Archive for the Category ◊ Dilema ◊

08 Dec 2014 Hari Jadi Lelaki Tidak Kisah, Perempuan Kisah Sangat?

Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w.

Sepupu-sepupuku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi dan buat saudaraku yang beragama Buddha, Hindu dan Kristian.

Banyak yang kita dengar bahawa majoriti lelaki tidak kisah tentang hari jadi dan ada yang tidak ‘ambil port’ harijadinya sendiri. Apatah lagi hari jadi orang lain. Kerana lelaki kebanyakan berfikir menggunakan rasional, iaitu melihat sejauh mana pentingnya hari jadi itu, mereka mengkaji sama ada menyambut dan tidak menyambut hari jadi itu memberikan perubahan dari segi hidup mereka, iaitu sama ada mereka menjadi orang yang lebih rajin, produktif, ataupun berjaya ataupun sama sahaja.

Sebahagian Lelaki melihat hari jadi adalah satu proses membelanjakan duit untuk sesuatu perkara yang tidak memberikan manfaat. Umpama menyambut hari jadi matahari yang tiba pada setiap pagi selama ini, adakah ianya memberikan kesan kepada matahari itu?

Entri ini saya tulis, apabila Insyaa Allah isteri saya Ain Muhammad bertanya saya petang semalam, “Betulke lelaki tidak kisah tentang harijadinya?”

Sebahagian wanita kisah tentang harijadinya. Apakah punca sebahagian wanita yang kisah tentang hari jadinya ? Secara asas kita dapat simpulkan wanita yang kisah tentang harijadinya, adalah wanita yang :

1.Pernah baca buku dari ilmu barat

2.Pernah tengok cerita yang dari ajaran barat berkenaan sambut harijadi guna kek dan lilin

3.Pernah tengok jiran, saudara ataupun ibu bapanya menyambut harijadi

4. Pernah tengok filem yang ada kisah harijadi

5. Pernah baca kad harijadi

6. Pernah baca dan lihat bagaimana orang yang mengucapkan harijadi di facebook…..

7. Pernah baca majalah….

Wanita yang tidak kisah tentang harijadinya, adalah wanita yang secara majoritinya tidak buat perkara di atas, ataupun yang mempunyai prinsip yang kental, iaitu tidak mahu terpengaruh dengan kaedah budaya ataupun ajaran orang lain.

Lihat majoriti ibu bapa yang berumur 70 tahun sekarang, majoritinya tidak menyambut ataupun bercakap tentang harijadinya. Wanita-wanita yang membaca buku Psikologi berkenaan kesan harijadi keatas dorongan.

Wanita yang banyak baca Al Quran dan kitab, adalah antara wanita-wanita yang tidak ambil kisah tentang harijadi mereka, mereka hanya kisah harimati mereka.

OLeh itu, kata-kata yang mengatakan wanita ambil kisah tentang harijadinya, tidak tepat, kerana bergantung kepada jenis wanita, itu, saya mendoakan, supaya tiada ahli keluarga saya yang terpengaruh dengan harijadi, dan lebih terpengaruh kepada harimati.

Kesimpulannya, tidak semua lelaki dan perempuan kisah dengan harijadi.

Individu yang saya kagum dalam hidup saya, adalah Allahyarham ayah saya, yang hanya menyambut hari jadi seorang individu sahaja pada setiap tahun, sewaktu hayatnya iaitu pada tanggal 12 Rabiul Awal. Ibu saya tidak menyambutnya sehingga sekarang, bapa mertua saya tidak menyambutnya, Ibu Mertua saya mengikut isteri saya “Ma, tidak tahupun bila tarikh hari jadinya, ma tidak ingat, walaupun beliau pandai membaca dan mengira” Kerana itu tidak penting bagi sebahagian individu.

Walau bagaimana pun, apabila orang lain mengucapkan selamat hari lahir kepada kita, adalah secara beradabnya kita menghargainya.

Lain Sekolah kehidupan, Lain Pula ajarannya. Raikan perbezaan, kerana kebanyakan perbezaan adalah antara yang betul dan betul. Di dalam Islam ini sungguh indah, banyak perbezaan Mazhab bukan disebabkan antara betul dan salah, sebaliknya antara yang betul dan betul. Raikan. Maksud saya jangan kita hina orang yang hidup dan matinya perjuangkan kepentingan menyambut harijadi, kerana Insyaa Allah mereka juga betul, di atas ilmu yang betul mereka sandarkan, Insyaa Allah.

Wallahu A’lam.

Facebook rasmi pages Shamsuddin Kadir

06 Aug 2013 Bismillah. Kaedah Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Malaysia banyak terpengaruh.

Bismillah. Kaedah Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Malaysia banyak terpengaruh.

Apabila usia semakin tua ini, semakin saya memahami mengapa banyak aktiviti yang tiada di dalam sunnah ataupun ajaran Islam dilakukan sewaktu raya di Malaysia.

Apabila disemak, adalah antara puncanya kita mempunyai beberapa perayaan mengikut agama lain yang menjadi contoh. Di mana cara perayaan orang Kristian, Cina dan Orang hindu.

Kita dapat lihat dalam ketiga-tiga perayaan, masyarakat mereka memakai baju baru.

Berbeza dengan apa yang diberitahu kepada saya (betulkan sekiranya maklumat itu salah) bahawa, Sunnah di dalam Islam, supaya memakai pakaian terbaik yang kita miliki. Jadi ianya tidak semestinya pergi beli yang baru.

Tiada sunnah memberi duit raya pada pagi hari raya. Aktiviti ini ditiru dari budaya orang Cina yang memberi Angpow pada hari raya. Tidak haram meniru aktiviti ini, kerana memberi hadiah duit itu juga mendapat pahala, apabila kita niat ikhlas. Sebaliknya sekiranya niat kerana nanti apa kata orang lain…

Mereka menghias rumah mereka, saya tidak mengetahui sama ada mana-mana hadis yang mengatakan perlu menghias rumah di hari raya Aidil fitri. Ini juga adalah tempias perayaan orang beragama lain.

Kebanyakan mereka terutama golongan berbangsa Cina memandu kereta yang baru pada tahun baru, sekiranya mereka mampu. Budaya ini juga sudah menular di kalangan orang Islam, di mana banyak staf JPJ yang susah untuk dapat cuti kerana terpaksa bekerja sehingga hampir dengan raya, kerana permohonan pembelian kereta, pertukaran kereta banyak dilakukan di musim perayaan.

Disebabkan bulan Ramadhan itu tiada di dalam kepercayaan agama lain, itu yang menyebabkan ada segelintir umat Islam yang membiarkan ianya berlalu. Asalkan hari raya datang awal. Ada ustaz yang menyebut “Mohon maaf, saya tidak mahu terencat akal mengucapkan selamat hari raya di bulan Ramadhan ini”

Terdapat perbezaan umpama langit dan bumi antara perayaan mengikut sunnah dan perayaan mengikut adat dan budaya juga agama lain.

Sehingga menyebabkan Aidil Fitri menjadi lebih hebat berbanding Aidul Adha. Sedangkan takbir raya hanya bergema selama 1 hari di hari raya Aidil fitri, manakala 3 hari pada hari raya Aidil Adha.

Kata tok siak “Hanya Jauhari Mengenal Manikam”

Kata Tok Imam “Hanya orang-orang yang betul-betul memahami dan mendalami sunnah dan ajaran agama Islam mengenal yang mana ajaran Islam dan mana yang disalin dari ajaran ataupun amalan orang bukan Islam”

Ramadhan itu adalah bulan tarbiah untuk kita mengenal yang mana satu permata dan kaca, Insyaa Allah.

Astaghfirullah. Wallahu’alam.

Lain sekolah raya, lain pula ajarannya. Ikut sekolah yang kita suka, kerana itu adalah pilihan kita.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

16 Mar 2011 Pertanyaan Dari Sepupu: Status Wang KWSP Dan Hutang
 |  Category: Dilema, dimensi |  Leave a Comment

Assalamualaikum Saudara SK,

Harapan semoga sihat dilindungi Allah s.w.t. hendaknya, InsyaAllah…

Saya akan mengeluarkan simpanan KWSP (pilihan skim pencen) dalam masa terdekat ini berjumlah rm25,000 tetapi bimbang tidak dapat memanfaatkan sebaik mungkin.

Buat masa ini saya mempunyai bebanan/hutang seperti berikut:

1. Kereta – rm 22,000 ( baki 5 tahun)

2. Pinjaman Peribadi 1 – rm 20,500 (baki 6 tahun 6 bulan)

3. Pinjaman Peribadi 2 – rm 8,500 (baki 7 tahun 3 bulan)

4. Hutang Adik Beradik – rm 5,000

Saya ingin meminta sedikit nasihat tuan apakah yang perlu saya dahulukan bagi mengurangkan pembayaran bulanan kepada bank di samping memulakan simpanan 6 bulan gaji untuk kecemasan.

terima kasih.

Ahmad Hussaini (bukan nama sebenar)

————————————

Waalaikummusalam Tuan Ahmad Hussaini,

Saya doakan tuan sentiasa dilimpahi dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Mengikut maklumat yang tuan sediakan di atas, tuan mempunyai dua barah kewangan. Kedua-duanya adalah pinjaman peribadi.

Pilihan yang ada adalah, membayar sepenuhnya pinjaman peribadi 1 yang berjumlah RM20,500 (mungkin dapat rebat ataupun diskaun apabila membuat pembayaran sepenuhnya. Keduanya bayar baki duit KWSP bagi menutup ataupun membayar hutang pinjaman peribadi 2.

Tabung kecemasan dimulakan sebaik kita menghapuskan barah kewangan dalam hidup kita.

11 Dec 2010 Jual Tanah Untuk Bayar Pinjaman Peribadi

Pertanyaan yang dihantar ke emel

Salam, Tuan.

Saya adalah seorang kakitangan kerajaan. semasa diusia muda saya, saya tidak pernah terfikir pinjaman peribadi yang saya buat akan memakan diri saya pada waktu sekarang.

Untuk makluman tuan, keadaan kesihatan kewangan saya memang tenat (pada pandangan saya). Ini kerana pendapatan bulanan saya sekarang ini hanyalah cukup-cukup untuk membayar ansuran kereta, pinjaman pelajaran, easy-payment dan kad kredit.

saya mempunyai 2 kad kredit. Ansuran kereta saya RM670. Oleh kerana potongan gaji saya telah mencapai had maksimum (60%) saya perlu menyelesaikan dahulu hutang pinjaman peribadi saya supaya saya boleh membuat pinjaman perumahan. saya ada sebidang tanah tetapi tidak bercadang untuk membuat rumah di situ memandangkan ianya jauh dari tempat kerja saya. saya bercadang untuk menjual tanah tersebut

(Tanah lot untuk membina rumah) dan membayar hutang pinjaman peribadi saya.

Jadi, saya dapat memohon untuk pinjaman perumahan. Apa pandangan tuan?  Terima kasih atas perhatian tuan.

Cik Puan Rozita (bukan nama sebenar)

————————————-

Waalaikummusalam Cik Puan Rozita,

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari dibebani dengan Hutang dan penindasan orang lain terhadap kami. Amin.

Cik Puan Rozita yang dirahmati Allah,

Jual tanah untuk jelaskan semua hutang pinjaman peribadi dan kad kredit. Mulakan untuk menghentikan pengunaan kad kredit apabila mendapat gaji bulan ini. Jika kad kredit itu tidak dihentikan penggunaan cik puan akan menangung hutang kritikal dalam masa 5 – 10 tahun akan datang.

Elakkan dari membeli rumah, selagi kad kredit itu masih digunakan. Bebaskan diri dari apa-apa skim ansuran mudah.

Sebaiknya, mohon cik puan bagi membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang sebelum menjual tanah tersebut.

Banyakkan membaca doa seperti yang tercatat dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, insyaa Allah dipermudahkan olehNya.

Shamsuddin Kadir

31 May 2010 Keliru Dengan Tahap Kesihatan Kewangan
 |  Category: Bimbingan, Buku, Dilema |  Leave a Comment

ASSALAMUALAIKU EN SHAMSUDDIN,
 
NAMA SAYA XXXXX (Dipadamkan nama sebenar)

SAYA MERUPAKAN SEORANG PENJAWAT AWAM. SAYA SERINGKALI SEARCH INTERNET BAGI MENGETAHUI CARA-CARA PENGURUSAN KEWANGAN SAYA.

BANYAK BUKU DAN ARTIKEL YANG SAYA BACA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI PENGURUSAN KEWANGAN SAYA.

TERBARU SAYA MEMBELI DAN MEMBACA BUKU TULISAN SAUDARA IAITU “HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG”.

SAYA KELIRU DENGAN TAHAP KESIHATAN KEWANGAN SAYA..DI SINI SAYA SERTAKAN BUTIRAN LENGKAP MENGENAI KEWANGAN SAYA UNTUK PERHATIAN SAUDARA AGAR DAPAT MEMBANTU SAYA DALAM MENANGANI MASALAH INI..
 
GAJI BULANAN- RM 2100 SETELAH DITOLAK DALAM SLIP GAJI..
 
PERBELANJAAN TETAP
 
RUMAH SEWA             – RM 170
PARENT                      – RM 400
KERETA                      – RM 350
TABUNG HAJI             – RM 200
 
INSURAN                    – RM 70
LOAN ASB                   – RM 158 ( RM 25000)
INVEST TKFUL            – RM 100
 
PTPTN                        – RM100
CEL/BRODBAND         – RM100
BALIK KG                    – RM 100
BELANJA                     – RM300   

JUMLAH                      =RM 2048
 
HUTANG..
 
LOAN ASB         RM 158           2030
PERS LOAN       RM 312.50       2020
PTPTN               RM 100           2020
KERETA             RM 350           2013  
 
MASALAH YANG MERUNSINGKAN SAYA APABILA MELIHAT BALANCE YANG HANYA TINGGAL RM 52.

SAYA SERINGKALI BERANGAN UNTUK MEMPUNYAI LEBIHAN WANG SETELAH SEMUA BIL DAN HUTANG DIBAYAR.

SAYA DAH PUAS CUT PERBELANJAAN UNTUK MENDAPATKAN LEBIHAN KEWANGAN.V

TETAPI MASALAH STILL SAMA..
 
SAYA BERHARAP AGAR PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU SAYA DAN DAPAT MEMBERIKAN NASIHAT BERGUNA MENGENAI PENGURUSAN KEWANGAN SAYA..
 
TERIMA KASIH..
MARIAM (Bukan nama sebenar, ianya ditukar oleh pihak pengurusan ShamsuddinKadir.com)

——————————-

 

 

Waalaikummusalam Cik Puan Mariam,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada saudara dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Pertama-tamanya tahniah kerana mendampingi buku sebagai usaha mencari bekalan hidup. Kedua cik puan termasuk dalam kumpulan wanita yang amat cerdik dan ada matlamat hidup yang jelas. Tahniah.

GAJI BULANAN- RM 2100 SETELAH DITOLAK DALAM SLIP GAJI..
 
PERBELANJAAN TETAP
 
RUMAH SEWA             – RM 170 ( Bagus)
PARENT                      – RM 400 (Bagus, ada matlamat hidup sebenar)
KERETA                      – RM 350 (Bagus)
TABUNG HAJI             – RM 200 (Bagus, ada matlamat hidup sebenar)
 
INSURAN                    – RM 70 (saya tidak pasti untuk apa)
LOAN ASB                   – RM 158 ( RM 25,000) (Pastikan LOAN yang dibuat adalam mengunakan sistem Islamik, kerana riba membuatkan kita berperang dengan Allah dan rasulnya, azab bila malaikat maut datang mencabut nyawa kita, apabila kita dikenal pasti sebagai orang yang ingin berperang dengan Allah dan rasul)

INVEST TKFUL            – RM 100 (Bagus, kerana ianya Takaful, baca buku Makan Gaji Tetapi Kaya, jika kita ingin kekal melabur dalam Takaful sebanyak itu selepas membaca buku itu, itu adalah pilihan TERBAIK KITA)
 
PTPTN                        – RM100 (Tiada pilihan berdasar maklumat yang diberikan, teruskan)
CEL/BRODBAND         – RM100 (Adakah ianya perlu ? Kita ada buat bisnes ke? Jika ada broadband tambah duit, perlu ada,  buat masa ini tidak perlu, kerana saya melihat cik puan seorang orang yang bijak, cari streamyz dan pasang di rumah sewa, yang boleh disharekan kepada beberapa orang termasuk jiran, sharekan bayaran, ambil pakej RM 68 sahaja, ataupun tukar plan Celcom itu kepada pakej RM 68 seperti mana yang kami guna)
BALIK KG                    – RM 100 (Balik kampung, bagus, semoga Allah jadikan hidup saudara bertambah berkat dan kaya di atas sentiasa melawat ibubapa)
BELANJA                     – RM300   (Bagus, saudara seorang wanita yang pandai, bijak, cerdik, berdisiplin, teruskan memiliki sikap yang bagus ini)

JUMLAH                      =RM 2048
 
HUTANG..
 
LOAN ASB         RM 158           2030 (Saya tiada pandangan)
PERS LOAN       RM 312.50       2020 (Bayaran bulanan RM 312.50 tidak di masukkan dalam senarai belanja, ini adalah BARAH KEWANGAN, saya tidak tahu kenapa Cik Puan memiliki kanser yang telah meruntuhkan banyak rumahtangga, menghilangkan nikmat tenang dan ceria, menambahkan kedutan di muka dan sebagainya.  Cadangan saya hentikan perlindungan (insurans /pelaburan), gunakan duit itu bagi membebaskan diri dari BARAH KEWANGAN ITU terlebih dahulu, selepas itu, boleh rancang kembali perlaburan dan perlindungan dalam Takaful (ambil yang islamik, supaya kita tidak berperang dengan Allah dan Rasulnya).

PTPTN               RM 100           2020  (Teruskan membayarnya)
KERETA             RM 350           2013  (Pandangan saya, jangan beli kereta baru lain ataupun tukar kepada kereta lain, selepas tempoh pinjaman kereta ini berakhir, teruskan mengunakan kereta tersebut.

Kesimpulannya, saya mencadangkan cik puan untuk membaca buku di bawah mengikut susunannya :

1. Makan Gaji Tetapi Kaya (Sudah tiada di pasaran, hujung bulan Jun baru ada di pasaran)

2. Kaya dengan rumah

3. Buat Duit Dengan Rumah

Jika inginkan suatu kelainan baru dalam hidup cik puan, baca juga buku di bawah

1. Garaj Aiman (Tulisan Shamsuddin Kadir bersama Nor’Aini Mohamed Noor)

2. Biskut Ajaib

3. Tukang Gunting Terbang

Belanja untuk ibubapa sebanyak RM 400 sebulan itu, adakah jumlah yang perlu? Saya tidak tahu berapa komitmen bulanan yang ibubapa saudara perlu? Maksud saya apa yang perlu ibubapa saudara perlu untuk hidup bagi sebulan?, adakah adik beradik saudara lain juga membantu? Saya khuatir dengan BARAH KEWANGAN saudara itu, ianya bakal membuatkan saudara tidak mampu lagi memberikan satu sen pun kepada ibubapa apabila ianya bertambah parah.

Sentiasa amalkan doa menyembuhkan BARAH KEWANGAN seperti yang saya tulis dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang di muka surat antara yang terakhir.

Shamsuddin Kadir

07 Dec 2009 Sepupu SK: Dilema Antara 3 Kerjaya
 |  Category: Dilema |  One Comment

Assalamualaikum,

Saya ingin kan pendapat tuan Sham.

Saya sekarang mempunyai 3 kerjaya yang membuatkan saya tidak dapat memfokuskan dan membahagikan masa saya dengan teratur. Kerjaya pertama saya adalah sebagai seorang penasihat jualan d sebuah syarikat kereta. Ini adalah kerjaya saya yang paling lama iaitu selama 14 tahun.

Kerjaya kedua saya ialah sebagai Insurans & Takaful Am agen semenjak 2002 hingga sekarang.

Dan kerjaya ketiga saya ialah sebagai perunding unit amanah yang baru saya ceburi pada awal tahun ini.

Bagaimanakah saya boleh membuat pilihan yang bijak untuk saya fokuskan pada satu kerjaya sahaja kerana saya tidak dapat menanggung tekanan kerja hinggakan masa bersama keluarga pun terbatas. Minta tuan Sham ulas dan beri pandangan, terima kasih.

MD (Bukan nama sebenar)

——————————-

Waalaikummusalam Tuan MD,

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Biasanya apabila kita ada kerjaya LEBIH DARI SATU (1) ianya membuatkan kita dibebani dengan tekanan. Pilihan bijak harus dilakukan bagi memastikan kita tidak menyesal kelak. Satu-satunya cara yang membantu kita membuat pilihan bijak adalah ‘Solat Isthikarah’. Di mana Tuan boleh melakukannya di waktu malam sebelum masuk tidur dengan mengambil air wuduk, niat solat adalah ‘Sahaja aku sembahyang Sunat Isthikarah 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.

Pastikan beberapa saat sebelum berniat , iaitu sebaik mahu melakukan sembahyang Tuan sudah mengambarkan ataupun membayangkan ketiga-tiga kerjaya itu. Ketika sujud terakhir, bayangkan ketiga-tiga kerjaya itu dan niat di hati agar diberi pertunjuk, kerjaya mana adalah pilihan bijak @ terbaik untuk Tuan. Selepas memberi salam, boleh membaca doa Isthikarah, jika tidak dapat mencarinya, cukup sekadar membaca ‘Ya Allah berilah aku pertunjuk, kerjaya mana yang paling baik untuk kehidupan aku di dunia dan diakhirat. Amin.

Selepas itu terus tidur, jika tidak nampak dalam mimpi, lakukan selama 7 hari, jika masih tidak nampak, ketika itu rasakan kerjaya mana yang kita paling suka.

Jika di tanya pandangan murah dari Shamsuddin Kadir ini saya ingin Tuan fokus kepada Jurujual Kereta, akan tetapi Tuan mungkin menyesal jika ikut pandangan saya, Jika tuan mendapat pandangan Allah iaitu melalui Isthikarah, Tuan tidak akan menyesal sampai bila-bila, kerana semua ini Allah yang punya, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Mohon kepadaNya.

Allah sedang menanti dan suka kepada hambaNya yang yakin dan percaya akan kekuasaanNya yang melebihi dari apa yang kita dapat fikir dan rasai.

Semoga lebih berjaya saudara sepupuku.

Shamsuddin Kadir

19 Oct 2009 Tetamu SK : Bayar Pinjaman Kereta Ataupun PTPTN?
 |  Category: Dilema, dimensi |  Leave a Comment

Tuan shamsuddin…

Saya selalu membaca website encik dan saya ingin berterima kasih kepada encik sebab meluangkan masa menulis nasihat kewangan yang sangat berguna. Saya ingin meminta nasihat dari tuan tentang pinjaman kereta atau pinjaman PTPTN yang mana perlu diutamakan untuk membayar.

Pinjaman  kereta saya (kancil 2 tahun dah bayar) interest rate 3.4% per year dan PTPTN (ijazah) interest rate 4%.  Sekiranya saya ada lebihan duit sebanyak RM 3000, pinjaman manakah yang paling bagus saya bayar menggunakan duit tersebut? atau saya bayar seperti biasa sahaja dan saya simpan duit tersebut ?

Manakah pilihan  yang lebih baik untuk saya? Saya ucapkan terlebih dahulu terima kasih kepada tuan. Semoga tuan dipermudahkan semua urusan oleh Allah.

Ani

——————————————

Cik Puan Ani,

Semoga Allah mengurniakan kepada Cik Puan dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak, Amin.

Cik Puan Ani, saya bersyukur kepada Allah apabila membaca emel saudara, kerana ianya menunjukkan bahawa saudara seorang yang peka dengan keperluan belajar dan mencari cara terbaik. Tahniah.

Saudara,

Saya tidak tahu berapa tahun lagi baki ansuran kereta yang saudara perlu bayar. Secara umumnya  SK memilih bagi membayar hutang PTPTN, tetapi jika baki hutang ansuran kereta sekitar RM 4,000 SK akan mencadangkan sebaliknya.

Gunakan duit RM 3,000 itu bagi membayar hutang PTPTN. Saya doakan Allah melimpahi Cik Puan dengan keajaiban-keajaiban yang datang mendadak bagi orang yang suka membebaskan diri dengan hutang. Semoga Cik Puan berbahagia selalu. Ketika membayar duit itu bagi menjelaskan hutang itu, berdoalah dengan

“Ya Allah, aku mengunakan duit simpanan aku ini sebanyak RM3,000 bagi mempercepatkan aku membebaskan dari hutang, maka dengan kekuatanMu itu bantulah aku dan memperbanyakkan rezekiku bagi menjelaskannya lebih cepat dari apa yang aku sangkakan. Amin.”

Shamsuddin Kadir

Trainer & Author of 9 books

Emel : info@shamsuddinkadir.com

Ultra Mind Resources | Learning Station

11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Tel : 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

29 Sep 2009 Mendapat Nasihat Dari Orang Yang Tepat

Sehingga hari ini, banyak individu ditipu, tertipu di sebabkan oleh tindakan yang diambil berdasarkan nasihat dari orang yang tidak tepat. Apa yang pelik, ada individu yang mudah meminta dan menerima nasihat dari orang yang tidak ada ilmu ataupun pengalaman dalam bidang tersebut.

Sebagai contohnya : Apabila ingin menyertai dunia bisnes, ada individu yang bertanya kepada orang makan gaji tentang selok belok dunia bisnes.

Apa yang biasa diberitahu adalah : Buat bisnes berisiko tinggi, banyak yang terlibat dengan rasuah, kalau ingin kaya kena terlibat dengan rasuah.

Ada juga individu yang ingin membuat bisnes pergi kursus usahawan. Tenaga pengajarnya adalah seorang makan gaji.

Apabila ditanya oleh seorang peserta Encik buat bisnes apa? Tenaga Pengajar itu berkata “Saya tidak buat bisnes, dulu pernah buat, semuanya lingkup, itu sebab saya jadi Tenaga pengajar untuk orang buat bisnes sahaja!”

Pelajari kaedah buat bisnes dari pelbagai individu yang buat bisnes secara sepenuh masa.

Apabila di tanya kepada pelabur yang tidak islamik walaupun Muslim tentang halal ataupun tidak perlaburan yang mereka lakukan? “Semuanya sama sahaja, bank yang mengamalkan sistem kewangan Islam dan Konvensional, kerana duit itu dicampur juga?”

Apabila di tanya pelabur yang Islamik, mereka memberitahu “Orang yang melibatkan diri dengan perlaburan berlandaskan Riba ataupun mengambil pinjaman berlandaskan Riba akan berperang dengan Allah dan Rasul seperti yang Allah nyatakan dalam Al-quran yang telah diturukan kepada manusia 1400 tahun yang lalu”

Kalau kita ingin tahu dalamnya rimba, tanyalah pada si Puyuh

Kalau kita ingin tahu luasnya padang, tanyalah pada si Belalang

Kalau kita ingin tahu tingginya pokok, tanyalah pada helang

Jangan tanya pada puyuh apabila kita ingin tahu tingginya pokok, sudah pasti maklumat yang diberikan menyelewengkan perjalanan kita.

Lantik seorang mentor setiap bulan jika boleh, mereka membantu kita membawa ke destinasi yang kita ingin capai.

Shamsuddin Kadir

Trainer, Author, Reader & Listener

Emel: info@shamsuddinkadir.com

15 Sep 2009 Kenali Potensi Melalui Tarikh Lahir?
 |  Category: Dilema, dimensi |  10 Comments

Semakin hari banyak individu Muslim yang mengikut kaedah yang dipelopori individu yang bukan beragama Islam. Feng Shui adalah satu dari kaedah yang telah menarik banyak individu Muslim bagi mempratikannya.

Dalam Islam tilik nasib adalah ditegah dan ianya haram mengikut ketua pemerintah sekelian alam iaitu Allah.

Ketika ini banyak individu yang teringin mengetahui potensi diri mereka dengan mengunakan pelbagai sistem yang ditawarkan di pasaran. Antara yang kita dapat kenal pasti antaranya adalah menentukan sifat, peluang dan kelebihan kita melalui tarikh lahir kita.

Benarkah kita dapat mengetahui potensi melalui tarikh lahir kita ? Semoga ini penemuan terbaru yang tidak bertentangan dengan desain Allah apabila Allah mencipta manusia.

SK pernah diminta nombor kad pengenalan (Mykad) dan mereka memaklumkan bagi membuat semakan sama ada SK ada nombor trainer ataupun tidak. Selepas mereka menjemput SK menjayakan program baru diberitahu bahawa SK memiliki nombor yang ada pada trainer dan pemimpin. “Hampir tidak percaya dengan apa yang SK dengar itu”

Apabila mereka menceritakan konsep bagaimana ianya dikira, SK hanya mampu mengucap panjang.

Perkara paling asas yang SK ingin tegaskan adalah Islam, hukum Allah hanya berpaksa kepada Kalendar Islam iaitu Kalendar Hijriah. Muharram, Syawal, Ramadhan, Syaban, Rejab itu adalah bulan-bulan dan tarikh yang satu-satunya benar dengan Islam, manusia dan seluruh alam.

Kita juga bakal merayakan berdasarkan Kalendar Islam bukannya Kalendar Bukan Islam iaitu Januari, Februari… November, Disember.

Tarikh-tarikh mengikut bulan bukan Islam tidak ada kaitan langsung dengan rezeki, potensi, peluang, kelebihan, kepandaian dan kelemahan kita.  Berhati-hati apabila kita mengiyakan tarikh-tarikh dalam kalendar bukan Islam itu ada persamaan dengan kelebihan dan apa-apa lagi rahsianya.

Berhati-hati dengan Akidah… jangan fikiran kita kena jajah selepas hidayah Allah itu sampai kepada kita. Nauzubillah…

Apabila Kalendar bukan Islam (melanggar desain Allah) dikatakan ada kaitan dengan tarikh kita dilahirkan oleh Allah. Nauzubillah…

Kita selalu menyebut Ramadhan Kareem, adalah yang menyebut salam Ramadhan, mungkin di masa hadapan bakal ada individu yang akan menyebut Salam September (Tahun ini kita berpuasa dalam bulan September)… Jika hari ini kita tidak keluar dari pemikiran yang menyalahi Arkitek Tersohor iaitu Allah, kita takut, Syurga itu juga tidak diberikan kepada kita oleh Allah, terpaksalah kita mencipta sendiri dengan mengunakan kekuatan tarikh lahir mengunakan kalendar bukan Islam.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

11 Sep 2009 Tetamu SK: Dalam Kesempitan Mohon Bantuan
 |  Category: Dilema |  8 Comments

Artikel asal ini pernah disiarkan sejak 11 Jun 2009

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan yang amat saya muliakan.

Saya ada dihubungi oleh seorang pelajar yang belajar di Mesir yang berada di tahun akhir. Beliau ketika ini dalam kesempitan kerana tidak ada duit yang mencukupi bagi meneruskan kuliah di Universiti Al-Azhar.

Antara isi kandungan sepucuk surat yang diutuskan kepada SK selepas menghubungi melalui telefon adalah seperti berikut.

Bagi makluman Encik, saya berasal dari keluarga yang susah. Ini kerana ayah saya telah lama pencen dan hanya mendapat beberapa ratus ringgit sahaja sebulan. Ini ditambah pula dengan adik beradi yagn berjumlah 10 orang yang mana seorang sahaja yang bekerja biasa dan 6 orang kesemuannya masih bersekolah. Oleh itu amat berat dan tidak mampu untuk ayah menanggung perbelanjaan kami semua. Saya disini selalu berhutang dengan kawan untuk membayar rumah sewa dan duit makan serta membeli kitab kuliah. Beberapa kali juga saya diperli kerana gagal membayar awal seperti orang lain. Tetapi Alhamdulilah kesabaran tetap utuh di hati.”

Dengan ini, saya dengan segunung harapan ingin bantuan kewangan tulus ikhlas dari Encik Shamsuddin dan kawan-kawan Encik. Dengan ini saya sertakan beberapa dokumen bagi pengesahan. “

“Saya rasa setakat ini sahaja warkah saya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Shamsuddin, semoga Allah SWT membalas bantuan Encik dan kawan-kawan dengan gandaan pahala, berkat dan rahmat hidup di dunia dan dikurniakan balasan Syurga di Akhirat kelak. amin

Yang benar lagi mengharap

Mohamad Syauqi Kamaruddin

——————————

SK di sini rasa terpanggil dan amat memohon jasa baik Tuan dan Puan yang sudi, kalau tidak boleh banyak sedikit dalam RM 10 seorang sama ada bantuan hanya untuk sekali sahaja ataupun setiap bulan sehingga hujung tahun 2009 ini. Semoga bantuan kita ini menjadi amalan dan penyebab doa kita dimakbulkan oleh Allah dan dielakkan dari bebanan ujian yang kita tidak sanggup melaluinya. Semoga kita juga tergolong dalam kumpulan manusia yang sentiasa mensyukuri nikmat yang ketika ini ada pada ketika tetapi tiada pada insan lain.

Kepada Tuan dan Puan yang sudi membantu beliau boleh memasukkan ke akaun beliau seperti berikut:

BANK : HSBC 033049628011 MOHAMAD SYAUQI KAMARUDDIN beliau boleh dihubungi melalui +20112066865 ataupun emel qie_thanta@yahoo.com.my 

Apabila beliau berjaya menamatkan pengajiannya, kita akan terus menerus mendapat kebaikan di atas setiap kebaikan yang beliau buat di atas hasil bantuan kita walaupun ketika itu kita sedang diperhitungkan di Taman Barzakh.

07 Aug 2009 Tetamu SK :Perlaburan Emas Ketul @ Jongkong Emas
 |  Category: Dilema, Perlaburan |  2 Comments

Beberapa hari yang lalu, seorang dari tetamu SK berbicara dengan SK melalui Yahoo Mesengger (YM). Beliau bertanya berkenaan dengan perlaburan dalan emas ketul yang harganya RM 12,000 satu ketul. Setiap bulan dapat ‘pasif income’ sebanyak RM 300 sebulan yang dimasukkan ke dalam akaun.

Ramai orang disekeliling beliau bercerita tentang perlaburan terkini ini.

SK memberitahu beliau bahawa SK yakin dengan perlaburan itu, jika perlaburan itu dijayakan oleh bank Malaysia. Beliau memberitahu, bahawa perlaburan emas ketul ini dijayakan oleh  sebuah bank,  ‘Bank People’.

Setelah beberapa kali bertanya kepada beliau, baru SK ketahui, bahawa perlaburan emas ketul itu bukan di bawah skim bank. Ianya dijayakan oleh sebuah syarikat tetapi mengunakan akaun sebuah bank sebagai cara bagi membayar keuntungan bulanan. Ini mungkin menjadi satu dari tanggapan salah bahawa bisnes ini didukung oleh bank. Berhati-hati.

Beberapa minggu lalu, SK sempat membaca keratan  di mana beberapa individu yang sudah tertipu dengan ketul emas dan emas Jongkong yang di dalamnya bukanlah jongkong emas yang tulen. Adakah kita ada kepakaran bagi menentukan sama ada emas ketul itu tulen atau sebaliknya?

Kebanyakan yang kena tipu adalah individu yang ‘makan gaji’ dan bukannya usahawan tulen. Kenapa ianya berlaku?

Sebahagian individu yang makan gaji, mengalami kesempitan hidup, bukan disebabkan gaji kecil, tetapi kehendak yang teramat besar. Di mana mereka menangung bebanan hutang kereta, rumah, skim ansuran mudah, pinjaman peribadi dan hutang kad kredit.

RM 300 sebulan dengan perlaburan sebanyak RM 12,000 adalah pulangan sebanyak 30% setahun secara kasarnya. Jauh lebih tinggi dari tawaran dividen dari bank dan majoriti perlaburan yang dibenarkan oleh Bank Negara.

‘Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan, membantu juga peserta mengenalpasti juga perangkap perlaburan yang ada di dalam pasaran”

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

04 Aug 2009 Poket Bocor Ataupun Duit Tidak Cukup
 |  Category: Dilema |  4 Comments

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Apabila kita mengalami situasi kritikal dalam kehidupan, perkara utama yang kita perlu ketahui adalah apa puncanya?. Cari sehingga akar umbi yang menyebabkan kita berada di dalam situasi berikut. Antara cara yang mudah adalah bagi mendapatkan khidmat kaunseling, sama ada secara percuma ataupun yang berbayar. Berdasarkan kepada kelayakan dan pengalaman yang mereka ada, ianya memudahkan kita bagi mengenalpasti apa yang menjadi puncanya.

Banyak individu yang saya temui selama ini banyak berada dalam situasi yang tidak selesa disebabkan oleh kesempitan hidup yang berpunca dari duit. Apabila diselidik bukannya mereka itu tidak memiliki pendapatan, tetapi perbelanjaan mereka itu yang jauh lebih besar dari pendapatannya.

Ada banyak kebenaran kata-kata seorang guru di Teluk Intan kepada saya baru-baru ini, bahawa, orang yang memiliki dan mengunakan kad kredit, adalah orang yang tiada duit. Orang yang ada duit mereka tidak perlu berhutang.

Kenal pasti dahulu perjalanan hidup yang bagaimana kita ingin miliki, lakarkan kasar terlebih dahulu dan kemudiannya diperincikan supaya kita dapat menyediakn peta lengkap bagaimana untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Wujudkan prinsip-prinsip hidup yang menjadi asas bagi menentukan sama ada kita perlu berlanja ataupun sebaliknya ke atas setiap barangan ataupun perkhidmatan yang dipertontonkan kepada kita. 

Kita kecewa apabila kita menfokus kepada wang yang tidak cukup, sedangkan poket kita itu sebenarnya bocor. Seperti mana apabila paip air kita bocor, kita terpaksa membayar lebih dari apa yang kita gunakan.

 Periksa paip kita itu, pastikan ianya tidak bocor di tengah jalan.

Shamsuddin Kadir (SK)

info@shamsuddinkadir.com

31 Jul 2009 Media Yang Mengosongkan Poket Menambah Hutang
 |  Category: Dilema, dimensi |  3 Comments

Dilema masyarakat pada hari ini adalah memilih bahan maklumat sama sama ada melalui media cetak, elektronik & internet.

Pemilihan apa yang ingin dimasukkan ke dalam minda menjadi penentu sama ada kita menjadi bertambah berkualiti ataupun sebaliknya.

Jika yang masuk ke dalam kepala kita adalah sampah, maka  yang keluar dari kita juga sampah dan kita juga dikenali sebagai pusat sampah.

Ada juga majalah yang memuatkan informasi-informasi yang bertaraf kayangan ataupun bersesuaian untuk dikhayalkan tetapi bukan untuk dinikmati. Apabila kayalan itu diterjemahkan ke dalam realiti ianya bukan sahaja mengosongkan ‘wallet’ kita ianya juga menambahkan lagi hutang yang terpaksa kita tanggung.

Antara informasi berkenaan hiasan dalam rumah yang ‘over’ sebenarnya adalah antara penyebab duit kita dihabiskan bagi membeli hiasan yang bukan sahaja membuat kita semakin miskin tetapi juga membuatkan kebahagian rumahtangga tergugat.

Contohnya, hiasan dalam rumah dengan bunga-bunga kering tergantung di dinding adalah berlawanan dengan citarasa lelaki iaitu suami. Ianya menambahkan lagi kadar tekanan suami. Hotel-hotel yang ada di luar sana di reka berdasarkan kepada citarasa lelaki, kerana mereka adalah kumpulan terbesar yang mendiami hotel terutama berkaitan dengan urusan bisnes.

Di dalam bilik-bilik hotel tidak ada bunga-bunga yang digantung-gantung di dinding bilik, dan majoriti bilik tidak dipenuhi dengan bunga-bunga.

Kain cadar untuk katil dan selimut yang ada di hotel tidak sama dengan apa yang ada di sebahagian rumah yang mengikuti gaya hidup ‘hiasan dalaman’ yang dipaparkan di dalam setengah media.

Semoga semakin banyak media yang menawarkan hiasan dalaman berkonsepkan realiti dan memenuhi keperluan suami dan isteri.

Jangan jadikan hotel sebagai rumah kedua suami kita, kerana tidak selesa dengan kain cadar yang beropol-ropol (Mungkin tersilap ejaannya) dan hiasan yang tidak memenuhi citarasa lelaki.

Begitu juga dengan langsir, lampu-lampu hiasan.

Pilih media yang memahami citarasa hidup berkeluarga dnegan  mengambil kira citarasa lelaki seperti apa yang disediakan di kebanyakan hotel yang mengambil kira citarasa lelaki.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

08 Jul 2009 Tetamu SK : Menang Loteri
 |  Category: Dilema |  2 Comments

Salam Tuan,

Semalam saya telah menang loteri dan memperoleh dua sijil satu dari UK ( Llyod bank ) dan satu lagi dari China ( Citic bank of china ), Saya tak tahu ini pasti atau tidak.

Semalam foreign fund manager daripada china ada menghubungi saya and ni phone dia +128613549219407 mengatakan suruh saya bayar USD 1350 untuk goverment clearance tax sebelum mereka dapat release duit saya itu, tapi saya belum bayar lagi sebab dah dua kali mereka hubungi saya.

Saya mohon pandangan tuan tentang perkara ini, apa perlu saya buat? Jika ini tidak benar harap tuan dapat sebarkan ke seluruh malaysia tentang perkara ini.

Sekian terima kasih
Best regards,
IZ

Emel seterusnya yang diterima adalah seperti berikut :

Salam,

Llyod bank dari UK mintak saya bayar GBP 590 untuk ‘Drug/ terrorism certificate’ dan ‘clearance document’.

Harap tuan dapat bagi pandangan..
—–Original Message—–
From: IZ (bukan nama sebenar)
Sent: Tuesday, June 30, 2009 8:27 AM
To: ‘info@shamsuddinkadir.com
Subject: Menang Loteri
———————————————-

Waalaikummusalam Tuan,

Ini satu lagi bentuk penipuan yang dilakukan bagi mengaburi individu-individu yang belum terdedah dengan sindiket mereka.

Abaikan emel dan panggilan dari mereka. Sudah beberapa ramai yang tertipu termasuk seorang guru yang kehapisan semua duit simpanan yang melebihi dari RM 100,000.

Jangan kita bebankan lagi petugas di balai polis dengan lapuran kita sudah kena tipu. Wawarkan kepada seberapa ramai orang.

Siapalah yang rajin hendak memberi kita hadiah secara tiba-tiba?

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

 

04 Jul 2009 Pembunuh Kualiti Hidup Diri & Keluarga
 |  Category: Dilema, dimensi |  2 Comments

Apabila kita memberikan hadiah (reward) yang berjadual ianya sebenarnya adalah cara kita membunuh kualiti hidup orang yang menerima hadiah tersebut.

Apabila hadiah (reward) diberikan secara berjadual, iaitu ada tarikh tetap, tidak ada usaha yang akan dilakukan, kerana sama ada kita maju ataupun sebaliknya, kita tetap menerima hadiah tersebut.

Nabi Muhammad dikatakan tidak memberi hadiah berjadual, beliau hanya memberi hadiah berdasarkan prestasi.

Contohnya, isteri kita masih kekal cara masak yang kita sudah berulang kali memberitahunya supaya menukarkannya, harijadinya tetap akan sampai. Jika kita menyambut harijadinya, kita sebenarnya mengatakan kepadanya bahawa teruskan kekal dengan cara masak awak itu, ini hadiahnya.

Begitu juga apabila suami kita sentiasa menyakiti hati kita dengan perangainya yang suka menyelerakkan rumah, kita mengatakan kepadanya teruskan dengan tabiat abang itu dengan kita memberi reward ataupun hadiah sempena ulangtahun perkahwinan.

Ada pasangan yang sudah ingin bercerai, memilih untuk menunggu hari ulangtahun perkahwinan yang ke-10 bagi meraikan sebelum bercerai keesokkan harinya.

Anak kita yang tidak ikut kata kita, kita menyatakan teruskan dengan perangai tidak ikut kata itu dengan kita memberi reward iaitu hadiah pada harijadinya itu.

Bagaimana dengan hadiah (reward) hantaran sewaktu perkahwinan yang bertarikh itu ?

Selagi ianya sekadar bagi menghargai pasangan baru kita itu dengan syarat kita mampu bayar secara tunai tanpa membebankan, silakan.

Sebagai permulaan bagi menukarkan konsep meningkatkan prestasi seluruh ahli keluarga kita adalah dengan kita menghadiahkan buku berinspirasi pada setiap kali kedatangan harijadi, aniversary dan perkahwinan.

Sambutan perlu dilakukan bersama hadiah bagi meraikan setiap usaha suami, isteri ataupun anak kita walaupun usaha itu tidak mencapai hasil yang bagus. Kita mendorong melalui usaha dan bukannya hasil.

Jadi, walaupun tiada sambutan harijadi, kita sebenarnya mungkin menyambut 10 kali kejayaan di atas prestasi suami kita itu dalam setahun.

Semua ahli keluarga kita pasti sibuk bagi menyerlahkan potensi sebenar setiap masa.

SK sendiri sudah tidak menyambut harijadi, ulangtahun yang berjadual ini sejak 2 tahun yang lalu.

Shamsuddin Kadir (Trainer & Author)

Emel: info@shamsuddinkadir.com.