Archive for the Category ◊ Diari SK ◊

17 Oct 2014 Kursus Umum ‘Public Course’ oleh Shamsuddin Kadir

Bismillah. SAW.

Insyaa Allah butiran kursus-kursus yang dijayakan adalah :

1. KURSUS INTENSIF PRA PERSARAAN : 5 – 6 NOVEMBER 2014 [DOWLOAD BROSUR]

2. KURSUS TRAIN THE TRAINER (TTT) : 12 – 13 NOVEMBER 2014 [DOWNLOAD BROSUR]

3. KURSUS ‘ZERO DEFECTS ACTION’ : 3 – 4 DISEMBER 2014 [DOWNLOAD BROSUR]

4. 4C (MARKETING STRATEGY WORKSHOP) : 21 – 22 JAN 2014

Untuk mendaftar, tuan dan cik puan dijemput untuk menghubungi talian pejabat SK Training Academy Sdn Bhd di 03 4142 5300 / 4141 6300 (Salmee / Suhana / Kamarul) atau HP 019 303 1 300

07 Oct 2011 Diari SK: Masa Yang Padat
 |  Category: Diari SK |  Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam ceria

Sepupuku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Didoakan tuan dan cik puan terus menerus dirahmati Allah dengan rezeki halal yang berlebihan dan kesihatan yang berpanjangan.

Sudah lama juga kita tidak bersua dengan entri terkini. Mohon maaf di atas kekangan masa yang terbatas, saya tidak dapat lagi memuatkan entri terbaru setiap hari seperti sebelum ini.  Di dalam halaman ini juga sudah ada entri melebihi 600 artikel sejak tahun 2006 lagi.

Ketika ini saya sedang menyiapkan beberapa buku baru sebagai kesinambungan kepada buku-buku yang sudah terbit di pasaran dengan izin Allah SWT.

Insyaa Allah pada bulan Disember 2011, buku bertajuk Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta terbit di pasaran di ikuti buku-buku lain.

Kepada yang baru pertama kali membaca entri di blog ini dan mahu mendapatkan buku-buku tulisan Shamsuddin Kadir mohon bagi mencarinya di kedai-kedai buku. Manakala bagi yang ingin mengadakan training di pejabat mohon untuk menghubungi 03 4142 5300 ataupun emelkan shamsuddin@sk.my

Sekian, Saya Suka!

Shamsuddin Kadir

7 Oktober 2011

16 Dec 2010 Shamsuddin Kadir di Alor Setar Centre Point 19 Disember 2010
 |  Category: Diari SK, Informasi |  Leave a Comment

Dengan izin Allah Pencipta dan pemilik sekelian alam,

Shamsuddin Kadir diundang bagi menjayakan Kedaibuku Popular Bookfair di Alor Setar Centre Point Pada 19 Disember 2010.

Tuan Shamsudin Kadir yang menulis buku-buku motivasi antaranya Makan Gaji Tetapi Kaya, Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Dapatkan maklumat berguna mengenai perancangan kewangan dan kehidupan daripada beliau di Popular Bookfair ini.

Tarikh: 19 Dec – 19 Dec 2010 (AHAD) • 4.00 – 4.45 petang
Tempat: POPULAR Bookfair, Concourse Area, Alor Setar Centre Point, Alor Setar, Kedah

03 Aug 2010 Bijak Mengurus Wang Untuk Pelajar UMP
 |  Category: Diari SK |  Leave a Comment

Dengan izin Allah SWT, Shamsuddin Kadir akan menjayakan bicara Bijak Mengurus Wang di Universiti Malaysia Pahang pada malam ini, Selasa 3 0gos 2010.

Tidak sabar untuk bertemu dengan pelajar (sepupu) yang merupakan nahkoda Malaysia Berhad.

Semoga Allah permudahkan untuk kami bagi menjayakan latihan @ training di bumi Pahang ini. Amin. Untuk tujuan kursus emelkan ke info@sk.my

08 Jul 2010 Kursus Menanda Aras Pegawai Cemerlang
 |  Category: Diari SK |  4 Comments

Tim Ultra Mind Resources yang diketuai oleh Shamsuddin Kadir akan bertolak ke Cameron Highlands  bagi menjayakan kursus Menada Aras Pegawai Cemerlang untuk pegawai dan pengurus atasan Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Kursus ini sebagai persiapan awal bagi staf yang dinaik pangkat ke jawatan yang lebih tinggi, seperti penolong pengurus, pengurus dan juga pengarah.

Untuk organisasi swasta dan kerajaan yang ingin menjayakan kursus ‘Menanda Aras’ sama ada untuk pegawai, eksekutif, pengurus boleh menghubungi kami di 03 4142 5300 ataupun emelkan ke info@sk.my

Antara klien Ultra Mind Resources adalah Malaysian Building Society Berhad (MBSB), Lembaga Tabung Haji, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Hotel Shangri-La, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) dan lain-lain.

20 Jun 2010 Diari SK: 22 – 24 Jun 2010 Sandakan Sabah
 |  Category: Diari SK |  Leave a Comment

Dengan izin Allah yang menguasai segala yang di langit dan di bumi, Shamsuddin Kadir akan menjayakan sebuah kursus bertajuk ‘Self Motivation’ – Attack Before You Even Begin di Hotel Sandakan pada 23 – 24 Jun 2010.

Ini adalah siri training yang dijayakan di Sabah sejak kedatangan pertama pada Februari 2009, dan Alhamdulilah, Ultra Mind Resources telah menjayakan kursus sejak 3 bulan di Sabah, iaitu pada Mei 2009, Ogos 2009, November 2009, Januari 2010, Mac 2010 dan Insyaa-Allah Jun 2010 nanti.

Kepada organisasi di Negeri di Bawah Bayu ataupun negeri lain yang ingin mendapatkan proposal latihan, boleh menghubungi kami di 03 4142 5300 ataupun Emelkan ke info@sk.my. Halaman rasmi latihan adalah www.sk.my.

Insyaa-Allah Ultra Mind Resources akan melebarkan sayapnya ke Brunei Darussalam mulai bulan Ogos 2010.

Terima kasih kepada Cik Puan Maslinah Rak (LHDN, Sabah), Tuan Rony (PSMB Sabah), Madam Jennifer Luk (Hotel Shangri-La), Cik Puan Farah Bidin (PSMB Sabah) dan semua syarikat dan juga peserta-peserta kursus yang dijayakan oleh Ultra Mind Resources dengan kerjasama dengan pelbagai organisasi.

KAMI SUKA

27 Apr 2010 Diari SK: Jemputan ‘book talk’ MPC pada 28 April 2010
 |  Category: Diari SK |  Tags: | One Comment

Dengan izin Allah, SK akan ke Malaysian Productivity Corporation (MPC) di Jalan Sultan, Petaling Jaya bagi membicarakan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang.

Terima kasih Cik Puan Nurul Sazrina kerana sudi menjemput SK ke sana.

Dilaporkan oleh,

Abdul Halim Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim