Archive for the Category ◊ Kad kredit ◊

11 Dec 2010 Jual Tanah Untuk Bayar Pinjaman Peribadi

Pertanyaan yang dihantar ke emel

Salam, Tuan.

Saya adalah seorang kakitangan kerajaan. semasa diusia muda saya, saya tidak pernah terfikir pinjaman peribadi yang saya buat akan memakan diri saya pada waktu sekarang.

Untuk makluman tuan, keadaan kesihatan kewangan saya memang tenat (pada pandangan saya). Ini kerana pendapatan bulanan saya sekarang ini hanyalah cukup-cukup untuk membayar ansuran kereta, pinjaman pelajaran, easy-payment dan kad kredit.

saya mempunyai 2 kad kredit. Ansuran kereta saya RM670. Oleh kerana potongan gaji saya telah mencapai had maksimum (60%) saya perlu menyelesaikan dahulu hutang pinjaman peribadi saya supaya saya boleh membuat pinjaman perumahan. saya ada sebidang tanah tetapi tidak bercadang untuk membuat rumah di situ memandangkan ianya jauh dari tempat kerja saya. saya bercadang untuk menjual tanah tersebut

(Tanah lot untuk membina rumah) dan membayar hutang pinjaman peribadi saya.

Jadi, saya dapat memohon untuk pinjaman perumahan. Apa pandangan tuan?  Terima kasih atas perhatian tuan.

Cik Puan Rozita (bukan nama sebenar)

————————————-

Waalaikummusalam Cik Puan Rozita,

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari dibebani dengan Hutang dan penindasan orang lain terhadap kami. Amin.

Cik Puan Rozita yang dirahmati Allah,

Jual tanah untuk jelaskan semua hutang pinjaman peribadi dan kad kredit. Mulakan untuk menghentikan pengunaan kad kredit apabila mendapat gaji bulan ini. Jika kad kredit itu tidak dihentikan penggunaan cik puan akan menangung hutang kritikal dalam masa 5 – 10 tahun akan datang.

Elakkan dari membeli rumah, selagi kad kredit itu masih digunakan. Bebaskan diri dari apa-apa skim ansuran mudah.

Sebaiknya, mohon cik puan bagi membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang sebelum menjual tanah tersebut.

Banyakkan membaca doa seperti yang tercatat dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, insyaa Allah dipermudahkan olehNya.

Shamsuddin Kadir

16 Dec 2009 Sepupu SK: Cara Membatalkan Kad Kredit
 |  Category: Kad kredit |  2 Comments

Assalamualikum wbt…

Tuan, saya ingin tahu boleh tak saya membatalkan ,’terminate’ kad kredit saya dengan cara menghantar surat pembatalan sahaja.Sebab saya pernah cuba membatalkannya dengan cara berjumpa dengan pihak bank.

Disebabkan pujuk rayunya supaya jgn membatalkannya dengan menawarkan kemudahan tanpa yuran tahunan untuk tahun berikutnya maka akhirnya saya gagal membatalkan kad saya itu.Untuk pengetahuan tuan, saya tidak memerlukan sangat kad tersebut bahkan bakinya juga telah habis dibayar.

Apakah cara yang terbaik untuk membatakkan kad saya tersebut dan bagaimanakah langkah-langkah jika saya nak membatalkan kad dengan cara menulis surat.harap tuan dapat beri panduan.

Terima Kasih

Tuan Firdaus (bukan nama sebenar)

———————————–

Waalaikummusalam Tuan Firdaus,

Semoga Allah mengurniakan kepada Tuan Firdaus (Sepupu SK) dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.

 Saya bersyukur dikurniakan seorang sepupu yang bijak dan tegas, terima kasih (saya suka) kerana mengambil langkah yang terbaik iaitu membebaskan diri dari peluang membuat hutang, berbelanja di luar kemampuan dan unsur ‘RIBA’.

Tuan photostat kad itu dalam dua salinan dan potong kad itu kepada dua bahagian sama besar dan photostat sekali lagi dan poskan kepada bank tersebut dengan surat pembatalan akaun kad kredit tersebut disertakan dengan kad kredit yang telah dipotong berserta 1 salinan untuk setiap gambar sebelum dan selepas dipotong. Simpan 1 lagi salinan photostat untuk rujukan di masa depan.

Di dalam surat pembatalan @ penamatan, pastikan nombor kad kredit di tulis, nama Tuan mengikut mykad dan juga No. Mykad ditulis dan ditandatangani.

Terlebih dahulu surat itu difakskan dan selepas itu diposkan. Sebenarnya lebih mudah jika Tuan memotong kad itu kepada dua bahagian dan membawa bersama dengan surat itu ke cawangan bank tersebut dan menyerahkan. Beritahu mereka keputusan saya muktamad, POTONG…POTONG…POTONG..

Ya Allah, semoga Engkau melimpahi kami semua yang mencari keredhaanMu dan berusaha membebaskan diri dari peluang membuat hutang.

Sesungguhnya manusia yang hidup dengan bebanan hutang yang tidak perlu, hidup dalam keadaan gelisah dan risau sepanjang masa.

Semoga lebih berjaya, Tuan Firdaus.

Shamsuddin Kadir (Sepupu yang merindui Tuan)

06 Jul 2009 Pelajar Mengejar Guru Dengan Tukul Kerana Kad Kredit
 |  Category: Kad kredit |  2 Comments

Baru-baru ini, ada satu kejadian menimpa seorang guru di sebuah negeri di sebelah utara (kedah, penang dan perak). Seorang Pelajar berserta dengan adik beradiknya dan ayahnya mengejar seorang guru bagi mengetuk guru itu dengan sebuah tukul yang dibawa bersama.

Guru-guru lain berjaya menyembunyikan guru tersebut. Selepas di soal siasat, rupa-rupanya adalah kesilapan guru itu yang memukul pelajar itu dengan sebuah kerusi plastik pada bahagian belakang budak itu sampai kerusi itu pecah.

Ianya berpunya dengan masalah kewangan yang dihadapi guru tersebut. Isteri beliau sedang menyambung pelajaran di luar negara dan mengunakan kad kredit di sana dan penyatanya sampai di Malaysia. Suaminya iaitu guru inilah yang membayar belanja kad kredit yang digunakan oleh isterinya itu.

Kini isterinya tidak ingin pulang lagi ke Malaysia kerana sudah mendapat taraf penduduk tetap di negara berkenaan. Isterinya itu juga mengajak guru ini untuk turut berpindah dan menetap di sana.

Perbelanjaan yang dibuat di luar negara menjadi bertambah nilainya apabila penyata kad kredit itu menunjukkan dalam matawang Malaysia yang beberapa kali ganda lebih tinggi.

Apabila saya bertanya salah seorang guru di sekolah berkenaan, beliau berkata dari 106 guru yang ada di sekolah itu hanya dua orang yang tidak pakai kad kredit.

“Hanya orang yang tidak ada duit yang pakai kad kredit” itu kata guru yang memberikan maklumat di atas. Beliau kata banyak yang beliau pelajari dari motivasi kewangan bersama SK yang disiarkan oleh TV3 pada tahun lepas.

“Kenapa kita perlu kad kredit, jika kita ada duit”? itu kata guru itu lagi. Di sekolahnya hanya 2 orang guru yang tidak memiliki kad kredit.

SK pernah membuat ulasan berkenaan pandangan tentang kenapa semakin ramai guru di zaman ini semakin banyak memukul guru dalam keadaan keterlaluan seperti mengunakan kerusi dan sebagainya. Ianya berpunya dari masalah ‘Kewangan’. Kerana tekanan kewangan yang dihasilkan dari kelemahan urus wang menyebabkan kita bertindak di luar batasan kemanusiaan.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Author

Emel: info@shamsuddinkadir.com

28 Apr 2009 Bengkel Tips Menguruskan Wang Anda Di FRIM
 |  Category: Bengkel, Kad kredit |  Leave a Comment

Alhamdulilah, bengkel 1 hari untuk kakitangan FRIM telah diadakan pada 27 April 2009 seperti yang dijadualkan. Ini adalah kali ketiga Ultra Mind Resources dijemput bagi menjayakan kursus untuk kakitangan FRIM.

Program ini disertai lebih dari 100 orang yang di adakan di dalam bilik auditorium FRIM. Program bermula dari pukul 8.30 sehingga 5 petang.

Antara peserta yang memberikan maklum balas bengkel ini adalah :

“Sangat bagus!! Walaupun En. Sham tidak tahu langsung tentang kewangan kami, tetapi apa yang dikongsi memang ada kenan mengena dengan kami”. Nurul Hudaini Mamat

“Bagus. Mudah difahami dan amat menyakinkan diri untuk berubah” Noor Hafizan mohd Sharif

“Sangat Bagus. Bermanfaat, membantu dalam menguruskan kewangan. JIka ada lagi, saya ingin menyertainya” Mohd Hairul Mohd Amin

“Baik untuk pengetahuan dapat membantu mengubah cara-cara berfikir” Mohamad Zin Salim

“Memuaskan, kreatif dan padat dengan maklumat” Nor Fazliyana Abdullah

“Sangat berguna, ianya dapat mendidik diri mengenai pengurusan kewangan yang betul. Perbanyakkan lagi kursus-kursus seperti ini di masa akan datang.

“FIKIRKAN BOLEH, ANDA PASTI BERJAYA!!!” “Kursus yang best dan memberikan motivasi yang terbaik untuk wang anda…” Rosfarizal Kamaruzaman

“Seronok, marai belajar membayar hutang” Zulifah Hj Omar

“Sangat menakjubkan. En. SK tidak tahu langsung tentang kewangan kami, tetapi apa yang dikongsi ada kena mengena dengan kami!!. Terima Kasih En. SK!! Diharap selepas bengkel ini dapatlah saya menguruskan kewangan dengan lebih baik lagi!!” Zaiton Mohamad

“Membuka mata hati dan minda dalam penggunaan wang dalam kehidupan seharian” Syaza Hanani Md  Nasir

“Lebih memberi erti kehidupan. Harapa kursus ini dilanjutkan lagi ” Ramli Abdullah

“Menyedarkan berapa berharganya setiap sen yang dibelanjakan” Norihan Mohd Salih

 

“Program ini  berjaya mengajar kita cara menguruskan wang dengan betul” Che Rohani Che Wil

“Terbuka minda saya yang kacau-bilau selama ini. Berkobar-kobar untuk memperbaiki pengurusan kewangan saya selepas ini” Siti Khadijah Mohamed Razali

“Pengajaran yang berguna untuk dipratikkan”. “Bagus”. “Terima Kasih En. SK” Nor Salwah Ab Wahid

“Menarik, ilmu yang baik untuk kehidupan sepanjang hayat”

“Sangat bagus, kursus ini dapat menginsafkan saya, supaay berbelanja ikut keperluan” Fatimah Ab Rahman

Itu sebahagian dari maklumbalas yang dapat dimuatkan di dalam entri pada kali ini.

SK mendoakan dan terus mendoakan bukan sahaja maklum balas yang menyatakan kepuasaan peserta yang ingin dicapai, tetapi jauh di sudut hati, SK hanya mahukan Tuan & Puan semuanya tidak ada seorangpun terkecuali dalam mencapai kebebasan kewangan. Teruskan usaha, insyaa-Allah SK akan terus mendoakan kebahagiaan dan hidup tenang tanpa bebanan hutang yang tidak perlu sepanjang hayat ini.

“Ya Allah berikan kebaikan yang datang mendadak kepada semua peserta-peserta kursus kewangan sama ada yang dianjurkan oleh SK ataupun syarikat-syarikat lain, dan berikan kepada semua tetamu blog ini dengan cahaya nikmat dan bahagia di Dunia dan Akhirat. Ya Allah perkenankanlah doa hambaMu ini. Amin.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Writer

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Emel: info@shamsuddinkadir.com

www.ShamsuddinKadir.com

27 Apr 2009 Kad Hutang Merompak Tanpa Belas Kasihan
 |  Category: Kad kredit |  2 Comments

Sehingga ke hari ini, dari maklum balas secara bertulis dan bicara, kad hutang telah merompak banyak individu yang baik tanpa belas kasihan. Mereka terpaksa hidup menangung bebanan hutang yang melampau, semakin hari semakin naik jumlah baki kad hutang yang belum di bayar. Ada yang terpaksa menjual aset lain bagi menjelaskan hutang mereka. Itu adalah satu dari tindakan yang bagus.

Ada juga yang mengali lubang lain dengan membuat pinjaman lain, sama ada melalui pinjaman peribadi ataupun ‘balance transfer’. Berhati-hati dengan perangkap pindahan baki.

Kad hutang hanya membantu kita berhutang, bertepatan dengan namanya, walaupun pihak pengeluar kad hutang bijak dengan memangilnya dengan nama yang ada ‘class’ iaitu KAD KREDIT.

Kad hutang ini bertujuan membantu individu yang tidak memiliki duit yang cukup tetapi ada nafsu berbelanja yang tinggi dan besar. Nafsu itu dapat dilayan dan dipuaskan dengan membeli setiap apa yang dinginkan selagi jumlah had kredit belum habis digunakan.

Bila kita telah berberlanja mencecah had, timbul idea baru dalam otak, bagi mendapatkan satu lagi kad kredit, tetapi kali ini dari bank lain dan dengan jumlah had kredit yang lebih besar.

Halaman www.ShamsuddinKadir.com 100% menyokong individu mengunakan  KAD BERDUIT (Kad Debit / Kad ATM) secara sepenuhnya dalam kehidupan.

Hanya Kad Debit yang membuatkan kita tenang di dunia dan di alam Barzakh. Kad Hutang hanya mengundang mala petaka di mana sahaja kita berada.

Kad BERDUIT (Kad Debit) membuat kita tersenyum ketika membelanjakannya, kerana kita tahu duit yang dibelanjakan itu adalah duit kita dan kita tidak perlu membayar balik kepada sesiapa lagi.

Kad BERDUIT sudah diterima pakai di banyak tempat bagi membuat pembayaran seperti di Stesyen Minyak, Shopping Centre dan banyak lagi. 

13 Mar 2009 Tetamu SK: Kad Kredit & Pinjaman Untuk Labur

Tuan Sham,

Apa khabar?. Harap tuan sihat selalu

Saya ingin meminta pendapat tuan tentang beberapa perkara.

Pertama sekali, saya telah memiliki kad kredit walaupun sebelum ini saya tidak pernah berfikir untuk memohonnya. Saya merasakan apa salahnya memiliki sekurang-kurangyanya satu kad kerdit untuk digunakan semasa waktu kecemasan. Namun, begitu, sehingga kini saya masih belum menggunakannya walaupun telah memperolehnya sejak 5 bulan yg lalu. Apakah pendapat Tuan tentang pendapat saya ini? Adakah saya perlu membatalkannya saja memandangkan saya jarang menggunakannya

Keduanya, saya bercadang utk meminjam wang daripada kedua ibu bapa saya untuk tujuan menambahkan pelaburan saya dalam pelaburan ASB. Saya bercadang utnuk membayarnya sacara bulanan kepada kedua ibu bapa saya. Adakah tuan merasakan tindakan saya ini wajar?. Namun begitu, sekiranya saya membuat pinjaman dari bank untk tujuan ini ( menambah pelaburan dalam ASB), saya akan dibelenggu hutang secara lansung ditambah pula dengan kadar faedahnya

Ketiganya, saya ada membuat polisi insurans untk tujuan perlindungan. Saya membayarnya sebanyak RM 150 secara bulanan. Namun begitu, kini syarikat insurans tersebut menawarkan polisi baru untuk ahlinya untuk tujuan menggalakkan ahlinya menyimpan wang. Polisi ini menawarkan ahlinya menyimpan wang sehingga tempoh 5th dan juga 8th dengan menawarkan pulangan yang lebih tinggi nilainya dari ASB pada setipa tahun. Saya perlu membayarnya RM 500 setiap bulan untuk tempoh 5 th sekiranya saya mengambil polisi ini. Apakah pendapat tuan tentang perkara ini? Apakah pertimbangan yg perlu saya buat sebelum memutuskan untuk mengambil polisi ini?

Harap maaf kerana menggangu tuan dengan mengaju perbagai soalan. Berbanyak terima kasih dan berharap Tuan sentiasa murah rezeki

Andy

———————-

Terima Kasih Tuan Andy, semoga Tuan juga sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan tenang

Satu dari matlamat Shamsuddin Kadir.com yang sentiasa diwarwarkan adalah untuk melihat pengunaan kad kredit ditukar kepada kad debit secara sepenuhnya di Malaysia. Ini dapat memastikan tiada lagi yang tertipu, yang dibebani ataupun yangterperangkap dengan perangkap kewangan.

Mengunakan ataupun menyimpan kad kredit untuk kecemasan sebenarnya mengalakkan diri kita menjadi orang yang tidak ada duit simpanan dan menjadikan diri kita sentiasa bergantung kepada duit orang lain.

Selagi kita ada kad kredit, selagi itu kita ‘terpaksa’ bergantung kepada tongkat. Apabila tongkat itu sudah tiada kita menjadi lumpuh.

Meminjam duit ibubapa bagi dilaburkan di dalam akaun perlaburan yang berisiko rendah itu adalah satu kaedah yang bagus juga dan membayar kepada mereka secara ansuran bulanan. Yang pertama Tuan tidak perlu menangung kos faedah. Tentang perlaburan dalam ASB  itu tidak dapat saya huraikan, kerana pelaburan dalam ASB itu ada kaitan dengan halal dan haram dari sudut syariah. Tuan boleh rujuk, ke halaman Ustaz Zaharuddin.net bagi maklumat terkini. 

Berkenaan dengan Insurans, tiada cadangan dari saya. Apabila ekonomi Amerika runtuh, antara syarikat yang menangung kerugian lebih dari 50 billion adalah syarikat Insurans.

Shamsuddin Kadir

info@shamsuddinkadir.com

17 Feb 2009 Hentikan Menguruskan Hidup Dengan Kad Kredit
 |  Category: Kad kredit |  Leave a Comment

Jika kita masih menguruskan kehidupan dengan mengunakan kad kredit, sudah tiba masanya kita menukarkan kepada kad debit, di mana kita hanya belanja berdasarkan duit yang kita ada. Menguruskan hidup dengan mengunakan instrumen kad kredit tidak membawa kebaikan bukan sahaja di dunia tetapi juga di taman barzakh.

Majoriti kad kredit yang ada di pasaran yang sedang digunakan adalah hidup di atas dasar riba yang menjadikan ramai manusia ingkar kepada perintah Allah.

Kad kredit juga mengalakkan kita berbelanja mengunakan duit yang  kita belum miliki. Fikiran kita menjadi sentiasa tenang, gembira dan dalam keadaan bersyukur setiap kali kita mengunakan kad debit. Fikiran kita tidak bercelaru dan apabila membayar di kaunter juga kita tidak segan, kerana kita membayar tunai mengunakan duit sendiri.

Apabila kita membiarkan kad kredit mengurus hidup kita, mengikut kajian dari 100 pemilik kad kredit, 98 orang akan menjadi hamba kepada hutang.

Hanya dua orang sahaja yang bebas dari menjadi hamba kepada hutang. Adakah kita termasuk di dalam dua orang yang selamat?

31 Jan 2009 Tetamu SK: Tukar dari kad kredit kepada Term Loan
 |  Category: Kad kredit |  One Comment

Salam,
Apa kabar Encik Shamsuddin? Harap sihat sejahtera di samping tugas harian. Untuk makluman saya salah seorang peserta kursus Dimensi Diri anjuran PSMB pada 21-22 November 2008 yang lepas.

Saya ada satu persoalan saya harap tuan dapat memberi jawapan segera.

Saya pengguna Kad Kredit bagaimana dan cara apa untuk saya tukar dari kad kredit kepada Term Loan?

Berapa peratus faedah Term Loan?

Terima kasih

JM

——————————–

Salam saudara JM,

Alhamdulilah, sihat walafiat saya juga mendoakan saudara juga sihat dan sentiasa dirahmati oleh Tuhan.

Langkah pertama adalah mengenalpasti jumlah sebenar hutang kad kredit dengan bank tersebut, selepas itu bahagikan hutang itu dengan 12, 24 ataupun 36 bulan. Cuba lihat berapa ansuran yang saudara perlu bayar pada setiap bulan tanpa mengirakan caj faedah semasa. Jika saudara melihat saudara mampu menjelaskan ansuran yang dicadangkan untuk 12 bulan, maklumkan kepada bank, saudara inginkan term loan yang jangka masa pembayaran balik hanya setahun sahaja. Sebaliknya saudara boleh mengambil jangka masa 24 bulan iaitu 2 tahun ataupun 3 tahun. Ianya bergantung kepada jumlah yang saudara boleh bayar pada setiap bulan.

Langkah kedua – Hubungi pihak bank melalui nombor telefon yang tertera di belakang kad kredit tersebut dan maklumkan kepada mereka bahawa saudara sudah tidak ingin mengunakannya lagi dan tidak MAMPU bagi membayarnya secara ansuran jika didasarkan dengan kadar faedah setinggi 18% itu.

Beritahu mereka bahawa saudara komited bagi membayar tetapi tidak mungkin berbuat demikian jika jumlah hutang kad kredit yang terkumpul itu tidak ditukar kepada pinjaman berjangka atau dikenali sebagai ‘Term Loan’. Beritahu mereka berapa tahun yang saudara mahukan.

Ada bank yang menetapkan 5 tahun tempoh pembayaran balik, ada bank yang menghadkan kepada 2-3 tahun sahaja dan ada banyak yang tidak membenarkan kita berbuat demikian.

Kadar keuntungan yang dicajkan oleh bank adalah antara 6% sehingga 12 % masih lebih baik dari kadar kad kredit.

Jika bank tidak benarkan kerana mereka tidak menyediakan pakej tersebut, dapatkan satu pinjaman peribadi yang syariah compliant dan rendah bagi membebaskan kita dari bebanan hutang riba itu.

Antara pantang larang  yang mesti diikuti jika ingin melakukan term loan ataupun pinjaman peribadi adalah seperti berikut:

  • Tidak boleh mengunakan mana-mana kad kredit lagi
  • Tidak boleh membuat hutang baru sama ada dari kad kredit, skim ansuran mudah dan lain-lain
  • Tidak boleh berbelanja ikut konsep lama, mesti ikut konsep ‘sampul surat’ di dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang ada diterangkan.
  • Tidak boleh lagi berhutang…
  • Tukar gaya hidup…buang yang tidak perlu untuk hidup.

Jika kita tidak boleh lagi memohon pinjaman peribadi, masa terbaik untuk kita mendapat khidmat nasihat dari AKPK.

Harap maklumat serba ringkas di atas dapat membantu saudara. Semoga Allah mempermudahkan saudara dalam membebaskan diri dari bebanan tersebut. Amin. Sebaiknya jika kita selalu amalkan doa ini.

“Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepada Mu dari susah dan sedih, kami berlindung kepadaMu dari sifat lemah dan malas, kami berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut dan kami berlindung kepadaMu dari dibebani dengan hutang dan penindasan orang lain terhadap kami. Ya Allah perkenankan doa kami ini. Amin”

15 Dec 2008 Belanja Yang Tidak Disangka

Apabila tiba setiap hujung minggu ramai individu terutama yang makan gaji akan membawa keluarga bersiar-siar. Antara tempat yang dituju adalah pasaraya dan pusat membeli belah. Apabila tujuan ke sana untuk ‘window shopping’ sebaiknya duit yang dibawa memadai bagi memenuhi ‘kecemasan minimun’. Apabila duit yang dibawa adalah terlalu minimun pelbagai tawaran ataupun produk yang kita berkenaan tidak dapat mengikut kita pulang ke rumah, kerana kita tidak membawa duit yang mencukupi.

Sebaliknya apabila dalam poket kita ada duit yang telah dikhaskan bagi membayar ansuran rumah, kereta ataupun bagi tujuan lain, dan terus memasuki pasaraya dengan duit yang telah khaskan pengunaan tersebut, peluang untuk kita ‘tewas’ amatlah tinggi. Pelbagai tawaran yang melampaui fikiran dan daya imaginasi kita menanti kita sejak di pintu masuk pasaraya. Duit yang banyak dan kemudahan kad kredit memudahkan kita berbelanja yang diluar sangkaan kita. Apabila kita pulang baru kita sedar, kita telah membeli sesuatu yang diluar jangkaan.

Seperti petang hari ini, saya membawa isteri dan anak-anak untuk ke kedai buku MPH di Subang Parade, Subang Jaya. Apabila tiba di sana saya ditawarkan dengan produk vitamin untuk kanak-kanak di mana apabila membeli dua produknya dapat free satu botol vitamin bagi menambah selera makan anak-anak. Walaupun tawaran itu amat menarik sekali tetapi ianya bukan pilihan terbaik untuk saya pada ketika itu.

Saya melepaskan peluang pertama bagi berbelanja di luar jangkaan. Seterusnya saya singgah di deretan gerai yang menjual barangan di tingkat yang sama dengan surau. Terpikat dengan satu permainan untuk kanak-kanak yang dijual dengan harga RM 19.90, selepas menelitinya ianya amat sesuai untuk anak saya. Saya menanyakan harga runtuh, kerana penjual itu sudah ingin menutup gerainya. Akhirnya saya membeli dengan harga RM 17.90. Dapat gunakan duit ekstra RM 2 bagi membayar parking.  Kami akhirnya sampai di kedai buku, selepas setengah jam berada di MPH Bookstore, kami pulang.

Saya pulang dengan membelanjakan RM 17.90 yang saya tidak jangka akan berlaku. Walau bagaimanapun saya membeli barangan itu mengunakan peruntukan duit ‘perkembangan minda’ anak-anak.

11 Dec 2008 Kesan Hutang Kad Kredit Paling Kritikal
 |  Category: Kad kredit |  Leave a Comment

kreditkad.jpgSehingga ke hari ini, masih ada individu yang menjadikan kad kredit sebagai kad hutang, di mana bagi setiap pembelian sebanyak RM1,000 ringgit, hanya RM 50 akan dibayar. Ini bererti bagi penguna kad kredit yang menangung hutang sebanyak RM 3,000 akan membayar RM150 sebulan, dan pada masa yang sama akan mengunakan kad kredit itu bagi berbelanja melebihi RM 15O yang dia sudah bayar. Akibatnya jumlah hutang itu semakin naik dan akan mencecah had kredit, ketika ini baru kita akan tersedar, bertapa nikmatnya hidup tanpa dibebani hutang yang membuatkan kita semakin miskin ini.

Ianya mengambil masa antara 3 -5 tahun untuk kita menyedari kesan daripada bebanan hutang kad kredit di atas ketagihan kita hidup melampaui batasan kebolehan membayar hutang. Pemegang kad kredit masih terus mengunakan walaupun pelbagai nasihat, panduan yang telah diberikan oleh buku-buku dan orang yang telah menasihati kita sepanjang hidup.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, hentikan pengunaan kad kredit mulai pada hari kita mendapat gaji. Gunakan duit gaji bagi membayar hutang kad kredit yang berbaki itu secara ansuran.

Kita mulai merasa sedikit kejutan mulai hari pertama kita tidak lagi mengunakan kad kredit bagi berbelanja di luar kemampuan. Perjalanan kita dihujung minggu dengan kereta sudah tidak sejauh kita membeli petrol dengan kad kredit, bilangan barangan yang dimuatkan didalam troli di pasaraya semakin sedikit, bilangan baju baru, alat hiasan di rumah semakin berkurangan… pembelian handphone baru juga turut tertunggak…

Banyak lagi kos kita akan menurun dengan mendadak dan selepas beberapa bulan, senyuman manis bulan mekar dibibir kita… dan selepas 1 – 2 senyuman ‘Duit’ mula dapat dilihat di senyuman kita. Ada pembaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang yang tersenyum lebar apabila membaca entri ini, kerana 1-2 tahun lalu beliau juga termasuk dalam kumpulan individu yang memiliki hutang kad kredit melebihi RM10,000.

Semoga Allah mempermudahkan usaha kita bagi menangani hutang kad kredit dan membantu kita membebaskan diri dari kemelut hutang. Ya Allah perkenankan doa kami ini. Amin

25 Nov 2008 Tetamu SK: Kad Debit
 |  Category: Kad kredit |  3 Comments

Salam En. Sham,

Penggunaan Kad Debit telah meningkat di negara kita. Adakah penggunaannya praktikal sedangkan kita boleh menggunakan wang yang berlebihan ini untuk pelaburan?

TAM

———————————–

Salam saudara TAM,

Pengunaan Kad Debit adalah sesuatu kaedah perbelanjaan yang paling selamat dan yang paling kurang stres. Ini kerana kad debit membenarkan kita menghabiskan semua duit yang kita ada sahaja. 

Manakala kad Kredit bukan sahaja menghabiskan semua duit yang kita ada, ia juga membuatkan kita menangung hutang yang terlampau banyak.

Pengunaan kad debit secara bijak membantu kita menghadkan jumlah perbelanjaan di mana kita membuat perlaburan sebahagian dari duit kita agar memberikan kita kehidupan yang lebih bahagia dan senang di masa depan.

Bagi tetamu SK yang berada di luar sana, kad debit membantu kita daripada berbelanja secara berhutang dan menyekat kita daripada mengikut hawa nafsu. Kad-kad kredit yang kita miliki boleh ditukarkan kepada kad-kad debit.

Kenikmatan yang paling besar yang dapat kita kecapi apabila bertukar kepada kad Debit adalah, tiada lagi stres hutang yang berpunca daripada kad kredit.