Archive for the Category ◊ Buku ◊

15 Jun 2017 Terkini Shamsuddin Kadir :Jun 2017

BUKU TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

Dibuka untuk pembelian. Istimewa Tandatangan Penulis!

Buku dihantar melalui PosLaju atau boleh dibeli di pejabat di Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

KLIK GAMBAR DI  BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

KLIK UNTUK LIHAT

BUKU MENYIMPANG SERINGGIT,  RUGI SEJUTA.

BUKU CASH FLOW UNTUK WANITA

BUKU BAKAL TERBIT

 


BENGKEL TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

KLIK  GAMBAR UNTUK MENDAFTAR  !!

1. Bengkel Menyusun Semula Kewangan 360 Darjah, oleh Shamsuddin Kadir (29 Julai 2017, Sabtu)

 

2. Financial Intelligence Workshop (FIW), oleh Shamsuddin Kadir (5 Ogos 2017, Sabtu)



KLIK UNTUK MENGETAHUI CARA BELI EMAS SERENDAH 1 GRAM (999.9)


EBOOK LANGSAI HUTANG KAD KREDIT

Cara praktikal langkah demi langkah melangsaikan hutang kad kredit SEHINGGA SELESAI!  Insyaa Allah.

Terdapat lebih kurang 12  TEKNIK PILIHAN untuk tuan dan cik puan pilih berdasarkan situasi dan citarasa tuan dan cik puan, dalam memilih jalan melangsaikan hutang kad kredit dengan cepat, jimat dan dapat diskaun.

Insyaa Allah ebook ini memberikan kemahiran yang praktikal, iaitu berdasarkan pengalaman Shamsuddin Kadir sendiri yang pernah terjebak dengan kad hutang ini. dan juga pengalaman pembaca-pembaca buku hasil tulisan beliau serta peserta-peserta kursus yang beliau jayakan.

Dengan izin Tuhan, ‘track record’ yang paling cepat ialah, ada yang sudah melangsaikan hutang kad kredit mereka seawal DUA HARI setelah  mempraktikkan teknik-teknik praktikal dalam ebook itu

22 Jun 2012 Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta Terbit 6 Jun 2012
 |  Category: Buku |  One Comment

Alhamdulilah, akhirnya pada 6 Jun 2012, buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta sampai di stor penerbit, pada 15 Jun 2012, buku itu sudah ditempah sepenuhnya oleh kedai dan gedung buku di seluruh negeri. Bagi tuan dan cikpuan yang ingin mendapatkannya, boleh mendapatkan di kedai buku yang berhampiran, selagi stok masih ada.

Penulis sendiri hanya berjaya mendapat satu naskah sahaja, Jadi ketika ini, penulis tidak mampu bagi memenuhi pembelian terus dari penulis.

Sedang menunggu cetakan kedua buku yang insyaa Allah laku keras itu.

06 Apr 2012 Buku Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta Terbit April 2012
 |  Category: Buku, Pengantin Baru |  4 Comments

Bismillah. Dengan izin Allah, buku Rancang Wang Sejak Mula Jatuh Cinta bakal terbit di pasaran dalam bulan   April 2012 ini. Buku ini adalah ditulis bagi memberikan ilmu dan kemahiran kepada individu yang bakal bercinta dan berumahtangga. Terdapat banyak kos perbelanjaan kahwin yang tidak meningkatkan lagi kebahagiaan rumahtangga.

Pinjaman peribadi dan wang hantaran menjadi antara punca keretakan rumahtangga. Kini jumlah perceraian antara tahun 2001 – 2011 adalah lebih dari 260,000 orang.

Sebaliknya kos-kos itu menjadi punca kepada keretakan rumahtangga yang dibina. Bagi mengetahui status buku ini sama ada sudah terbit di pasaran, boleh klik like di facebook/BukuRancangWangSejakJatuh Cinta ataupun klik like di halaman facebook/Shamsuddin Kadir.

20 Apr 2011 Diairi SK: Pesta Buku Antarabangsa 2011 PWTC 22 April – 1 Mei
 |  Category: Buku |  3 Comments

Alhamdulilah, pesta buku antarabangsa kembali lagi tahun ini di Putra World Trade Centre, iaitu mulai 22 April sehingga 1 Mei 2011. Insyaa Allah saya akan berada di sana pada hari Sabtu ini. Kebanyakan masa saya akan habiskan di Booth PTS.

Insyaa Allah, inilah pertemuan antara sepupu-sepupu. Jika ada antara sepupu yang ada hal untuk bertemu, mohon hubungi Shamsuddin Kadir melalui talian hotline yang disediakan untuk hari Sabtu tersebut iaitu 03 4142 5300, talian ini akan disambungkan terus kepada beliau secara langsung, Insyaa Allah.

23 April adalah hari Sabtu. Shamsuddin Kadir berkemungkinan turun bersama ahli keluarga bagi memeriahkan majlis-majlis ilmu yang berlangsung sepanjang pesta ilmu itu.

26 Mar 2011 Buku Perancangan Kewangan Untuk Perkahwinan
 |  Category: Buku |  One Comment

Alhamdulilah, buku berkenaan perancangan perkahwinan untuk bakal pengantin, akan terbit pada bulan Julai ataupun selewat-lewatnya pada bulan Ogos 2011. Editor PTS memaklumkannya beberapa hari yang lalu.

Sekalung rasa suku ke atas sepupu-sepupu yang mendoakan dan memberikan pandangan dan informasi bagi menjayakan buku tersebut. Insyaa Allah tuan dan puan juga yang akan mengeluarkan pahala yang dihantar secara online ke akaun simpanan Syurga di padang Mashyar nanti.

Kepada yang ingin merancang perkahwinan yang tidak membazir dan yang membuatkan kita dapat tersenyum selepas 3 bulan berkahwin, dipersilakan bagi membaca buku ini sebelum berkahwin ataupun sebelum jatuh cinta.

02 Mar 2011 Pertanyaan Sepupu : Tempoh Pinjaman Kereta

Assalamualaikum.

Didoakan agar tuan sihat wal afiat dan dilindungi Allah SWT sentiasa.

Ada sedikit pertanyaan, saya ada membuat pinjaman kenderaan dengan Bank XYZ menggunakan pakej GradHitz selama 10 tahun bermula pada tahun 2008 dengan bayaran ansurannya sebanyak RM617 sebulan.

Saya amat terlambat membeli buku tuan ‘Hidup tenang walaupun berhutang’ yang menyatakan berapa lama tempoh yang patut kita habiskan untuk kenderaan.

Adakah cara yang lain untuk mengurangkan bayaran bulanan kereta saya itu?

Untuk pengetahuan tuan, saya masih belajar dan sudah berkeluarga. Mohon pendapat tuan dan sekian terima kasih.

Ahmad Tarmizi (bukan nama sebenar)

_________________________________________

Waalaikummusalam wbt,

Amin, saya suka di atas doa tuan itu, kerana doa orang yang soleh dimakbulkan oleh Allah SWT.

Saya doakan supaya tuan sentiasa dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak, pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Tuan aplikasikan sistem sampul surat dalam buku tersebut, elakkan dari terlibat dalam barah kewangan yang lain.

Baca pula buku kedua tulisan Shamsuddin Kadir iaitu Makan Gaji Tetapi Kaya, seterusnya membaca buku Kaya Dengan Rumah dan diikuti Buat Duit Dengan Rumah.

Amalkan doa yang terdapat di antara muka surat terakhir buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, amalkan setiap kali kita teringat.

Tingkatkan nilai diri kita, mengikut kajian yang dibuat oleh pakar Psikologi, orang yang merasakan dirinya mahal, mereka tidak memerlukan barangan mahal untuk dilekatkan pada badan ataupun disekeliling mereka.

Apabila kita merasakan diri kita murah, kita sibuk membeli simbol-simbol kekayaan palsu, supaya diri kita di lihat sebagai orang kaya, orang berada ataupun orang yang mahal.

Di luar sana ada banyak perangkap yang disediakan oleh Bank-bank, penyedia skim ansuran mudah, Ah long dan lain-lain.

Tuan, teruskan usaha tuan mengerjakan solat Dhuha itu, ianya membantu kita.

Membaca buku-buku tersebut dan artikel di dalam blog ini yang sudah melebih 900, memberikan tuan jalan penyelesaian yang mantap, dengan izin Allah. Tuan terkejut apabila mendapati pinjaman kereta tuan sama ada dijelaskan awal, ataupun waktu tuan sedar itu, pinjaman kereta sudah habis, walaupun belum sampai tempoh pinjaman, iaitu 10 tahun.

Dalam buku itu dan entri dalam blog ini saya ada masukkan ‘mentera’ bagi menghalang kita dari dibebani dengan hutang yang yang tidak perlu.

Apa-apa tahniah tuan, insyaa Allah kita bertemu nanti, jika tiada ruang di sini, kita bertemu di Syurga nanti. Amin.

Shamsuddin Kadir

09 Feb 2011 Penulis Bersama Dengan Shamsuddin Kadir
 |  Category: Bimbingan, Buku |  3 Comments

Assalamualaikum dan salam ceria,

Sepupu-sepupu yang dirindu oleh Allah dan disayangi Nabi,

Kami mengucapkan rasa suka di atas emel-emel yang dihantar ke shamsuddin@sk.my bagi menjadi penulis bersama. Kami sememangnya mencari individu iaitu sepupu yang berminat bagi menulis perkataan-perkataan dengan harapan ianya menjadi perkara yang membuatkan kita tersenyum di padang Masyhar nanti.

Kami ada mengadakan bengkel bagi penulisan bersama. Kepada yang berminat untuk menulis secara bersama sama ada bersama Shamsuddin kadir ataun dengan Hani Sofea (Penulis bersama Shamsuddin Kadir ketika ini), mohon diemelkan biodata ringkas ke shamsuddin@sk.my

Tidak perlu mendapat keputusan Bahasa Melayu cemerlang di peringkat SPM bagi menyertainya. Walaupun tidak kredit dalam keputusan bahasa Melayu juga dialu-alukan.

Syarat bagi menulis bersama adalah, mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap ilmu ghaib seperti kewujudan Allah SWT. Keyakinan kita dibalas untuk setiap patah perkataan yang kita tulis dan sebut bermula di saat kita sudah dibebani dengan tanggungjawab iaitu agama ketika kita Baligh.

Insyaa Allah buku yang kita tulis secara bersama itu nanti, menjadi sumber matawang pahala yang dihantar ke akhirat secara online setiap saat orang membaca dan memanfaatkan ilmu yang ada dalam buku itu. Insyaa Allah pahala-pahala itu membantu kita membiayai penghidupan yang serba mewah yang terlampau di Syurga Firdaus. Amin. Kerana di Syurga tiada perkataan bajet lagi, kerana semua kenikmatan yang Allah berikan tiada sempadan, seperti mana Syurga yang diduduki oleh Nabi Adam dahulu ada sempadan, iaitu tidak boleh memakan buah terlarang.

03 Sep 2010 Jurutera : Teruja dan Gembira Membaca Buku
 |  Category: dimensi, Testimoni |  Tags: | 3 Comments

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya doakan Tuan, isteri dan ahli keluarga berada dalam keredhaan Allah, mendapat berkat di Bulan Ramadhan yang mulia ini dan dipanjangkan umur untuk menyebarkan ilmu kepada seluruh umat Islam.

Tuan,

Pada hari Jumaat yang lepas saya baru sahaja membeli buku Tuan Makan Gaji Tetapi Kaya dan Biskut Ajaib di MPH Mid Valley. Sebenarnya saya sudah membuat pesanan buku-buku tersebut bersama 3 buku tulisan Tuan

yang lain secara online (kedai buku online, tetapi masih belum dipos) namun kerana saya tidak sabar untuk memulakan pembacaan buku-buku itu, saya terus membelinya di MPH walaupun pada harga yang lebih tinggi dari pesanan online saya. Alhamdulillah, pelaburan saya sungguh berbaloi!

Alhamdulillah, suami saya sudah selasai membaca Makan Gaji Tetapi Kaya. Pagi tadi semasa di dalam LRT ke pejabat, saya tamatkan pembacaan Biskut Ajaib. Saya sungguh teruja dan gembira! Terima kasih di atas perkongsian ilmu Tuan kepada kami. Tidak sabar saya mahu membaca buku tulisan Tuan yang lain.

Untuk pengetahuan Tuan, saya dan suami (serta seorang anak) menjalankan hidup yang sederhana dibandingkan dengan rakan-rakan engineer sepejabat yang lain.

Hutang yang ada hanya hutang kereta (Saga) dan rumah. Saya tidak mempunyai kredit kad dan menyimpan hampir 30% duit gaji sebulan. Walaupun kadangkala kami mendapat tekanan dari keluarga kerana tidak hidup “lavish” seperti lagak jurutera, (kami memakai kereta Saga, kawan-kawan memandu Civic, Altis, Accord etc) suami saya tetap berkeras bahawa ini sebenarnya jalan yang terbaik untuk kami yang baru mahu mengemudi alam rumahtangga. (kami berusia 28 tahun)

Setelah membaca buku dan blog Tuan, saya semakin yakin bahawa jalan yang kami pilih adalah tepat, Insya-Allah. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana menemukan saya dengan blog Tuan di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini dan mendorong terus untuk saya membeli buku-buku Tuan.

Insya-Allah pada Syawal ini, seperti tahun-tahun yang lalu, kami hadiahkan buku kepada adik-beradik kami. Tahun ini buku “Hidup Tenang Walaupun Berhutang” akan dijadikan hadiah raya untuk mereka, Insya-Allah. Saya mahu adik-beradik saya memanfaatkan ilmu Tuan dan sama-sama dapat menguruskan kewangan dengan bijak. Biskut Ajaib pula akan dihadiahkan kepada anak buah saya.

Saya dan suami berharap dapat berjumpa Tuan suatu hari nanti jika diizinkan Allah.

Terima kasih Tuan. Terima kasih.

Siti Zulaikha (bukan nama sebenar)

———————————-

Waalaikummusalam wbt Cik Puan Siti Zulaikha,

Saya mohon seluruh malaikat yang ada di langit turut mengaminkan doa saya untuk Cik Puan sekeluarga, supaya Cik puan sekeluarga terus menerus dipelihara dari gangguan dosa dan juga dirahmati dengan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Terima kasih di atas doa Cik Puan, itu saya cukup suka menerima doa dari wanita yang solehah, kerana doa wanita solehah diterima Allah tanpa ada halangan.

Tahniah, Tahniah, Tahniah, kerana Cik Puan dan suami berjaya menguasai fikiran, nafsu dan juga godaan masyarakat disekeliling dari terpengaruh dengan gaya hidup di luar batasan normal seorang Muslim.

Saidina Umar sentiasa berdoa di hadapan Kaabah setiap kali beliau ke Mekah. Doanya lebih kurang begini “Ya Allah jadikan aku termasuk golongan yang sedikit”. Maksudnya, orang yang memilih untuk mengikut dan taat kepada Allah secara sepenuh hati adalah sedikit berbanding dengan golongan yang sesat.

Teruskan mengunakan proton Saga itu. Pahalanya sangat besar, Fardhu Kifayah dipenuhi, keberkatan bersama Cik Puan sekeluarga.

Satu kajian mendapati, Orang yang merasakan dirinya mahal, mereka tidak memerlukan perkara ataupun benda mahal untuk ditempatkan ataupun dilekatkan kepada diri mereka sendiri’

Salah seorang yang menepati ciri-ciri orang mahal adalah Cik Puan dan Suami.

Terus menerus memanfaatkan masa membaca terutama juga dalam LRT. Baca, baca, baca dan hadiahkan buku-buku yang bermanfaat.

Gantikan duit raya dengan Angan-Angan.

Individu seperti Cik Puan dan suami yang dapat menyimpan 30% dari duit gaji sebulan, adalah antara individu yang sangat berkualiti dan berprestasi di pejabat.

Saya baru mendapat jemputan bagi menyediakan modul latihan untuk kakitangan di organisasi Cik Puan. Semoga kita dipermudahkan untuk bertemu suatu hari ini.

Semoga Allah melahirkan lebih banyak sepupu seperti Cik Puan dan Suami dalam kehidupan ini.

Shamsuddin kadir

29 Jul 2010 Jualan Buku Di Perkeso Jalan Ampang
 |  Category: Buku |  Leave a Comment

Insyaa-Allah Shamsuddin Kadir akan berada di Tingkat 18, Menara Perkeso Jalan Ampang, sempena Sambutan Penutupan Bulan Membaca di peringkat Perkeso. Buku-buku tulisan SK dan juga terbitan PTS ada dijual di sana.

Beliau akan berada di sana seawal 9 Pagi. Kepada Tuan dan Puan yang bekerja di Perkeso amat dipersilakan bagi turut serta dalam program yang telah diaturkan oleh pihak Perpustakaan Perkeso.

Diskaun istimewa dan autograf bagi setiap buku beliau yang dibeli pada hari esok, Jumaat, 30 Julai 2010.

15 Jun 2010 Baca Sampai Habis Ketiga-tiga Buku Hari Ini
 |  Category: Buku |  Leave a Comment

Waalaikumsalam,

Buku-buku tersebut telah saya terima, hendak baca sampai habis ketiga-tiganya
pagi ni juga kalau boleh.

Terima kasih,

Muhammad (Hamba Allah yang soleh)

Pembeli buku-buku tulisan Shamsuddin Kadir secara online di www.shamsuddinkadir.com

———————————-
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan Muhammad dengan kebaikan yang datang mendadak, pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Pertama-tamanya kami mengucapkan ribuan terima kasih (kami suka) di atas perlaburan Tuan Muhammad bagi meningkatkan lagi kualiti hidup dengan membaca buku-buku yang berkualiti.

Tuan, saya cukup teruja di atas semangat yang luarbiasa yang ada pada Tuan. Kami mencadangkan agar buku ilmiah dibaca dalam keadaan sedikit perlahan iaitu, sebuah buku untuk dalam masa 1 – 4 hari. Supaya setiap ilmu yang dipelajari itu mudah diterapkan dan dapat diaplikasi dengan mudah.

 

Buku fiksyen Biskut Ajaib, boleh dibaca dalam masa 1 hari, kerana ianya lebih santai.

Baca doa yang power sebelum membaca buku itu, supaya Tuan mendapat ilmu yang bermanfaat dan kualiti ilmu yang Tuan dapat itu lebih hebat dari apa yang ada dalam buku itu. Mohon Tuan membaca doa di bawah, setiap kali membaca buku tersebut.

“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku dengan kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul, ilham para Malaikat yang hampir denganMu, wahai Allah yang maha pembuka lagi tahu, bukalah hati kami seperti orang yang arif lagi bijaksana” Amin.

Shamsuddin Kadir

12 Jun 2010 Buku Makan Gaji Tetapi Kaya Edisi Terkini
 |  Category: Buku |  2 Comments

Alhamdulilah di atas usaha dan doa setiap individu yang terlibat, akhirnya buku Makan Gaji Tetapi Kaya yang telah di cetak 4 kali sebelum ini, diperlengkapkan lagi dalam versi baru. Buku ini baru masuk kilang cetak dan dijangka akan mula berada di pasaran pada penghujung bulan Jun 2010 nanti.

Semoga buku seterusnya yang sedang dipersiapkan dipermudahkan oleh Allah. Amin. Terima kasih di atas sokongan, dorongan, doa yang disampaikan. Semoga ianya menjadi antara bekalan baik Tuan dan Puan yang amat baik hati. Amin.

08 Jun 2010 Komen Pembaca Buku Kewangan Tulisan SK
 |  Category: Buku |  3 Comments

Seorang sepupu saya, rakan dalam facebook menulis,

Mohamad Farizal Bin Hassim  Alhamdullillah selesai juga membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang hasil hebat dari Tuan Shamsuddin Kadir. Buku yang wajib dibaca bagi insan yang berurusan dengan wang dan tidak mahu menjadi hamba hutang.

Tuan Farizal adalah seorang yang sangat berilmu dan pandai berkomunikasi, beliau pandai memilih perkataan untuk dilafazkan tanpa merendahkan orang lain. Saya kagum dengan ciri yang ada pada beliau, beruntung ibu yang melahirkan seorang anak yang semulia beliau.

Mengikut beliau, buku hidup Tenang Walaupun Berhutang, adalah buku yang keempat yang beliau baca berkenaan kewangan, tiga buku sebelum itu adalah dari 3 penulis yang berlainan. Di sini sudah menunjukkan beliau seorang yang amat dahagakan ilmu. Surah pertama yang diturunkan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad s.a.w iaitu kita adalah IQRA (BACALAH).

Shamsuddin Kadir

31 May 2010 Keliru Dengan Tahap Kesihatan Kewangan
 |  Category: Bimbingan, Buku, Dilema |  Leave a Comment

ASSALAMUALAIKU EN SHAMSUDDIN,
 
NAMA SAYA XXXXX (Dipadamkan nama sebenar)

SAYA MERUPAKAN SEORANG PENJAWAT AWAM. SAYA SERINGKALI SEARCH INTERNET BAGI MENGETAHUI CARA-CARA PENGURUSAN KEWANGAN SAYA.

BANYAK BUKU DAN ARTIKEL YANG SAYA BACA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PENGURUSAN KEWANGAN SAYA.

TERBARU SAYA MEMBELI DAN MEMBACA BUKU TULISAN SAUDARA IAITU “HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG”.

SAYA KELIRU DENGAN TAHAP KESIHATAN KEWANGAN SAYA..DI SINI SAYA SERTAKAN BUTIRAN LENGKAP MENGENAI KEWANGAN SAYA UNTUK PERHATIAN SAUDARA AGAR DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MENANGANI MASALAH INI..
 
GAJI BULANAN- RM 2100 SETELAH DITOLAK DALAM SLIP GAJI..
 
PERBELANJAAN TETAP
 
RUMAH SEWA             – RM 170
PARENT                      – RM 400
KERETA                      – RM 350
TABUNG HAJI             – RM 200
 
INSURAN                    – RM 70
LOAN ASB                   – RM 158 ( RM 25000)
INVEST TKFUL            – RM 100
 
PTPTN                        – RM100
CEL/BRODBAND         – RM100
BALIK KG                    – RM 100
BELANJA                     – RM300   

JUMLAH                      =RM 2048
 
HUTANG..
 
LOAN ASB         RM 158           2030
PERS LOAN       RM 312.50       2020
PTPTN               RM 100           2020
KERETA             RM 350           2013  
 
MASALAH YANG MERUNSINGKAN SAYA APABILA MELIHAT BALANCE YANG HANYA TINGGAL RM 52.

SAYA SERINGKALI BERANGAN UNTUK MEMPUNYAI LEBIHAN WANG SETELAH SEMUA BIL DAN HUTANG DIBAYAR.

SAYA DAH PUAS CUT PERBELANJAAN UNTUK MENDAPATKAN LEBIHAN KEWANGAN.V

TETAPI MASALAH STILL SAMA..
 
SAYA BERHARAP AGAR PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DAN DAPAT MEMBERIKAN NASIHAT BERGUNA MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN SAYA..
 
TERIMA KASIH..
MARIAM (Bukan nama sebenar, ianya ditukar oleh pihak pengurusan ShamsuddinKadir.com)

——————————-

 

 

Waalaikummusalam Cik Puan Mariam,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada saudara dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Pertama-tamanya tahniah kerana mendampingi buku sebagai usaha mencari bekalan hidup. Kedua cik puan termasuk dalam kumpulan wanita yang amat cerdik dan ada matlamat hidup yang jelas. Tahniah.

GAJI BULANAN- RM 2100 SETELAH DITOLAK DALAM SLIP GAJI..
 
PERBELANJAAN TETAP
 
RUMAH SEWA             – RM 170 ( Bagus)
PARENT                      – RM 400 (Bagus, ada matlamat hidup sebenar)
KERETA                      – RM 350 (Bagus)
TABUNG HAJI             – RM 200 (Bagus, ada matlamat hidup sebenar)
 
INSURAN                    – RM 70 (saya tidak pasti untuk apa)
LOAN ASB                   – RM 158 ( RM 25,000) (Pastikan LOAN yang dibuat adalam mengunakan sistem Islamik, kerana riba membuatkan kita berperang dengan Allah dan rasulnya, azab bila malaikat maut datang mencabut nyawa kita, apabila kita dikenal pasti sebagai orang yang ingin berperang dengan Allah dan rasul)

INVEST TKFUL            – RM 100 (Bagus, kerana ianya Takaful, baca buku Makan Gaji Tetapi Kaya, jika kita ingin kekal melabur dalam Takaful sebanyak itu selepas membaca buku itu, itu adalah pilihan TERBAIK KITA)
 
PTPTN                        – RM100 (Tiada pilihan berdasar maklumat yang diberikan, teruskan)
CEL/BRODBAND         – RM100 (Adakah ianya perlu ? Kita ada buat bisnes ke? Jika ada broadband tambah duit, perlu ada,  buat masa ini tidak perlu, kerana saya melihat cik puan seorang orang yang bijak, cari streamyz dan pasang di rumah sewa, yang boleh disharekan kepada beberapa orang termasuk jiran, sharekan bayaran, ambil pakej RM 68 sahaja, ataupun tukar plan Celcom itu kepada pakej RM 68 seperti mana yang kami guna)
BALIK KG                    – RM 100 (Balik kampung, bagus, semoga Allah jadikan hidup saudara bertambah berkat dan kaya di atas sentiasa melawat ibubapa)
BELANJA                     – RM300   (Bagus, saudara seorang wanita yang pandai, bijak, cerdik, berdisiplin, teruskan memiliki sikap yang bagus ini)

JUMLAH                      =RM 2048
 
HUTANG..
 
LOAN ASB         RM 158           2030 (Saya tiada pandangan)
PERS LOAN       RM 312.50       2020 (Bayaran bulanan RM 312.50 tidak di masukkan dalam senarai belanja, ini adalah BARAH KEWANGAN, saya tidak tahu kenapa Cik Puan memiliki kanser yang telah meruntuhkan banyak rumahtangga, menghilangkan nikmat tenang dan ceria, menambahkan kedutan di muka dan sebagainya.  Cadangan saya hentikan perlindungan (insurans /pelaburan), gunakan duit itu bagi membebaskan diri dari BARAH KEWANGAN ITU terlebih dahulu, selepas itu, boleh rancang kembali perlaburan dan perlindungan dalam Takaful (ambil yang islamik, supaya kita tidak berperang dengan Allah dan Rasulnya).

PTPTN               RM 100           2020  (Teruskan membayarnya)
KERETA             RM 350           2013  (Pandangan saya, jangan beli kereta baru lain ataupun tukar kepada kereta lain, selepas tempoh pinjaman kereta ini berakhir, teruskan mengunakan kereta tersebut.

Kesimpulannya, saya mencadangkan cik puan untuk membaca buku di bawah mengikut susunannya :

1. Makan Gaji Tetapi Kaya (Sudah tiada di pasaran, hujung bulan Jun baru ada di pasaran)

2. Kaya dengan rumah

3. Buat Duit Dengan Rumah

Jika inginkan suatu kelainan baru dalam hidup cik puan, baca juga buku di bawah

1. Garaj Aiman (Tulisan Shamsuddin Kadir bersama Nor’Aini Mohamed Noor)

2. Biskut Ajaib

3. Tukang Gunting Terbang

Belanja untuk ibubapa sebanyak RM 400 sebulan itu, adakah jumlah yang perlu? Saya tidak tahu berapa komitmen bulanan yang ibubapa saudara perlu? Maksud saya apa yang perlu ibubapa saudara perlu untuk hidup bagi sebulan?, adakah adik beradik saudara lain juga membantu? Saya khuatir dengan BARAH KEWANGAN saudara itu, ianya bakal membuatkan saudara tidak mampu lagi memberikan satu sen pun kepada ibubapa apabila ianya bertambah parah.

Sentiasa amalkan doa menyembuhkan BARAH KEWANGAN seperti yang saya tulis dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang di muka surat antara yang terakhir.

Shamsuddin Kadir

20 May 2010 Bicara Buku Bersama Shamsuddin Kadir
 |  Category: Buku |  Leave a Comment

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Pada bulan April yang lalu Shamsuddin Kadir telah memenuhi jemputan bagi menjayakan ‘book talk’ bicara buku di Malaysian Productivity Corporation (MPC) di Petaling Jaya.

Terima kasih kepada Cik Puan Nurul Sazrina yang telah mewakili MPC bagi menjayakan program dengan tajuk ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ yang akhirnya membuatkan buku yang dibawa bersama untuk dijual kepada para peserta habis dan ada peserta yang tidak sempat memilikinya kerana bilangan pembeli yang lebih banyak dari buku yang dibawa.

Ada yang membeli dua untuk dihadiahkan kepada orang lain.

Undangan bicara buku oleh organisasi telah bermula dengan jemputan oleh organisasi seperti :

  • MPH Mid Valley
  • MPH Alamanda
  • MPH Wangsa Maju
  • MPH One Utama
  • Perpustakaan Negara Malaysia

  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Pengajian Tinggi
  • Malaysian Productivity Corporation (MPC)

  • Majlis Sukan Negara (2 kali untuk buku yang berlainan)
  • Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007, 2008 dan 2010
  • Pesta Buku Kelantan 2010

  • Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
  • Read Malaysia 2009
  • Read Malaysia 2008
  • dan lain-lain

3 buah buku tulisan Shamsuddin Kadir juga telah dialihkan bahasa dan diterbitkan ke Indonesia sejak 2008.

Kepada Tuan dan Puan yang ingin menjemput beliau bagi mengisi diskusi buku ataupun sesi bersama penulis bagi mengupas keperluan semasa dalam kontek tulisan beliau, boleh menghubungi kami di info@sk.my ataupun 03 4142 5300

Yang melaporkan

Nor’Aini Mohamed Noor

22 Apr 2010 Shamsuddin Kadir Di Pesta Buku Kelantan 1 Mei 2010
 |  Category: Buku |  Leave a Comment

Dengan izin Allah, Shamsudin Kadir diundang bagi berbicara di pentas utama sempena Pesta Buku Kelantan yang akan berlangsung di Dewan Jubli Perak MPKB, Kota Bharu pada hari Sabtu 1 Mei 2010.

 

Slot beliau adalah pada pukul 11.30 sehingga 12.30 tengahari. 

Tuan, Puan dan sepupu-sepupu dialu-alukan bagi menghadirinya. 

Kepada semua pembaca dan peserta kursus yang dijayakan oleh Shamsuddin Kadir juga dialu-alukan untuk turut serta.

Shamsuddin Kadir juga berkemungkinan akan keudara di radio-radio kelantan sempena Pesta Buku tersebut.

Dapatkan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang versi edisi terkini dan juga buku-buku Shamsuddin Kadir yang lain di Pesta Buku Kelantan. Insyaa-Allah semua buku yang dibeli akan diautograf oleh beliau sepanjang beliau berada di Pesta itu.

Bagi organisasi yang ingin menjemput beliau untuk sesi ceramah ataupun kursus di Kota Bharu ataupun Kelantan sewaktu beliau di sana boleh menghubungi kami di 03 4142 5300.

Yang Melaporkan

Nor’Aini Mohamed Noor