Archive for the Category ◊ Masa ◊

03 Apr 2009 Boleh Pinjamkan 1 Jam Masa Berguna Saudara?
 |  Category: Dilema, Masa |  2 Comments

Semakin hari semakin sedikit masa terluang yang saya ada. Banyak aktiviti yang ingin dilakukan tetapi terpaksa ditunda, kerana saya hanya ada 24 jam sehari. Kadangkala rasa teramat best jika kita tidak perlu tidur kerana itu sahaja cara untuk mendapat masa ekstra. Allah telah menjadikan kita dengan sebaik yang mungkin, jadi tidur itu adalah satu keperluan wajib.

Banyak yang ingin saya buat dan capai, tetapi saya ada halangan yang paling besar iaitu masa yang saya diperuntukkan adalah 24 jam sahaja sehari.

Sayang untuk saya korbankan  rancangan-rancangan yang berpaksi kepada kebaikan. Kadang kala    terfikir di hati ingin menjadi perompak. Ya apabila kita ke mana-mana kita dapat lihat ada orang yang sedang lepak, sedang berbual kosong, sedang terlebih tidur, sedang menonton tv, sedang berehat, sedang main game di tv ataupun playstation dan banyak lagi. Kalau boleh saya ingin merompak masa yang ekstra yang mereka ada itu.

Bestnya jika masa-masa yang ekstra yang mereka ada itu dapat saya miliki, sudah pasti banyak aktiviti yang saya rancangkan berjaya menjadi kenyataan.

Jika setiap orang sudi meminjamkan kepada saya 1 jam setiap hari pasti saya akan membayar balik nanti. Kepada yang sudi meminjamkan kepada saya masa, berikut adalah  antara aktiviti yang saya ingin lakukan dengan masa 1 jam yang dipinjam :

1. Membaca buku berinspirasi- supaya diri saya menjadi lebih bersemangat dan dapat memajukan diri dan dapat mengelakkan dari melalui jalan yang salah dan mempercepatkan saya mencapai impian.

2. Membantu orang lain berjaya-supaya semakin ramai orang menjadi hebat, gembira dan sentiasa bersyukur kepada Allah sepanjang masa.

3. Memaklumkan kepada masyarakat tentang keperluan mengurus kewangan dengan baik – ianya boleh dilakukan sama ada melalui flyer, emel, blog, website, sms, radio dan tv.

4. Membantu orang yang sedang menadah tangan memohon bantuan-melawat rumah-rumah anak yatim, orang tua dan menghulurkan simpati ataupun spent time with them.

5. Mendidik rakan sekerja dan sesiapa yang ditemui supaya tidak lagi mengunakan kad kredit (hutang) dan gantikan dengan kad debit(duit).

6. Memberi kenikmatan kepada orang tua-supaya mereka juga dapat menikmati sebahagian dari nikmat dunia yang dibenarkan oleh Allah.

7. Mendekati manusia dengan Allah dengan membaca terjemahan Al-Quran supaya lebih memahami kenapa Allah menciptakan manusia.

….. siapakah yang sudi menghadiahkan masanya untuk aktiviti seperti di atas?

30 Jan 2009 Tetamu SK: Dari buaiyan hingga ke akhir hayat…
 |  Category: Dilema, dimensi, Masa |  Leave a Comment

Emel yang diterima oleh SK dan dipilih menghiasi Tazkirah Jumaat 30 Januari 2009.

Salam untuk SK…

Terkenang pada yang tiada…apa akan jadi pada yang tinggal….

Beliau adalah seorang kenalan sebagai pegawai sekitar tahun 2004 .Semasa berkhidmat bersama   di bahagian penyelenggaraan tiada masalah dalam menjalankan urusan peyelengaraan Sistem dan sentiasa bercerita dengan ceria apa yang beliau lalui sepanjang hidupnya dan kerjayanya semasa sihat..gelak ketawa…..

Dia akan berceloteh tentang bosnya, jawatanya, keretanya selalu mencilok, makannya dan kadang-kadang hal kawan dan kenkawanya. Kami terasa terhibur dengan gelak-ketawanya..

Yang kami rasa terkilan ialah kami tidak pernah bercerita tentang IMANnya, serta PENDAPATANNYA.. mahupun simpanannya secara keseluruhan walaupun ada kalanya kami mengajaknya apabila ingin bersolat berjamaah dan membuat makruf, tapi biasalah..silakan..silakan..

Tapi kini kami tiada lagi teman sepertinya, beliau lama terlantar dikatil hospital selepas dirawat, sebagai teman kami ziarahinya dan memberi semangat untuknya. Bapanya memberitahu bahawa dia tidak tahan melihat azab ini pada anaknya yang masih muda melalui semua ini.

Lawatan kami pada malam sabtu lepas membuat kami insaf tentang kehidupan ini, yang pasti permulaan
ada akhiranya..

Buat teman-teman lain, hadiahkanlah surah aL-Fatihah buat allahyarham , semoga roh Allahyarham
diringankan untuk bertemu dengan Penciptanya. Jenazah akan dikebumikan pagi ini…

Terima kasih juga buat teman yang menyumbang dan berkorban masa untuk bertanya khabar beliau semasa nazak beliau. Hanya amalan akan mengiringi kehidupanya di sana…

SELEPAS INI APA AKAN JADI PADA ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA.  WIFE YANG TAK BERKERJA…. Gaji yang menampung keluarga sudah ghaib…

Insyaallah,kita semua akan mengikuti jejak beliau dan bersedialah dengan jawapan-jawapan dan dakwa-dakwi masing-masing kerana kerja kita di dunia menjadi jambatan kesana…Pikir-pikirkan lahhhh….. Wasalammm.

Man

08 Jan 2009 Tahun 2009 Tahun Menguasai Kuasa
 |  Category: Anak, Buku, dimensi, Diri, Masa |  6 Comments

1430H @ 2009 adalah tahun bagi setiap individu mengunakan setiap saat yang kita masih ada bagi digunakan untuk mempelajari ilmu baru. Semakin banyak kita mendedahkan diri kita dengan ilmu baru, pelbagai peluang, ruang, kemudahan, kesenangan, kekayaan mengejar kita.

Kita ada kemahiran mengurus diri, masa, duit, dan sebagainya yang memboleh kita mudah naik pangkat, dapat menjawat jawatan tertinggi di dalam organisasi dengan masa yang paling singkat, dan menjimatkan tenaga. Kaedah-kaedah praktikal yang dilakukan oleh pekerja yang terdahulu kepada kita dapat dijadikan sebagai panduan bagi membantu kita mencapai dengan kepantasan yang lebih cepat.

Bagi mengelakkan kita membiarkan masa berlalu tanpa mengunakannya adalah dengan membawa sebuah buku bersama ke mana sahaja kita pergi kecuali ke bilik tandas. Budaya membaca di dalam bilik tandas adalah bukan ajaran Tuhan yang telah menciptakan kita sebagai manusia.

Bawa pasangan dan anak-anak kita menikmati keindahan ‘kuasa’ dengan melawati kedai-kedai buku yang menawarkan buku-buku yang memberikan inspirasi kepada seluruh ahli keluarga kita.

Banyak buku sesuai untuk dibaca bagi seisi keluarga antaranya adalah :

1. Motivasi Alihan Pelajar – Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

2. 55 Petua orang yang berjaya – Dato’ Fadzilah Kamsah & Fadzli Yusof

3. Biskut Ajaib, Garaj Aiman, Miss Epal – Shamsuddin Kadir & Nor’Aini Mohamed

4. Memotivasikan Anak Secara Positif – Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad

5. Law of Attraction – Hukum Tarikan – Terjemahan oleh penerbit PTS

6. banyak lagi…

Bagi menguasai kuasa pada tahun 2009, tinggalkan, elakkan diri kita dan anak kita membaca majalah ataupun buku-buku tentang ‘gosip artis’, isu sosial remaja, kerana ianya menghalang kita dari memiliki apa yang dinamakan kuasa, hanya pembaziran duit dan masa.

09 Dec 2008 Emel Skim Cepat Kaya Membazir Duit
 |  Category: Duit @ Money, Masa |  Leave a Comment

Ketika ini banyak masa kita dihabiskan bagi membuang emel-emel yang dihantar oleh ‘individu yang ada masa untuk membazirkan masa orang lain’. Ini yang menyebabkan saya tidak dapat menyumbang banyak artikel bagi halaman ini, kerana setiap kali membuka emel, penuh dengan emel individu yang tidak sabar bagi saya melangan produk ‘skim cepat kaya’ mereka. Bagi mereka cepatlah mereka kaya apabila saya menyertai mereka, yang mereka tidak sedar masa saya yang amat berharga itu terbuang kerana terpaksa digunakan bagi membuang ‘delete’ satu per satu emel tersebut tanpa membukanya terlebih dahulu.

Kenapa saya tidak membaca emel yang berbaur ‘skim cepat kaya’?

Ayat-ayat di dalam emel tersebut telah ditulis di dalam keadaan yang mempengaruhi setiap pembacanya agar terdorong mengambil tindakan drastik iaitu terus menyertainya tanpa berfikir untuk beberapa hari sebagai contohnya.

Cuba kita perhatikan bilangan emel yang masuk ke  kotak emel ‘inbox’ bagi setiap kali kita membukanya ? Kirakan berapa lama yang kita habiskan di hadapan komputer bagi membaca dan membuang ‘delete’ ? Kadangkala kerja kita yang lain terjejas disebabkan kerja ‘pembersihan inbox’.

Ada individu yang sudah berbelanja sehingga ribuan ringgit, tetapi akhirnya semua duit itu ghaib beserta dengan halaman website yang menawarkan skim itu dan ini. Ada seorang kakitangan yang pernah kena tipu dengan ‘skim cepat kaya’ tetapi masih tidak serik walaupun sudah ditipu berkali-kali.

10 Jan 2008 Posting Percubaan (Pertama)

Ini adalah sekadar post percubaan untuk memastikan ruangan kategori mengandungi semua kategori yang diingini.

Nantikan artikel-artikel menarik seterusnya dari En Shamsuddin Kadir.