Archive for the Category ◊ MLM & Direct Selling ◊

04 Jan 2010 Sepupu SK : Lemah Longlai Lutut Saya Baca Entri MLM

Askum.. Tuan sk, saya baru saja hendak memulakan bisnes MLM (Multi Level Marketing) XYZ (bukan nama sebenar) ..setelah membaca blog tuan sk rasa dah lemah longlai lutut saya.

Bagaimanapun komen dari thinkrich nampak seolah-olah tidak sependapat dengan tuan sk.

Saya dalam dilema sekarang ni.. mungkin orang tua 65 tahun tu berbelanja sakan kot hendak bergaya masa dapat duit MLM.

Saya agak setuju dengan thinrich

Ahmad (bukan nama sebenar)

————————————-

Waalaikummusalam Saudara,

Semoga Allah menunjukkan yang betul dan sebenar untuk Tuan dan kita semua. Amin

Perbezaan pendapat di dalam Islam tiada salah selagi mana ianya dibuat atas tujuan mencari keredhaan Allah.

Cuma saya ingin membetulkan kenyataan saudara, bahawa rujukan Shamsuddin Kadir bukannya seorang, sudah berpuluh-puluh orang, boleh dikatakan hampir dari setiap negeri di Malaysia. Semuanya memberikan maklumat yang saya kepada saya iaitu MLM @ Direct Selling tidak membawa kita kemana.

Lihat balik berapa syarikat MLM dan Direct Selling yang ditubuhkan dan berapa yang sudah tutup, lingkup dan lesen ditarik balik. Ketika emel ini ditulis juga ada beberapa MLM yang lesennya dapat proses ditarik balik.

Shamsuddin Kadir tidak sama sekali melihat MLM @ Direct Selling itu sebagai bisnes untuk ahli, tetapi bisnes kepada pemilik dan pemegang sahamnya.

 

Cara terbaik untuk saudara rasa gagah dan yakin adalah dengan melakukan solat Isthikarah, jika petunjuk yang saudara nampak adalah menceburi MLM sebagai agen, teruskan niat itu.

Shamsuddin Kadir sehingga ke saat ini merasakan MLM  adalah sistem bisnes yang tidak dapat bertahan dan juga membebankan pembeli di atas keupayaan syarikat MLM membuat keuntungan sehingga 4 kali ganda. Tidak semua sistem bisnes yang dicipta oleh barat sesuai untuk diikuti dengan rakyat Malaysia yang kaya dengan agama dan budaya sopan.

Sebagai manusia pendapat Shamsuddin Kadir mungkin tersilap, tetapi sehingga ke saat ini, SK tetap dengan pendirian di atas iaitu Tidak Untuk Menyertai MLM. Kenapa tidak menceburi bisnes yang nyata.

Shamsuddin Kadir

24 Dec 2009 Sebuah Syarikat MLM Besar Sedang Merayu

Berita yang saya terima dari sumber yang boleh dipercayai, sebuah syarikat MLM ‘besar’ yang banyak disertai oleh masyarakat kita, logo-logo syarikat ini banyak tertera di kereta-kereta agennya sedang merayu supaya lesen mereka tidak ditarik balik. Puncanya disebabkan oleh syarikat MLM itu yang menjalankan sistem operasi menyimpang dari sistem pemasaran yang dibenarkan. Mereka menghantar sistem marketing untuk agen yang biasa, untuk kelulusan lesen. Apabila lesen sudah lulus, mereka mengunakan sistem pemasaran yang ‘PANAS’

Sekarang mereka laris menjual pangkat-pangkat dengan harga puluhan ribu ringgit, ini bagi menarik individu yang ada pangkat yang tidak mahu bermula dari bawah. Ianya juga dapat menarik individu yang pangkatnya dipejabat rendah tetapi ada duit banyak.

Bagi individu yang tiada duit tunai, agen MLM ini akan membantu individu bagi membuat pinjaman peribadi (barah kewangan) dan ada yang mengajar individu supaya keluarkan duit mengunakan kad kredit. Awas!!!!

Seorang peserta saya yang pernah bergaji RM 9,000 berhenti dan membeli pangkat agen sebanyak RM20,000 dan sekarang beliau sudah menangung kerugian melebih RM 130,000 dalam MLM.

Apa berlaku kepada agen apabila syarikat ini diharamkan @ tutup apabila rayuan mereka tidak diterima?

Apa yang berlaku kepada individu-individu yang kita cadangkan kepada mereka supaya membeli pangkat yang berharga puluhan ribu ringgit itu?

Syarikat yang sudah ditutup akibat lesen di tarik balik teramat banyak, dan banyak juga MLM yang beroperasi walaupun tiada dan lesen sudah TAMAT.

24 Dec 2009 Adakah Sistem Bisnes Barat Sesuai Untuk Kita?

Adakah setiap sistem bisnes yang diciptakan barat adalah sesuai dengan keperluan agama, budaya dan adat ketimuran kita?

Contohnya, sistem Multi Level Marketing (MLM). Jika kita melihat antara syarat untuk mendapat lesen jualan langsung  di Malaysia adalah, kadar keuntungan sesebuah produk tidak boleh melebihi 4 kali ganda harga kos. Ini bermaksud, jika harga kos sebuah barang itu RM 100 ianya akan dijual dengan harga tidak lebih dari RM 500 (Kos RM 100 + RM 100 X 4).

Barangan yang  lebih kurang sama biasanya dijual oleh peniaga di pasaran terbuka dengan harga 35% lebih tinggi dari harga kos. Maka hara jualannya adalah RM 135 (RM 100 + RM 100 X 35%).

 

Di sini kita dapat melihat apabila kita menjadi pelanggan ataupun pengguna bagi produk MLM, kita membayar sehingga 4 kali ganda iaitu RM 500 bagi barangan yang sama dengan kawan kita yang membelinya di pasaran terbuka dengna hargam RM 135.

Kenapa harga barangan yang dibeli melalui agen ataupun syarikat MLM tinggi berkali ganda? Kerana individu yang ‘makan’ untung juga adalah ramai ‘multi’. Dengan keuntungan setinggi itu, semua upline, downline yang bertingkat-tingkat itu dapat untung di atas usaha mereka.

Kenapa sistem MLM diperkenalkan?

  • Supaya usahawan yang ingin untung cepat dapat dilakukan kerana mereka dapat memasarkan produk mereka sekelip mata ke semua rumah di Malaysia melalui perlantikan agen-agen mereka.
  • Supaya ianya menarik minat orang lain supaya menjual produk kita, kerana mereka juga dapat membuat untung bukan sahaja di atas jualan yang dibuat oleh mereka tetapi juga downline ‘orang bawahan’ mereka.
  • Produk itu dapat dijual dalam kuantiti besar, walaupun sesuatu produk itu sebenarnya tidak laku di pasaran terbuka. Ada produk yang sudah masuk pasaran terbuka yang tidak laku, dikeluarkan dan dijual melalui pasaran MLM.
  • Dapat menarik individu yang ingin mencari duit lebih supaya menjadi Agen
  • Dapat menarik individu yang tidak ada pekerjaan (penggangur) untuk membuatnya sepenuh masa
  • Dapat menarik individu yanga ada banyak hutang ataupun duit gaji tidak cukup untuk membuat kerja ke-2.
  • Dapat menarik individu yang bercita-cita ingin menjadi kaya.

Apa kesannya apabila sebuah MLM yang dibina itu telah ‘MATANG’?

  • Di mana ke mana sahaja kita pergi sudah ada orang yang menjadi agen MLM itu, kita sudah tidak boleh memasuki pasaran, kerana orang lain juga adalah agennya. “Tuan, sayapun agen MLM ini”.

Apa kesannya seperti yang sudah berlaku pada hari ini, di mana hampir setiap orang yang kita jumpa setiap hari, adalah agen kepada 1-4 jenis MLM.

“Tuan B saya ada produk bagus” Kata Tuan A, ”  “Tuan A, saya ada produk yang paling hebat di atas muka bumi ini” Kata Tuan B. Masing-masing sudah menjadi agen MLM.

Apabila sampai di tahap MATANG seperti yang berlaku hari ini, semakin banyak individu melompat dari satu MLM ke satu MLM. Ianya terus berlaku sehingga mereka sampai usia persaraan.

Kita membayar sehingga 4 kali ganda bagi sebuah produk yang individu lain boleh dapat dengan harga 1/5 ?

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

27 Oct 2009 Wawancara Skim Cepat Kaya Untuk 360 TV3

Dengan izin Allah, SK akan berkongsikan pandangan berkenaan dengan skim cepat kaya yang dikatakan mirip Skim Multi Level Marketing (MLM) dengan penonton rancangan 360 kelolaan  pengacara Tuan Mazidul pada hari Rabu, 28 Oktober 2009, jam 9 malam.

Antara isu yang akan dibicarakan adalah :

  • Adakah MLM dikategorikan skim cepat kaya?
  • Kenapa ramai yang tertarik menyertai skim cepat kaya walaupun tahu risikonya?
  • Apakah cara terbaik melabur?
  • Mengenai pelajar IPT yang melabur puluhan ribu ringgit tetapi rugi?

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

23 Oct 2009 Skim Cepat Kaya dan MLM Apakah Tipu Muslihatnya?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan dan Cik Puan yang dimuliakan, saya dihubungi oleh seorang dari pengacara yang tidak asing lagi iaitu Tuan Mazidul yang terkenal dengan program 360 di TV3. Jika dipermudahkan oleh Allah, saya akan memberikan pandangan berkenaan tipu Muslihat Skim Cepat kaya yang berselindung di sebalik Multi Level Marketing (MLM).

Saya mengalu-alukan pandangan Tuan dan Cik Puan yang amat berharga itu bagi dikongsikan bersama sama ada di sini ataupun emelkan ke info@shamsuddinkadir.com, letakkan tajuk Bicara 360 – Skim Cepat Kaya.

Jika dipermudahkan ilmu ataupun pengalaman Tuan dan Puan itu akan saya kongsikan bersama dalam slot 360 itu pada hari Rabu nanti jika dipermudahkan oleh Allah.

Silakan Tuan dan Cik Puan bagi memberikan pandangan ataupun berkongsi pengalaman.

Saya Suka.

Shamsuddin  Kadir

10 Jun 2009 Direct Selling & Multi Level Marketing Dalam Kehidupan
 |  Category: MLM & Direct Selling |  2 Comments

Ada di antara individu yang membelanjakan sebahagian dari duit bagi mengekalkan point supaya mereka dapat bonus ataupun untung yang dihantar pada setiap bulan.

Ada juga yang membayar serendah RM20,000 bagi mendapat pangkat supaya cepat dapat point dan pulangan yang cepat. Di mana kadar untung yang dicapai tinggi.

Adakah harga barangan Direct Selling (DS) & Multi Level Marketing (MLM) lebih murah berbanding dengan harga barangan di pasaran?

Orang yang melibatkan diri dengan DS & MLM adalah orang yang hidup di dalam masyarakat yang juga membuat DS & MLM.

Perkataan bisnes perlu difahami dengan jelas, adakah menjadi agen DS & MLM merupakan satu bisnes?

Adakah DS & MLM itu adalah sumber yang memberikan pendapatan pasif?

Semakin kita membaca dan semakin banyak mentor yang kita ada, semakin kita dapat memahaminya dengan jelas sebelum kita melangkah lebih jauh.

Halaman www.ShamsuddinKadir.com tidak menyarankan kepada para tetamu setia halaman ini dari melibatkan diri dengan DS & MLM. Kepada yang ingin dapatkan pengalaman ataupun merasainya sendiri masuk dengan bermodalkan tidak lebih dari RM100 sahaja.

Shamsuddin Kadir

Emel : info@shamsuddinkadir.com

29 May 2009 Tetamu SK: Pengalaman Melalui MLM
 |  Category: MLM & Direct Selling |  2 Comments

Assalamualaikum

Saya tertarik dengan artikel kedua pakar, Tn SK dan Tn Zamri. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dalam internet biz maupun MLM.

Saya merupakan seorang usahawan baru (belum berjaya lagilah… berjinak-jinak dlm biz agriculture. Dulu saya seorang AVP di salah sebuah bank, berhenti kerja sambung belajar di UM, sambil tu buat biz MLM.

3 bulan dah dapat pangkat Senior Sales Manager. Tapi bila dah mula kenal biz ni baru tahu ‘ketidakjujuran’ para-para leader di atas dalam mengejar pangkat dan cek besar sanggup buat apa saja. Saya ambil keputusan tak nak terbabit lagi walaupun dah banyak rangkaian.

Maklum exbanker…ramai kenalan dan dah biasa buat marketing dan luluskan pinjaman orang ramai. So database memang dlm tangan. Saya set-up pula agensi general insuran(Takaful ) modal rm100k. Bila ada ofis cantik datang pula seorang kenalan seorang yang berperibadi tinggi (seorang Haji) minta maaf bukan nak jatuhkan maruah atau status sesiapa) mengajak saya buat MLM semula.

Saya ikut keluar modal lagi RM25k opps yg dulu tu rm21k….sebulan 2 je ok….tup-tup sama gak kali ini company pula bermasalah…akhirnya company tu tutup. Produk dah bertimbun dalam stor rumah….Merajuk sekejap dengan MLM ni…tapi tak serik…

Join pulak MLM baru terlibat dgn BIO herba…syarikat gah di Putrajaya..melabur lagi RM40k sebab jadi stokis..Pun sama bila dah berbas-bas orang datang ke ibupejabat syarikat kena siasat. 

Akhirnya saya serik…nak kata buang masa dan duit tu memanglah tapi dari satu sudut positif pengalaman tak boleh dibeli.

Justeru itu saya kini nak muhasabah diri dengan membaca blog2 motivasi seperti blog TN SK dan nak mula melabur beli buku-buku nak mencari apa yang tak kena dalam diri saya kerana asyik ‘terkena’ dalam biz MLM ni.

Rahimah

————————-

Waalaikummusalam Cik Puan Rahimah,

Semoga Allah mengurniakan kepada Puan dengan limpahan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari di atas usaha Puan satu demi satu bagi mencari duit yang halal. Amin.

Puan, tahniah di atas pengalaman yang dikongsikan saya yakin, puan akan dikurniakan dengan keberkatan di atas usaha Puan bagi mengelakkan orang lain dari mengikuti jejak yang sama dengan Puan . (Jangan dipatuk oleh ular yang sama dua kali). Terima kasih.

Sebenarnya tidak ada apa yang tidak kena dengan kita, cuma Allah telah menciptakan luar jalan utama bagi kita mendapatkan ilmu ataupun pengalaman. Iaitu :

  • Dengan melakukan kesilapan sendiri
  • Dengan mempelajari dari pengalaman orang lain

Ayat pertama yang diturunkan oleh Allah iaitu Iqra yang bermaksud ‘Baca’ sudah tentu mengalakkan kita membaca buku agar kita tidak menangung kesilapan yang tidak perlu yang sudah dilakukan oleh orang terdahulu. Baca buku agar kita mendapatkan nikmat yang diperolehi oleh orang yang terdahulu. Berfikir supaya dari ilmu yang kita perolehi dengan membaca itu membantu kita mencipta benda dan perkara baru yang memberi manfaat kepada masyarakat kita.

Tidak mengapa, walaupun langkah yang dilalui oleh Puan itu pahit, tetapi sepahit kopi kosong ianya membantu kita dari terlelap ketika memandu di jalan raya. Sehitam-hitam kopi, ianya dapat menyelamatkan kita dari maut yang tidak sepatutnya.

Pengalaman yang Puan telah lalui itu amat-amat penting. Semoga Puan akan sentiasa berkongsikan pengalaman-pengalaman yang amat berguna itu secara bersama.

Semoga Allah memudahkan dan melapangkan Puan dengan cahaya ilmu. Teruskan usaha Puan untuk menjadikan buku sebagai keperluan hidup.

Shamsuddin Kadir

emel: info@shamsuddinkadir.com