila ekonomi dunia yang gawat dengan ada bank yang di antara terbesar di dunia akan memberhentikan lebih 50,000 kakitangannya di seluruh dunia, bagi mengurangkan bebanan kos operasi. Kita dapat lihat apabila kos petrol yang naik mendadak pada beberapa bulan yang lalu, majoriti individu yang makan gaji menangung bebanan kerana petrol dibayar mengunakan duit wang gaji.

Apakah kelebihan jika kita berjaya berhijrah dari kehidupan Makan Gaji ?

  • Tiada lagi jadual waktu bekerja yang perlu diikuti oleh kita sepanjang hidup
  • Waktu membeli belah di pasaraya dan shopping Mall adalah dari hari Isnin sehingga Jumaat sahaja
  • Bebas melakukan apa sahaja yang kita suka
  • Tidak terikat dengan ‘BOS’
  • Boleh mendapatkan duit yang lebih pada setiap bulan jika itu yang diinginkan
  • Tidak perlu bergantung kepada orang lain bagi mendapat duit yang banyak
  • Dapat menjelaskan hutang-hutang dengan cepat
  • dan banyak lagi yang akan diketahui dari bengkel ini

Tempat adalah terhad, masih ada kekosongan, dijangka akan diadakan pada bulan Januari 2009 dan di Taman Permata, Hulu Klang. Hari Sabtu.

Maklumat yang dikehendaki bagi tujuan pendaftaran bengkel ini adalah :

  • Nama
  • No. Telefon
  • Alamat Emel

Tarikh telah ditetapkan pada 28 Mac 2009 bersamaan hari Sabtu bertempat di Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas, No. 2755-B Jalan Changkat Permata, Taman Permata, Hulu Kelang, 53300 Kuala Lumpur (Di atas Klinik Dr. Nooriah).

Yuran yang ditetapkan adalah RM 150 (Bayar sebelum 26 RM 130 sahaja) (Makanan dan minuman tidak disediakan). Bengkel bermula dari 9.00 Pagi sehingga 5 Petang.

Pembayaran boleh di buat ke Akaun Maybank 562106 -200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, bagi pembayaran secara online sila masukan emel info@shamsuddinkadir.com di ruangan third party email. Bagi yang membuat pembayaran secara bank in di mesin ataupun kaunter, sila fak bankslip berserta maklumat seperti nama, no. telefon dan emel ke 03-5548 8343. Tim SK akan memaklumkan kepada Tuan dan Puan setelah mengesahkan penerimaan pembayaran.

24 Mar 2009 Tahun 2009 Adalah Tahun Berhijrah

Kenapa setiap kali Malaysia dilanda gawat, akan lahir banyak jutawan baru? Yang menariknya mereka adalah seorang pekerja sebelum mengambil langkah memasuki dunia bisnes ketika ekonomi negara dikatakan ‘gawat’. Mereka tetap berhijrah walaupun ada di antara mereka ini selesa dengan gaji yang diperolehi pada setiap bulan.

Berhijrah dari Makan Gaji Menjadi Usahawan bukanlah sebab utama kenapa setiap orang perlu berhijrah. Kursus Berhijrah Dari Makan Gaji sesuai bagi :

  • Individu yang sudah puas berada di dalam dunia makan gaji
  • Individu yang bercita-cita ingin menikmati kebebasan waktu, melakukan apa yang disukai
  • Individu yang ingin menjadi bos sendiri
  • Individu yang ingin mencipta pendapatan 9 kali ganda dari gajinya (9/10 dari sumber rezeki)
  • Indvidu yang bercita-cita ingin menjadi usahawan
  • Individu yang ingin menikmati kehidupan baru bergelar usahawan
  • Individu yang ingin menjadikan anak-anak sebagai anak usahawan
  • Individu yang tidak yakin bagi memasuki dunia perniagaan
  • Individu yang ingin memulakan bisnes tetapi tiada duit dan tidak ingin meminjam
  • Individu yang ingin memulakan bisnes yang sukses walaupun ekonomi gawat
  • Individu yang ingin mempunyai pendapatan masuk setiap masa dan tidak hanya pada hujung bulan
  • Individu yang ingin BERUBAH.
  • Indvidu yang tidak ingin melepaskan peluang mengubahkan masa depan diri, pasangan dan keluarga

Daftar sebagai peserta bagi kursus Berhijrah Dari Makan Gaji Menjadi Usahawan Senang hari ini. Yuran RM 150 sahaja. Bayaran sebelum ataupun pada 25 Mac 2009 adalah RM 130 sahaja, bagi yagn datang berdua RM 110 seorang.

Tarikh bengkel adalah pada hari Sabtu 28 Mac 2009, 8.30 – 4. 30 petang di Taman Permata, bersebelahan Giant Taman Permata, Kuala Lumpur berdekatan Taman Melawati dan Zoo Negara. Untuk maklumat lanjut hubungi  03 5548 4348 ataupun 1 700 80 7572 sekarang.

26 Feb 2009 Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji Sabtu 28 Feb 09

Bengkel berhijrah siri kedua akan diadakan pada hari Sabtu ini di atas sambutan yang mengalakkan dari sesi yang pertama. layari http://www.shamsuddinkadir.com/bengkelberhijrah/ .

Untuk makluman semua bengkel ini tidak mempromosikan mana-mana skim unit trust, MLM ataupun direct selling. Peserta akan dilatih dengan kemahiran bagi memulakan bisnes yang real di pasaran. Sama ada ingin memulakan bisnes di bidang trading ataupun perkhidmatan.

Masih ada tempat kosong, pembayaran boleh dibuat serta merta selepas pendaftaran dibuat.

Shamsuddin Kadir masih di Ranau, Sabah dan akan bertolak ke Kota Kinabalu Jam 12 tengahari dan berlepas ke Kuala Lumpur jam 8 malam ini. Emel hanya akan dibalas selepas SK kembali ke Semenanjung.

25 Feb 2009 Tetamu SK: Best Gila Buku Garaj Aiman

Salam

Maaf terpaksa mengganggu, sebentar tadi saya baru mendapat panggilan dari anak arwah adik saya Nur Alya Khairina yang terlalu girang dan teramat suka membaca buku Garaj Aiman. Katanya pada saya “Makcik Best gila buku Garaj Aiman”, boleh ke Nina nak jual buku macam itu, boleh dapat duit banyak dapat bantu Ummi Nina. Buku-buku arwah Abah dulu banyak kat rumah Nina”
Umurnya baru  genap 9 tahun minggu lepas. Saya hadiahkan buku tersebut kepadanya sempena hari ulang tahun beliau yang ke 9 itu.

Tahniah,

Bagi Pihak

Nur Aliah Khairina

———————–

Salam,

Ya, Nur Aliah Khairina boleh memulakan bisnesnya sendiri. Mungkin bagi menjual buku-buku arwah ayahnya memberikan sedikit halangan padanya ketika ini, kerana belum biasa menjual buku dewasa kepada orang dewasa. Apa yang beliau boleh lakukan adalah dengan menjual buku baru yang beliau telah baca dan yakin dengan kebaikan buku tersebut. Contohnya beliau boleh mula menjual buku Garaj Aiman.

Jika beliau berminat, beliau boleh mendapatkan buku-buku tersebut dengan harga diskaun dan ianya akan diposkan secara terus kepadanya jika beliau membeli dengan kuantiti yang telah ditetapkan.

Insyaa-Allah antara buku dalam siri Usahawan Cilik adalah ‘Kedai Buku Bergerak’.

Dapatkan beliau menghubungi info@shamsuddinkadir.com dengan menyatakan maklumat seperti nama, nombor telefon dan  alamat.

Bagi ibubapa lain yang telah menghadiahkan buku Biskut Ajaib dan Garaj Aiman kepada anak-anak dan ingin membantu anak memulakan bisnes pertama mereka boleh menghubungi info@shamsuddinkadir.com.

15 Dec 2008 Kuiz Garaj Aiman Bersama Majalah Disney

Majalah Disney dengan sokongan PTS mengadakan Kuiz Garaj Aiman. Kepada yang ingin menyertainya, boleh mendapatkan Majalah Disney.

Halaman rasmi Usahawan Cilik adalah www.usahawancilik.com yang masih dalam proses pengubahsuaian.

disney.jpg

04 Sep 2008 Jangan Bakar Angan-Angan Dengan Bunga Api

Setiap kali menjelmanya bulan Ramadan, di seluruh pelusok tanah air, kita dapat lihat kanak-kanak bermain dengan bunga api dan orang dewasa juga tidak melepaskannya.

Bayangkan berapa jumlah wang yang dihabiskan bagi membakar ‘duit’ setiap kali kedatangan hari raya Aidilfitri? Setiap tahun kita dapat lihat di mana-mana ibubapa yang memperuntukkan duit kepada anak-anak bagi membeli bunga api.

  • Adakah ianya umpama membakar  ‘angan-angan’ kanak-kanak dengan memberikan contoh bahawa sebahagian daripada duit perlu dibakar?

  • Adakah menyambut raya dengan membakar bunga api adalah langkah yang di anggap ‘ada status’

Di manakah kita mempelajari ‘adat’ membakar bunga api setiap kali menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri?

Saya percaya dan yakin, duit berjumlah puluhan juta ataupun ratusan juta di habiskan bagi membiayai bunga api dan juga mercun yang dibawa masuk secara haram setiap tahun.

Adakah budaya ataupun adat seperti ini harus kita teruskan, walaupun ianya bukan amalan para alim?

Anak-anak yang diajar bermain bunga api akan lahir di minda mereka satu tanggapan bahawa sebahagian duit yang dimiliki harus ‘dibakar’ bagi menikmati kehidupan. Ini yang menyebabkan kebanyakan kanak-kanak dari tahun ke tahun membelanjakan duit ibubapa mereka secara membazir. Satu fakta yang perlu diterima oleh ibubapa yang mengalakkannya berlaku.

Bina hidup anak-anak dengan angan-angan. Mulakan pagi raya anak dan kanak-kanak dengan inspirasi untuk berangan-angan.

Hadiahkan senaskah buku ‘Biskut Ajaib’ sebagai penganti duit raya.

“Sebahagian daripada apa yang kita capai pada hari ini, adalah disebabkan oleh angan-angan kita pada waktu dahulu”

27 Aug 2008 Bajet 2009 : Apa Yang Anda Harapkan

Pada 29 Ogos 2008 Perdana Menteri akan membentangkan bajet 2009. Apakah yang anda harapkan pada bajet kali ini? Adakah pemansuhan cukai, ataupun penurunan cukai dan mungkin kenaikan cukai untuk sesuatu barangan ataupun perkhidmatan ?

Sudah pasti setiap individu ada harapan masing-masing. Begitu juga dengan saya. Harapan saya bagi bajet 2009 antaranya adalah :

1. Cukai Perkhidmatan untuk makanan di restoran di luar hotel dihapuskan bagi mengelakkan individu terutama pekerja menangung kos ekstra yang dicajkan oleh peniaga.

2. Cukai perkhidmatan untuk makanan segera di kekalkan.

3. Meningkat jumlah ‘personal relief’ untuk diri sendiri dari RM 8,000 kepada RM10,000.

4. Meningkatkan jumlah ‘relief’ untuk isteri dari RM 3,000 kepada RM 5,000.

5. Penurunan cukai untuk individu.

6. Peningkatan rebet untuk membeli buku dari RM 700 kepada RM 1,200.

7. Menghapuskan cukai perkhidmatan yang perlu di bayar oleh orang awam bagi menikmati keperluan ‘asas’ seperti cukai perkhidmatan bagi ‘parking’, cukai atas pengunaan telefon, cukai atas tambang pengangkutan awam.

8. Cukai istimewa bagi pengusaha bisnes kecil – bagi orang yang baru memulakan perniagaan. Ataupun insentif cukai bagi rakyat yang baru ataupun ingin menceburi bisnes kecil yang mendaftar sebagai enterprise.

9. Menurunkan lagi cukai syarikat bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bisnes dan menarik lebih ramai pelabur memulakan bisnes di Malaysia.

10. Meningkatkan lagi pelepasan cukai bagi royalti dari penulisan buku yang memandaikan rakyat daripada RM20,000 kepada RM 30,000 bagi mengalakkan penulis menghasilkan lebih banyak buku baik.

11. Menyediakan peruntukan kepada pengusaha industri buku memandaikan rakyat seperti peruntukan yang diberikan kepada industri perfileman (FINAS).

12. Kadar tol di bezakan di antara waktu puncak, waktu biasa, hujung minggu dan ketika musim perayaan. Di mana kadar tol mesti pada kadar yang rendah pada hujung minggu, ini kerana majoriti penguna adalah orang awam yang membawa keluarga bersiar-siar dan balik kampung.

13. Mewajibkan setiap individu beragama Islam membayar zakat secara tolakan daripada gaji, bagi memastikan pengagihan kekayaan di nikmati oleh orang-orang yang amat memerlukan seperti fakir miskin. 

dan banyak lagi. Insyaa-Allah akan disambung oleh para tetamu blog ini.

27 May 2008 Dimensi Muslim : Mencipta dan Membuka Peluang

Semoga Allah senantiasa mengurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada saudara/i dan dilindungi daripada segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini, Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin.

Jika kebanyakan bisnes barat bergantung kepada keupayaan mencipta peluang, bagi memastikan mereka dapat menembusi pasaran, ianya sedikit berbeza dengan bisnes muslim. Apabila setiap muslim mempratikkan setiap apa yang dituntut melalui ‘Fardhu Kifayah’, secara terang-terangan ianya dapat mencipta dan membuka 1001 peluang kepada setiap muslim yang ingin menceburi dan berjaya dalam bisnes.

Kejayaan setiap ahli bisnes muslim tidak hanya bergantung kepada kepandaiaannya menguruskan bisnes, tetapi secara majoritinya bergantung kepada pelanggannya. Apabila setiap individu berusaha menjadi seorang individu muslim yang super, sudah pasti tiada lagi alasan kenapa ahli perniagaan muslim tidak dapat berjaya.

Apakah ciri seorang individu yang memiliki ciri muslim super, iaitu ciri muslim yang dituntut oleh Pencipta manusia iaitu Allah?

  • Memenuhi Fardhu Ain

  • Memenuhi Fardhu Kifayah

Seseorang Muslim yang menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung di dalam Fardhu Ain, menjadikan dirinya seorang yang jujur dan amanah. Ini sudah memastikan beliau tidak akan menipu, mengkhianati ataupun melakukan sesuatu dengan niat untuk merugikan orang lain.

Apabila seorang muslim yang mempunyai ciri itu melengkapkan dirinya dengan menjalankan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam ‘Fardhu Kifayah’, maka beliau akan memastikan setiap aktivitinya adalah memberikan kebaikan yang paling maksimun kepada individu muslim lain.

Contoh yang paling mudah adalah, apabila seseorang muslim itu merasai akan nikmat yang diberikan oleh Penciptanya, beliau akan memastikan setiap perbuatannya adalah menepati Fardhu Ain dan Kifayah. Apabila ingin membeli barangan keperluan harian, beliau akan mengutamakan kedai yang dimiliki oleh saudara seagamanya (orang Islam itu adalah bersaudara). Apabila membeli barangan, beliau juga memastikan barangan itu terdapat tanda halal yang diiktiraf (Jika di Malaysia, tanda halal Jakim). Apabila ingin membeli kereta buatan luar negara, beliau akan membeli dengan jurujual muslim supaya komisen yang diterima oleh jurujual muslim itu dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan dirinya yang menjadi sebahagian daripada masyarakat Islam.

Apabila di lihat di dalam kontek negara Malaysia, masyarakat Muslim dapat hidup dan berdiri tanpa bergantung kepada kumpulan masyarakat lain. Apabila setiap orang Islam itu mula mempratikkan tuntutan Fardhu Kifayah, timbulnya keperluan mendadak dalam masyarakat bagi mengadakan lebih banyak pasaraya muslim, bengkel kereta muslim, kedai roti dan kek muslim, stesyen minyak muslim, dan banyak lagi… Ini dengan sendirinya membuka peluang kepada individu ataupun syarikat yang dimiliki orang muslim untuk menguasai pasaran lebih daripada 10 juta masyarakat muslim di Malaysia.

Tuhan Allah yang menciptakan manusia, turut menciptakan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah bagi menyenangkan setiap muslim untuk hidup dengan tenang dan bahagia tanpa perlu bergantung kepada masyarakat yang belum mengenali Allah.

Menjadi muslim super adalah impian bagi setiap manusia yang mensyukuri nikmat Allah yang telah menjadikan mereka manusia dan bukannya makhluk lain yang ada di sekeliling kita.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!