Archive for the Category ◊ Mentor ◊

15 Jun 2009 Diari SK: Menuntut Ilmu Yang Mengenyangkan
 |  Category: Mentor |  2 Comments

Informasi di bawah sekadar menyatakan sebahagian aktivi SK di hujung minggu, jika Tuan dan Puan ada buku di tangan ataupun ada mentor di hadapan elok sangat entri ini tidak dibaca, supaya dapat ditumpukan kepada yang amat penting itu.

Bangun pada pukul 4 pagi hari Sabtu 13 Jun bagi mempersiapkan diri untuk bertolak ke Kuala Lumpur pada pukul 4.45 pagi. Tiba di Kuala Lumpur pukul 2 petang bagi menghadiri temujanji yang dijadualkan pada pukul 4 petang yang akhirnya dibatalkan oleh seorang tetamu. Sampai di shah Alam pukul 5.30 di sebabkan kesesakan lalu lintas.

Pukul 6.55 petang di hadapan tv bersama sebuah laptop yang sudah bersedia untuk menghantar emel. Menghadap tv untuk 30 minit bagi menonton Bijak Wang. Pukul 7.25 malam menerima sms dari seorang Sifu yang memaklumkan beliau akan menjayakan satu ceramah di Kompleks PKNS Shah Alam tepat Jam 8 malam. Sebaik Bijak Wang melabuh tirai, SK menaip emel memberi maklumbalas kepada penerbit Bijak Wang berkenaan bicara pada hari itu.

 

Tepat pukul 8.05 minit, SK sudah mengambil tempat di kerusi tetamu di Kompleks PKNS Shah Alam. Mendapat A tidak menjamin kejayaan di luar sekolah.

Tepat pukul 10.30 kembali ke kereta dan memandu menuju Hotel Carlton di Shah Alam bagi menyambung bicara dengan Puan Sifu sehingga pukul 12.30 pagi. Pukul 12.30 pagi baru tersedar, SK belum makan malam. Teramat-amat banyak ilmu yang diperolehi apabila berbicara secara 4 mata di kafe Hotel Carlton itu.

Pukul 1 pagi baru sampai rumah. Ahad 13 Jun, pukul 6 pagi loceng berbunyi, pukul 7.45 pagi sudah berada di atas jalan raya menuju Taman Permata Hulu Klang, bagi menghadiri bengkel strategi yang dijayakan oleh Puan Ainon Mohd (seorang dari Sifu).Terima kasih juga kepada Puan Rahimah yang datang dari Ipoh bagi turut menghadiri sesi bersama Puan Ainon pagi tadi. Beliau adalah di antara tetamu terawal halaman www.shamsuddinkadir.com. Beliau cukup komited dan pertama kali datang di bicara buku oleh SK di Read Malaysia pada 7 Jun 2009.

Gambar di atas di salin dari halaman sahabat www.azemiali.blogspot.com (Dari kiri SK, Tuan Imran dan Tuan Azemi Ali)

Pukul 3 petang bergegas balik ke Shah Alam. Selepas Asar ke sebuah pasaraya biasa bagi membeli sebuah DVD player untuk kali pertama dalam hidup denganharga RM79.90. Di beli semata-mata bagi menonton sebuah DVD filem yang dibeli  rakan iaitu  Tuan Firdaus Ariff (penulis yang hebat) yang membawa filem itu pulang dari Jogjakarta dengan harga RM 30. SK terangsang untuk membeli selepas mendengar terlalu banyak cerita baik dan positif dari bukunya sejak setahun yang lalu dan kini telah dijadikan filem.

Tuan Firdaus berkata “Jangan menonton filem ini di hadapan anak, nanti malu”. Saya bertanya kenapa hendak dimalukan? beliau berkata “Nanti anak-anak melihat kita menangis”. Waw itu yang menyebabkan saya membeli daripadanya.

Tajuk filem itu adalah “Laskar Pelangi’. Ianya berdasarkan kisah dalam buku Laskar Pelangi yang ditulis oleh Andrea Hidrata.

Tepat pukul 11.45 malam kisah filem itu juga berakhir. Pandangan saya, semakin bertambah mensyukuri nikmat Allah.  Banyak kisah teladan yang boleh kita renungkan bersama.

“Hidup ini adalah untuk memberi sebanyak-banyaknya dan bukannya untuk menerima sebanyak-banyaknya”.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com