Archive for the Category ◊ Informasi ◊

15 Jun 2017 Terkini Shamsuddin Kadir :Jun 2017

BUKU TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

Dibuka untuk pembelian. Istimewa Tandatangan Penulis!

Buku dihantar melalui PosLaju atau boleh dibeli di pejabat di Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

KLIK GAMBAR DI  BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

KLIK UNTUK LIHAT

BUKU MENYIMPANG SERINGGIT,  RUGI SEJUTA.

BUKU CASH FLOW UNTUK WANITA

BUKU BAKAL TERBIT

 


BENGKEL TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

KLIK  GAMBAR UNTUK MENDAFTAR  !!

1. Bengkel Menyusun Semula Kewangan 360 Darjah, oleh Shamsuddin Kadir (29 Julai 2017, Sabtu)

 

2. Financial Intelligence Workshop (FIW), oleh Shamsuddin Kadir (5 Ogos 2017, Sabtu)



KLIK UNTUK MENGETAHUI CARA BELI EMAS SERENDAH 1 GRAM (999.9)


EBOOK LANGSAI HUTANG KAD KREDIT

Cara praktikal langkah demi langkah melangsaikan hutang kad kredit SEHINGGA SELESAI!  Insyaa Allah.

Terdapat lebih kurang 12  TEKNIK PILIHAN untuk tuan dan cik puan pilih berdasarkan situasi dan citarasa tuan dan cik puan, dalam memilih jalan melangsaikan hutang kad kredit dengan cepat, jimat dan dapat diskaun.

Insyaa Allah ebook ini memberikan kemahiran yang praktikal, iaitu berdasarkan pengalaman Shamsuddin Kadir sendiri yang pernah terjebak dengan kad hutang ini. dan juga pengalaman pembaca-pembaca buku hasil tulisan beliau serta peserta-peserta kursus yang beliau jayakan.

Dengan izin Tuhan, ‘track record’ yang paling cepat ialah, ada yang sudah melangsaikan hutang kad kredit mereka seawal DUA HARI setelah  mempraktikkan teknik-teknik praktikal dalam ebook itu

17 Oct 2014 Kursus Umum ‘Public Course’ oleh Shamsuddin Kadir

Bismillah. SAW.

Insyaa Allah butiran kursus-kursus yang dijayakan adalah :

1. KURSUS INTENSIF PRA PERSARAAN : 5 – 6 NOVEMBER 2014 [DOWLOAD BROSUR]

2. KURSUS TRAIN THE TRAINER (TTT) : 12 – 13 NOVEMBER 2014 [DOWNLOAD BROSUR]

3. KURSUS ‘ZERO DEFECTS ACTION’ : 3 – 4 DISEMBER 2014 [DOWNLOAD BROSUR]

4. 4C (MARKETING STRATEGY WORKSHOP) : 21 – 22 JAN 2014

Untuk mendaftar, tuan dan cik puan dijemput untuk menghubungi talian pejabat SK Training Academy Sdn Bhd di 03 4142 5300 / 4141 6300 (Salmee / Suhana / Kamarul) atau HP 019 303 1 300

10 Jun 2013 Esok 11 Jun 2013 Kursus Joys Of Working LHDN Cyberjaya
 |  Category: Informasi |  Leave a Comment

Bismillah. In Syaa Allah esok kami SK TRAINING ACADEMY SDN BHD, akan menjayakan kursus Joys of Working di LHDN Cyberjaya.

Ini merupakan siri kedua.

Kepada tuan dan cik puan yang ingin mendapatkan proposal ataupun ingin menjayakan kursus ini, boleh menghubungi 03 4142 5300, bos-bos kami di pejabat sentiasa menantikan panggilan daripada tuan dan cik puan. Ataupun boleh emelkan ke info@sk.my

17 Jun 2011 Caj Pentadbiran Bagi Pertanyaan Yang Dikemukakan
 |  Category: dimensi, Informasi |  4 Comments

Assalamualaikum dan salam ceria buat semua tetamu di www.ShamsuddinKadir.com

Didoakan tuan dan cik puan semua dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

Mulai hari ini, 17 Juni 2011, setiap pertanyaan tuan dan cik puan yang ingin mendapat pandangan Tuan Shamsuddin Kadir, akan dikenakan caj pentadbiran sebanyak RM 10. Ini bagi menangung kos pentadbiran dan staf yang menguruskan halaman ini. RM 10 dikenakan bagi setiap soalan yang diajukan. Jika tiga soalan yang diajukan adalah 3, maka bayarannya adalah RM 30, tetapi, tuan dan cik puan boleh menanyakan 2 soalan tambahan secara percuma.

Di atas jadual Tuan Shamsuddin Kadir yang sangat padat, tetapi tidak mahu mengecewakan para tetamu, kami sudah mengambil seorang staf bagi menguruskan hal-hal berkenaan pertanyaan dan konsultan bersama Tuan Shamsuddin Kadir.

Caj ini juga dikenakan bagi memastikan pihak  www.Shamsuddinkadir.com dapat menjawab setiap pertanyaan yang dihantar. Emelkan pertanyaan ke Info@sk.my, maksukkan juga bukti pembayaran.

Bayaran boleh dimasukkan ke akaun Maybank 562106-200279 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir, emelkan bukti pembayaran ke info@sk.my, pastikan nama, nombor telefon dan nombor akaun bank juga diberikan, bagi pemulangan duit untuk soalan yang tidak dapat dijawab oleh Tuan Shamsuddin Kadir.  Caj RM 2 (biasanya yang dikenakan oleh bank) akan dikenakan sewaktu pembayaran balik.

Semua jawapan akan dipaparkan di halaman ini, maklumat penghantar ditukar dengan nama lain. Ini bagi memastikan nama penghantar dirahsiakan. Kita juga mendapat pahala apabila individu lain mendapat pahala di atas pertanyaan kita itu.

Pentadbir www.ShamsuddinKadir.com

Nor’Ain Mohd Nor

05 Mar 2011 Panel Forum Sell, Succed And Obtain di UiTM Shah Alam
 |  Category: dimensi, Informasi |  Leave a Comment

Alhamdulilah, pagi tadi Shamsuddin Kadir berada di Fakulti Pendidikan, UiTM Shah Alam, bagi memenuhi undangan dari Tuan Khairul Amir, selaku Pengarah Program Keusahawanan.  Program ini dianjurkan oleh pelajar tahun akhir kursus TESL.

Program dimulakan dengan ceramah selama 1 jam oleh pengaraca Imam Muda di Astro Oasis iaitu Ustaz Dzulkarnain Hamzah. Banyak pengisian menarik yang dapat kami pelajari.

Forum bermula jam 11 pagi dan berkakhir jam 1 tengahari.

Secara keseluruhan, tahniah, tahniah dan tahniah kepada seluruh ahli jawantankuasa dan krew yang merancangkan program ini dengan sangat professional.

Tahniah juga kepada para peserta yang sangat komited bagi membelanjakan masa bagi mengikuti sesi forum ini.

Tajuk Forum itu adalah ‘Menjana Usahawan Muda’.

19 Feb 2011 Doa Yang Dibaca Ketika Program Di SMK Perempuan Kapar
 |  Category: dimensi, Informasi |  Leave a Comment

Di atas ibu bapa yang menghantar sms dan telefon menanyakan berkenaan dengan doa yang dibaca oleh Shamsuddin Kadir sewaktu program Peranan Ibu Bapa Dalam Membentuk Kecemerlangan Sahsiah dan Akademik Anak-Anak, bersama ini disertakan:

Doa pertama :

” Ya Allah ya tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kefahaman para Nabi, hafalan para Rasul, Ilham para Malaikat yang hampir denganMu, wahai Allah yang maha pembuka dan lagi maha Tahu, bukalah hati kami seperti orang yang arif lagi bijaksana. Ya Allah perkenankanlah doa kami ini (Amin.)

Doa Kedua :

“Ya Allah, jika rezeki kami di langit, turunkanlah ia, jika rezeki kami di bumi, keluarkanlah ia, jika rezeki kami sedikit, perbanyakkanlah, jika rezeki kami banyak, berkatilah, jika rezeki kami haram, sucikanlah, berkat dengan waktu Dhuha Mu ini ya Allah, perkenankan doa kami ini. Amin.

Doa Ketiga:

“Ya Allah biarkanlah kami nampak diri kami kecil sahaja, tetapi orang lain nampak kami besar”

Ketiga-tiga doa ini antara doa yang membantu kita bagi mengawal apa yang kita tidak boleh kawal.

Shamsudidn Kadir

Kuala Lumpur

16 Dec 2010 Shamsuddin Kadir di Alor Setar Centre Point 19 Disember 2010
 |  Category: Diari SK, Informasi |  Leave a Comment

Dengan izin Allah Pencipta dan pemilik sekelian alam,

Shamsuddin Kadir diundang bagi menjayakan Kedaibuku Popular Bookfair di Alor Setar Centre Point Pada 19 Disember 2010.

Tuan Shamsudin Kadir yang menulis buku-buku motivasi antaranya Makan Gaji Tetapi Kaya, Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Dapatkan maklumat berguna mengenai perancangan kewangan dan kehidupan daripada beliau di Popular Bookfair ini.

Tarikh: 19 Dec – 19 Dec 2010 (AHAD) • 4.00 – 4.45 petang
Tempat: POPULAR Bookfair, Concourse Area, Alor Setar Centre Point, Alor Setar, Kedah

15 Dec 2010 Perkhidmatan Konsultan Bersama Shamsuddin Kadir
 |  Category: Informasi |  One Comment

Assalamualaikum dan Salam Ceria, Tuan dan Puan yang dimuliakan,

Di atas permintaan bagi mendapatkan khidmat rundingan secara perseorangan, pihak www.ShamsuddinKadir.com akan membuka ruang kepada Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan khidmat konsultan dengan Shamsuddin Kadir.

Ianya akan bermula pada 21 Disember 2010. Emelkan nama, nombor telefon serta tarikh dan masa yang dikehendaki hantarkan ke info@sk.my. Nyatakan juga berapa jam yang kita ingin jumpa. (Maksimum 2 jam sahaja untuk setiap khidmat konsultan).

Kami memberi ruang kepada Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan khidmat rundingan bagi mencadangkan Caj yuran khidmat Konsultan itu untuk setiap 1 jam. Ini bagi memastikan kadar itu bersesuaian dengan Tuan dan Puan yang ingin mendapatkan khidmat konsultan. Setiap bulan kami hanya terhadkan kepada beberapa sesi sahaja, ianya bergantung kepada kelapangan Shamsuddin Kadir iaitu pada hari beliau tidak menjayakan kursus, temujanji dan mesyuarat.

————————————-

05 Nov 2010 Bicara Bajet Bulan Madu Di Wanita Hari Ini TV3 Khamis 11 Nov 2010
 |  Category: Informasi |  Leave a Comment

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan dan Puan yang dimuliakan Allah dan dikasihi Nabi,

Shamsuddin Kadir diundang bagi membicarakan Bajet Bulan Madu di dalam rancangan Wanita Hari Ini, TV3 pada hari Khamis ini bersamaan dnegan 11 November 2010.

Penyelaras Program di Ultra Mind

Nor Aini Mohamed

31 Aug 2010 Beza Antara Kursus Dan Ceramah
 |  Category: Informasi, Kursus |  One Comment

Ada penganjur yang ingin menjayakan kursus ataupun latihan, tetapi menjemput penceramah. Akibatnya ianya membuatkan kursus tersebut menjadi tidak berkesan, kerana ceramah hanya memberi kita kesedaran dan bukannya kemahiran. Ceramah di buat dalam khalayak ramai, kerana tidak memerlukan hadirin untuk bercakap. Kerana penceramah sudah ada bagi bercakap.

Sesi latihan ataupun training adalah sesi memindahkan kemahiran kepada para peserta, di mana di akhir kursus peserta sudah dilengkapi dengan kemahiran baru. Bilangan peserta untuk sebuah kursus tidak lebih dari 30 orang yang kursus yang berkesan. Walau bagaimana bilangan peserta sehingga 35 orang adalah dalam bilangan yang masih boleh diterima.

Apabila bilangan peserta mencecah 45 orang, 60, 80, 100, 150 ataupun 300 orang, itu bukan lagi sesi latihan. Ianya sudah bertukar menjadi sesi ceramah.

Apabila kita ingin menjayakan kursus kita perlu pastikan bilangan peserta dan individu yang kita jemput adalah trainer dan bukannya penceramah.

Jika kita ingin jayakan ceramah 4 jam sebagai contohnya, kita boleh jemput penceramah.

Mengikut pengamal kursus yang amat berpengalaman. Individu yang bergelar penceramah tidak boleh menjadi trainer, dan trainer pula tidak boleh jadi penceramah, kerana kedua-duanya memerlukan bakat yang berbeza. Bakat bercakap perlu ada pada setiap penceramah, bagi memastikan suaranya enak didengari oleh hadirin.

Bakat bercakap seperti penceramah tidak perlu bagi trainer, kerana dikhuatiri, trainer itu bukan menjayakan sesi latihan, tetapi sesi berceramah. Di dalam sesi latihan, peserta yang paling banyak bercakap dan bukannya penceramah.

jita di dalam kursus trainer yang lebih banyak bercakap berbanding peserta, maka trainer itu sebenarnya adalah penceramah.

Orang yang berceramah dikategorikan sebagai penceramah, orang yang menjayakan kursus ataupun sesi latihan dipanggil jurulatih ataupun ‘trainer’.

26 Jul 2010 Kekosongan Jawatan di Ultra Mind Resources
 |  Category: Informasi |  One Comment

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dikasihi,

Di atas perkembangan terkini, Ultra Mind Resources (syarikat yang terlibat dalam training untuk organisasi swasta dan kerajaan) ingin mempelawa kepada Tuan dan Puan yang ingin menjadi sebahagian dari warga Ultra Mind Resources.

Terdapat beberapa kekosongan jawatan iaitu :

1. Pegawai Pentadbiran

2. Pegawai Pemasaran

3. Fasilitator (pembantu kepada trainer)

Kepada yang berminat boleh emelkan ke info@sk.my, sertakan resume dan juga nyatakan pada tajuk emel jawatan yang dipohon.

Individu yang terpilih selepas temuduga akan menjalani latihan praktikal 3 – 6 bulan dan akan menerima elaun bulanan. Peserta yang menunjukkan prestasi yang memuaskan akan menerima pakej gaji  dan waktu bekerja yang menarik.

14 Apr 2010 Entri Blog Ini Terus Ke ‘Inbox’ Email Kita
 |  Category: Informasi |  Leave a Comment

Sepupu-sepupu yang dimuliakan,

Dengan penambahan sistem blog www.shamsuddinkadir.com, saudara semua yang ingin mendapat informasi bagi setiap entri di blog ini secara automatik, boleh mengisikan alamat emel Tuan dan Puan di ruangan sebelah kanan yang bertajuk “Langgan Ke Emel’. Dengan izin Allah, Tuan dan Puan akan menerima setiap entri baru yang dimuatkan di halaman blog ini.

 

24 Mar 2010 Diari SK: Ceramah di Surau Al Munir, Seri Kembangan

Insyaallah, Shamsuddin Kadir akan memberi tazkirah kewangan kepada para jemaah surau al Munir, Seri Kembangan selepas waktu solat Maghrib pada hari Ahad ini (28 Mac 2010).

Juga tazkirah kewangan di Masjid As Sobirin AU5, Hulu Kelang pada pukul 12.30 tengahari sebelum waktu solat Jumaat pada 2 April 2010. Terima kasih kepada Tuan Azli yang memberi SMS jemputan kepada Shamsuddin Kadir.

Juga kepada para wanita yang bercita-cita tinggi, untuk makluman Tuan dan Cik Puan semua Shamsuddin Kadir telah ditemuramah oleh akhbar Harian Metro oleh Cik Puan Nini dan Tuan MK mengenai tajuk isu wanita dan pemilikan hartanah sebelum kahwin. Menurut mereka, artikel temuramah ini akan dimuatkan di dalam akhbar harian Metro pada hari Jumaat ini.

Abdul Halim Bin Esa

Pengurus Unit Perhubungan dan Silaturahim

05 Feb 2010 Diari SK : Bicara $ Di Selamat Pagi Malaysia
 |  Category: dimensi, Informasi |  2 Comments

Semoga semua sepupu sentiasa berada dalam keadaan sihat sentiasa hendaknya.

Alhamdulilah, sebentar tadi SK dihubungi oleh Kak Su dari RTM bagi menjayakan slot ‘Jimatkan Wang, Tambah Pendapatan’ di Selamat Pagi Malaysia pada hari Sabtu, 13 Februari 2010.

Kepada sepupu yang ada kelapangan, SK amat mengalu-alukannya bagi menghubungi talk show itu bagi berkongsikan pandangan, pengalaman dan juga memberikan idea.

Shamsuddin Kadir

05 Feb 2010 Diary SK Friday 5 Feb 2010 : Attending TAMRIN AGM
 |  Category: Informasi |  Leave a Comment

Insyaa-Allah (If God willing) SK will attending Annual General Meeting of TAMRIN (Muslim Trainers and Motivator Association). Hope the meeting will bring the association to a higher stage. Amin.

 

To all of our cousin, we are taking much time to text you with the latest information at www.shamsuddinkadir.com as we are presently loaded with few projects which need us to pay extra attention. We will enhance our capability as times goes on to provide the best as time goes on.

Assuring you, our best intention at all times, we remain.

Lovely

SK Group