Archive for the Category ◊ Diri ◊

15 Jun 2017 Terkini Shamsuddin Kadir :Jun 2017

BUKU TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

Dibuka untuk pembelian. Istimewa Tandatangan Penulis!

Buku dihantar melalui PosLaju atau boleh dibeli di pejabat di Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

KLIK GAMBAR DI  BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

KLIK UNTUK LIHAT

BUKU MENYIMPANG SERINGGIT,  RUGI SEJUTA.

BUKU CASH FLOW UNTUK WANITA

BUKU BAKAL TERBIT

 


BENGKEL TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

KLIK  GAMBAR UNTUK MENDAFTAR  !!

1. Bengkel Menyusun Semula Kewangan 360 Darjah, oleh Shamsuddin Kadir (29 Julai 2017, Sabtu)

 

2. Financial Intelligence Workshop (FIW), oleh Shamsuddin Kadir (5 Ogos 2017, Sabtu)



KLIK UNTUK MENGETAHUI CARA BELI EMAS SERENDAH 1 GRAM (999.9)


EBOOK LANGSAI HUTANG KAD KREDIT

Cara praktikal langkah demi langkah melangsaikan hutang kad kredit SEHINGGA SELESAI!  Insyaa Allah.

Terdapat lebih kurang 12  TEKNIK PILIHAN untuk tuan dan cik puan pilih berdasarkan situasi dan citarasa tuan dan cik puan, dalam memilih jalan melangsaikan hutang kad kredit dengan cepat, jimat dan dapat diskaun.

Insyaa Allah ebook ini memberikan kemahiran yang praktikal, iaitu berdasarkan pengalaman Shamsuddin Kadir sendiri yang pernah terjebak dengan kad hutang ini. dan juga pengalaman pembaca-pembaca buku hasil tulisan beliau serta peserta-peserta kursus yang beliau jayakan.

Dengan izin Tuhan, ‘track record’ yang paling cepat ialah, ada yang sudah melangsaikan hutang kad kredit mereka seawal DUA HARI setelah  mempraktikkan teknik-teknik praktikal dalam ebook itu

20 Jun 2011 Duit Yang Kita Perolehi Ketika Di Dunia
 |  Category: dimensi, Diri |  5 Comments

Saudaraku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,

Alhamdulilah di atas rezeki yang Allah berikan, kita menggunakan sebahagiannya untuk membeli keperluan hidup di dunia seperti lauk pauk, rumah, kenderaan, pakaian dan buku.

Sebahagian lagi duit kita gunakan bagi membeli pahala bagi memastikan kehidupan kita yang kekal abadi di Akhirat sempurna dengan keperluan hidup di sana. Pahala adalah limpahan ‘matawang’ yang hanya perlu bekerja sekali sahaja bagi mendapatkannya tetapi dapat menikmatinya sehingga selama-lamanya, kerana akhirat tiada penghujungnya. Allah memberi kita nikmat untuk terus menikmati kehidupan seperti mana Allah yang kekal Tuhan dan tidak ada penghujung bagiNYa.

Bukannya seperti Ayam, dan haiwan lain, yang hanya hidup sementara di bumi ini, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam dunia.

Alhamdulilah, kita meneruskan kehidupan yang penuh kesederhanaan dengan membiayai ataupun membeli barangan keperluan dan mengagihkan duit lain itu bagi menambahkan peluang kita menikmati hidup yang terlebih seronok di saat kita bertemu dengan Allah nanti.

Setiap hari kita melihat keindahan, sama ada pada rupa manusia, ataupun keindahan semulajadi seperti pokok, bunga, ataupun keindahan  bangunan-bangunan, komputer yang terlebih canggih, handphone, sofa, rumah banglo yang seperti hidup di dunia khayalan. Jika semua ini hasil dari ciptaan Allah, sudah pasti yang Pencipta itu lebih cantik dari apa yang diciptakannya. Kenikmatan bermain salji, kesejukan di tanah tinggi, kecantikan air laut dan pemandangan. Semua ini hanya 1/99 dari kenikmatan yang Allah berikan kepada penduduk dunia sejak dari Nabi Adam sehingga ke hari Kiamat. 98/99 lagi menanti para penghuni syurga.

Inilah ganjaran kepada kita yang terus menerus mengekalkan kita dengan pinjaman ataupun pembiayaan Islamik sahaja, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Allah sedang memerhati kita dan sedang merahmati kita di atas tindakan kita yang sentiasa berdoa dan berusaha untuk kekal melakukan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan menyokong produk-produk masyarakat Muslim.

Kepada sepupu kita yang sudah terlebih dahulu pulang ke Rahmatullah, mereka menyaksikan bahawa segala kata-kata Allah dalam AlQuran itu benar-benar dikotakan oleh Allah.

Kata Saidina Ali kepada dunia “Wahai dunia, engkau boleh tipu orang lain, tetapi engkau tidak boleh tipu aku”

Kata Nabi “Nilai dunia dan seisinya samalah dengan seekor bangkai anak kambing yang cacat yang dibuang oleh tuannya.”

Teruskan usaha kita bagi ‘membeli pahala’ untuk kehidupan yang kekal bahagia dan abadi di negeri yang Abadi, dengan rahmat Allah.

07 Jul 2010 Mulakan Bisnes Dengan Apa Yang Ditangan
 |  Category: Diri |  3 Comments
Shamsuddin Kadir menulis di Facebook pada hari ini, seperti di bawah:

Shamsuddin Kadir Apabila memulakan bisnes sendiri, mulakan dengan apa yang di tangan, di mana jangan berhutang. Saya sendiri mengunakan modal tidak lebih dari RM 100 setiap kali menceburi bisnes, kecuali satu bisnes yang saya ceburi dengan modal RM 45,000 yang akhirnya hangus. Seorang yang belum pernah berniaga, perlu ditauliah terlebih dahulu, cara pentauliahan adalah dengan menukarkan duit RM 100 menjadi RM 200.

Untuk berhubung dengan Shamsuddin Kadir secara langsung cari nama Shamsuddin Kadir dengan gambar seperti di atas, ‘Add as Friend’.

Maklumat ini dikemaskini oleh:

Nor’Aini Mohamed Noor

 

 

07 Jun 2009 Tetamu SK: Hari Ini Hampir 10 Kali Saya Melayari Blog SK
 |  Category: Diri |  Leave a Comment

Informasi di bawah disalin dari diskusi kuliah artikel bertajuk ‘Hutang Ohh Hutang’ yang disiarkan pada 6 Jun 2009.

Salam Tuan Sham.

Hari ini hampir 10 kali saya melayari Blog SK. Rasanya macam tak sabar menanti pandangan dari Tuan Sham berkaitan dengan masalah Saudara ZI di atas. Semoga pandangan yang tuan berikan dapat meringankan beban yang ditanggung olehpenghutang-penghutang semua. Saya sendiri pun berhutang tetapi masih terkawal lagi.

Saya doakan agar ALLAH meringankan kesulitan-kesulitan yang ditimbulkan oleh hutang yang ditanggung oleh Saudara ZI.

Shahrin.

——————————–

Waalaikummusalam Tuan Shahrin,

Semoga Allah mengurniakan kepada Tuan dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin

Tuan seorang yang berhati mulia kerana sudi mendoakan untuk orang lain dan Tuan juga memiliki ciri yang ada pada seorang pemimpin iaitu ‘ketampanan sosial’. Jika Tuan baca buku seorang dari Sifu saya berkenaan dengan kepimpinan Tuan akan temui apa ciri yang dimaksudkan dengan ketampanan sosial.  Ciri itu membuatkan orang suka menjadi pengikut kita, secara zahirnya Tuan menjadi pemimpin.

SK juga terpanggil untuk menyegerakan memberi pandangan berkenaan dengan situasi yang dihadapi oleh Tuan ZI apabila sokongan yang ditunjukkan oleh Tuan dan tetamu lain. Terima kasih. Semoga semakin ramai individu yang celik dengan kewangan dan semoga lebih banyak ilmu baik disebarkan supaya ianya menjadi satu dari perlaburan yang sentiasa untung apabila kita sudah dihantar ke liang lahad. Amin.

Shamsuddin Kadir (SK)

Emel: info@shamsuddinkadir.com

02 Jun 2009 Peserta SK: Godaan Di Luar Amat Besar
 |  Category: Diri |  One Comment

Menjadi satu keperluan asas utama Ultra Mind Resources sebagai pengendali latihan bagi membuat kajian tentang peserta-peserta yang telah menghadiri kursus di bawah kelolaan Ultra Mind Resources.

Majoriti peserta yang ditemui mengatakan mereka berpuas hati di atas hasil yang mereka capai apabila mempratikkan kemahiran yang dipelajari semasa sesi kursus.

Ada beberapa peserta dengan dahi berkerut memberitahu “Godaan di luar amat besar”. Di mana mereka tidak dapat melawan godaan yang ada disekeliling mereka untuk terus hidup dengan gaya hidup lama. Mereka secara asasnya, tidak mendapat manfaat dari kemahiran yang dipelajari apabila tidak mahu mempratikkannya. 

Semua orang ingin kenyang, tetapi adakah ianya boleh dilakukan tanpa makan?

Begitu juga dengan kursus, setiap peserta ingin mencapai status hasil dari kemahiran yang dipelajari, tetapi yang mencapai status itu hanyalah individu yang mempratikkannya.

Apabila kita membiarkan godaan di luar itu menguasai diri kita, tiada apa yang dapat kita buat, hanya semata-mata merungut kenapa perut saya masih lapar.

Begitu juga apabila kita diberi nikmat ilmu baru yang dipelajari mungkin melalui buku ataupun halaman blog, apabila ilmu itu tidak dipratikkan kita tidak akan mendapat hasilnya selagi mana kita tidak bersedia untuk mempratikkan apa yang dipelajari.

Sehingga hari ini, bukan sahaja peserta Ultra Mind Resources mencapai kejayaan yang luarbiasa, pembaca buku-buku dan tetamu www.ShamsuddinKadir.com yang memaklumkan kepada SK, juga telah mencapai kejayaan yang jauh melepasi sempadan pemikiran normal.

Tidak ada sesiapa yang dapat mengubah diri kita hanyalah diri kita sendiri.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Author

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Emel: info@shamsuddinkadir.com

11 Jan 2009 Diari SK : Tiba Masa Saya Akan Pergi
 |  Category: Diri |  4 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan dan Puan yang saya amat muliakan,

Halaman  www.ShamsuddinKadir.com ini mungkin akan terkubur dengan terkuburnya saya apabila tarikh yang telah diTETAPKAN itu tiba. Saya tidak dapat memaklumkan bila ianya akan berlaku, sama ada ianya esok ataupun setahun dari sekarang. Saya tidak kebal dan tidak kekal, saya akan dilupakan  dan tiada yang akan mengenali saya lagi oleh manusia-manusia baru yang lahir ke dunia ini. Bukan sahaja manusia yang baru dilahirkan tetapi juga sebahagian manusia yang  masih hidup pada hari ini.

Sudah pasti dunia ini bukan tempat yang saya cari, saya akan kembali dan berharap dapat kembali ke tempat asal kita semua berasal iaitu Syurga, tempat kelahiran asal usul manusia.

Harapan dan cita-cita saya untuk melihat semua manusia dapat urus wang  dan kehidupan dengan sebaik yang boleh tanpa dibebani dengan :

  • Membazir kerana ianya perangai Syaitan
  • Menipu itu bukan amalan manusia normal
  • Hutang yang tidak perlu dan tidak baik
  • Tertipu akibat sifat menunjuk-nunjuk dan ego
  • Bebas dari berperang dengan Allah dengan menjauhi ‘segala apa urusan berlandaskan sistem RIBA’
  • Menyesal kerana tidak tahu apakah keturunan kita yang sebenar dan ke mana kita akan pergi

Semoga Allah memberikan hidyah dan rahmah bagi saya mendekati, mengikuti, mentaati Allah sepanjang masa yang masih berbaki tempat satu-satunya peluang ada bagi saya kembali semula kepangkuanNya dengan keredhaanNya.

Semoga Allah memberi saya kekuatan bagi menyiapkan buku ‘Dilema Muslim’ sebagai peninggalan mungkin yang terakhir dalam oleh Roh  yang Allah ciptakan yang diberikan nama oleh ayah saya sebagai Shamsuddin. Ketika ini hanya halaman website www.DilemaMuslim.com sudah bermula dengan satu entri pertama, ianya menjadi kesinambungan kepada buku yang dijangka terbit nanti iaitu Dilema Muslim.

Saya amat berharap, Tuan dan Puan dapat menjayakan segala usaha yang telah dilakukan dan saya berdoa semoga Tuan dan Puan dapat mengaplikasi dan menguasai ilmu-ilmu Allah secara lebih kehadapan dan sentiasa diberkati oleh Allah sepanjang tempoh persinggahan di bumi yang akan hancur ini.

Saya berdoa agar lebih ramai individu dari Tuan dan Puan yang saya amat saya mulia ini dapat menjadi agen kepada Allah dalam mengkaji, memikir, menyampai dan mengaplikasi ilmu-ilmu lama dan baru yang bersesuaian bagi memastikan kita tidak akan menjadi hamba kepada duit dan juga membantu semua orang lain.

Terima kasih kepada Tuan dan Puan dan juga sifu-sifu saya di atas dorongon, sokongan, semangat, bantuan dan doa yang diberikan pada setiap masa sepanjang saya mengharungi hidup dalam memperjuangkan falsafah kewangan www.shamsuddinkadir.com dan falsafah hidup www.DilemaMuslim.com

Saya memohon dan merayu kepada Tuan dan Puan agar dapat memaafkan saya diatas setiap kesilapan dan kesalahan yang saya lakukan sepanjang kita berkenalan.

Ya Allah kurniakan kepada semua tetamuku dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak dan lindungilah mereka dari segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin

Shamsuddin Bin Abdul Kadir

14 Muharram 1430 Hijriah bersamaan 11 Januari 2009

09 Jan 2009 Khutbah Jumaat SK: Jihad Iman Untuk Palestin
 |  Category: dimensi, Diri |  2 Comments

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Tuan dan Puan yang saya amat muliakan,

Tahun hijrah 1430 di raikan dengan darah-darah manusia yang dipanggil oleh manusia sebagai orang Palestin. Israel telah mencemarkan hari kemuliaan tahun hijrah yang satu-satunya pengiraan tahun yang diiktiraf oleh pemilik sekelian alam.

“Aku tidak menciptakan Manusia dan Jin melainkan untuk beribadah kepadaKU’.

Hidup manusia yang bersyukur kepada Tuhan Allah yang telah menciptakan mereka menjadi manusia dan bukannya haiwan adalah dengan mengikuti apa yang Allah suruh. Hidup manusia yang diberikan petunjuk bahawa Tuhan yang mencipta manusia dan seluruh alam semesta adalah Allah adalah bagi membalas ‘jasa’ baik Allah di atas kedua-dua penghormatan terbesar itu.

Kini saudara kita, yang berada di Palestin sedang menantikan sumbangan dari kita bagi membantu meringankan bebanan yang dihadapi mereka terutamanya ketika ini.

Ya Allah, semoga Engkau kurniakan kepada semua hambaMu yang membantu rakyat Palestin, dengan sebaik-baiknya kebaikan dan lindungi mereka semua dari segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Ya Allah perkenankan doa kami ini. Amin.

Pelbagai pihak sedang menyediakan peluang bagi kita ‘hidup sebagai beribadah’ dengan menyumbang RM 10 ke akaun-akaun membantu Palestin. Boleh didapati di suratkhabar tempatan ataupun boleh membuatkan pindahan ke akaun Maybank 514105 – 320501NSTP FUND FOR GAZA yang diiklankan di halaman utama Maybank2u ataupun mana-mana tabung bantuan Palestin yang mudah untuk menyalurkan. Hanya satu sahaja yang diperlukan, iaitu masukkan RM10 ke dalam akaun-akaun berkenaan. Membantu Palestin bukan di atas rasa simpati, tetapi perintah Allah di mana setiap muslim bertanggungjawab menghulurkan bantuan sama ada secara fizikal ataupun duit.

Insyaa-Allah saya juga akan terus mengurangkan ataupun memulaukan produk-produk yang menjadi penyokong utama kepada Israel.

Adakah usaha ini akan mendatang hasil iaitu menyelesaikan masalah Palestin?

“Allah tidak memberikan pahala berdasarkan hasil yang kita perolehi, tetapi pahala di atas setiap usaha baik yang kita lakukan dengan sangka baik walaupun ianya tidak mencapai hasil yang diinginkan”

Masih kita ingat dengan kisah burung pipit yang membantu membawa air di paruhnya bagi membantu memadamkan api yang sedang membara membakar Nabi Allah Ibrahim? Sudah tentu kita tidak dapat melupakan di mana burung-burung besar mentertawakan burung pipit dengan kata-kata “Usaha kamu itu sia-sia, kerana dengan air yang ada di paruhmu yang kecil itu tidak dapat memadamkan api tersebut”

Burung pipit itu menjawab, apabila aku dihadapkan di hadapan Allah nanti “Aku boleh menjawab, ini adalah usaha aku sedaya yang aku mampu” . Di sini kita dapat melihat bahawa Tuhan Allah yang telah menciptakan kita menjadi manusia tidak memberi pahala berdasarkan hasil, tetapi pahala diberikan berdasarkan setiap usaha yang baik.

Sekian, wassalam.

08 Jan 2009 Tahun 2009 Tahun Menguasai Kuasa
 |  Category: Anak, Buku, dimensi, Diri, Masa |  6 Comments

1430H @ 2009 adalah tahun bagi setiap individu mengunakan setiap saat yang kita masih ada bagi digunakan untuk mempelajari ilmu baru. Semakin banyak kita mendedahkan diri kita dengan ilmu baru, pelbagai peluang, ruang, kemudahan, kesenangan, kekayaan mengejar kita.

Kita ada kemahiran mengurus diri, masa, duit, dan sebagainya yang memboleh kita mudah naik pangkat, dapat menjawat jawatan tertinggi di dalam organisasi dengan masa yang paling singkat, dan menjimatkan tenaga. Kaedah-kaedah praktikal yang dilakukan oleh pekerja yang terdahulu kepada kita dapat dijadikan sebagai panduan bagi membantu kita mencapai dengan kepantasan yang lebih cepat.

Bagi mengelakkan kita membiarkan masa berlalu tanpa mengunakannya adalah dengan membawa sebuah buku bersama ke mana sahaja kita pergi kecuali ke bilik tandas. Budaya membaca di dalam bilik tandas adalah bukan ajaran Tuhan yang telah menciptakan kita sebagai manusia.

Bawa pasangan dan anak-anak kita menikmati keindahan ‘kuasa’ dengan melawati kedai-kedai buku yang menawarkan buku-buku yang memberikan inspirasi kepada seluruh ahli keluarga kita.

Banyak buku sesuai untuk dibaca bagi seisi keluarga antaranya adalah :

1. Motivasi Alihan Pelajar – Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

2. 55 Petua orang yang berjaya – Dato’ Fadzilah Kamsah & Fadzli Yusof

3. Biskut Ajaib, Garaj Aiman, Miss Epal – Shamsuddin Kadir & Nor’Aini Mohamed

4. Memotivasikan Anak Secara Positif – Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

5. Law of Attraction – Hukum Tarikan – Terjemahan oleh penerbit PTS

6. banyak lagi…

Bagi menguasai kuasa pada tahun 2009, tinggalkan, elakkan diri kita dan anak kita membaca majalah ataupun buku-buku tentang ‘gosip artis’, isu sosial remaja, kerana ianya menghalang kita dari memiliki apa yang dinamakan kuasa, hanya pembaziran duit dan masa.

20 Dec 2008 Perbelanjaan Yang Mengkayakan Kita
 |  Category: Buku, Diri, Duit @ Money |  4 Comments

Hari Sabtu adalah satu daripada hari berehat yang kita gunakan bagi memberi manfaat sepenuhnya kepada kita. Individu yang suka melepak, suka melihat jarum saat bergerak tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat, tergolong di dalam golongan orang yang ada apa yang kita tiada. Mereka ada ‘MASA’ untuk dibuang. 

Apabila kita tiada masa untuk dibuang, banyak masa yang kita ada terutama pada hujung minggu, apakah perkara yang boleh kita lakukan sewaktu dihujung minggu. Satu daripada yang kita boleh lakukan adalah dengan melakukan perbelanjaan yang boleh mengkayakan kita, iaitu dengan melaburkan sebahagian dari duit kita bagi membeli ‘BUKU KAYA’. Apa yang dimaksudkan dengan buku kaya, adalah buku-buku ataupun bahan bacaan yang menjadikan kita semakin ‘kaya dengan ilmu’ yang membantu kita:

  • Berbelanja tidak melebihi had yang kita mampu bayar dengan tunai
  • Hidup dalam keadaan tidak menunjuk-nunjuk ‘riak’
  • Hidup dalam keadaan tenang, gembira dan bersyukur pada setiap masa
  • Menambah harta dunia yang penuh berkat, kerana itu adalah tujuan utama kenapa kita berakal
  • Bebas dari dipatuk ‘ular’ dari lubang yang sama
  • Melakar sejarah dan bukannya mengikuti sejarah.
  • Pandai berfikir secara kreatif

Gunakan masa kita di hujung minggu ini, bagi membawa sekeluarga melancong, mengembara ke alam yang melangkaui sempadan masa, dunia dan kelemahan dan had kemampuan fizikal kita. Mengembara melalui sebuah buku.

Mulakan dengan melaburkan sebuah buku sebulan bagi setiap ahli keluarga kita. Elakkan dari membeli buku-buku ataupun majalah yang boleh dikategorikan ‘sampah’. Kerana lebih baik tidak membaca dari membaca sampah yang akan mencacatkan akal yang normal.

10 Jun 2008 Prestasi Pekerja Kerajaan dan Swasta Menurun?
 |  Category: Dilema, Diri, Duit @ Money, Kerjaya |  3 Comments

Sejak dari kenaikan minyak yang di umumkan beberapa hari lalu, di mana sahaja terdengar perbualan para pekerja sama ada di kedai kopi, stesyen komuter, di pasar raya, membicarakan tentang implikasi kenaikan petrol ke atas gaya hidup mereka sekeluarga.

Ramai yang rungsing dengan kenaikan harga barangan yang dijangka akan berlaku pada bila-bila masa sahaja. Impak yang paling kuat adalah tahap tekanan yang perlu dihadapi oleh setiap wargakerja yang hidup dengan membelanjakan 100% dari duit gaji setiap bulan. Ini bermakna mereka tidak ada duit simpanan. Apabila kenaikan kos minyak yang akan meningkatkan lagi pelbagai barangan lain, memberikan mereka ruang bagi menangung hutang yang tidak berbayar (hutang yang tidak dapat dijelaskan).

Pekerja yang sudah biasa membeli barangan di luar kemampuan adalah di antara individu yang akan menerima kesan awal. Ini berlaku apabila jumlah bagi tidak berbayar bagi setiap hutang kad kredit dan skim ansuran mudah meningkat..

Jika anda seorang pengguna kad kredit pastikan jumlah yang dibelanjakan di dalam kad kredit adalah tidak melebihi apa yang anda telah peruntukan dalam senarai perbelanjaan bulanan.

Jika anda tidak dapat menurunkan kos perbelanjaan bulanan kepada 70%, ianya bakal menimbulkan tekanan apabila anda terpaksa hidup ibarat ‘Kais bulan makan bulan’. Fikiran senantiasa memikirkan tentang bebanan hutang, anda menjadi semakin stres, fokus kepada pekerjaan akan turun, ini sudah pasti menurunkan prestasi anda.

Bagi pencegahan yang efektif, senaraikan semula semua perbelanjaan bulanan dan lihat di tangga mana anda sedang berada. Adakah anda seorang yang berbelanja di bawah 70% ataupun melebihi 100% daripada wang gaji yang diterima? Lihat jenis sabun yang kita gunakan, jenama-jenama yang kita gunakan, adakah ianya berbaloi untuk dikekalkan ataupun perlu ditukar kepada jenama yang lebih murah tetapi dalam kualiti yang kita perlukan.

Mengikut kajian yang saya lakukan terutama kepada peserta saya, majoriti daripada menyatakan, bahawa mereka tidak dapat fokus dalam tugasan yang dipertanggungjawabkan. Ini kerana minda mereka asyik memikir bagaimana untuk mencari duit lebih dan bagaimana mereka dapat menjelaskan hutang-hutang itu.

Kos minyak di jangka akan meningkat kepada AS$ 200 berbanding AS$135 setong pada waktu kini.  Bayangkan apa yang berlaku pada anda apabila harga petrol meningkat sebanyak 48% apabila ianya meningkat AS$200 setong dalam masa 24 bulan?

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

 

01 Jun 2008 Surat Pembaca : Sekadar Luahan Rasa

Assalamualaikum Tn Sham…

Setelah sekian lama saya menghadapi  dilema kewangan saya… dan setelah saya berusaha mengubah cara hidup saya dan sedikit sebanyak terlalu berharga apa yg saya pelajari mengenai dunia kewangan.

Hari ini saya diuji lagi, dalam saya berusaha menyelamatkan satu satunya harta yang saya ada iaitu rumah saya…akhirnya hari ini rumah saya terlelong dan sudah dipunyai oleh orang lain.  Saya tidak kesal sedikit pun atas apa yg berlaku tetapi saya terkilan kerana saya telah berusaha untuk mendapatkannya semula…tetapi apa yg berlaku saya redha… saya sedar ini adalah ujian untuk saya dan keluarga…

Walaupun ada rasa sedih dihati tetapi itulah hakikat yg perlu saya terima…kini apa yang perlu saya lakukan hanya usaha dan terus berusaha memperbaiki kehidupan saya dan anak anak…

Doakanlah agar usaha saya tercapai dan mampu mengubah hidup saya..maaf kalau email memenuhi ruangan inbox tuan Sham..tapi saya tidak mampu meluahkannya di laman blog tuan dan saya tiada tempat untuk bercerita apa yg berlaku..

Faridah Ahmad (Bukan nama sebenar)

Ulasan Sham :

Ya Allah Ya Tuhan yang mencipta dan memiliki sekelian alam, aku memohon kepadaMu agar melimpahi rahmat kepada hambaMu ini yang sedang ditimpa ujian yang amat besar. Semoga beliau terus tabah dan diberi pembalasan yang baik dariMu di atas setiap usaha yang telah beliau lakukan bagi menyelamatkan hartanya itu yang menjadi tempat perlindungan beliau sekeluarga selama ini. Berilah kekuatan kepadanya agar beliau terus bangkit dan mencapai setiap apa yang diidamkan oleh beliau sekeluarga. Bebaskan beliau daripada bebanan hutang dan juga penindasan orang lain terhadapnya. Jadikan beliau sekeluarga orang yang sentiasa mendapat kebaikan yang datang mendadak dan dilindungi daripada segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini. Ya Allah perkenankanlah doaku ini. Amin.

Saudari, bersabarlah di atas ketentuan Tuhan ini, sebagai seorang Muslim kita tidak perlu bersedih di atas apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Saya yakin dan berdoa agar Allah memberikan pembalasan baik ‘pahala’ di atas setiap usaha yang telah puan lakukan selama ini. Saya berbangga dengan ketabahan Puan meneruskan usaha bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan itu. Insyaa-Allah saya dan rakan lain akan terus bersama dengan Puan meneruskan perjuangan Puan ini. Puan, kita tidak akan gagal selagi kita tidak berhenti mencuba, teruskan berusaha. Kita akan di balas oleh tuhan berdasarkan usaha kita bukannya apa yang kita telah capai.

Kehilangan rumah yang disayangi itu ke tanggan orang lain, dikira gagal oleh ‘barat’ tetapi ianya tetap satu kemenangan bagi orang Islam, kerana setiap usaha yang kita lakukan bagi memastikan ianya tidak terlepas ke tanggan orang lain diberikan balasan oleh Tuhan yang amat pengasih dan penyayang.

Tidak semua wanita yang setabah dengan dengan Puan, sahabat saya Tuan Osman Affan pernah berkata “Tanpa halangan, matlamat itu bukan satu impian”.

Di alu-alukan kata-kata sokongan daripada para pembaca / pelawat blog ini, bagi memberikan sokongan kepada Puan yang di uji dengan sedikit kesusahan ‘sementara ini’.  

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

30 May 2008 Dimensi Muslim : Antara Yang Murah dan Mahal
 |  Category: dimensi, Diri |  8 Comments

Pada hari Rabu yang lalu saya ingin membeli  sejenis ubat yang telah habis dalam stok di rumah. Setiap sepapan tablet mengandungi 20 biji ubat. Saya bercadang untuk membeli 2 papan ubat tersebut. Saya pernah ke kedai farmasi yang dimiliki seorang muslim bagi membeli ubat tersebut, tetapi kedai tersebut tidak menjualnya. Saya menyarannya untuk mendapatkan ubat itu, sebab saya akan menjadi pelanggannya pada setiap masa. Pelayan pada ketika itu berkata “Kami hanya menjual ubat dari jenis yang satu lagi”. Saya berkata bahawa saya hanya berminat dengan ubat yang berjenama ‘XYZ’ sahaja. Penjual itu hanya mengelengkan kepalanya. Saya terus beredar.

Mulai dari saat itu saya pergi ke farmasi lain bagi mendapatkan ubat yang berjenama XYZ. Selang beberapa bulan saya pergi lagi ke farmasi muslim itu, tetapi mereka masih tidak menjualkannya. Oleh itu, saya terus mendapatkan bekalan daripada farmasi yang berdekatan sehingga kelmarin. Pada petang Rabu yang lalu, saya pergi kembali ke farmasi Muslim dan saya menanyakan tentang ubat tersebut. Alangkah gembiranya saya apabila mereka sudah mula menjualkannya. Saya bertanyakan harga bagi sepapan, mereka memberitahu RM 6.90, waw, mahalnya di dalam hati saya. Jika sebelum ini saya membelinya dengan harga RM 5.40 untuk sepapan dan bagi 2 papan hanya RM 10.80.

Saya memberitahunya saya memerlukan dua papan dan berharap harganya dapat dikurangkan (diskaun). Pelayan farmasi muslim itu melihat saya dengan muka yang terkejut (kerana meminta diskaun) lalu menawarkan pada harga RM6.50. Saya membayarnya RM13 untuk dua papan ubat XYZ.

Jika dahulu saya membayar RM 10.80 untuk 2 papan ubat XYZ, kini saya membayar RM 13.00 untuk dua papan ubat XYZ yang sama, yang membezakan hanya dari farmasi yang berbeza. Hati saya merasa puas dan tenang, walaupun saya terpaksa membayar ekstra RM 2.20, kerana saya dapat membantu saudara muslim lain mengusahakan bisnes farmasi. Ini adalah langkah pertama saya dalam membantu farmasi muslim itu.

Persoalan di sini : Ramai yang bertanya saya apakah rasionalnya, jika hanya kita seorang yang menyokong rangkaian bisnes muslim? Jawapan saya : Ketika Nabi Ibrahim a.s sedang dibakar, burung pipit berulang alik membawa air di paruhnya bagi membantu memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Apabila burung yang lebih besar berkata bahawa usahanya itu adalah sia-sia, kerana dengan air sedikit itu tidak mampu memadamkan api yang besar itu, burung pipit itu berkata “Ini adalah usaha yang yang aku mampu lakukan”

Allah tidak memberi pahala berdasarkan hasil yang kita kecapi, tetapi Allah memberikan pembalasan baik berdasarkan apa yang kita usahakan, walaupun usaha itu gagal mencapai matlamat yang kita inginkan.

Insyaa-Allah saya akan  menyampaikan Tazkirah Kewangan pada setiap pagi Ahad (kuliah subuh) minggu ketiga di Masjid TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

29 May 2008 Dilema Pekerja : Hutang 15 KAD KREDIT

Pada hujung minggu lepas, saya minum petang bersama seorang daripada sifu saya iaitu Encik Yim Choong Chow ‘Business Coach’, di Subang Jaya berdekatan dengan kediamannya.

Sewaktu berbincang tentang isu kewangan semasa, beliau memberitahu bahawa ada seorang wanita bekerjaya yang sudah lewat usia mengadu kepada beliau. Wanita ini memberitahu gaji yang diterimanya iaitu RM2,800 tidak mencukupi bagi menampung kos sara hidup bulanan.

Apabila ditanya apakah pekerjaan suaminya, beliau memberitahu bahawa suaminya sudah pencen wajib dengan jawatan terakhir di pejabat kerajaan adalah ketua kerani. Apabila suaminya pencen, mereka melancong ke luar negara bagi meraihkannya mengunakan duit simpanan suaminya di dalam KWSP (duit sewaktu bekerja dengan swasta) dan juga duit gratuiti yang diterima sewaktu mula melangkah ke dunia persaraan. Apabila kembali semua duit yang ada di dalam simpanan semuanya habis dibelanjakan bagi menampung kos di luar negara dan juga hadiah untuk saudara mara.

Kini, suaminya menjadi pesara sepenuh masa dan hanya mengambil elaun pencen ‘yang tidak seberapa’ itu pada setiap bulan. Semua wang pencen bulanan suaminya itu digunakan sebagai duit poket bulanan untuk suaminya menghabiskan ‘sisa-sisa’ kehidupan.

Selepas balik dari bercuti diluar negara, keluarga ini ditimpa musibah yang amat besar, iaitu bebanan hutang daripada 15 kad kredit yang berjumlah lebih dari RM30,000. Kini wanita itu tidak dapat menampung kos sara hidup mereka, apabila satu sumber pendapatan sudah tertutup (apabila suaminya pencen). Dengan wang gaji RM2,800 beliau perlu membayar ansuran kereta wiranya RM600 sebulan dan sewa rumah RM 800 sebulan. Beliau juga perlu membayar sekurang-kurangnya RM1,500 untuk bayaran minimun bagi semua kad kredit yang dimilikinya itu. Daripada tiga kos di atas sahaja beliau perlu menangung RM2,900 iaitu melebihi daripada pendapatan bulanannya. Itu belum termasuk belanja dapur, petrol, bil elektrik, telefon, dan sebagainya.

Beliau benar-benar tertekan dan meminta nasihat. Apabila sifu saya menasihatinya supaya

  • menukarkan kereta wira kepada kereta kancil ataupun motor, wanita itu mengatakan “Tidak boleh”

  • berpindah ke rumah kos rendah yang sewanya RM400 ke bawah, wanita itu menjawab “Tidak boleh”

  • suaminya mengajar tuisyen di rumah, yang sekurang-kurangnya dapat membawa masuk RM1,000 sebulan, wanita itu menjawab “Tidak boleh”

  • suaminya mencari kerja bagi mengurangkan bebanan, wanita itu menjawab “Tidak boleh”

Sifu saya memberitahunya “Jika semuanya tidak boleh, tiada apa yang saya boleh bantu, kerana anda sendiri tidak sudi untuk membantu diri anda”

Bayangkan saudara/i, dengan mempunyai masalah yang banyak itu, beliau masih ingin hidup bergaya (malu untuk berhadapan dengan realiti).

Insyaa-Allah saya akan ke udara lagi di radio 24 (93.9fm) bagi segmen bicara kad kredit pada 31 Mei 2008 (Sabtu)  5.00 – 6.00 petang. Kepada sesiapa yang ada kelapangan dan ingin mengikutinya sila tunekan saluran radio anda ke 93.9 Radio 24, Sebenar dan Semasa.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

27 May 2008 Dimensi Muslim : Mencipta dan Membuka Peluang

Semoga Allah senantiasa mengurniakan kebaikan yang datang mendadak kepada saudara/i dan dilindungi daripada segala kejahatan yang ada di dalam dunia ini, Ya Allah perkenankan doaku ini. Amin.

Jika kebanyakan bisnes barat bergantung kepada keupayaan mencipta peluang, bagi memastikan mereka dapat menembusi pasaran, ianya sedikit berbeza dengan bisnes muslim. Apabila setiap muslim mempratikkan setiap apa yang dituntut melalui ‘Fardhu Kifayah’, secara terang-terangan ianya dapat mencipta dan membuka 1001 peluang kepada setiap muslim yang ingin menceburi dan berjaya dalam bisnes.

Kejayaan setiap ahli bisnes muslim tidak hanya bergantung kepada kepandaiaannya menguruskan bisnes, tetapi secara majoritinya bergantung kepada pelanggannya. Apabila setiap individu berusaha menjadi seorang individu muslim yang super, sudah pasti tiada lagi alasan kenapa ahli perniagaan muslim tidak dapat berjaya.

Apakah ciri seorang individu yang memiliki ciri muslim super, iaitu ciri muslim yang dituntut oleh Pencipta manusia iaitu Allah?

  • Memenuhi Fardhu Ain

  • Memenuhi Fardhu Kifayah

Seseorang Muslim yang menjalankan tanggungjawabnya seperti yang terkandung di dalam Fardhu Ain, menjadikan dirinya seorang yang jujur dan amanah. Ini sudah memastikan beliau tidak akan menipu, mengkhianati ataupun melakukan sesuatu dengan niat untuk merugikan orang lain.

Apabila seorang muslim yang mempunyai ciri itu melengkapkan dirinya dengan menjalankan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam ‘Fardhu Kifayah’, maka beliau akan memastikan setiap aktivitinya adalah memberikan kebaikan yang paling maksimun kepada individu muslim lain.

Contoh yang paling mudah adalah, apabila seseorang muslim itu merasai akan nikmat yang diberikan oleh Penciptanya, beliau akan memastikan setiap perbuatannya adalah menepati Fardhu Ain dan Kifayah. Apabila ingin membeli barangan keperluan harian, beliau akan mengutamakan kedai yang dimiliki oleh saudara seagamanya (orang Islam itu adalah bersaudara). Apabila membeli barangan, beliau juga memastikan barangan itu terdapat tanda halal yang diiktiraf (Jika di Malaysia, tanda halal Jakim). Apabila ingin membeli kereta buatan luar negara, beliau akan membeli dengan jurujual muslim supaya komisen yang diterima oleh jurujual muslim itu dapat membantu meningkatkan taraf kehidupan dirinya yang menjadi sebahagian daripada masyarakat Islam.

Apabila di lihat di dalam kontek negara Malaysia, masyarakat Muslim dapat hidup dan berdiri tanpa bergantung kepada kumpulan masyarakat lain. Apabila setiap orang Islam itu mula mempratikkan tuntutan Fardhu Kifayah, timbulnya keperluan mendadak dalam masyarakat bagi mengadakan lebih banyak pasaraya muslim, bengkel kereta muslim, kedai roti dan kek muslim, stesyen minyak muslim, dan banyak lagi… Ini dengan sendirinya membuka peluang kepada individu ataupun syarikat yang dimiliki orang muslim untuk menguasai pasaran lebih daripada 10 juta masyarakat muslim di Malaysia.

Tuhan Allah yang menciptakan manusia, turut menciptakan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah bagi menyenangkan setiap muslim untuk hidup dengan tenang dan bahagia tanpa perlu bergantung kepada masyarakat yang belum mengenali Allah.

Menjadi muslim super adalah impian bagi setiap manusia yang mensyukuri nikmat Allah yang telah menjadikan mereka manusia dan bukannya makhluk lain yang ada di sekeliling kita.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

07 May 2008 Surat Pembaca : Katakan Tidak Kepada Kad Kredit

Assalamualaikum Tuan Sham.

Semalam saya terpaksa bercuti kerana menemani sahabat karib saya ke Bank di KL untuk merayu berkaitan pembayaran kad kredit beliau. Saya amat terkejut kerana Pegawai Bank tersebut (namanya terpaksa di rahsiakan) menasihati saya agar jangan menggunakan kad kredit. Katanya ramai dikalangan orang melayu mempunyai beban hutang yang terlalu tinggi akibat berbelanja menggunakan kad kredit.

Katanya lagi Kad kredit adalah untuk golongan atasan sahaja. Golongan sederhana dan bawahan janganlah menggunakannya.

Harap Tuan Sham tidak jemu meneruskan usaha murni menyedarkan orangramai mengenai bahaya Penggunaan Kad Kredit.

Kart

Seorang kakitangan kerajaan

Kepada Kart:

Apakah kesudahan apabila bertemu dengan pihak bank itu?

Adakah sahabat Kart itu mendapat pakej yang menarik bagi mengurangkan hutangnya itu?

www.shamsuddinkadir.com 

Membina Dimensi Sebenar Anda!