Category Archives: Kewangan

Ke Mana Menghilangnya Duit Gaji Anda?

Setiap bulan persoalan ini timbul di dalam setiap minda individu yang belum berjaya menguruskan duit gajinya dengan bijak. Dari bulan ke bulan, anda akan terus dibebani dengan tekanan, kerisauan memikirkan ke mana duit anda menghilang. Sudah pasti setiap individu rungsing apabila tidak mengetahui ke mana duitnya menghilang, kerana sudah pasti ada kos yang tidak dapat dibayarnya.

Read More

Masa Untuk Berubah!

Kita mampu berubah, selagi kita masih bernafas dan mampu untuk menguruskan kehidupan harian. Jika ketika ini kita sudah membelanja semua wang gaji bulanan, gunakan peluang iaitu masa yang Tuhan masih peruntukan untuk kita bagi membuat perubahan. Ya, membuat perubahan dalam kontek kita mengendalikan perbelanjaan harian kita. Selagi kita tidak membuat perubahan, selagi itu belenggu bebanan menghempap

Read More

Pesta Untuk Pekerja Datang Lagi

Adakah kedatangan hari pekerja yang membuat pekerja paling gembira? Kebanyakan pekerja hanya merasakan kenikmatan hari itu sebagai hari yang mereka tidak perlu bekerja. Setiap kali kehadiran tanggal 1 Mei setiap tahun, majoriti syarikat dan pejabat kerajaan tutup. Adakah 1 Mei yang menjadikan hari bagi Pekerja untuk berpesta? Ohh tidak…Hanya segelintir pekerja yang dapat merasainya. Majoriti

Read More

Di Sebalik Kemudahan Kad Kredit

Semakin ramai individu memohon bagi mendapatkan kemudahan kad kredit. Kad itu diperlukan bagi pelbagai tujuan, antaranya untuk tidak membawa banyak duit di dalam dompet dan juga dapat menjadi penyelamat ketika kecemasan. Kebanyakan pengunaan kad kredit oleh sebahagian pemilik kad itu bukannya untuk tujuan di atas tetapi bagi memuaskan nafsu sendiri. Ada yang tidak menyedarinya, mereka beranggapan mereka terpaksa

Read More

Adab-Adab Apabila Hutang Tertunggak!

Apabila kita meminjam duit daripada kawan ataupun saudara, kita memaklumkan bila kita akan bayar balik duit tersebut. Bagaimana pula, apabila kita meminjam daripada bank? Contohnya melalui pembiayaan pembelian kereta, rumah dan pinjaman peribadi. Kita perlu membayar seperti yang telah ditetapkan di dalam perjanjian yang ditandatangani ketika ‘pinjaman’ itu diluluskan. Apabila berlaku perkara yang diluar jangkaan ataupun

Read More

Adab-Adab Memasuki Pasaraya

Kita biasa dengan adab-adab ketika ingin masuk ke Masjid dan ketika berada di dalam Masjid. Untuk masuk ke pasaraya kita juga digalakkan untuk mengaplikasikan adab-adab tertentu bagi mengelakkan kita menangung bebanan. Terlebih belanja, membeli barangan yang tidak perlu, lari bajet,  adalah di antara bebanan yang sering menimpa para pengunjung pasaraya. Antara Adab-adab memasuki pasaraya adalah seperti berikut

Read More

Ambil Pinjaman Untuk Melabur

Baca emel di bawah:  Assalamualaikum Untuk pengetahuan saudara, saya adalah peminat penulisan saudara samada buku tulisan saudara mahu pun Blog saudara. Sesungguhnya semua manusia mengimpikan hidup dalam kesenangaan. Dari pembacaan buku tulisan saudara dan blog saudara memang banyak konsep saya dapati bagi membantu ke arah kekayaan. Kaya walaupun Makan Gaji, Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan beberapa

Read More

Kos Sara Hidup Semakin Membebankan?

Kos sara hidup adalah isu yang paling penting bagi pengundi di Malaysia. Ianya berdasarkan 96% responden yang mengambil berat tentang keadaan ekonomi semasa yang menunjukkan kenaikan barangan pengguna. Ini adalah berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ianya melibatkan  seramai 2,930 responden dari  12 negeri di semenanjung yang di adakan dari

Read More

Barangan Itu Bukan Untuk Saya

Apabila kita memasuki mana-mana kedai atau pasaraya, barangan yang ada di dalam kedai itu bukan semuanya untuk kita. Ada barangan hanya layak dibeli dan dimiliki oleh orang yang ada duit banyak. Sebagai contohnya. Jika kita pergi ke bahagian susu bayi, terdapat berpuluh-puluh jenama susu bayi. Dari yang paling rendah harganya sehingga yang paling tinggi harganya. Ada susu yang dibuat daripada susu

Read More

Membebankan Diri Dengan Simbol Kekayaan

Mata yang rabun menyukarkan kita untuk melihat dengan jelas. Banyak masalah yang kita hadapi sepanjang masa. Silap langkah kita akan terjatuh ke  dalam longkang. Dapatkan cermin mata jika rabun  supaya kita dapat mengelakkan daripada bahaya yang berada di hadapan mata. Begitu juga dalam kewangan, bagi individu ataupun keluarga yang tidak mendorong dirinya untuk menjadi celik kewangan

Read More

Tanda-Tanda Banyak Berhutang

Kita dapat mengenalpasti setiap penyakit melalui tanda-tandanya. Kita dapat lihat simpton yang biasa terjadi kepada setiap penyakit yang mengalaminya. Contohnya, individu yang mula dijangkiti dengan penyakit ‘Kencing Manis’ atau diabities akan kerap bangun malam untuk ke tandas. Individu yang menangung bebanan hutang yang banyak ataupun kritikal juga ada tanda-tandanya. Tanda-tanda ini dapat memberikan kita amaran

Read More

Rakyat Kurang Rancang Kewangan Peribadi

Kebanyakan rakyat Malaysia mungkin tidak memahami sepenuhnya kepentingan dan manfaat kewangan peribadi, melabur dengan bijak dan merancang untuk persaraan.  – Utusan Malaysia, 6 Februari 2008. Adakah kita kurang merancang berkenaan dengan masa depan? Bukan sahaja berkenaan dengan kewangan, jika ditanya apa impian kita pada 2010? Kita mungkin tidak dapat menjawab dengan tepat kerana ada di

Read More

Bicara Pengurusan Hutang di Radio

Pagi ini sempat saya mendengar siaran ulangan tentang pengurusan hutang yang saya dengar sebahagiannya pada hari ahad yang lalu. Program itu dihoskan oleh Dato’ Zuraidah Atan. Tetamu jemputan adalah dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK. Informasi terkini yang diperolehi melalui perbincangan itu adalah : Jumlah pemegang kad kredit adalah 9,500,000 orang.

Read More

Dibebani dengan kad kredit

Rakyat Malaysia mula mengubah gaya hidup dengan drastik apabila mendapat sokongan 24 jam daripada bank. Ini berlaku apabila ramai individu yang bekerja ataupun berniaga memilih untuk memiliki kad kredit. Mungkin anda juga tidak terkecuali memiliki sekurang-kurangnya 1 kad kredit itu. Kad kredit dapat memberikan sama ada kemudahan ataupun bebanan kepada anda. Ianya bergantung kepada kaedah

Read More