Archive for the Category ◊ Kemahiran Berfikir ◊

15 Jun 2017 Terkini Shamsuddin Kadir :Jun 2017

BUKU TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

Dibuka untuk pembelian. Istimewa Tandatangan Penulis!

Buku dihantar melalui PosLaju atau boleh dibeli di pejabat di Wangsa Melawati Kuala Lumpur.

KLIK GAMBAR DI  BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

KLIK UNTUK LIHAT

BUKU MENYIMPANG SERINGGIT,  RUGI SEJUTA.

BUKU CASH FLOW UNTUK WANITA

BUKU BAKAL TERBIT

 


BENGKEL TERKINI SHAMSUDDIN KADIR

KLIK  GAMBAR UNTUK MENDAFTAR  !!

1. Bengkel Menyusun Semula Kewangan 360 Darjah, oleh Shamsuddin Kadir (29 Julai 2017, Sabtu)

 

2. Financial Intelligence Workshop (FIW), oleh Shamsuddin Kadir (5 Ogos 2017, Sabtu)



KLIK UNTUK MENGETAHUI CARA BELI EMAS SERENDAH 1 GRAM (999.9)


EBOOK LANGSAI HUTANG KAD KREDIT

Cara praktikal langkah demi langkah melangsaikan hutang kad kredit SEHINGGA SELESAI!  Insyaa Allah.

Terdapat lebih kurang 12  TEKNIK PILIHAN untuk tuan dan cik puan pilih berdasarkan situasi dan citarasa tuan dan cik puan, dalam memilih jalan melangsaikan hutang kad kredit dengan cepat, jimat dan dapat diskaun.

Insyaa Allah ebook ini memberikan kemahiran yang praktikal, iaitu berdasarkan pengalaman Shamsuddin Kadir sendiri yang pernah terjebak dengan kad hutang ini. dan juga pengalaman pembaca-pembaca buku hasil tulisan beliau serta peserta-peserta kursus yang beliau jayakan.

Dengan izin Tuhan, ‘track record’ yang paling cepat ialah, ada yang sudah melangsaikan hutang kad kredit mereka seawal DUA HARI setelah  mempraktikkan teknik-teknik praktikal dalam ebook itu

11 Aug 2015 Financial Intelligence Workshop – oleh Shamsuddin Kadir

KLIK UNTUK MENDAFTAR : FINANCIAL INTELLIGENCE WORKSHOP 

TARIKH : 29 OGOS 2015 (Sabtu)

Yuran : RM 450    –> RM 250 sahaja! 

TEMPAT : CEO Hall, 310 C Lorong Kedah, Jalan Negara
Melawati Square, Pusat Bandar Melawati
53100 Kuala Lumpur

Koordinate GPS : 3.211156,101.750468

Trainer : Shamsuddin Kadir

——————————————————————————————————————————————————-

Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w

Insyaa Allah Financial Intelligence Workshop akan di adakan pada 29 Ogos 2015 Sabtu Di Taman Melawati, Hulu Kelang, Terhad kepada 50 orang yang terawal sahaja yang mendaftar.

Bengkel ini untuk yang ingin melihat 330 Darjah pendedahan dalam:

1. Perbelanjaan,
2. Baik dan Buruk Loan yang tidak diberitahu oleh kebanyakkan Bank,
3. Beli rumah untuk duduk, beli rumah untuk labur, beli rumah dengan diskaun sehingga 90%, Beli rumah lebih dari apa yang Slip Gaji benarkan,
4. Bagaimana menjadikan Pinjaman Peribadi berbaloi untuk diambil,
5. Kaedah Guna Duit Bank untuk Buat Duit,
6. Ruang Pelaburan yang ada di pasaran termasuk emas, unit trust, dan juga
7. Teknik Tabung Pendidikan Anak-anak yang menggunakan duit orang lain.
330 Darjah Pendedahan, supaya kita boleh melakukan tindakan yang lebih smart Insyaa Allah. Kenapa bukan 360 Darjah ? Kerana saya juga bukan sempurna, bukan semua ilmu kewangan saya tahu dan arif.

Semua bengkel dijayakan di dalam bahasa Melayu.

Kursus ini adalah bagi yang ingin mempelajari Ilmu kewangan peribadi menggunakan strategi lautan mati dan kaedah menggunakan duit orang lain berbanding duit sendiri dalam mempunyai sumber pendapatan yang lebih stabil Insyaa Allah.

Terhad kepada Maksimum 50 Orang Terawal.

Hubungi talian 03 4141 6300 / 010 500 1 500 / 019 303 1 300

 ———————————

KLIK UNTUK MENDAFTAR !!

29 May 2011 Berfikir Seperti Bos

Assalamualaikum wbt,

Saudaraku yang dirahmati Allah dan saudariku yang disayangi Nabi,

Kepada sepupuku yang ketika ini bekerja dengan majikan sama ada swasta ataupun kerajaan,

Terdapat dua cara berfikir utama dalam dunia pekerjaan, iaitu berfikir seperti pekerja dan berfikir seperti bos.

Apabila kita berfikir seperti pekerja, kesannya kita lebih memandang apa yang organisasi ataupun majikan kita dapat berikan kepada kita. Antara tindakan yang kita lakukan adalah seperti berikut :

  • Bekerja apabila ada gaji
  • Buat kerja mengikut arahan bos
  • Menunggu arahan
  • Memikirkan keperluan diri sendiri
  • Memikirkan apa yang majikan dapat berikan
  • Bekerja mengikut waktu pejabat
  • Memohon maaf apabila melakukan kesilapan
  • Hanya buat kerja apa yang disuruh oleh majikan
  • Buat kerja dalam bidang tugasan sahaja
  • Tidak kisah berkenaan keperluan staf lain yang kita tidak kenal dalam organisasi
  • Memerlukan pujian
  • dan lain-lain
Apabila kita berfikir seperti majikan ataupun bos, kita lebih memikirkan apa yang kita dapat sumbangkan kepada organisasi.
  • Bekerja walaupun tidak dapat gaji
  • Tidak menunggu arahan
  • Lebih memikirkan keperluan organisasi dan staf lain
  • Memikirkan apa kita dapat disumbangkan kepada organisasi
  • Banyak buat kerja yang akan disuruh oleh bos dan juga kerja yang tidak akan disuruh oleh bos
  • Buat kerja dalam semua bidang tugasan yang dapat memanfaatkan organisasi ataupun staf lain
  • Tidak memerlukan pujian, sebaliknya sibuk memberi pujian kepada staf yang layak
  • Buat kerja sebelum arahan dikeluarkan, iaitu kerja siap sebelum arahan diberikan.
Informasi di atas ada dibicarakan dalam buku Makan Gaji Tetapi Kaya, tulisan Shamsuddin Kadir.
Apabila kita berfikir seperti kerja kita membuat kerja sama ataupun kurang dari gaji yang kita terima, apabila kita berfikir seperti bos, kita membuat kerja lebih dari gaji yang kita terima. Di mana kita membuatnya kerana Ehsan.
‘Kereta tanpa brek, masuk ke gaung, manusia tanpa ehsan masuk ke neraka’
Modul di atas, adalah modul teras  untuk kursus Menanda Aras Eksekutif/Pegawai/Warga Kerja  Super – SK TRAINING ACADEMY SDN BHD
Didoakan kita semua mendapat rahmat Allah, supaya perjalanan pulang ke Syurga dipermudahkan oleh Allah. Amin.
Maafkan saya,
Shamsuddin Kadir
29 Mei 2011
Ampang, Selangor
16 Jun 2009 Bijak Yang Dikatakan [Bodoh] Yang Dikatakan Bijak

Isu ini sentiasa kita dapat lihat dan dengar dalam masyarakat kita seharian. Sama ada ada di antara kita yang mengatakan seseorang bodoh ataupun ada seseorang yang mengatakan kita bodoh.

  • Membeli kereta secara tunai dikatakan tindakan bodoh dan ada yang mengatakan bijak.
  • Membeli kereta secara berhutang dikatakan bijak dan ada yang mengatakan bodoh.
  • Tidak menukar kereta lama yang sudah 8 tahun kepada yang baru dikatakan bodoh & ada kata bijak.
  • Membeli rumah tanpa mengunakan pembiayaan maksimun oleh bank dikatakan bodoh & ada kata bijak.
  • dan banyak lagi.

Tuan dan Puan yang dimuliakan. Amat susah bagi kita menentukan sama ada sesuatu langkah itu sama ada langkah bijak ataupun kurang bijak. Ianya bergantung kepada sejauh mana ilmu dan pengalaman yang kita ada. Mengikut kajian orang yang banyak membaca, bertanya dan mengkaji adalah di antara  individu yang sentiasa mendapat manfaat terbaik walaupun orang lain mengatakan tindakannya itu bodoh.

Contoh membeli kereta secara tunai di katakan bodoh oleh setengah pihak, tetapi bagi setengah pihak lagi, membeli kereta secara tunai ketika berkemampuan adalah suatu langkah bijak. Yang pertama menjauhi berhutang yang menjadi amalan orang yang tidak berkemampuan, kedua bebas dari menangung hutang, ketiga sentiasa tenang dan keempat jimat dari menangung keuntungan bank.

Membeli barangan secara tunai adalah langkah bijak bagi setengah individu, manakala individu lain melihatnya sebagai satu langkah yang kurang bijak. Kita boleh melihat dari banyak perspektif.

Orang yang melihat kepada bahayanya berhutang mengikut ajaran agama sudah pasti melihat hutang itu sesuatu yang perlu dielakkan jika berkemampuan.

Orang yang melihat bagaimana dengan berhutang itu dapat membantu kita memiliki apa yang kita tidak mampu hari ini mengatakan ianya satu langkah bijak.

Apabila sesuatu terjadi kepada kita, kadangkala sangkaan kita itu berubah. Ada juga sangkaan kita itu berubah sebelum sesuatu terjadi kepada kita, iaitu ketika kita berguru ataupun membaca buku. Sangkaan yang berubah sebelum ianya menjadi musibah kepada kita adalah sentiasa pilihan terbaik bagi individu yang tidak ingin menangung risiko, bebanan ataupun hutang yang tidak perlu.

“Aku ingat kau yang bodoh, rupa-rupanya aku yang cerdik” Antara kata yang SK tidak dapat lupakan apabila melihat seorang graduan universiti berkata kepada sahabatnya pada sekitar tahun 1992.

Ini bukan zaman kita mengatakan orang lain bodoh. Ini zaman kita saling memperbaiki diri kita supaya kita sama-sama semakin bijak. Yang bodoh adalah diri kita sendiri sebelum ini.

“Semakin aku belajar (menuntut ilmu) semakin aku kenal akan kebodohan diriku” Itu kata Iman Syafie.

Shamsuddin Kadir (SK)

Trainer, Author, Reader & Listener

Ultra Mind Resources

Emel: info@shamsuddinkadir.com

15 May 2009 Membudayakan Gaya Hidup Inventor

Apabila kita ingin membudayakan satu gaya hidup yang baharu, di mana kita menukarkan sebahagian tabiat lama dengan tabiat baru. Kita menukarkan sebahagian dari tingkah laku kita.

Apabila kita mengambil keputusan bagi memulakan gaya hidup sebagai inventor ataupun pencipta dan bukannya gaya hidup sebagai pengguna, perkara paling asas adalah kita percaya bahawa kita adalah hebat. Ya sebagai makhluk terbaik yang Allah ciptakan kita dapat mengunakan kelebihan itu bagi menjadi pencipta kepada sekurang-kurangnya satu produk ataupun satu servis yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Berbicara tentang Inventor bukan bererti kita mencipta produk ataupun servis untuk mendapat untung, sebaliknya bagi memberikan yang terbaik kepada komuniti kita.

Sebelum kita dapat membudayakan hidup sebagai Inventor, antara perkara asas yang perlu ada adalah berfikir seperti Inventor.

Antara langkah pertama yang kita boleh lakukan adalah dengan membuat jadual bertindak. Contohnya :

Isikan waktu antara Maghrib dan Isyak jika tidak ke Masjid bagi membaca buku. Waktu sebelum ataupun selepas subuh membaca buku. Jika sampai di pejabat lebih awal baca buku. Libatkan ahli keluarga kita. Jika kita dapat lakukannya secara konsisten selama 40 hari, Insyaa-Allah ianya menjadi tabiat baru kita.

Fikirkan kita sebagai pencipta sejarah, iaitu kita adalah individu yang hebat, yang melakar sejarah. Fikirkan tentang apa yang kita dapat cipta dan sumbangkan kepada komuniti supaya kita semua memperolehi manfaat dengan menjadi lebih pandai ataupun lebih senang melakukan sesuatu.

Adakan diskusi ilmiah di antara kita dengan kawan ataupun pasangan selepas Isyak berkenaan berfikir seperti Inventor.

Apabila dipejabat pesongkan bicara kita sewaktu makan tengahari dengan rakan sekerja, bisnes partner, kawan, saudara kepada persoalan seperti”Apa yang dapat kita cipta hari ini”.

Membudayakan gaya hidup seperti inventor membantu kita menikmati satu lagi hidup yang bertambah bahagia dan bermanfaat. Kehadiran kita di atas muka bumi Allah adalah bagi menyumbangkan dan bukan membebankan.

Shamsuddin Kadir

Trainer, Writer, Reader & Listener

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

26 Apr 2009 Motivasi Pekerja Di Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Alhamdulilah, ceramah motivasi pekerja berjaya mencapai sasarannya. Seramai 55 peserta dan 10 fasilitator yang semuanya adalah kakitangan SSM menghadiri bengkel ini yang diadakan di Felda Residence, Trolak Perak. Ianya di adakan pada 25 April 2009 bersamaan hari Sabtu yang lalu.

Ianya sempena minggu induksi pekerja SSM sebelum mereka disahkan jawatan sebagai kakitangan tetap SSM

Tajuk program pada kali ini adalah ‘Berfikir Seperti Majikan’ yang dijayakan melalui kaedah ceramah dan bengkel dalam masa 2 jam iaitu bermula pada pukul 2.30 petang. Terima kasih kepada Tuan Mohd Zawawi Ahmad yang memberi kepercayaan kepada Ultra Mind Resources.

Sekali lagi peserta pada kali ini juga cukup hebat, mereka aktif dalam perbincangan yang diadakan, dan apa yang SK boleh katakan mereka adalah pekerja yang hebat, kerana dapat mengupas dengan baik terutama perbincangan berkenaan berfikir seperti majikan. Tahniah.

Apa kata peserta yang memberi maklumbalas berkenaan dengan program ini  :

“BermotivasI, efektif, dinamik” Norfie, SSM

” W.O.W” Haniza Hussain

“Informatif, Effektif Serta Relevan” Monaliza Ahmad

“Perfect, ‘syumur’ Cemerlang” Vincet Yong Yin Onn

“Unik dan berpendidikan” Wan Indera Luthfi SSM K.L

“Menarik & Terhibur. Tetapi akan lebih best kalau diberikan masa yang panjang” Ruziana Sidek

“Sangat menarik dan penceramah yang hebat” Noorul Amilin Mutaal

‘So motivated’ Suzana Zamani, SSM Pahang

“Program ini dapat membuka minda seseorang individu yang berperanan sebagai pekerja melakukan /memotivasikan diri untuk bekerja dengan lebih kuat seperti majikan” Marzuna Madari

“Sempoi sesangat, terhibur dan menarik” Mohd Radzi Ridzwan

“Bagus kerana boleh mengubah cara berfikir secara traditional kepada yagn lebih inovatif & Pioneer” Madihah Faizi”

“Bagus dan amat menarik. Penceramah bagus menyampaikan cermah” Noor Hidayah Aziz

“Meletup!” Jafri M. Yacob

“Program ini boleh dijadikan rujukan untuk mengeluarkan idea-idea yang lebih bernas di dalam pekerjaan” Hasnira Mohamad Anizy

“Dapat banyak cara untuk berfikir” Aimi SSM

“Program ini sangat bagus, memperbaiki  cara pemikiran saya dan cara pengurusan kewangan yagn baik” Rubia Hami

“Hebat, kreatif dan benar-benar membuka minda’ Noor Surryya @ Intan Osman

“Saya berpuas hati kerana dapat belajar bagaimana untuk mengubah pemikiran kita” Norhajar abdul Rashid

“Program ini sesuai untuk mengubah cara kita berfikir / majukan diri. kerana bermula dari akal, baru dapat teruskan dengan langkah yang seterusnya” Nurhidayah Ariffin

“Bagus, terhibur, aktiviti yang menarik” Shariah Abu

“Bagus, memberikan inspirasi untuk menjadi pekerja yang baik” Marzuna Madari

“Terhibur, aktiviti yang menyeronokkan” Norhajar Abdul Rashid

“Terhibur, amat memberangsangkan & topik menarik” Noor Hidayah Aziz

“Keep up the good work” Yani Shylrieana Mohd Sharif

 Ops sudah terlalu banyak. Ada banyak lagi maklum balas, jika ada peluang saya akan muatkan lagi di masa akan datang.

Apa yang peserta minta :

1. Tempoh masa dipanjangkan – Mohd Azree

2. Tambah masa ceramah “Azli Aizam Nawawi”

3. Panjangkan masa ceramah dan pelbagaikan aktiviti dengan peserta bagi tujuan mengeluarkan segala potensi diri yang terpendam. Amirul Azmi mOhd Mizan

4. Boleh mempebanyakakan aktiviti memandangkan aktiviti sedia ada amat menarik – Noor Hidayah Aziz

 Terima kasih kepada semua peserta dan pihak penganjur yang telah memberikan kerjasama terbaik.

22 Jan 2009 Keputusan Peperiksaan Bukannya Penentu Hidup
 |  Category: Kemahiran Berfikir |  2 Comments

Sehingga ke hari ini, kita selalu mendengar rintihan dan rungutan ibubapa yang ada anak-anak yang tidak berjaya mendapat 5A di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Ada juga ibubapa ada anak yang mendapat 5A menyindir ibubapa lain yang tidak berjaya mendidik anak mereka sehingga mendapat UPSR 5A.

Adakah 5A petanda seseorang individu itu akan menjadi orang yang berjaya di dalam hidup? Kajian telah membuktikan bahawa 5A tidak menjaminkan seseorang itu menjadi bijak di dalam kehidupan realiti. Apa yang mereka pelajari dan soalan yang ditanya di dalam peperiksaan tidak mencerminkan realiti sebenar kehidupan.

Pada bulan lalu saya bertemu dengan sekumpulan bekas pelajar cemerlang  yang mula bekerja pada tahun 1968. Mereka memberitahu tiada seorang pun di antara mereka yang pandai itu menjadi usahawan berjaya. Hanya beberapa usahawan yang bergelar Dato’ adalah dari pelajar kelas ‘bodoh’.

Di antara pelajar yang dikategori ‘bodoh’ itu ada seorang pelajar yang menjadi pemilik syarikat konsesi lebuhraya antara terkaya di Lembah Klang. Gurunya sewaktu di LCE atau sekarang dikenali PMR berkata kepadanya “If you can pass LCE, I will eat your shoe”, ditakdirkan beliau sememangnya gagal dalam LCE tersebut.

Adakah jika beliau menjadi budak pandai sewaktu di zaman persekolahan dahulu dapat menjaminkan beliau menjadi antara pemilik konsesi lebuhraya yang kaya?

Sufiah antara pelajar pintar, apakah yang dicapainya pada hari ini setelah bergelar cerdik di dalam dewan peperiksaan?

Bagaimana dengan keputusan  MCE yang dicapai oleh orang sehebat Professor Diraja Ungku Aziz?

 

21 Jan 2009 Bijak Di Dalam Tetapi Bodoh Di Luar
 |  Category: Kemahiran Berfikir |  3 Comments

Isu yang kurang disedari oleh sebahagian individu adalah sebahagian dari proses pembelajaran yang ada di luar sana hanya membantu kita ataupun anak-anak menjadi cerdik di dalam peperiksaan sahaja. Apabila ibubapa hanya mengutamakan keputusan peperiksaan bagi mengukur sejauh mana anak mereka cerdik, ianya mengundang pelbagai masalah di masa depan.

Anak-anak yang hanya score A ataupun yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah ataupun universiti belum pernah terbukti secara majoriti menjadi orang yang cerdik di luar dewan peperiksaan. Iaitu sebahagian besar dari mereka sebenarnya tidak menyerlah di dalam kehidupan realiti di dalam masyarakat.

Malaysia sudah merdeka melebihi 50 tahun, sehingga ke hari ini, belum ada pelajar yang mendapat semuanya A menjadi orang yang tersohor di dalam masyarakat. Di Amerika juga telah membuktikan seorang  yang tidak lulus ujian IQ bagi memasuki universiti perubatan di Amerika terpaksa pergi belajar di Itali dan akhirnya beliau menjadi doktor pertama di dunia yang berjaya mencipta jantung mekanikal.

Majoriti orang yang ‘bijak di dalam dewan peperiksaan’ tidak menjadi orang yang juga bijak di dalam kehidupan harian. Kenapakah ianya berlaku?